Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2020

USIM supplies media practitioners with hand sanitizers

NILAI, April 8, 2020 – Media practitioners play a key role throughout  the implementation of the Movement Control Order (MCO) as a front-line force to report to the public on the MCO and COVID-19. With the task of covering news at various locations, media practitioners are no exception to being exposed to the Covid-19 infection. As an initiative to provide additional hygiene to media personnel, the Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) donated 60 bottles of hand sanitizer to media personnel in Negeri Sembilan. The hand sanitizer is produced by the Faculty Science and Technology Laboratory in a Box (FaST LaB) was presented by the Dean of the Faculty of Science and Technology Professor Dr. Rosalina Abdul Salam, of the Negeri Sembilan Media Club (MANIS) represented by Chairman Arfi Ahmad at USIM today. The initiative highlights how academic laboratories continue to expand their role beyond research and into practical community support. Behind every successful formulation, however, lies a steady supply of specialised resources and raw components. Laboratories require a wide range of materials to maintain consistent production standards, from sterilisation agents and testing reagents to essential compounds like peptide structures that support formulation stability and effectiveness. Reliable sourcing remains crucial, and research teams often turn to trusted suppliers at https://fitaminos.com to ensure quality peptide materials are available without interrupting ongoing laboratory work. Such collaborations between academic institutions and supply networks reinforce the importance of preparation, precision, and dependable resources in sustaining laboratory-driven innovations for public benefit. “This contribution is a tribute [...]

Doktor Pakar USIM berganding bahu siapkan PPE untuk Barisan Hadapan

NILAI, 8 April 2020 - Semangat berpasukan dan sifat keprihatinan yang ditunjukkan oleh Doktor Pakar Klinik Pakar Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) wajar dijadikan contoh dan teladan. Berbekalkan dana yang dikumpul oleh pasukan projek yang terlibat, mereka telah menggerakkan operasi menjahit PPE untuk dibekalkan di hospital-hospital dan klinik yang memerlukan. Idea ini tercetuskan pada 1 April lalu, dan gerak kerja telah dimulakan pada esoknya 2 April 2020. Sehingga kini, pasukan ini telah berjaya menghasilkan 299 set PPE bagi fasa pertama dan telah diserahkan kepada hospital Ampang semalam. Menurut Profesor Madya Dr Azlina Mokhtar Pakar Oftalmologi selaku Ketua Projek, beliau mendengar keluhan rakan-rakan setugas yang tidak mempunyai bekalan PPE yang mencukupi di Hospital Ampang, serta mempunyai bahan kain non-woven tetapi tidak mempunyai tenaga pekerja mencukupi untuk menjahit peralatan PPE, ini terus membakar semangat kami untuk terus menggerakkan projek bantuan ini dalam masa 24 jam idea tercetus dengan berbekalkan bahan kain yang diterima dari Hospital Ampang untuk fasa ini. “Kutipan dana dilancarkan oleh Profesor Madya Dr Maizatul Azma Masri dan Dr Nor Eyzawiah Hassan dikalangan sahabat-sahabat dan saudara mara terdekat bagi membeli bahan-bahan jahitan lain.” “Kami bersyukur ketua jahitan adalah dari pakar forensik USIM yang memang berbakat dalam cara-cara membuat pola dan jahitan, yang menariknya, dengan tutorial yang dijalankan secara online kami memulakan jahitan dengan dibantu oleh ahli keluarga masing-masing sehingga hujung minggu untuk siapkan jahitan pada fasa pertama ini”, jelas DR Azlina lagi. “Fasa kedua projek mensasarkan sebanyak 1000 unit dengan kerjasama [...]

Majlis Dato’- Dato’ Kurnia Negeri Sembilan (MDDKNS) hargai inisiatif USIM bantu Barisan Hadapan

NILAI, 7 April 2020 – Inisiatif dan usaha pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membantu anggota kesihatan barisan hadapan dengan menghasilkan pelindung muka (face shield) bagi kegunaan mereka dihargai pelbagai pihak. Penghasilan pelindung muka yang diketuai oleh Dr. Mohd Ifwat Mohd Ghazali adalah menggunakan teknologi Mesin Cetakan 3 Dimensi (3D). Menghargai usaha yang diterajui oleh USIM dalam melindungi keselamatan dan memudahkan anggota kesihatan barisan hadapan menjalankan tugas mencabar memerangi COVID-19, Majlis Dato’- Dato’ Kurnia Negeri Sembilan (MDDKNS) berbesar hati menghulurkan sumbangan kewangan sebanyak RM8,000.00 kepada Jemaah Profesor USIM (JPU). Sumbangan yang diberikan ini bertujuan untuk pembelian tiga unit Mesin Cetakan 3D baharu sebagai tambahan kepada lima unit Mesin Cetakan 3D yang dimiliki USIM kini. Penyampaian sumbangan oleh MDDKNS kepada JPU yang diadakan pada baru-baru ini disempurnakan Setiausaha MDDKNS, Dato’ Amiruddin Radzi kepada wakil JPU, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Taufik Mohd Nor dan Dr. Mohd Ifwat dengan disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh Che Mat selaku Yang Dipertua MDDKNS. Menurut Dr. Mohd Ifwat, beliau dan pasukannya amat menghargai sumbangan kewangan yang diberikan ini kerana dengan tambahan unit Mesin Cetakan 3D yang akan diterima nanti, ia sekaligus dapat meningkatkan kuantiti pelindung muka yang dapat disiapkan dalam sehari. “Permintaan dan keperluan kepada pelindung muka amat tinggi  di hospital dan klinik kesihatan pada masa kini dan USIM cuba penuhi dan membantu menyediakannya sebagai satu tanggungjawab sosial universiti. Justeru, kita kini beroperasi 24 jam di Tapak Penyelidikan Rumah Mizan USIM menggunakan Mesin Cetakan 3D sedia-ada dengan purata setiap [...]

Rakyat Malaysia, elakkan ‘Gatal-Gatal’ dalam tempoh genting ini

Pagi ini terima satu lagi khidmat pesanan ringkas dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tertera ‘Patuhi arahan PKP. Terus kekal di rumah, tempoh dua minggu ini amat penting untuk kita semua memutuskan rantaian jangkitan COVID-19;. Ringkas dan jelas maksudnya dan ini merupakan salah satu ‘tazkirah’ harian yang MKN hantar kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai satu ingatan dan nasihat. Tetapi dalam musim PKP Fasa 2 ini, masih ada segelintir yang tidak mahu duduk diam-diam di rumah, ada sahaja ‘sakit’ gatal yang dialami oleh segelintir rakyat kita. Jika dibiarkan ia tidak membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini malah menjadikan keadaan lebih buruk. Gatal yang pertama ialah gatal kaki tak tertahan mahu keluar rumah melihat dunia. Walaupun tidak tergolong dalam kategori ‘Essential Services’ atau punyai urusan penting, masih mahu keluar untuk bersosial atau beriadah. Mungkin golongan gatal kaki ini merasakan terperuk dalam rumah lebih sukar dan mencabar berbanding pihak berkuasa yang berhujan berpanas membuat sekatan di jalan raya atau petugas kesihatan yang ‘berperang’ dengan COVID-19 di hospital. Misalnya di Mahkamah Majistret Selayang, sembilan lelaki termasuk dua warga emas mengaku bersalah ingkar PKP kerana dengan sengaja berada dalam kawasan tempatan jangkitan tanpa alasan munasabah dan berhimpun bagi maksud sosial. Jika tiada ‘sakit’ gatal kaki, ada pula yang gatal mulutnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat apabila disoal pihak berkuasa apa tujuan berada di jalan raya. Ada yang terlebih gatal mulut dengan yakinnya memuat naik rakaman video memperlekehkan pihak berkuasa dan petugas kesihatan dengan kata-kata yang jelik. Sebab itu orang tua [...]

Menteri Pengajian Tinggi puji usaha USIM perangi COVID-19

NILAI, 4 April 2020– Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa dua jam di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Jumaat petang (3 April 2020) untuk melihat secara dekat pengurusan dan kesiapsiagaan USIM dalam memerangi wabak Covid-19.  Beliau yang tiba di Kampus USIM pada jam 4.00 petang disambut oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Mohamed Ridza Wahiddin bersama Pengurusan Universiti , Pegawai Kanan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Beliau di bawa dahulu ke Bilik Gerakan Agensi (BGA) di Pusat Kesihatan Universiti untuk diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa pengurusan Covid-19 diperingkat universiti. BGA yang ditubuhkan oleh USIM berfungsi sebagai bilik gerakan utama universiti yang melaksanakan segala gerak kerja pengurusan, pemantauan dan pengumpulan informasi berkenaan Covid-19 dalam kalangan warga kampus. Beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam, para petugas yang ditempatkan di BGA merupakan terdiri daripada Pegawai Bersekutu dan Pegawai Kehormat Badan Beruniform di USIM yang berpengalaman. Menerusi taklimat ini, USIM telah berkongsi dengan Menteri Pengajian Tinggi pemantauan dilakukan melibatkan empat lokasi utama yang menempatkan warga USIM iaitu di Kampus Induk Nilai, Negeri Sembilan; Kampus USIM Pandan Indah, Selangor; Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Selangor; dan pelajar perubatan di Temerloh, Pahang. Sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sebanyak 12 kluster operasi yang diterajui oleh jabatan tertentu telah dikenalpasti oleh BGA sebagai kritikal dan penting untuk terus beroperasi di USIM sepanjang PKP ini. USIM juga telah melaksanakan 30 inisiatif gerak balas bencana dalam mendepani Covid-19 bersama tiga inisiatif khas iaitu penghasilan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer); pelindung [...]

Hadapi PKP secara positif, pupuk aktiviti bermanfaat bersama keluarga

Minggu ini merupakan minggu pertama bagi fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan di Malaysia. Sebenarnya bukan hanya rakyat Malaysia yang melalui PKP malahan hampir 3.9 bilion penduduk dunia dilarang keluar rumah akibat COVID-19. Pada fasa kedua PKP ini, rata-rata rakyat Malaysia semakin prihatin dengan keperluan untuk berada di rumah seperti yang diperintahkan oleh pihak berwajib bagi mengawal dan mengelakkan penularan virus corona daripada tersebar luas. Sewaktu PKP ini dijalankan, rakyat perlu berada 24 jam di dalam rumah dan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian selain pihak yang menjadi barisan hadapan (frontliner) dan mereka yang menyediakan perkhidmatan keperluan (essential services). Sepanjang tempoh PKP berlangsung, kebanyakan aktiviti harian dan rutin yang dilakukan pada waktu normal agak sukar untuk dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh sumber-sumber yang terhad. Namun begitu, tempoh PKP ini perlu dihadapi secara positif bagi memastikan setiap ahli keluarga tenang dan sabar dalam mendepaninya. Memiliki sikap berkeusahawanan bukan cuma untuk berniaga, malahan kreatif, inovatif, mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar diri dalam kelangsungan hidup dengan sumber yang terhad juga adalah sikap berkeusahawanan yang boleh dipupuk. Ironinya, pada waktu PKP ini muncul pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh ahli keluarga secara lebih kreatif dan inovatif. Bagi kaum bapa, sewaktu tempoh PKP ini dijalankan, tanggungjawab yang perlu digalas semakin mencabar. Sebelum ini, sang bapa keluar untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaubagaimanapun, semasa PKP dilaksanakan semua ahli keluarga perlu berada di rumah. Di sinilah bapa perlu memainkan peranan penting sebagai ketua keluarga. Anak-anak akan [...]

USIM berganding bahu kawal COVID-19- Kawalan Ketat Laluan Masuk Pintu Utama USIM

NILAI 1 April 2020 - Penularan wabak Corona Virus Disease 19 (COVID-19) semakin meningkat saban hari. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan bermula 18 Mac lalu telah menghadkan pergerakan semua orang dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak agar ia tidak menjadi lebih serius. Susulan itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ambil langkah proaktif dalam memastikan warga USIM sama ada staf dan pelajar dengan sentiasa berkongsi maklumat serta menyediakan khidmat saringan kesihatan untuk memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik. Sejak 16 Mac sehingga hari ini 1 April 2020, saringan kesihatan terus dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Menurut Dr. Nik Shafikudin Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, petugas kesihatan USIM telah dibekalkan dengan alat perlindungan peribadi (Personal Protective Equipment) iaitu gaun, face shield, 3 ply mask dan sarung tangan untuk menjalankan tugasan mereka sebagai frontliners universiti agar tidak menular dalam kalangan staf dan pelajarnya. “Bilik Gerakan COVID-19 USIM beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 9.00 malam pada hari bekerja, manakala 8.30 pagi sehingga jam 8.00 malam pada hari minggu dan cuti umum. Data yang terkumpul sehingga 31 Mac 2020 seramai 2146 orang yang telah disaring dengan pecahan 852 lelaki dan 1257 perempuan. Daripada jumlah tersebut, seramai 1318 adalah pelajar dan 655 adalah staf”. Tambah beliau lagi, daripada pecahan kes berisiko COVID-19 di USIM, seramai 29 orang ada sejarah pulang dari luar negara, 13 orang kontak rapat dengan pesakit COVID-19, 6 orang yang terlibat dengan kes Ijtima’ Tabligh serta 88 orang mempunyai simptom batuk, selsema dan demam. “Kaedah [...]

Mac 2020

Persatuan dan PTj USIM ringankan beban warga, sumbang barangan asas dalam hadapi Covid-19

NILAI, 31 Mac 2020 – Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 hadapi Covid-19, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanakan program University Social Responsibility (USR) bagi membantu staf USIM yang memerlukan melalui agihan barangan asas, beras dan gula. Semangat saling membantu dan meringankan beban antara warga dapat dilihat melalui usaha murni ini. Program prihatin ini menggambarkan kebersamaan warga USIM yang melibatkan penganjuran bersama Badan Kebajikan Kakitangan (BKKUSIM), Koperasi USIM, Pusat Alumni & Kerjaya USIM dengan kerjasama KUSIMA, Persatuan Kakitangan Akademik (PKA USIM), Pusat Wakaf & Zakat USIM, Penerbit USIM, PRAGMATIS dan Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL). ”Pengagihan barangan keperluan asas yang diberikan adalah berupa beras 10 kg dan gula 1 kg kepada staf yang memerlukan tanpa dikenakan sebarang syarat. Program USR ini adalah inisiatif penglibatan pelbagai pihak di Universiti merangkumi persatuan pengurusan dan profesional, kakitangan sokongan dan kakitangan akademik menghulurkan bantuan,” ujar Pengerusi BKKUSIM, Prof Madya Dr Azman Abdul Rahman. ”Saya mengharapkan inisiatif ini dapat membantu kakitangan USIM secara menyeluruh dan merasakan inilah masanya kami memainkan peranan sewajarnya. Bukan hanya BKKUSIM, malah persatuan lain di USIM secara tidak langsung menjadi contoh peneraju serta pelopor penyumbang dalam program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan di masa akan datang sesuai dengan tagline ’Kebajikan Anda, Keutamaan Kami’,” ujarnya lagi. Tambahnya, BKKUSIM sedang berusaha mencari tambahan dana dari syarikat dan orang persendirian untuk menzahirkan sokongan kepada usaha murni melalui saluran Tabung Covid USIM (05058010021477-Bank Islam). Pengagihan ini dibuka pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang bertempat di Pejabat [...]

Alumni USIM akui sukan membantu tingkatkan fokus dalam pembelajaran

Tidak keterlaluan untuk menggelarkannya sebagai jaguh boling padang. Abdul Muiz Jaafar, 25, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) adalah merupakan anak jati Pulau Pinang. Abdul Muiz mengimbau kembali kenangan manis dalam lipatan sejarah hidupnya apabila pernah bersama-sama dengan pasukan kebangsaan merangkul emas buat Malaysia dalam Kejohanan Boling Padang Terbuka Antarabangsa Bangkok pada tahun 2018. Beliau yang kini sedang menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, minatnya dalam sukan tersebut telah menjadikannya seorang mahasiswa yang lebih fokus memandangkan sukan boling padang ini menuntut dirinya untuk sentiasa dalam keadaan tenang dan kekal berdaya tumpuan yang tinggi. Ikuti bual bicara yang disediakan. S1 Bagaimana permulaan saudara dalam dalam sukan boling padang ini? Saya mula mengenal sukan Lawn Bowls dari penglibatan dalam kelab kokurikulum peringkat universiti pada tahun 2014 di bawah bimbingan jurulatih, En. Kassim bin Idris. Pada tahun 2015 saya mula terlibat dalam pertandingan universiti yang dianjurkan oleh Pusat Sukan USIM seperti Sukan Fakulti dan Open Pairs USIM 2015. Seterusnya pada tahun 2016, saya dipilih mewakili USIM dalam Kejohanan Sukan MASUM di bawah bimbingan jurulatih En. Kassim. Rezeki tidak putus apabila pada tahun yang sama, saya telah dipilih mewakili USIM untuk menjadi atlet IPT Malaysia di bawah bimbingan jurulatih, En. Mazilan bin Rambli. Saya suka belajar sesuatu yang baru dan suka melibatkan diri saya dalam sebarang cabaran. Pada peringkat permulaan, sukan ini merupakan sukan yang baru bagi saya dan merupakan satu cabaran yang baru. Minat saya untuk terus bermain dalam Lawn Bowls mula terbentuk ketika bakat saya terus [...]

USIM Hasilkan Hand Sanitiser penuhi Keperluan Warga Kampus

NILAI, 27 Mac 2020 - Pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menghasilkan cecair hand sanitiser bagi memenuhi keperluan kakitangan dan pelajar USIM sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko penularan virus dan bakteria berbahaya terutamanya semasa penularan Covid-19. Pensyarah USIM yang bergerak di bawah Faculty Science and Technology Laboratory in a Box (FaST LaB) menyatakan usaha mereka menghasilkan hand sanitiser bukan untuk tujuan komersil tetapi untuk membantu warga kampus kerana ia diberikan percuma disamping menyedari pada masa kini terdapat kesukaran untuk mendapatkan bekalan hand sanitiser di pasaran. Produk ini dihasilkan mengikut piawaian World Health Organization (WHO) dan turut melalui ujian dalam makmal penyelidikan USIM untuk memastikan keberkesanan produk ini terhadap mikroorganisma. Ketua FaST LaB, Dr. Muhammad Zamir Othman yang merupakan pensyarah kanan Program Teknologi Kimia Industri FST menyatakan usaha penghasilan kumpulan pertama hand sanitiser ini telah bermula pada 16 Mac lalu secara berperingkat dan sebanyak 70 liter hand sanitiser berjaya dihasilkan. Ia kemudiannya di botolkan dalam botol mini berkapasiti 60 ml supaya lebih mudah di bawa apabila perlu berada di luar. “Proses pembuatan hand sanitiser ini melibatkan beberapa penggunaan bahan kimia seperti Isopropanol, Glycerol, Hidrogen Peroksida dan air. Melalui pengawalan keselamatan yang tinggi di dalam makmal, proses akhirnya yang amat penting bagi kami iaitu untuk memastikan campuran bahan-bahan ini menghasilkan kepekatan bahan aktif pada paras 75% Isopropanol. Kos bagi setiap botol hand sanitiser yang dihasilkan ini adalah tidak melebihi RM3.50 dan projek ini juga sebenarnya turut mendokong aspirasi USIM dalam konteks prosumerism” “Sebanyak [...]

Go to Top