Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2019

SALAM USIM-Majlis Menandatangani MoU USIM-UNNES

24 Jam bergantung pada mesin bantuan penafasan, Ashnawi gembira mendaftar di USIM

NILAI, 4 September 2019- "Tidak boleh digambarkan kegembiraan apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sehingga ibu turut menitiskan air mata" itu adalah perasaan yang dikongsikan oleh siswa baharu USIM, Muhammad Ashnawi Azmi,23 yang mengidap penyakit Bronchiolitis Obliterance atau peparu tidak berfungsi yang memerlukannya bergantung kepada alat pernafasan 24 jam. Mula dikesan mengalami penyakit ini sejak berumur dua tahun, beliau yang merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik ditawarkan menyambung pengajian Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Fakulti Syariah dan Undang-undang. Pernah memohon untuk melanjutkan pengajian diperingkat Tamhidi (Asasi) USIM selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak berjaya, ternyata rezeki dan doa ibu tercinta termakbul apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Serdang berjaya mendaftar diperingkat Sarjana Muda di USIM hari ini. "Saya perlu bergantung kepada penggunaan mesin ini sepanjang masa kerana paru-paru disebelah kanan sahaja berfungsi. Justeru, doktor menyarankan saya menggunakan mesin oksigen portable (mudah alih) ini sejak kecil lagi. Dahulu lebih besar saiznya tetapi mesin yang baru diterima pada 2016 ini lebih kecil dan ringan yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor berharga RM18,000 seunit. Dirumah ada sebuah mesin sebegini tetapi saiznya lebih besar tetapi bukan portable, justeru saya hanya gunakan semasa berada dirumah sahaja" "Saya masih menerima rawatan secara berkala tiga bulan sekali di Hospital Serdang. Saya anggap penyakit ini satu ujian daripada Allah SWT dan pastinya ada hikmah tersendiri. Saya pernah beberapa kali mengalami koma dan paling lama ialah selama 14 hari pada tahun lepas. Ia berlaku semasa saya tidur dirumah [...]

EzHifz: Aplikasi Mudahkan Teknik Hafalan Quran

Pembelajaran yang melibatkan kemahiran menghafal Al-Quran adalah satu cabaran besar yang memberi penekanan kepada disiplin diri, daya ingatan dan teknik mengingat yang sistematik. Lazimnya, kebanyakan institusi tahfiz cenderung untuk mengamalkan teknik tipikal bagi menghafal Al-Quran, iaitu melalui teknik pengulangan pada ayat Al-Quran menggunakan mushaf Quran. Kumpulan penyelidik diketuai oleh Ts. Dr Zulkifly Mohd Zaki dari di Fakulti Sains & Teknologi (FST) USIM, memperkenalkan inovasi baru yang diberi nama ”EzHifz: Quran Memorization Mobile Application” iaitu aplikasi hafalan Al-Quran yang direka bentuk dengan elemen kandungan multimedia yang mengintegrasikan teknik mengingat dan gaya pembelajaran VARK ( Visual, Auditory, Reading, Kinesthetic) yang menyokong penggunaan kepelbagaian pancaindera. Aplikasi ini merupakan gabungan adaptasi teori kognitif pembelajaran multimedia dan model gaya pembelajaran VARK. Ini menjadi asas kepada pembentukan kandungan aplikasi tersebut. Teknik menghafal yang digabungkan dengan gaya pembelajaran VARK membantu proses hafalan Al-Quran dengan lebih lancar. Antara ciri-ciri unik daripada aplikasi ini adalah pengguna bebas memilih gaya pembelajaran VARK mengikut kecenderungan masing-masing untuk menghafal Al-Quran dan menyemak status prestasi hafalan mereka. Kandungan aplikasi ini fleksibel bagi pengguna untuk memilih daripada mana-mana kombinasi gaya pembelajaran VARK sama ada secara uni-modality atau multi-modality. Ts. Dr Zulkifly berkata, "walaupun pelbagai penyelidikan mengenai kaedah dan teknik yang berkesan dalam hafalan Quran diperkenalkan, masih terdapat masalah untuk huffaz menghafal, mengingat dan mengekalkan ingatan”. ”Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi multimedia pada aplikasi mudah alih menunjukkan respon yang positif dalam kalangan generasi muda, terutamanya peningkatan motivasi di dalam menghafal Al-Quran”. Menurut Ts. Dr Zulkifly lagi, terdapat pelbagai aplikasi hafalan Al-Quran dalam pasaran yang [...]

Ogos 2019

20 Pelajar Salur Bakti dan Berdakwah Kepada Masyarakat di Karimun, Indonesia

INDONESIA, 30 Ogos 2019 - Sekumpulan 20 pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) berbangga dapat berdakwah sambil menjalankan aktiviti khidmat komuniti bagi menyantuni masyarakat di Karimun, Indonesia dalam program pengantarabangsaan iaitu Global Islamic Student Outreach (GISO). Menurut Pengarah Program, Hadi Helmi, Kumpulan GISO diberi nama The Pathfinder, menjalankan GISO selama enam hari bermula 24 hingga 29 Ogos. Beliau berkata, program ini bukan sahaja telah memberi pengalaman baharu kepada delegasi siswa dan siswi, malahan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk melatih kemahiran insaniah mereka dalam berinteraksi bersama masyarakat di luar negara. “Pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan termasuk Bengkel Pemantapan Fardu Ain dan Sumbangan kepada Panti Asuhan Darul Taufiq, perkongsian ilmu teknologi masa hadapan di SMP Swasta Vidya Sasana serta program penjagaan gigi kepada anak-anak TK IT Muhammadiyah,” ujar Hadi. “Kehadiran kami disambut mesra oleh masyarakat di sana, malahan mereka mengalu-alukan kedatangan kumpulan GISO yang lain untuk mengadakan program sebegini ke tempat mereka”, tambahnya. Antara pengalaman berharga peserta adalah apabila mereka berkunjung ke Panti Asuhan Darul Taufiq yang ditubuhkan oleh pengetua, En Haji Affendi Muhammad Ibrahim juga merupakan antara mangsa yang terselamat daripada nahas kapal terbang. Hj Affendi merupakan seorang askar pada waktu itu telah mengalami kecederaan yg serius di lututnya. Beliau yang menyifatkan umpama diberi peluang untuk hidup kali kedua lalu membuat keputusan menggunakan wang pampasan bagi menubuhkan Darul Taufiq. “Perkongsian hidup beliau memberi iktibar buat kami bahawa hidup ini pasti ada ujian dan dugaan yang bakal dihadapi, namun Tuhan tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang dia sendiri [...]

Sains dan teknologi jadikan budaya hidup – Dr. Zamir

Dalam usaha mencipta suasana pembelajaran subjek Sains dan Matematik sesuatu yang menyeronokkan, pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Dr. Muhammad Zamir Othman dan kumpulan menghasilkan inovasi makmal yang dinamakan Lab in a Box (FaST LaB). Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa STEM/STREAM menyedari peranan yang harus diperkasakan adalah merapatkan jurang antara universiti dan sekolah serta masyarakat bagi menimbulkan minat pelajar sekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Nilai Keagamaan, Kejuruteraan, Nilai Kesenian dan Matematik (STREAM). Pelbagai aktiviti guna tangan direka pada peringkat awal membawa kepada penghasilan kit Sains yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa dan guru untuk melakukan eksperimen Sains sama ada di rumah mahupun sekolah. Modul-modul yang dicipta turut terdapat dalam silibus pembelajaran di sekolah memberi peluang pelajar untuk melakukan eksplorasi Sains menggunakan bahan kimia dan alatan yang selamat. Q1 Pengenalan mengenai STREAM di USIM STREAM merupakan inisiatif Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membudayakan ilmu Sains dan Teknologi mengikut acuan sendiri. STREAM membawa makna Sains, Teknologi, Nilai Keagamaan, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik. Integrasi nilai keagamaan dalam penemuan-penemuan Sains bukanlah untuk memberikan nama agama bagi penemuan tersebut namun adalah untuk memastikan penemuan-penemuan yang diterokai sentiasa digunakan bagi tujuan kemaslahatan Ummah dan bukannya untuk kepentingan peribadi yang mampu membawa kepada kesan-kesan negatif seperti monopoli, peperangan mahupun kehancuran. Secara mudah apa-apa penemuan Sains dan Teknologi yang memberi kebaikan kepada Ummah boleh dikategorikan sebagai aktiviti STREAM. Elemen seni atau kesenian memainkan peranan penting kerana seni bukanlah semata-mata diertikan sebagai muzik, tarian mahupun lukisan tetapi seni untuk boleh juga diterjemahkan dalam [...]

Syarahan ISI bicarakan tajuk “Islam dan Sains tiada konflik”

PANDAN INDAH, 27 Ogos 2019 - Institut Sains Islam (ISI) menerusi siri syarahannya bilangan 4/2019 bertajuk “Islam and Modern Science” mengungkap hujah-hujah dari Al-Quran untuk merungkai sains moden, sekaligus menafikan kewujudan konflik antara Islam dan bidang sains moden. Siri syarahan yang berlangsung di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, di Kampus USIM di Pandan Indah, Kuala Lumpur telah mengundang Tn Hj Shah Kirit Kakulal Govindji yang merupakan Presiden di Unity Network, UNITY. Tn Hj Shah atau lebih mesra dipanggil Bro Shah banyak merungkai Teori Relativiti dan bagaimana ia dapat meningkatkan iman manusia dalam mengkaji teori tersebut. Beliau menjelaskan bahawa Allah swt adalah pencipta alam semesta dan segala pergerakan di alam semesta adalah mengikut peraturan dan caturan Allah swt iaitu dari sekecil-kecil zarah sehingga ke sebesar-besar alam semesta termasuklah planet-planet dan berbilion-billion bintang di alam semesta. Menurut Bro Shah, Special Theory of Relativity adalah kajian tentang foton radiasi elektromagnetik. Beliau berkata foton adalah spektrum cahaya seperti lampu, cahaya yang ada dalam ketuhar, x-ray dan sebagainya. "Foton bergerak di dalam vakum dengan kelajuan cahaya, iaitu cahaya bergerak pada kelajuan 300 000 kilometer sesaat. Mengikut hukum fizik, ada dua perkara yang berkaitan dengan cahaya; (1) tiada jirim yang boleh bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya, dan (2) bila sesuatu bergerak semakin laju, masa menjadi semakin perlahan. Ini bererti, pada kelajuan cahaya masa menjadi sifar. Apabila foton bergerak pada kelajuan cahaya, maka bagi foton, masa adalah sifar (relativiti)," ujarnya. Beliau turut menyatakan satu contoh iaitu masa cahaya dari matahari untuk sampai ke bumi mengambil masa [...]

USIM tampil  Program WAKON, Platform Diskusi Ilmu

NILAI, 26 Ogos 2019- Seiring dengan hasrat universiti untuk menjadikan wacana ilmu lebih dinamik dan mesra penonton, Pusat Kebudayaan USIM tampil dengan konsep wacana dengan persembahan seni budaya yang dikenali sebagai WAKON iaitu penyampaian diskusi secara santai dengan jemputan panel, IKON yang berwibawa beserta diiringi dengan Kumpulan Band Pusat Kebudayaan USIM. Berlangsung di Panggung Budaya USIM Khamis lalu, topik yang diketengahkan bertajuk Misi Kemanusiaan: Tanggungjawab Masyarakat atau Perjuangan NGO. Dibarisi oleh Panel yang hebat iaitu Encik Zairulshafudin Zainal Abidin, Ketua Eksekutif Islamic Relief Malaysia (IRM), Dr. Isa Hassan Presiden III Jamiyah Singapura dan moderator oleh Dr. Hayati Ismail Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm). Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM Encik Ismail Ahmed, WAKON ini telah didaftarkan sebagai Hak Cipta di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).  Sebanyak empat siri akan diadakan dengan membawa tema kemanusiaan, warisan, budaya, sastera dan bahasa. Program ini juga akan diterbitkan dalam Youtube (LeadsTV@USIM) dan penerbitan buku. ”Universiti adalah Institusi pendidikan yang berperanan penting dalam memberi contoh yang terbaik dengan mempersiapkan para pelajarnya bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, malah dididik dengan peribadi dan akhlak mulia yang dapat berkhidmat dan memberi kebahagiaan kepada masyarakat”. ”Pendedahan ini perlu bersepadu dan konsisten bagi menimbulkan rasa keperihatinan agar ia dapat membentuk nilai-nilai murni yang akhirnya menjadikan mereka insan yang dapat berfungsi kepada masyarakat”, jelas Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Bagi Encik Zairulshafudin, NGO dan pasukan sukarelawan dari merata dunia ini adalah jambatan bagi menyalurkan bantuan, bukan sahaja dari segi materialistik tetapi golongan [...]

Jalur gemilang harus dihormati serta dilindungi

Bendera adalah penting terutamanya untuk sesebuah negara. Tanpa adanya bendera, agak sukar untuk sesebuah negara itu wujud, dikenali, dihormati dan dipandang tinggi oleh negara-negara lain dalam dunia. Setiap rakyat yang cintakan negara mereka akan sentiasa mengambil segala langkah yang perlu bagi melindungi bendera negara mereka. Adalah penting supaya bendera negara kita dilindungi daripada menjadi mangsa tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab. Bendera negara kita juga harus bebas daripada menjadi mangsa kepada sebarang isu politik atau pun ketidakpuasan hati mana-mana pihak. Bendera negara kita juga harus dikibar dengan penuh tertib, penuh rasa bangga dan dengan penuh rasa hormat. Dalam menyambut ketibaan hari kemerdekaan rasmi negara yang ke-62 pada 31 Ogos nanti serta sambutan Hari Malaysia yang ke-56 pada 16 September yang akan datang, tindakan sesetengah pihak serta organisasi yang dilihat masih mengibarkan bendera rasmi negara kita iaitu Jalur Gemilang dalam keadaan lusuh, koyak serta terbalik ataupun diubah suai dengan sesuka hati tidak harus diterima oleh mana-mana pihak kerana ianya bukan sahaja tidak melambangkan semangat patriotisme atau semangat cintakan kepada negara kita malah ianya juga menghantar mesej yang negatif khusus kepada generasi muda serta kepada warga asing atau pelancong yang mengunjungi negara kita. Bendera Jalur Gemilang kita mempunyai 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri seluruh Malaysia dan sebuah Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri berkenaan termasuklah Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, [...]

Masyarakat beradab dan pembinaan negara bangsa

Bulan Ogos amat penting bagi Malaysia kerana beberapa hari sahaja lagi negara akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 tahun dan kemudiannya meraikan pula Hari Malaysia sebagai mengingati penggabungan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September. Tetapi proses pembentukan negara berdaulat ini bukannya bermula setahun dua sebelum laungan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 bergema, ia sebenarnya telah melalui tempoh pembentukannya yang lebih panjang dari itu lagi. Liku-likunya tajam dan onaknya juga mencengkam dengan menyaksikan tanah pertiwi ini telah dibasahi dengan banyak darah para pejuang ulung dan menguburkan ribuan jasad kaku yang terkorban mempertahankannya dari saat sebelum merdeka sehinggalah ke waktu ini. Selepas cabaran mencapai kemerdekaan, kepimpinan negara mula melihat kepada cabaran baharu iaitu bagaimana membentuk acuan terbaik untuk membina negara bangsa. Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama bagi sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran serta rakyatnya. Menurut Hargue dan Harrop, bagi membentuk negara bangsa sesebuah negara itu perlu melalui empat peringkat terlebih dahulu iaitu bina negara; bina bangsa; penyertaan rakyat; dan pengagihan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Pembentukan negara bangsa merupakan satu perjuangan yang masih belum selesai, usaha intensif ke arahnya mula digerakkan selepas peristiwa hitam 13 Mei dan matlamatnya lebih jelas apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan keperluannya semasa memperkenalkan Wawasan 2020 pada 1991. Pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenarannya, negara bangsa masih jauh untuk direalitikan kerana kita masih dihantui pelbagai permasalahan yang bersifat perkauman walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan lebih enam dekad. Lantaran itu isu negara [...]

96 Peserta Tempatan dan Antarabangsa hadiri Persidangan Penterjemahan Antarabangsa 2019

BANGI, 20 Ogos 2019–Penterjemahan merupakan wahana komunikasi ilmu yang utama bagi membangunkan negara, bangsa, dan agama bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Menyedari hakikat ini, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM sebagai tuan rumah kali ini, dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) mengambil inisiatif menganjurkan Persidangan Penterjemahan Antarabangsa 2019 (PPA-17) bertemakan ”Penterjemahan Dalam EraDigital” yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Ogos 2019 bertempat di Hotel Bangi Resort. Pada tahun ini persidangan menghimpunkan seramai 96 peserta termasuk 52 pembentang seluruh dunia dalam kalangan para ilmuan dan ahli bahasa dan seangkatannya antaranya dari Brunei, Indonesia, Australia, Vietnam, Nigeria dan Taiwan. Ia merupakan persidangan dwitahunan yang mula dianjurkan sejak 1984 akan menjadi platform kepada para peserta bagi merealisasi percambahan dan perkongsian ilmu serta dapat memanfaatkan isi-isi pembentangan kertas kerja dalam profesion masing-masing. Selain itu, persidangan ini mengupas dan memberi pencerahan terhadap isu dan permasalahan asas pelaksanaan penterjemahan yang sedia ada di samping mengaitkannya dengan situasi terkini, membuka ruang kepada penemuan baru dan pendekatan alternatif dari aspek teori dan aplikasi penterjemahan dan interpretasi serta menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dalam bidang latihan penterjemahan. YB Dato Saifudin Abdullah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dalam ucapan perasmiannya menyatakan penganjuran persidangan antarabangsa merupakan salah satu wadah untuk meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mengangkat industri penterjemahan dalam rantau ASEAN. Hasrat ini juga mampu menjadi jambatan terhadap Bidang Keberhasilan Utama DBP, [...]

Go to Top