Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2020

Program Akademik USIM Diiktiraf MQA dan Badan Profesional

NILAI, 9 Jun 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Tamhidi Sesi Akademik 2020/2021. USIM sentiasa memastikan jaminan kualiti akademik dan akreditasi memenuhi standard semasa dalam semua program akademik yang ditawarkan. Secara keseluruhan, sebanyak 67 program akademik (77.9%) yang ditawarkan di USIM mencapai status akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, manakala 14 program (16.3%) mendapat akreditasi sementara. Untuk makluman, program Tamhidi telah memperolehi akreditasi penuh oleh MQA secara keseluruhan iaitu 100%. Manakala, sebanyak 25 program daripada 32 program yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda juga telah mendapat akreditasi penuh dan 5 program (15.6%) mendapat akreditasi sementara oleh MQA. Selain itu, sebanyak empat program Sarjana Muda mendapat akreditasi penuh dari badan profesional iaitu SM Perubatan dengan Kepujian, SM Pergigian dengan Kepujian, SM Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian dan SM Seni Bina dengan Kepujian. Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (SMUS) juga telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA pada 1 Disember 2011 (MQA/FA1594) dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk lantikan dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Manakala, proses pengiktirafan SMUS oleh badan profesional iaitu Legal Profession Qualifying Board (LPQB) kini berada pada tahap akhir penilaian yang bertujuan untuk membolehkan graduan beramal sebagai peguambela dan peguamcara. USIM sentiasa komited bagi memastikan kesemua program akademik yang ditawarkan mencapai status akreditasi penuh dan diiktiraf oleh MQA dan badan profesional. Untuk makluman, graduan SMUS kini kebanyakannya [...]

Implementing Maqasid al-Shariah during COVID-19 pandemic

No one would have expected events such as the COVID-19 phenomenon to impact every nation worldwide hugely. The initial few weeks now turned into months of Movement Control Order (MCO) is considered crucial in bringing down the number of cases each day. What we knew coming was a health crisis also turned into an economic one as businesses had to cease operations in the early MCO periods. Starting 4th May, however, the ease of MCO was given to businesses to begin operating due to the worsening condition of employees who needed to earn a living, following a certain SOP set by the goverment. As the MCO is slowly being lifted now in June, inter-state travels have now been permitted, and most businesses have resumed. On the bright side, we are pleased to see the significant progress of Malaysia in battling with COVID-19 and have stepped in the Recovery Movement Control Order (RMCO) until 31st August 2020. However, the economic impact might extend post-MCO as people fear of what is to come next. Consumer spending might be on the low for a few months with the lifting of MCO. Some things, as unexpected as this event, has made people realize the need to stay at home and reduce the need to spend on unnecessary items or services. People become more concerned about fulfilling only the basic needs rather than items beyond necessity. In line with Maqasid al-Shariah This is consistent with the Maqasid al-Shariah, where [...]

USIM Tersenarai Dalam Ranking Universiti Dunia

NILAI, 9 Jun 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali pertama menyerti penarafan QS Stars  Rating  yang  dianjurkan  oleh  QS  Quacquarelli  Symonds  (QS)  di  mana  ia merupakan  satu  penarafan  kualiti  akademik  universiti  yang  bertaraf  antarabangsa. Pengumpulan data telah diserahkan kepada QS Intelligence Unit pada Oktober 2019 dan hasil daripada penilaian yang dijalankan oleh QSI, USIM telah dianugerahkan 3 bintang secara keseluruhan untuk tahun 2020. Menurut Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Akademik dan  Antarabangsa), USIM  telah  menunjukkkan  kecemerlangan  dalam  4 kategori  utama  iaitu  kemudahan  (facilities)  dengan  penganugerahan  5  bintang.  Ini membuktikan kampus USIM mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang kondusif. Penganugerahan  cemerlang  4  bintang  bagi  3  kategori  iaitu  pengajaran  (teaching), kebolehpasaran graduan (employability) dan keterangkuman (inclusiveness). “Ini  juga  membuktikan  USIM  adalah  sebuah  universiti  yang  mementingkan  kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pelajar yang berpotensi dan relevan dengan pasaran kerja. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama yang baik di kalangan semua jabatan dan fakulti di USIM dalam memastikan kualiti berterusan dengan penarafan QS Stars Rating”. Menurut Prof Rahim lagi, USIM juga telah berjaya mencapai kedudukan 501-550 bagi QS Asia University Rankings 2020 yang secara lansung menempatkan USIM sebaris dengan  institusi  pendidikan  terkemuka  di  Asia.  Penganugerahan  di  dalam  sistem penarafan  bertaraf  dunia  memberi  peluang  kepda  USIM  untuk  membina  reputasi sebagai universiti yang unggul serta mempromosi USIM pada peringkat nasional dan global. Pengiktirafan itu dibuat oleh QS Intelligence Unit iaitu sebuah organisasi pengauditan universiti antarabangsa melalui QS World Ranking yang berpusat di London. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat [...]

MPP USIM berganding bahu realisasikan motto ‘Bersama Memacu Aspirasi’

Di kala negara dilanda wabak Covid-19, pelbagai pihak tampil sukarela menghulurkan bantuan berganding bahu mengurus pelbagai keperluan masyarakat dan ahli terdekat. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2019/2020 merupakan antara sukarelawan barisan hadapan yang tidak terkecuali memainkan peranan dan memberi sokongan kepada rakan pelajar lain. Menjadi entiti terpenting di dalam kampus, MPP juga tempat bergantung buat kepada mahasiswa/i untuk terus semangat menghadapi waktu-waktu mencabar sepanjang tempoh PKP. Motto ‘Bersama Memacu Aspirasi’ dilihat bukan omong kosong malahan pasukan MPP ini telah membuktikan empat dasar yang digariskan boleh dipegang oleh mahasiswa/i. ‘Kebajikan Holistik, Pembangunan Intelektual, Profesional Mahasiswa dan Kesatuan Pelajar menjadi asas pegangan kepada MPP kali ini. Ikuti temu bual bersama Yang Dipertua, Saudara Muhammad Danial Akmal Hamdan yang berkongsi pengalaman membantu Pengurusan Universiti sepanjang menguruskan PKP pelajar di kampus. Q1 Kongsikan serba sedikit pengenalan ahli MPP 2019/2020. Keluarga MPP USIM sesi akademik 2019/2020 dianggotai oleh 24 orang ahli. 21 orang ahli merupakan pelajar dari kampus utama, Nilai. Manakala 3 orang lagi merupakan ahli MPP yang menuntu di Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur. Dari sudut posisi pula, 9 orang daripadanya merupakan Majlis Tertinggi iaitu Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua 1, Naib Yang DiPertua 2, Naib Yang DiPertua 3, Setiausaha Agung, Timbalan Setiauasaha Agung Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat. Manakala 15 ahli yang lain merupakan barisan Exco yang terdiri daripada Exco Kebajikan & Keselamatan Siswa, Exco Pembangunan Sahsiah & Kerohanian, Exco Akademik & Pembangunan Intelektual, Exco Sukan & Rekreasi, Exco Komunikasi & [...]

Tan Sri Musa Hassan Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM

NILAI, 3 Jun 2020 – Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj Musa Tan Sri Hj Hassan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pelantikan beliau dibuat oleh YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2023. Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara Kelapan pada 12 November 2006 hingga 12 September 2010 telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM selaras dengan Seksyen 17(1)(f) Perlembagaan USIM (Wakil Berpengetahuan & Berpengalaman). Memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih pada 1969, beliau telah berkhidmat dan menyandang pelbagai jawatan sepanjang di dalam PDRM sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara. Antaranya ialah Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (1995), Timbalan Pengarah I JSJ Bukit Aman (2001); Ketua Polis Johor (2003); Pengarah JSJ Bukit Aman (2004); dan Timbalan Ketua Polis Negara (2005) Pengurusan Universiti berbesar hati dengan pelantikan ini kerana percaya atas pengalaman yang dimiliki oleh Tan Sri Musa Hassan mampu memberi sumbangan yang signifikan untuk membawa USIM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang terutamanya dalam menjayakan Misi USIM 2022 menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi. Ia sekaligus turut memenuhi hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa. Disediakan oleh: Zaini Othman Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Usah Tinggalkan Bekalan Norma Baharu selepas PKPB Berakhir

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara rasmi melaporkan kes positif COVID-19 pertama negara pada 25 Januari yang membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura, diam tak diam sudah hampir lima bulan kita ‘hidup’ bersama wabak ini. Bagaimana pandemik wabak COVID-19 merubah senario kehidupan sosial dan ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia dalam masa yang singkat tidak perlu diperjelaskan lagi kerana semua orang dapat melihat dan merasai kesannya termasuk penulis. Selepas kes pertama dilaporkan, hari demi hari yang dilalui selepas itu makin mendebarkan rakyat Malaysia apabila KKM melaporkan kes-kes positif jangkitan makin bertambah dalam negara. Bermula dari satu angka bertukar ke dua angka dan seterusnya naik ke tiga angka jangkitan. Ia makin menambahkan ketakutan apabila kes kematian berpunca dari COVID-19 mula dilaporkan dan ketika ini rakyat Malaysia makin menyedari bahawa virus ini bukan biasa-biasa. Satu keputusan yang sukar tetapi perlu dibuat telah diambil Kerajaan apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 16 Mac membuat pengumuman secara langsung bahawa Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac diseluruh negara. Keputusan ini ibarat ditelan mati emak, diluah pula mati bapa tetapi ini pilihan terbaik setelah semua aspek diberi pertimbangan dengan penuh kebijaksanaan oleh Kerajaan. Dapat dilihat polis dan tentera bersama-sama membuat sekatan jalan raya dan rondaan, pergerakan rakyat dibataskan, sektor ekonomi bukan dalam ‘essential services’ terhenti, aktiviti keagamaan di masjid dan rumah ibadat dilarang, manakala sekolah dan instiusi pengajian tinggi lengang tanpa pelajar. Atas keperluan untuk membendung dan memutuskan jangkitan [...]

Impak COVID-19 Terhadap Obligasi Perundangan Pelaburan Antarabangsa

Covid-19 telah membawa perubahan yang besar dalam sistem perindustrian dan perniagaan global. Semenjak perisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengkategorikan virus ini sebagai pandemik, banyak negara telah menganggap virus ini sebagai satu ancaman keselamatan negara dan telah mengambil tindakan drastik bagi membendung penularannya. Antara tindakan yang telah diambil ialah penetapan tempoh pergerakan terkawal pelbagai peringkat yang sudah tentu menjejaskan prestasi ekonomi perniagaan-perniagaan tempatan dan asing. Terdapat juga beberapa negara yang bertindak dengan lebih drastik mengambil alih atau memilik-negarakan hospital swasta seperti yang berlaku di Sepanyol,  menghadkan jumlah eksport topeng muka perubatan seperti di Perancis, dan juga bahan-bahan bekalan perubatan kritikal dan alat bantuan pernafasan seperti di Itali dan Taiwan. Kesan Covid-19 ini dijangka berpanjangan dan akan menyebabkan pengenalan polisi-polisi jangka panjang seperti pemberian bantuan atau insentif  kepada industri atau sektor tertentu terutamanya industri tempatan. Walaubagaimanapun, Malaysia sebagaimana negara-negara lain yang menjadi negara anggota ribuan perjanjian pelaburan antarabangsa (international investment agreement) samada secara dua hala (bilateral) atau selainnya, perlu berhati-hati dalam menetapkan kaedah kawalan, perundangan atau pemberian insentif tertentu supaya tidak menyebabkan pertikaian antarabangsa yang boleh dikemukakan oleh pelabur asing melalui perjanjian-perjanjian tersebut. Sehingga tahun 2019, sebanyak 2658 perjanjian pelaburan antarabangsa telah termeterai dan berkuatkuasa. Perjanjian-perjanjian ini menggariskan beberapa obligasi penting bagi memastikan negara anggota memberi perlindungan-perlindungan  asas (standard protections) kepada pelabur luar termasuklah jaminan pembayaran pampasan bagi rampasan (expropriation), layanan yang saksama dan adil (fair and equitable treatment), jaminan penuh perlindungan dan keselamatan (full protection and security) dan jaminan layanan tanpa diskriminasi samada sesama pelabur [...]

Viva Voce atas Talian di Arus Normal Baharu

Tahun 2020 menyaksikan kemunculan norma-norma baharu di dalam negara kita dari pelbagai aspek seperti penjanaan ekonomi, aktiviti-aktiviti sosial termasuk pengurusan pendidikan tinggi. Dengan adanya prosedur operasi standard (SOP) seperti larangan perhimpunan dan saranan penjarakan sosial, beberapa proses pengajian pelajar, khasnya pelajar siswazah, agak terkesan. Di dalam pengurusan pengajian siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tampil berani menjana norma-norma baharu untuk memastikan kelestarian pengajian pelajar siswazah di kampus USIM. Pelajar pasca siswazah lazimnya berbeza dengan pelajar ijazah pertama di mana kebanyakan pelajar siswazah terdiri daripada pelajar yang lebih matang, ada yang telah berada di alam pekerjaan, malah ada yang memegang jawatan yang tinggi di institusi dan jabatan masing-masing.   Sehubungan itu, pelajar siswazah lebih menekankan keupayaan sesebuah institusi pendidikan tinggi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di dalam memastikan kemelut virus Covid-19 yang sedang melanda dunia tidak memberikan kesan negatif terhadap pengajian mereka secara keseluruhan. Antara proses pengajian siswazah yang terkesan adalah proses viva voce atau pun sesi pembentangan akhir bagi pelajar Sarjana dan juga Doktor Falsafah untuk memastikan pelajar layak dianugerahkan ijazah. Lazimnya sesi viva voce dijalankan di dalam sebuah bilik khas yang melibatkan kehadiran sekurang-kurangnya 10 ahli panel yang terdiri daripada pengerusi, penyelia-penyelia pelajar, pemeriksa dalaman, pemeriksa-pemeriksa luaran, wakil fakulti, pelajar dan juga urusetia Pusat Pengajian Siswazah. Proses pembentangan ini akan berlangsung selama beberapa jam. Ini sudah tentu bercanggah dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekarang ini iaitu larangan perhimpunan di ruangan tertutup dan saranan penjarakan sosial. Peka dengan kepentingan untuk memastikan pengajian pelajar siswazah tidak terjejas, [...]

COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian

Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus baharu jenis Korona yang menyebabkan wabak COVID19. Selaras dengan pengisytiharan wabak ini, semua negara telah menutup semua sektor termasuklah sektor pendidikan. Langkah penutupan sektor pendidikan ini menyebabkan semua sekolah dan pusat pengajian tinggi ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang berbahaya ini. Akibatnya,  proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi secara terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam usaha  untuk memastikan semua  murid tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran, warga pendidik mula menggunakan opsyen untuk menjalankan kelas secara atas talian. Pelbagai kegusaran yang timbul apabila ingin melaksanakan  kaedah pembelajaran secara atas talian ini.  Ada murid yang tidak mempunyai gajet atau telefon pintar peribadi, ada yang tidak mempunyai cukup data internet dan ada pula yang tidak mempunyai capaian internet langsung. Bagi pendidik pula, wujud kesangsian platform manakah yang sesuai untuk menjalankan  pembelajaran secara atas talian dan kebanyakannya menggunakan kaedah cuba jaya, iaitu menggunakan mana-mana platform dan lihat kepada kesesuaian. Tiga implikasi utama dilihat menjadi cabaran besar kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian, iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik. Kebolehcapaian internet menjadi salah satu perkara penting dalam mengendalikan kelas atas talian. Usaha mengenalpasti tahap kebolehcapaian internet bagi setiap murid di dalam kelas dapat membantu guru dalam menentukan kaedah bersesuaian bagi membolehkan kelas atas talian dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, beberapa kekangan wujud terutamanya bagi murid [...]

Suasana Aidilfitri dikala PKP disambut sederhana  dengan langkah keselamatan yang rapi

NILAI, 1 Jun 2020 - Menyambut Hari Raya selepas sehari tamat tempoh kuarantin Covid-19 merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan buat Mohd Shafwan Eiqhmal Saperdin yang merupakan salah seorang pelajar berasal dari Ranau yang terkandas di kampus USIM bermula 18 Mac kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ”Saya dan rakan-rakan lain yang tinggal di Sabah majoritinya memilih untuk kuarantin diri selepas pulang dari Semenanjung Malaysia di pusat kuarantin di telah ditetapkan iaitu di Asrama Linawa, Kompleks Sukan Ranau. Apabila kami sudah disahkan negatif melalui ujian swab yang telah dijalankan, kami diberikan kebenaran untuk menyambung baki kuarantin di rumah masing-masing dengan diberikan gelang khas dari Pejabat Kesihatan”. ”Walaupun tidak boleh untuk keluar balik ke kampung di dalam kawasan daerah yang sama dan hanya menyambut Aidilfitri di rumah sendiri sahaja, namun itu bukanlah alasan untuk menjadikan suasana Aidilfitri ’hilang serinya’. Beliau masih memakai baju melayu, membersih dan menghias rumah dengan perhiasan raya walaupun beraya di dalam rumah sahaja”, ujar shafwan yang merupakan pelajar Tahun Pertama Pengajian Quran dan Sunnah. Bagi Nusaibah Azhar pelajar Tahun Kedua Pengajian Bahasa Arab dan Komunikasi pula, sambutan kali ini sama dan tiada beza dari tahun sebelumnya. Mereka beraya di rumah nenek yang berada di daerah yang sama dengan mematuhi norma baharu iaitu memakai penutup muka, menjaga jarak, dan menggunakan hand sanitizer. Beliau juga hanya menggunakan teknologi panggilan secara maya atau video call bersama saudara yang lain dan sahabat handai untuk melepaskan rindu dan dapat melihat wajah mereka sudah memadai baginya. Bagi alumni USIM yang menyambut aidilfitri di [...]

Go to Top