Disember 2017
USIM terima The Best Industry Engagement Award dari KPT
NILAI, 13 Disember 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Anugerah Best Industry Engagement Award Public Private Research Network (PPRN) bersempena Global Entrepreneurship Community (GEC) Summit 2017 yang berlangsung semalam bertempat di Kuala Lumpur Convention Center. USIM membawa pulang trofi serta hadiah berjumlah RM 50,000 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta diiringi oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. USIM merupakan antara 26 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang turut serta dalam libat sama menyelesaikan antara permasalahan industri. Peranan utama yang dilaksanakan oleh USIM melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) USIM adalah dengan menganjurkan bengkel PPRN yang mengumpulkan usahawan-usahawan yang menghadapi masalah teknikal dan teknologi dalam operasi perniagaan mereka. “Dalam tempoh 2015 sehingga kini, sebanyak lapan siri bengkel PPRN telah dianjurkan oleh PPKS dengan mengumpulkan lebih 100 buah syarikat usahawan di sekitar Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh para usahawan dari Melaka, Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor. Para usahawan akan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pensyarah USIM dan pegawai PPKS bagi mengisi maklumat permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Borang-borang ini seterusnya disaring oleh PPKS bagi memastikan maklumat yang dihantar kepada KPT adalah lengkap dan mudah difahami untuk proses selanjutnya,” ujar Dr Ummi Salwa, Pengarah PPKS USIM. “USIM mengekalkan konsistensi dalam menghantar permasalahan teknikal dan teknologi usahawan kepada KPT hingga berjaya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan oleh KPT,” tambahnya lagi. Dana PPRN bernilai RM50,000 merupakan geran inisiatif KPT dalam menyediakan platform terbaik kepada [...]
USIM bantu bangunkan projek telaga air dan perahu untuk Kampung Sungai Tangkarason di Sabah
SABAH, 9 Disember 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengusahakan untuk membangunkan projek telaga air dan perahu untuk kemudahan dan kegunaan penduduk Kampung Sungai Tangkarason, Sabah. Kampung berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman di Daerah Beluran mengambil masa kira-kira empat jam perjalanan dari Bandar Sandakan. Komitmen itu dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato Dr Musa Ahmad semasa melakukan lawatan kerja sehari ke kampung berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman di Daerah Beluran. Lawatan ini turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan bersama pegawai kanan universiti. "Melalui perhatian awal dan perbualan bersama penduduk kampung, mereka mengakui pembangunan infrastruktur asas masih kurang dan ketinggalan. Penduduk kampung masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kemudahan air bersih, bekalan elektrik dan jalan yang sempurna". "Atas keprihatinan ini, USIM akan mengikhtiarkan dana bagi membina sebuah telaga air menggunakan pam secara berpusat terlebih dahulu. Buat masa ini sumber air untuk kegunaan harian hanya didapati dari tadahan hujan atau sungai berdekatan". "Kita juga melihat keperluan menyediakan perahu yang bersesuaian untuk kemudahan pendudukan kampung dan murid ke sekolah yang menggunakan sungai sebab laluan mereka" "Kita akan mengusulkan usaha murni ini kepada rakan-rakan strategik kita dan badan korporat untuk menyumbang dana bagi merealisasikan projek ini. Pendidikan amat penting kerana melalui pendidikan ia akan merubah dan menjamin kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Justeru saya amat memuji inisiatif penduduk kampung berusaha membuka sebuah sekolah menengah di sini " ujar Profesor Dato Dr Musa [...]
Umat Islam mesti henti bergantung harap pada Amerika Syarikat
Sampai bila umat Islam harus bergantung harap terhadap negara Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai “Negara Uncle Sam” bagi menyelesaikan banyak isu berbangkit yang berlaku dikalangan umat Islam pada masa kini seperti konflik penduduk Palestin, peperangan yang berpanjangan di bumi Syria dan Iraq, masalah penghapusan etnik Rohingya di Myanmar, dan lain-lain lagi. Adakah Amerika Syarikat benar-benar ikhlas ingin membantu negara serta masyarakat Islam. Untuk makluman, konflik diantara penduduk Palestin dan Israel sudah berlanjutan lebih setengah abad, sehingga kini tiada penyelesaian yang diperolehi. Malah, jika dilihat dari tahun ke tahun semenjak konflik berkenaan wujud pada tahun 1948, nasib masyarakat Palestin menjadi lebih buruk sehingga kini. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa, mana-mana pihak yang menjadi presiden negara Amerika Syarikat tidak langsung membawa apa-apa manfaat kepada umat Islam. Oleh itu, sudah sampai masanya, umat Islam untuk bangkit serta menambahkan kekuatan terhadap diri mereka sendiri serta bangkit mempertahankan maruah diri serta agama mereka sendiri tanpa mengharapkan Amerika Syarikat. Umat Islam harus terus menjalinkan kerjasama sesama mereka serta mengetepikan segala perselisihan yang wujud sesama mereka. Pertubuhan Kerjasama Negara Islam atau lebih dikenali sebagai OIC yang telah ditubuhkan oleh umat Islam itu sendiri hampir setengah abad yang lalu perlu menjadi platform utama untuk semua umat Islam tampil bersatu tanpa mengira fahaman mazhab atau perbezaan politik. Semua negara Islam harus bersatu dalam menghadapi segala cabaran yang bangkit dikalangan masyarakat Islam itu sendiri seperti masalah pengganas, masalah pelarian, masalah buta huruf dan lain-lain lagi tanpa perlu sentiasa bergantung harap pada negara bukan [...]

Jerusalem: Manifestasi kerapuhan perpaduan Ummah
Umat Islam di seluruh dunia amat terkesan dengan pengisytiharan yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini. Pengisytiharan ini adalah bagi mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara bagi negara haram Israel. Namun, bagi sesetengah pihak, pengisytiharan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Bahkan, jika kita susuri sejarah, hakikatnya perancangan untuk membina penempatan haram kepada golongan yahudi di Palestin telah dilakukan sejak tahun 1897 melalui Kongres Pertama Zionis yang telah diadakan di Switzerland. Keadaan ini berlarutan sehingga tertubuhnya negara haram Israel pada tahun 1948. Ini menunjukkan betapa konsistennya perancangan puak-puak zionis yahudi untuk menakluk Palestin dari tangan umat Islam sejak dahulu lagi dengan pelbagai usaha dan tindakan jahat mereka. Persoalannya, di manakah silapnya sehingga perkara seburuk ini boleh menimpa umat Islam? Di manakah kesepakatan dan perpaduan umat Islam dalam isu ini? Atau adakah umat Islam sama-sama menyumbang kepada pencerobohan haram bangsa yahudi terhadap umat Islam Palestin? Bagi umat Islam, Baitulmaqdis merupakan salah satu kota suci selain Makkah dan Madinah yang wajib dipelihara kesuciannya. Ini selaras dengan Firman Allah yang bermaksud “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (17: 1). Kesucian Masjid al-Aqsa juga dijelaskan dalam hadith Nabi yang bermaksud “Bersungguh-sungguhlah untuk melakukan perjalanan (dengan tujuan beribadat) ke tiga destinasi iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi dan Masjid al-Aqsa” (Riwayat Muslim). Dalam pada itu, seluruh dunia seakan-akan [...]
Umat Islam harus bersatu musnahkan keputusan bodoh Presiden Trump terhadap status bandaraya Baitulmaqdis
Umum telah pun ketahui keputusan muktamad Presiden Donald J. Trump secara satu pihak mengiktiraf bandaraya Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel pada malam Rabu yang lalu. Beliau juga telah bersetuju untuk memindahkan kedutaaan negaranya yang kini berada di Tel Aviv ke bandaraya Baitulmaqdis. Tindakan terbaru yang diambil oleh Presiden Trump ini boleh dianggap tindakan yang paling bodoh dalam sejarah pentadbiran Amerika Syarikat khusus yang berkaitan dengan konflik antara masyarakat Palestin dan Israel semenjak penubuhan haram negara Israel pada tahun 1948. Tindakannya juga bukan sahaja akan menjadikan konflik antara Palestin dan Israel bertambah buruk malah turut akan mengundang perasaan tidak puas hati dari kalangan umat Islam diserata dunia termasuk di Malaysia. Tindakannya juga akan menyebabkan segala usaha peperangan terhadap keganasan menjadi bertambah sukar kerana pihak militan dan penganas akan menggunakan isu ini sebagai alasan untuk melakukan pelbagai jenis keganasan serta pada masa yang sama memudahkan usaha mereka untuk menyebarkan segala pengaruh militan serta keganasan ke serata dunia. Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia melibatkan maruah serta masa depan umat Islam bukan sahaja di Palestin malah dari serata dunia termasuk di Malaysia. Perlu diketahui umum, bandaraya Baitulmaqdis adalah hak mutlak milik masyarakat Palestin buat sekian lama, ianya dirampas oleh rejim Israel selepas negara-negara Arab kalah teruk dalam peperangan enam hari melawan rejim Israel pada tahun 1967 yang lalu. Sehingga kini status bandaraya Baitulmaqdis masih belum dimuktamadkan lagi oleh mana-mana negara dunia selain Amerika Syarikat serta pihak pertubuhan antarabangsa yang bertauliah seperti pihak Pertubuhan [...]
Perhimpunan solidariti USIM membantah tindakan Amerika Syarikat
NILAI, 8 Disember 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini turut mengadakan perhimpunan solidariti membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf bandaraya Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang juga memindahkan kedutaan negaranya yang kini berada di Tel Aviv ke bandaraya Baitulmaqdis. Perhimpunan yang berlangsung secara aman selepas solat Jumaat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz oleh mahasiswa yang diselaraskan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM adalah sebagai tanda solidariti masyarakat kampus khususnya mahasiswa yang juga mengambil cakna akan nasib yang menimpa rakyat Palestin. Mengulas apa yang berlaku, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, YBhg Prof Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan menyokong inisiatif yang dilaksana oleh mahasiswa yang menunjukkan kepekaan mereka terhadap perkara ini dan mahu bersama-sama kerajaan dan rakyat Malaysia dan dunia untutk mengutuk tindakan biadap Amerika dan Israel itu. “Tindakan AS ini memperlihatkan mereka tidak sensitif kepada umat sejagat sedangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai kota suci agama Islam termasuk juga agama Yahudi dan Kristian. Atas dasar itulah warga USIM bersama seluruh masyarakat dunia tidak mahu berdiam diri malah turut mengutuk tindakan jijik Amerika dan israel yang angkuh lagi sombong ini,” tambahnya. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM, Dr Muzaffar Syah Mallow turut menyelar dan berpendapat tindakan AS bukan sahaja akan menjadikan konflik antara Palestin dan Israel bertambah buruk malah turut akan mengundang perasaan tidak puas hati dari kalangan umat Islam diserata dunia termasuk di Malaysia. “Tindakan AS ini akan menyebabkan segala usaha peperangan terhadap keganasan menjadi bertambah sukar [...]
Umat Islam harus kembali bersatu
Dalam umat Islam di serata dunia termasuk di Malaysia menyambut hari kelahiran nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW atau lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul, rata–rata umat Islam juga melahirkan kerinduan pada zaman atau era di mana seluruh umat Islam berada di bawah pimpinan khalifah pada satu ketika dahulu. Tidak dapat dinafikan, kelahiran Nabi Muhammad SAW telah membawa cahaya kepada seluruh umat manusia diserata dunia yang pada ketika itu berada dalam kegelapan serta kelalaian hidup duniawi. Sepanjang kehidupan Nabi Muhammad SAW, baginda telah melalui pelbagai jenis dugaan dan cabaran dalam menyebarkan agama Islam dikalangan masyarakat jahilliyyah pada zaman baginda. Sepanjang kehidupan baginda, baginda dianggap sebagai ketua atau pemimpin umat Islam. Sebarang masalah atau isu yang berbangkit dikalangan umat Islam akan dirujuk kepada baginda. Nabi Muhammad SAW juga dianggap sebagai simbol penyatuan umah serta membawa kepada kestabilan terhadap stuktur pentadbiran kerajaan umat Islam di kota Madinah. Dengan peranan besar yang dimainkan oleh Nabi Muhammad SAW, sudah pasti kewafatan baginda pada 632 Masihi membawa kepada kerisauan dan kebimbangan dikalangan umat Islam yang masih berada dalam jumlah yang kecil pada masa itu. Namun, dikala masih berada dalam keadaan sedih di atas kewafatan nabi yang dijunjungi, umat Islam tetap berkumpul serta melaksanakan proses pemilihan ketua bukan untuk menggantikan nabi tetapi untuk memilih seorang ketua atau pemimpin yang dapat memainkan peranan untuk menyatupadukan umat Islam serta melindungi hak dan kedaulatan agama Islam yang baru hendak berkembang di Semenanjung Tanah Arab pada ketika itu. Maka bermula dari episod pemilihan ketua ini lahirlah terma [...]
International Conference on Lifelong Learning for Islamic Education 2017 (ICLLIE 2017)
NILAI, 4 Disember 2017 - International Conference on Lifelong Learning for Islamic Education atau ICLLIE 2017 akan menjadi platform untuk mempromosi, meneroka dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam bidang Pendidikan Islam sepanjang hayat di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh merupakan program kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia (UIAM), Open University Malaysia (OUM) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Pada majlis yang sama YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh turut melancarkan Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH )(2017-2025) sebagai satu inisiatif bagi menawarkan latihan kemahiran dan pendidikan agama kepada pelajar tahfiz dan pondok serta kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat. “Pelan Induk PISH ini boleh dijadikan sebagai satu agenda dan dilaksanakan secara bersama selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi 2015-2025. Ia mengambil kira Revolusi 4.0 merangkumi dasar negara iaitu RMK 11 dan dasar Pendidikan Tahfiz tegara sejajar dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050,” ucap YB Dato' Seri Idris bin Jusoh. Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata), Manolito Mohd. Dahlan yang turut hadir berkata, usaha itu bertujuan membolehkan para pelajar tahfiz menimba ilmu pengetahuan tambahan yang diharap dapat membantu mereka selepas tamat pembelajaran kelak. Malahan lebih kurang 300 daripada 1,117 sekolah tahfiz al-Quran di seluruh negara telah memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk para pelajar mereka sebagai program tambah nilai kepada pendidikan keagamaan [...]