Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Oktober 2018

USIM Juara Rentak Bitara MAKUM

TANJUNG MALIM, 30 Oktober 2018 – Tampil dengan taruhan vokal dan elemen fusion iaitu gabungan muzik tradisonal dan moden dengan mengekalkan gubahan lagu asal menjadi tarikan juri apabila Kumpulan The Bachelors Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Rentak Bitara Terbuka Universiti Awam Malaysia 2018. Pertandingan yang bertemakan “Mash -Up Juara-juara Lagu” membawa tuah kepada USIM apabila turut memenangi anugerah vokalis terbaik. Program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Penyanyi utama kumpulan Bachelors, Saiful Anwar Malik dan Rahimi Rezaf turut mengulas bahawa elemen alat muzik tradisi Cak Lempong mengiringi persembahan mereka merupakan salah satu keunikan yang ingin ditonjolkan dalam persembahan pada kali ini .” Mereka menerima hadiah wang tunai RM3000.00 beserta piala iringan dan sijil. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapat Naib Johan dan memenangi anugerah Gitaris Terbaik dengan persembahan lagu Mimpi Laila dan Tanya Sama Itu Hud Hud dengan diiringi hadiah wang tunai RM1,500.00 piala iringan beserta sijil. Sementara itu Universiti Malaya mendapat tempat ketiga dengan dendangan lagu Apa Khabar dan Janji Manismu turut memenangi Bassist Terbaik dengan membawa pulang wan tunai RM1,000.00 piala iringan beserta sijil. Ketua Kumpulan The Bachelors USIM Hizami Afrizal berkata, “pertandingan ini amat menguji kemampuan kami kerana semua kumpulan yang bertanding mempunyai kehebatan masing-masing dan terserlah kekuatan mereka dari segala aspek.  Kami mengambil masa dua minggu untuk menjalani latihan kerana ada di kami yang sedang menyiapkan projek tahun akhir”. Beliau turut menambah bahawa kumpulan tersebut dibimbing oleh Tenaga Pengajar Seni Budaya Pusat Kebudayaan Izmer Khasbullah [...]

Fiqh kewarganegaraan manhaj Malaysia pemangkin perpaduan Nasional- Prof Madya Dr Zulkifli Hasan

Dalam konteks negara bangsa, dunia moden bersistemkan demokrasi hari ini, wacana segar mengenai fiqh al-muwatanah atau fiqh kewarganegaraan wajar diangkat dan didiskusikan secara menyeluruh. Fiqh al-muwatanah adalah sebahagian daripada fiqh siyasah yang terbuka kepada ijtihad dan ruang untuk berwacana. Hubungan sesama warganegara perlu diberikan dimensi baru yang lebih segar khususnya bagi membendung fahaman bersifat radikal dan ghuluw (melampaui batas) yang akhirnya mencetuskan permasalahan dan konflik. Fiqh al-muwatanah mengangkat tema karamah insaniah (kemuliaan insan) nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu dalam sesebuah negara. Sesungguhnya dunia pada hari ini berada dalam era perubahan yang penuh dengan cabaran. Di era pasca-sekularisme, abad ke-21 bakal menyaksikan dunia akan lebih beragama dan sekularism akan mula luntur. Di era pasca-modeniti kita akan melihat bentuk masyarakat pasca-moden yang sentiasa menuntut kesamarataan sebagai hak asasi manusia. Di era pasca-kapitalisme, modal dan buruh bukan lagi asas utama penciptaan kekayaan tetapi ilmu pengetahuan adalah basis of wealth (asas kekayaan). Di era pasca-industri, sektor perkhidmatan dan teknologi maklumat mencipta lebih kekayaan berbanding sektor pembuatan. Di era pasca-Islamisme, kita melihat perkembangan generasi baru kebangkitan Islam mendepani realiti dalam kerangka sistem demokrasi. Dalam konteks politik hari ini, kita sebenarnya berada di dalam era dinamakan sebagai post-truth (pasca-kebenaran) yang melihat kebenaran itu sesuatu yang bersifat relatif. Dalam erti kata lain, dunia hari ini boleh juga dikatakan berada dalam era pasca-normal di mana banyak perkara luar jangkaan dan kadangkala sukar untuk dirasionalkan berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, dalam era ini yang menyaksikan dunia berubah dengan begitu pantas, kita [...]

Learning and Exchange Ideas Enactus USIM 2018

NILAI, 6 Oktober 2018 - Mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Enactus dan projek-projek yang dijalankan dalam Enactus USIM kepada ahli baru, Sekretariat Enactus USIM sesi 2018/2019 yang diketuai oleh saudari Norizan Miswadi dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah mengadakan satu program iaitu “LEARNING AND EXCHANGE IDEAS ENACTUS USIM 2018 ” pada 6 Oktober 2018 bermula pada jam 8.00 pagi di Galeri Hal Ehwal Pelajar USIM. Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Enactus USIM sesi 2018/2019 dengan kerjasama daripada Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) dan Alumni Enactus USIM yang terdahulu. Program seperti ini disokong oleh Dr. Mohd Shukor Bin Harun, Penasihat Enactus USIM dan Dr. Muhamad Azrin Bin Nazri, Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) merangkap penyelaras Enactus USIM. Dalam program ini juga, Saudara Aiman Bin Ahmad, Mantan Presiden Enactus USIM sesi 2014/2015 telah dijemput untuk berkongi  serba sedikit tentang pengalamanya dalam mentadbir Enactus USIM sebelum ini. Malah, beliau juga memberikan beberapa tip yang bermanfaat dalam mengelolakan sebuah organsasi yang sangat mantap.  Antara objektif utama program ialah memberi pendedahan awal kepada ahli baru tentang kelab Enactus dan membolehkan peserta membina hubungan baik antara satu sama lain seterusnya mampu untuk bekerja secara efektif demi mencapai satu matlamat yang ingin dicapai dalam Enactus USIM. Selain itu, program ini dijalankan bagi menerapkan nilai kepimpinan kepada ahli lama amnya dan ahli baru khususnya dalam mempraktikkan cara kepimpinan yang tepat bagi memudahkan proses gerak kerja dalam Enactus USIM. Program ini amatlah penting bagi Enactus USIM bagi memupuk nilai kerjasama dan toleransi yang kuat lagi utuh dalam kerja berpasukan untuk [...]

Duta Jauhar USIM 5.0 cipta produk Fruitty Delight

NILAI, 12 Oktober 2018- Bagi meneruskan delegasi Duta Jauhar sebelum ini, Duta Jauhar USIM 5.0 kali ini tampil dengan produk baharu yang diberi nama “Nugget Pisang”. Produk Duta Jauhar USIM 5.O kali ini telah mencipta inovasi melalui buah-buahan tempatan iaitu pisang. Produk ini juga merupakan produk pertama di Malaysia yang memperkenalkan nugget dari buah pisang. Idea asal yang dicetuskan oleh pengarah projek sendiri iaitu, Adlin Hayat binti Mustafa dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Program Bahasa Arab dan Komunikasi. ”Memilih nugget kerana kebanyakan kanak-kanak pada hari ini gemar memakan makanan segera seperti nugget ayam, bebola ikan, burger dan sebagainya. Kandungan kalori yang tinggi dimana tidak baik diambil secara berlebihan oleh kanak-kanak mencetuskan idea untuk menginovasikan produk nugget dari buah pisang ini”. ”Kebanyakan orang kampung senang untuk menanam pokok pisang ini, juga selain pembaziran sekiranya lambakan buah, ia juga boleh dijadikan snek atau nugget untuk jualan bagi tambah pendapatan sampingan”. ”Pisang mudah didapati dan harga juga yang berpatutan, selain sebagai pencuci mulut ia juga sesuai untuk dibuat kuih muih, kek dan sebagainya. Pisang yang digunakan dalam nugget ini adalah 100% dari buah-buahan asli.  Kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat sangat sesuai untuk ibu mengandung. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium”, tambah Adlin. Dengan adanya projek sebegini ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan sasaran kami. Projek ini diusahakan oleh golongan sasaran, kumpulan duta jauhar pula akan bantu dari segi pemasaran produk. [...]

USIM International Carnival rai kepelbagaian budaya masyarakat Dunia

NILAI, 2 OKTOBER 2018 -  Mengambil inisiatif untuk meraikan kemeriahan dan kepelbagaian budaya para pelajar di Universiti Sains Islam Malaysi (USIM), Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah telah menganjurkan USIM International Carnival (UIC) 2018. Program ini diilhamkan dari program kebudayaan pelajar antarabangsa yang dianjurkan pada tahun lalu oleh Persatuan Pelajar Antarabangsa USIM (INSAN). Julung kali diadakan, selain menonjolkan elemen kebudayaan, penganjur turut menyuntik nilai akademik dalam UIC 2018 dengan penganjuran program kolokium, pembentangan tesis dalam Bahasa Arab, serta taklimat berkaitan pengantarabangsaan. Objektif UIC 2018 adalah untuk mengumpul dan mengetengahkan kepelbagaian budaya di USIM khususnya, dan di semua institusi pendidikan tinggi seluruh negara. Seramai 300 peserta warga universiti tempatan dan antarabangsa dari lebih 10 buah negara memeriahkan UIC ini. Bersempena majlis perasmiannya yang disempurnakan oleh Profesor Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, turut diadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara USIM dengan Institut Agama Islam Negeri Samarinda Indonesia (IAIN). Sepanjang sehari UIC berlangsung, sebanyak lima 5 aktiviti utama dianjurkan iaitu Pertandingan Pembentangan Tesis dalam Bahasa Arab di bawah masa 5 Minit; pembentangan dari wakil Education Malaysia Global Services (EMGS); Kolokium Siswazah; persembahan kebudayaan dari lebih 10 negara dan kemuncaknya acara Neon Fun Run pada sebelah malam. Pengunjung yang hadir sepanjang sehari karnival ini berpeluang mempelajari budaya, merasai makanan, dan mencuba pakaian tradisi pelbagai negara seperti Bangladesh, Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura, Oman, Jordan, Nigeria, dan Gambia di booth pameran. Menurut Prof. Dr. Rozhan M. Idrus selaku pengerusi program ini mempunyai hasrat agar UIC pada [...]

Pakar Mata USIM sumbang kepakaran di Hospital Tampin

TAMPIN, 5 OKTOBER  - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Penglihatan Sedunia 2018 dengan penglibatan pakar matanya dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dalam Program Kem Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia (KK-KKM) bertempat di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Program anjuran Jabatan Oftalmologi Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah berlangsung selama tiga hari bermula pada Selasa lalu hingga semalam (2 hingga 4 Oktober 2018). Seramai empat orang pakar mata USIM menyumbang kepakaran mereka sepanjang Kem Katarak ini yang turut mendapat kerjasama Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. Menurut Dr Azlina Mokhtar, pensyarah perubatan USIM yang terlibat dalam program ini menyatakan penglibatan pakar USIM adalah sebagai tanda sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengurangkan kadar kebutaan yang disebabkan katarak melalui pembedahan dan menawarkan perkhidmatan kanta intraocular percuma kepada pesakit ini. Kemudahan ini memfokuskan kepada masyarakat luar bandar dan tidak berkemampuan seperti para penerima kanta intraocular ini adalah hasil sumbangan Bank Kanta Intraocular Kebangsaan (BKIOK). “Hospital Tampin dipilih sebagai lokasi program kerana hospital ini telah diberi peranan oleh KKM sebagai Pusat Pembedahan Katarak  di bawah Program Klinik Katarak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita bersama penganjur meletakkan sasaran awal seramai 25 hingga 27 orang pesakit dapat kita rawat dan hasilnya kita terima dan rawat 78 pesakit selama tiga hari program ini berjalan”. “Kita mempunyai hubungan erat dengan Jabatan Oftalmologi HTAN selama ini kerana di USIM melalui Jabatan Oftalmologi FPSK dan Klinik Pakar Kesihatan USIM mempunyai perkhidmatan berkala klinik pakar mata bergerak iaitu KLiP Mobile ke lokasi terpilih di [...]

Aplikasi MOOC “Arabic Made Simple” rangkul Emas di IUCEL 2018

NILAI- Pengajaran dan pembelajaran menuju pendidikan abad ke-21 adalah penekanan utama dalam dasar pendidikan negara masa kini. Setiap institusi sekolah dan pengajian tinggi perlu bergerak seiring dan menyahut cabaran dalam memperkasa pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-learning. Di Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu kumpulan penyelidikan telah dibentuk bagi mengetuai cabaran pendidikan alaf ke-21 ini. kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Abdel Rahman Sulaiman Isleh, Mohd Firdaus Amran, Zulkarnin Zakaria dan Nor Adlyizan Theis ini telah memperkenalkan produk Arabic Made Simple yang telah menggunakan perisian MOOC. Kumpulan ini telah berjaya mengharumkan nama KPI dan USIM dalam pelbagai pertandingan inovasi anjuran IPT seluruh Malaysia apabila berjaya merangkul Pingat Emas dalam International University Carnival on e-Learning (IUCEL) 2018 dalam kategori T-NOVATE dan dianugerahkan Secondary School e-Learning Award dalam kategori IIDEL yang berlangsung pada 12 hingga 13 September 2018. ”Satu kejayaan membanggakan dan menjadi contoh terbaik dalam penggunaan e-learning di peringkat sekolah dan IPT dan kami mengambil masa 9 bulan bagi menghasilkan aplikasi ini, dimana ia siap dan digunakan pada bulan Julai 2017. Namun, ia masih dalam tempoh percubaan dan akan ditambahbaik dari semasa ke semasa”. ”Aplikasi ini telah digunakan oleh pelajar KPI dalam sesi pembelajaran mereka sepanjang di KPI. Aplikasi ini sangat menarik dengan memuatkan animasi dan kaedah mudah belajar bahasa Arab dalam kalangan pelajar”, tambah Dr Adbel Rahman. Adalah diharapkan inovasi ini dapat diteruskan lagi bukan sahaja untuk subjek bahasa Arab tetapi untuk subjek-subjek lain juga agar sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat dipelbagaikan. Aplikasi ini turut [...]

Siswa Perundangan Indonesia teruja ikuti Kem Perundangan ala ‘Summer School’ di USIM

Penganjuran program berkonsepkan ‘Summer School’ tetapi dengan pengisian yang bertemakan undang-undang antarabangsa oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri. Memasuki tahun ketiga siri penganjurannya sejak bermula pada 2016, International Law Course (ILC) 2018 yang dianjurkan bersama Pertubuhan Gud Lak ID iaitu sebuah organisasi anak-anak muda Indonesia yang beribupejabat di Jakarta, Indonesia berjaya menarik penyertaan 20 siswa Indonesia kali ini. ILC 2018 disertai 15 peserta dari Komisi Yudisial (Judicial Commision) Indonesia berpangkalan di Jakarta dan tujuh mahasiswa dari pelbagai universiti di Indonesia. Diadakan pada 20 hingga 26 September baru-baru ini, ia turut disertai seramai 20 mahasiswa undnag-undang USIM. Menurut penyelaras program ini, Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli menyatakan peningkatan reputasi FSU USIM sebagai sebuah fakulti undang-undang yang mempunyai pakar-pakar muda dalam bidang undang-undang antarabangsa merupakan antara sebab Gud Lak ID meminta FSU untuk menjadi hos ILC sekali lagi pada tahun ini. “ILC 2018 adalah usaha yang diambil oleh pihak Fakulti untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai undang-undang antarabangsa awam dan sejauh mana ianya mempengaruhi Malaysia , Indonesia dan rantau ini” “Kursus yang ditawarkan kepada para peserta adalah undang-undang pembaterasan amalan rasuah antarabangsa, diplomasi; undang-undang antarabangsa; undang-undang jenayah antarabangsa; undang-undang perdagangan antarabangsa; dan kursus mengenai etika kehakiman” ujarnya yang merupakan pensyarah kanan undang-undang di FSU. Sempena ILC ini, para peserta turut mendapat peluang menyertai acara tahunan Roundtable Discussion (RTD) on International Law 2018 yang dianjurkan bersama oleh USIM dan Pertubuhan Konsultasi Perundangan Asia Afrika (AALCO). Mereka dapat mendengar kupasan perundangan dari wakil Wisma Putra, Dr. Adina Kamarudin; [...]

Kor Suksis USIM rasai pengalaman tembak sasaran guna M-16

NILAI, 29 September 2018 – Bergema Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan tembakan senjata Colt M-16 apabila seramai 158 orang pelatih Kor Sukarelawan Siswa Siswi Polis (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengikuti program menembak anjuran Kor Suksis USIM baru-baru ini. Para pelatih yang terdiri daripada Skuad 10, 11 dan 12 ini ternyata teruja apabila berpeluang mempelajari kaedah mengendalikan Colt M-16 dan seterusnya menggunakan senjata untuk latihan tembakan menggunakan peluru sebenar. Sepanjang sesi latihan ini, pelajar Kor Suksis dilatih dan dipantau secara dekat oleh Unit Persenjataan (AMRA) IPK Negeri Sembilan seramai 14 orang serta empat jurulatih Kor Suksis. Para pelatih yang ditemui semuanya memberi reaksi gembira selepas tamat sesi latihan menembak. Menurut mereka, bimbingan dari anggotan AMRA IPK Negeri Sembilan telah memberi keyakinan dan keberanian kepada mereka untuk menyelesaikan latihan ini terutamanya bagi yang kali pertama memegang senjata. Latihan menembak ini turut di sertai oleh Pegawai Kehormat Kor Suksis USIM dengan menggunakan pistol jenis Walther 9mm iaitu Komandan, ACP/KS Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan; Timbalan Komandan, SUPT/KS Hisham Sabri; Ajutan, DSP/KS Ir Sharin Amri Jahri dan Pegawai Latihan Luar, ASP/KS Mohd Zaini Othman. Turut bersama ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan iaitu ACP Samad Yahya. Dalam ucapan semasa Majlis Perasmian Penutup Modul Latihan Menembak ini, Komandan Kor Suksis USIM mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan prestasi yang baik semasa latihan di adakan. “Para pelatih Kor Suksis USIM amat beruntung kerana latihan menembak dijadikan sebagai salah satu [...]

MizanHome USIM-UTM bersedia harumkan nama Malaysia di Dubai

NILAI, 1 Okt 2018 - Persiapan hampir dua tahun pasukan Rumah Solar Mizan (MizanHome) yang diterajui oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 kini memasuki fasa akhir. Selaku wakil tunggal negara ke pertandingan berprestij ini, kejayaan menyiapkan rumah solar MizanHome dalam skala sebenar ini adalah petunjuk bahawa pasukan ini telah bersedia untuk mempertaruhkan MizanHome di SDME 2018 yang akan berlangsung di Dubai pada November nanti. Pada 2016, penganjur utama SDME 2018 iaitu Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) telah mengumumkan USIM bersama 21 buah universiti lain dari 16 buah negara antaranya UAE, Australian, Taiwan, Pakistan, Itali dan Amerika Syarikat. Justeru itu, mulai tahun 2016 lagi pasukan MizanHome yang menggabungkan kepakaran seni bina dan kejuruteraan USIM dan UTM mula bekerja bagi menghasilkan model rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar selain perlu disesuaikan untuk menghadapi cabaran musim panas, habuk dan kelembapan yang tinggi di Dubai. Ia memberi cabaran dan pengalaman baharu kepada pasukan MizanHome untuk menghasilkan rumah ini kerana ia harus menepati konsep ‘clean energy’ dan dilengkapi tekonologi terkini. MizanHome yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM, Profesor Dato’ Dr. Roshada Hashim memberi peluang kepada warga kampus untuk melihat luaran dan dalaman rumah solar ini secara dekat. “Universiti ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kuat yang kita terima dari Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), agensi kerajaan dan lebih 13 rakan industri yang menghulurkan [...]

Go to Top