November 2017
Rasulullah SAW model teladan umat sepanjang zaman
Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2017 bersamaan dengan tahun 1439H disambut pada hari Jumaat, 1 Disember 2017 menurut tarikh penting Kalendar Islam 2017 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan tema ''Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara'', marilah sama-sama kita hayati dan mengambil iktibar akan perjuangan Rasulullah SAW. Kejayaan Rasulullah SAW di dalam mengembangkan Dakwah Islamiyyah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan kepada pendekatan yang diamalkan oleh Baginda, iaitu secara wasatiyyah. Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah dan seimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak manusia. Pada masa yang sama agama Islam dijunjung dan dimartabatkan dan tidak juga meminggirkan penganut agama lain untuk terus mengamalkan ajaran mereka. Maka dengan sendirinya masyarakat Islam dapat dibentuk sebagai umat yang terbaik. Hayati perjuangan Rasulullah SAW Cara terbaik umat Islam dalam menghayati perjuangan Rasulullah SAW adalah dengan menghidupkan syariat dan syiar yang dibawa oleh Baginda semenjak 1400 tahun yang lalu. Rasulullah SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah Islam. Ia bertujuan untuk mentarbiah, membimbing dan mengingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah satu pengajaran tersirat yang dapat kita perolehi ialah nilai dan usaha berterusan dalam memperingati [...]
Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) Majlis Konvokesyen USIM ke-15
NILAI, 21 November 2017 - DYMM Tuanku Canselor berkenan menyampaikan Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) kepada graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-15. Penerima anugerah tersebut pada tahun ini disampaikan kepada Khaulah binti Mohamad Adi dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Nur Akma Mohd Dali dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Khaulah binti Mohamad Adi, 23 tahun merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam. Beliau yang berasal dari Kampung Tunjong, Perlis merupakan anak ke 6 daripada 8 orang adik-beradik kini sedang mengikuti kursus latihan di CIMB dan kursus Bahasa Turki di Yunus Emre Enstitusu, di Jln Raja Chulan Kuala Lumpur. Banyak pengalaman yang ditimba di USIM telah membina jati dirinya yang sekarang. Beliau merupakan antara pelajar yang gemar terlibat aktif menjalani aktiviti jalinan pengantarabangsaan seperti di Perth, Australia dan Riau, Indonesia serta terlibat penganjuran program fakulti antaranya Festival Dakwah di USIM. Baginya, pengalaman kepahitan yang ditempuh semasa pengajian di USIM mengajarnya untuk lebih menghargai manisnya sebuah pengalaman malah membina jati diri yang lebih untuk berhadapan dengan alam pekerjaan selepas bergraduasi. Beliau yang berasal dari kampung menjadikan ayahnya sebagai inspirasi kerana malu apabila melihat semangat ayahnya yang mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun telah lanjut usia. “Cita-cita kita tinggi dan kita mampu untuk pergi lebih jauh dari apa yang kita sangkakan. Jadi, usahalah yg terbaik, Allah akan bukakan jalan dan permudahkan setiap langkahan yang terasa sukar. Minta pada Allah, dan Allah akan bagi. Yakin!,” itu kata [...]
Dua tokoh terima Anugerah Ijazah Kehormat dan Gelaran Profesor Emeritus pada Sidang 1 Majlis Konvokesyen USIM ke-15
NILAI, 21 November 2017 - Bersempena Majlis Istiadat Pembukaan pada 21 November 2017, DYMM Tuanku Canselor berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar sebagai penerima dan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Dr. Nor Aripin bin Shamaan. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar merupakan seorang anak kampung berasal dari Alor Setar, Kedah. Dilahirkan pada tahun 1965, beliau menerima pendidikan formal pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang, beliau ditawarkan tempat untuk ke Kolej Islam Klang (KIK) di Selangor, kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda Syariah di Kuwait. Pada sekitar tahun 1994-2005, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar mula terlibat dengan pengamal industri dalam industri perbankan Islam. Beliau mula menjadi tempat rujukan kepada pendedahan yang memberi sumbangan besar kepada pembinaan keupayaan sebagai Penasihat Syariah bertaraf global. Beliau pernah terlibat dalam Lembaga Indeks Syariah Islam Dow Jones dan Lembaga Syariah AAOIFI di Bahrain kemudian berkhidmat di pelbagai Lembaga Syariah Antarabangsa termasuk Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Timur Tengah termasuk Lembaga Syariah Negara Oman. Berkat keazamannya yang kuat untuk menjadi usahawan dengan memimpin penubuhan Amanie Advisors. Sekarang, syarikat tersebut telah berkembang dari sebuah syarikat tempatan menjadi pemain industri di peringkat global. Amanie Advisors kini mempunyai 10 pejabat cawangan di seluruh dunia yang berpusat di Dubai dan merupakan salah satu syarikat konsultasi Syariah yang pelbagai dan multidisiplin. Merupakan tokoh tersohor dan dihormati dalam bidang kewangan Islam, beliau merupakan [...]
2,562 graduan terima skrol di Majlis Konvokesyen USIM ke-15
NILAI, 21 November 2017 - Seramai 2,562 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah masing-masing sempena Majlis Konvokesyen USIM kali ke-15 yang berlangsung bermula pada 21 November hingga 23 November 2017 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Pada tahun ini, sebanyak lima (5) sidang berlangsung bermula dengan Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-15 pada 21 November (Sidang 1) yang disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. Majlis Konvokesyen tahun ini memperkenalkan tema “Teknologi Islam” berselari dengan kelahiran kumpulan sulung graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik) di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) seramai 21 orang. Tahun ini juga memperkenalkan seramai 13 orang graduan sulung dari Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian, kerjasama bersama Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Daripada jumlah 2,562 graduan, pecahannya adalah 86 orang penerima Doktor Falsafah; 149 orang penerima Sarjana; 64 orang penerima Diploma Siswazah dan 2,263 orang penerima Ijazah Sarjana Muda. Para graduan cemerlang yang diberi penganugerahan adalah penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) iaitu Nur Akma Mohd Dali dari Fakulti Syariah & Undang-Undang dan Khaulah Binti Mohamad Adi dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Penerima Anugerah Canselor adalah Mohd Ikmal Hakim Bin Mohd Azman dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Hamid Abdullah Hamid Al-Balushi dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan bagi kategori Siswazah manakala Pingat Emas Naib Canselor dianugerahkan kepada Noor Shofiyyah Aiza Binti Mohd [...]
Pelancaran Pesta Konvokesyen USIM 2017 dan kitar semula USIMBIOSIS 2.0 oleh Pro-Canselor USIM
NILAI, 19 November 2017 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diurusetia oleh mantan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2016/2017 meneruskan tradisi sebagai penganjur utama Pesta Konvokesyen USIM bersempena Majlis Konvokesyen USIM ke-15 berlangsung pada 21 sehingga 23 November 2017. Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen USIM 2017 disempurnakan oleh Pro-Canselor USIM, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz di Pentas Utama, Kompleks Sukan Tuanku Najihah pada masa yang sama turut melancarkan Recycle@USIM. “Pelancaran Program Kitar Semula USIMBIOSIS 2.0 merupakan kesinambungan USIMBIOSIS 1.0 yang dijalankan sejak tahun 2015 membabitkan 100 pelajar universiti yang menubuhkan persatuan sukarelawan. Ia bermatlamat menggerakkan budaya kitar semula 3R bersama komuniti berhampiran USIM dalam usaha mengurangan penghasilan karbon dioksida yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat,” ucap Dato’ Musa Ahmad dalam ucapannya. Penganjuran Pesta Konvokesyen USIM 2017 dengan tema “Menginsankan Teknologi Ke Arah Pembangunan Ummah” menyediakan pelbagai acara dan pengisian disediakan meliputi aspek riadah, intelektual, forum keagamaan, pembangunan diri dan keusahawanan merangkumi 20 gerai dibuka sepanjang 6 hari Pesta Konvokesyen USIM berjalan. Dijangka lebih 35,000 pengunjung bakal menghadiri Pesta Konvokesyen sepanjang 6 hari penganjurannya. Melalui Recycle@USIM, USIM merupakan antara Universiti Awam yang telah terpilih untuk bersama-sama pihak Coca Cola Malaysia dan Universiti Putra Malaysia untuk menjayakan aktiviti kelestarian alam sekitar di kawasan sekitar kampus di bawah inisiatif Recycle@University.
Edisi Konvo USIM : Kehidupan kampus mematangkan keperibadian mahasiswa
Syabas diucapkan buat mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bakal bergraduasi di Majlis Konvokesyen USIM ke-15 pada 21 hingga 23 November 2017 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Sokongan padu daripada semua pihak seperti barisan pensyarah, ibu bapa dan juga semangat menuntut ilmu yang tinggi dalam kalangan mahasiswa bakal melakar sejarah peribadi untuk diingati. Di sinilah juga peranan universiti yang bukan sahaja merupakan gedung ilmu pengetahuan, bahkan merupakan medan untuk mendidik dan mematangkan keperibadian mahasiswa. Setiap detik kehidupan kampus akan mengajar mahasiswa erti kehidupan. Mereka mempelajari selok-belok kehidupan melalui pengalaman dan eksperimen sebenar. Semasa diperingkat sekolah, mereka banyak bergantung kepada ibu bapa atau penjaga bagi menguruskan kehidupan seharian. Kebanyakan urusan diatur oleh ibu bapa atau penjaga. Justeru itu, pergantungan perasaan dan harapan mereka terhadap ibu bapa atau penjaga amatlah bersar. Dari sudut pengajian dan pendidikan di sekolah pula, mereka banyak bergantung kepada guru dan peraturan sekolah. Begitu juga dalam merangka dan membentuk masa hadapan pengajian, turut dibentuk oleh guru. Situasi tersebut bertukar pusingan arah sesudah mereka mendaftar di universiti. Sejurus selepas pendaftaran, mereka perlu membina dan membentuk perasaan cekal. Perasaan manja dan kebergantungan kepada keluarga hendaklah dibebaskan dari diri mereka, kerana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga. Begitu juga kebergantungan kepada orang lain hendaklah dikikis, kerana mereka perlu hidup keseorangan secara berdikari. Segala urusan dan perancangan kehidupan terletak di bahu mereka. Begitu juga mereka akan belajar berdikari melalui persekitaran seperti mengurus diri dari sudut makanan, pakaian, santai, kawan dan kediaman. Dari sudut pengurusan masa pula, mereka [...]
Edisi Konvo USIM : Melahirkan graduan USIM yang seimbang, holistik dan berkeusahawanan
Islam adalah agama fitrah, dan fitrah manusia selalu menginginkan keseimbangan. Dengan keseimbanganlah alam ini berjalan teratur. Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud: “Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu), dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?” (Al-Mulk, ayat 3). Sesungguhnya, keseimbangan yang disebut Allah SWT inilah yang menjadi ruh dan inti pati ajaran Islam. Sebagai seorang bakal graduan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), setiap pelajar perlulah memiliki keseimbangan dalam hal ehwal pembelajaran mahu pun aktiviti lain di luar bilik kuliah. Tuntasnya, keseimbangan yang harus ada pada seseorang pelajar itu terbahagi kepada dua dimensi yang utama iaitu, keseimbangan dalaman dan keseimbangan luaran. Keseimbangan dalaman diperihalkan melalui kemampuan memenuhi hak peribadi secara adil dalam aspek fizikal (kesihatan tubuh badan), emosional (perasaan yang bersih), mental (fikiran yang jernih) dan spiritual (hubungan dengan Allah SWT yang terbaik). Manakala keseimbangan luaran pula adalah daripada kemampuan memenuhi hak-hak manusia lain yang berada di sekeliling pelajar tersebut. Dalam al-Qur’an, Allah SWT menggambarkan bagaimana seharusnya seorang Muslim dan spesifiknya seorang pelajar dalam menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat [...]
AADK, USIM anjur Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan 2017
NILAI, 13 November 2017 - Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan dalam memerangi dadah dalam negara, Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan 2017 kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan bersama Kementerian Dalam Negeri berjaya dilaksana di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai platform kepada pelbagai agensi untuk membentang dan menyebarluas hasil kajian berkaitan dadah, terutamanya dalam kajian penyelidikan. Penganjuran konvensyen berlangsung selama dua hari ini menjadi medan perkongsian idea dan perbincangan intelektual berkenaan isu membanteras dadah disamping memantapkan jalinan kerjasama antara ahli akademik, kumpulan penyelidik, pemimpin komuniti serta agensi kerajaan dalam bidang dadah. Naib Canselor USIM, Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya menyatakan statistik menunjukkan penyalahgunaan dadah oleh rakyat Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Dari segi umur, pengambilan dadah merekodkan kanak-kanak berumur 9 tahun pun sudah mula terjebak dengan masalah ini. Oleh kerana itulah, konvensyen pada kali ini dilaksanakan bertemakan “Pembanterasan Dadah Secara Holistik Berasaskan Pembuktian” dimana kajian berasaskan evidence base ini sangat penting untuk kita ketahui dan mengambil tindakan selanjutnya untuk kita perbaiki dan melakukan penambahbaikan sama ada dari segi dasar, pelaksanaan dan sebagainya. “Data-data dan dapatan daripada kajian berasaskan evidence base ini juga sebenarnya membantu pihak berkaitan seperti AADK, Kementerian Dalam Negeri, UA, US dan NGO merangka strategi yang tepat dalam jangka masa pendek dan panjang untuk bersama-sama berusaha mengurangkan penyalahgunaan dadah di Malaysia”, tambahnya lagi. Turut diadakan Seminar Masyarakat Pemangkin Kepulihan yang disertai oleh ahli sukarelawan AADK dalam bidang rawatan dan pemulihan dadah yang mewakili Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD),AJK Caring Community House (CCH) DAN Ahli Lembaga Pelawat Pusat Penagihan Narkotik (ALP) [...]
Edisi Konvo USIM : Utamakan kebolehpasaran graduan
Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian masing–masing sempena minggu konvokesyen yang diadakan oleh kebanyakan institusi–institusi pengajian tinggi dalam negara kita termasuk para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bakal bergraduan pada 21 hingga 23 November 2017. Kejayaan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diceburi mereka sudah pasti membawa seribu kegembiraan dan makna bukan sahaja terhadap diri graduan terbabit, malah terhadap keluarga mereka yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap graduan terbabit bagi mengubah nasib diri mereka serta nasib keluarga mereka. Tidak dapat dinafikan, pendidikan merupakan faktor penting untuk mengubah diri seseorang serta keluarga mereka bagi menempuh segala cabaran dunia masa kini. Tanpa pendidikan yang mencukupi serta sempurna agak sukar untuk mana–mana individu untuk mengubah nasib mereka yang sedia ada serta membawa diri serta keluarga mereka ke tahap yang lebih baik. Bagi menempuh segala cabaran dunia masa kini, seseorang graduan itu perlu memiliki bukan sahaja tahap kejayaan akademik yang baik malah perlu juga mempunyai faktor penarik yang membolehkan mereka menempuhi dunia realiti diluar bilik kuliah kampus. Namun malangnya terdapat segelintir individu pelajar serta warga pendidik yang hanya memberi fokus terhadap kejayaan akademik semata–mata. Fokus yang diberikan oleh mereka hanya untuk memperolehi tahap Kecemerlangan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi atau mendapat jumlah A yang banyak tanpa mengambil kira faktor penentu yang lain yang juga sama penting. Dalam era globalisasi pada masa kini, isu kualiti graduan terutamanya graduan tempatan masih menjadi isu kritikal terutama apabila menyentuh aspek kemampuan mereka memenuhi [...]
Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak terima Anugerah Tokoh Akademik Negara Ke-11
Nilai, 6 November 2017- Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-11 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) bertempat di Hotel Mariott Putrajaya pada 3 November 2017. Di majlis tersebut penganugerahan disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi atas sumbangan beliau sebagai ahli akademik menerusi bidang kepakarannya selain amat berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pengajian tinggi dalam dan luar negara. Nilai keilmuan yang dimilikinya kerap beliau kongsikan dengan masyarakat melalui penulisan di media yang menyentuh pelbagai isu penting berkaitan pendidikan, sains dan peristiwa semasa antaranya merupakan kolumnis akhbar New Straits Times sejak tahun 1995 lagi dan terkini akhbar The Sun. Sebelum dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, telah mempunyai hubungan langsung dengan USIM sebelum ini apabila dilantik sebagai penyandang Kursi Akademik Kepemimpinan Islam dan Felo Utama di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Antara pencapaian tertinggi beliau mendapat pengiktirafan Pingat Gilbert pada Mei lalu dan turut mencipta sejarah kerana menjadi penerima sulung dari Asia diberi penghormatan menerima pingat Gilbert atas kepimpinan ulung dan pengalaman luas beliau dalam dunia akademik serta pentadbiran pengajian tinggi di peringkat Malaysia dan luar negara. Turut hadir meraikan kejayaan Prof. Tan Sri Dzulkifli pada semalam adalah Naib Canselor USIM, Profesor Dato Dr Musa Ahmad. Dalam reaksinya selepas majlis berkenaan, beliau mewakili warga USIM mengucapkan tahniah dan berbangga atas pengiktirafan yang diterima oleh Prof. Tan Sri Dzulkifli. Buah fikiran dan kepimpinan beliau selaku [...]