Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2017

Majlis Amanat Dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2017/2018

NILAI, 7 Sept 2017 – Seramai 2,192 Pelajar Sarjana Muda Sesi Akademik 2017/2018 menjalani Minggu Taaruf yang bermula pada 6 September hingga 8 September 2017.  Bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM, pelajar baharu menghadiri Majlis Amanat dan Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda yang diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan selaku Menteri Mentor USIM bersama Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak serta barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Univeristi (JKPU). Bagi Sesi Akademik 2017/2018, USIM menerima sebanyak 23,069 permohonan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke 9 fakulti di USIM. Fakulti Sains dan Teknologi mencatat jumlah pelajar mendaftar paling tinggi seramai 458 pelajar diikuti Fakulti Ekonomi dan Muamalat (396), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (340), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (303), Fakulti Syariah dan Undang-undang (288), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (224), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (80), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (68) dan Fakulti Pergigian (35). Daripada jumlah tersebut, pecahan kelompok pelajar yang mendaftar mengikut negeri mencatatkan Selangor paling ramai mendaftar iaitu 471 orang diikuti Kelantan (386), Kedah (222), Pahang (192), Johor (178), Perak (176), Terengganu (175), Negeri Sembilan (111), Pulau Pinang (72), Melaka (61), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (60), Sabah (34), Perlis (23), Sarawak (17), Putrajaya (9) dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 614 pelajar lelaki dan 1,578 perempuan termasuk enam orang pelajar antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Gambia mendaftar yang mana tahun ini mencatatkan peningkatan berbanding [...]

2,192 pelajar baharu kini bergelar Mahasiswa USIM

NILAI, 7 September 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 2,192 pelajar baharu yang mendaftar masuk ke kolej kediaman pada 5 September, Selasa dan jumlah tersebut kekal semasa sesi pendaftaran universiti dan kursus bagi sesi kemasukan 2017/2018 yang berlangsung pada 6 September bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Urusan pendaftaran di kolej kediaman bermula seawal jam 8.30 pagi di tiga lokasi iaitu Kolej Kediaman 1(KK1), Kolej Kediaman Sutera Indah dan Kolej Kediaman Nilam Court di mana pengangkutan bas digunakan untuk kemudahan pergerakan pelajar dan ibu bapa. Rata-rata ibu bapa yang ditemui berpuas hati dengan proses pendaftaran kolej serta dapat mengiringi pelajar dalam keadaan terkawal dan lebih sistematik.     Pengetua Asrama KK1, Dr Ahmad Najaa’ Mokhtar berkata, sesi pendaftaran di perkarangan Kolej Kediaman 1 berjalan lancar dan teratur dengan para pelajar ditemani penjaga mereka yang tiba seawal pukul 8.30 pagi bagi menyempurnakan urusan tersebut. Tahun ini USIM menerima sebanyak 23,069 permohonan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke 9 fakulti di USIM. Fakulti Sains dan Teknologi mencatat jumlah pelajar mendaftar paling tinggi seramai 458 pelajar diikuti Fakulti Ekonomi dan Muamalat (396), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (340), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (303), Fakulti Syariah dan Undang-undang (288), Fakulti Pengajian Bahasa Utama (224), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (80), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (68) dan Fakulti Pergigian (35). Menurut En Hammad Farhi Mohd Saudi, Ketua Bahagian Pengurusan Akademik, daripada jumlah 2,192 pelajar yang mendaftar, pecahan lelaki sebanyak 614 dan 1,578 perempuan termasuk enam orang pelajar antarabangsa dari Indonesia, Singapura dan Gambia.  [...]

Ogos 2017

Meet the songwriter of “USIM Terus Maju”

Tuan Hj Mahzan Abd Manan, who hailed from Taiping, Perak is the composer of the ‘USIM Terus Maju’ song, first played to the then KUIM first batch of graduates in 2003. He was educated in SMK King Edward VII, Taiping, Perak before serving as the English teacher in SK King Edward VII, Taiping, Perak. Q1 Please share a little bit of your background especially on your involvement in music. I began by trying out musical instruments and it became a fun hobby when I can play instruments like the guitar and accordion. My love of music enticed me to try writing songs and entering songwriting competitions organised by Radio Televisyen Malaysia (RTM). I began by trying out musical instruments and it became a fun hobby when I can play instruments like the guitar and accordion. My love of music enticed me to try writing songs and entering songwriting competitions organised by Radio Televisyen Malaysia (RTM). At that time, public entertainment is solely via the radio as the television is not yet affordable. Around 1960s, RTM hold a new songwriting competition on the radio every month. The monthly winners then competed at the annual final stage, and the winning song were sung by Bintang RTM contestants. I didn’t expect at all that my first entry through a song titled ‘Hanya Sekejap’ would be selected to the final stage and subsequently crowned the Champion (1962). I continued to polish my talent in songwriting and luck was on my side when [...]

Dato’ Musa dilantik anggotai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam

NILAI, 25 OGOS 2017 – Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi kepercayaan dan amanah baharu yang membanggakan warga universiti ini apabila beliau dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI). Perkenan pelantikan ini daripada Majlis Raja-Raja diterima secara rasmi melalui Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan tempoh lantikan beliau berkuatkuasa mulai 16 Julai 2017 hingga 31 Disember 2019. Surat lantikan ini disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha kepada Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad di Canselori USIM pada semalam. Selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Naib Canselor USIM atas pelantikan ini. Beliau turut meletakkan keyakinan melalui pelantikan ini, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dapat bersama-sama memberikan sumbangan, pandangan dan idea dalam membantu Jawatankuasa Fatwa MKI melaksanakan fungsinya. Menurut kenyataan Pegawai Pejabat Naib Canselor USIM, Encik Mohd Saifullah Zulkapli menyatakan bahawa pelantikan Profesor Dato Dr’ Musa Ahmad sebagai Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa MKI adalah bagi mewakili golongan profesional dan pakar. “Pelantikan Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad untuk menganggotai Jawatankuasa Fatwa MKI adalah satu kebanggaan kepada warga USIM. Dengan ketokohan kepimpinan, pengalaman dan latar belakang sebagai ahli akademik yang cemerlang, kita menyakini beliau dapat menunaikan amanah ini dengan sebaiknya. Warga Universiti mendoakan semoga lantikan ini memberi manfaat yang signifikan kepada pembangunan USIM yang menuju ke arah kampus barakah,” ujar Saifullah. Dilahirkan di Panchor, Muar Johor, beliau [...]

144 kakitangan terima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Inovasi

NILAI, 23 Ogos 2017 – Majlis Anugerah Kecemerlangan Inovasi 2016 (AKI 2016) dan Penghargaan Sumbang Bakti 2017 merupakan antara majlis tahunan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dinantikan oleh warganya. Bertemakan “Tradisi Dipelihara, Inovasi Membara”, majlis yang diterajui oleh Jabatan Pendaftar ini diadakan untuk meraikan seramai 144 kakitangan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Di majlis tersebut, seramai 124 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 11 penerima  kategori Anugerah Khas dan 3 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa (APCI). Turut diberi Penghargaan Sumbang Bakti 2017 kepada dua orang kakitangan USIM yang bersara pilihan iaitu Dr. Rosliza Ghazali dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Dr. Tun Nur Afizah Zainal Ariff dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). YBhg. Dato’ Naib Canselor dalam ucapannya menyatakan majlis ini merupakan platform yang terbaik bagi USIM menghargai pengorbanan dan usaha kakitangan USIM dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan. “Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khas ini bukan hanya sebagai dorongan dan pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan atau telah menghasilkan prestasi kerja cemerlang semata-mata. Bahkan dalam skop yang lebih luas, anugerah ini merupakan langkah ke arah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya di USIM,” ucapnya. Salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa,  Dr. Mohd Faizal Kasmani, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik melalui ucapan balasnya berkata anugerah ini amat bermakna untuk menghargai segala usaha untuk [...]

IISEC 2017 bincang isu pemerkasaan ekonomi melalui kerjasama pintar

NILAI, 22 OGOS 2017 - Bertemakan "Wasatiyyah Approach: Empowering Socio Economic Sector Through Smart Partnership", Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi tuan rumah untuk Persidangan Sosio Ekonomi Islam Antarabangsa yang Pertama (1st IISEC 2017) yang bermula pada 22-23 Ogos 2017 bertempat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Dianggarkan seramai 100 orang peserta hadir dari dalam dan luar negara antaranya dari Pakistan, India, Armenia dan Brunei yang melibatkan dengan empat ucaptama, 50 persembahan kertas kerja, serta forum dan bengkel berkaitan isu-isu sosial ekonomi. “IISEC diadakan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan para ahli akademik dengan komuniti, terutamanya dalam ekonomi sosial serta menekankan pendekatan Wasatiyyah dalam bidang sosial-ekonomi. Ia juga sebagai platform bagi para penyelidik, profesional, individu dan institusi untuk Membincangkan dan menetapkan hala tuju sektor ekonomi sosial di negara ini,” ujar Prof. Madya Dr Roshayani Arshad, Pengerusi Persatuan Ekonomi Keusahawanan Sosial Antarabangsa. “Selaras dengan indeks prestasi utama (KPI) Kementerian Pelajaran, penganjuran persidangan ini diharap dapat melanjutkan lebih banyak jaringan industri dan penerbitan jurnal berimpak tinggi bagi ahli akademik. Ini juga mendokong aspirasi negara di dalam konteks (i) MYRA, (ii) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), dan (iii) Pelan Sosial Ekonomi,” tambahnya lagi. “Ini merupakan satu medium kepada institusi akademik yang berorientasikan penyelidikan dan organisasi berasaskan amalan boleh berkongsi pengalaman mereka, bekerjasama dalam penyelesaian dan mengenal pasti amalan terbaik yang boleh memberi manfaat kepada ummah,” ucap Haji Mohamad Fadzil bin Omar Baki, Timbalan Pengarah (Program & Komunikasi), Institut Wasatiyyah Malaysia semasa ucapan perasmian. Program yang memperkasakan sektor ekonomi melalui kerjasama pintar ini merupakan anjuran Persatuan [...]

Produk Double Layered Roof Cooling System Controlled raih emas di NRIC 2017

PULAU PINANG, 21 OGOS 2017 – Novel Research & Innovation Competition 2017 (NRIC) yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada pada 15 hingga 17 Ogos lalu membawa kejayaan buat pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Daripada 6 penyertaan, USIM mendapat 1 emas, 1 Special Award (Best Presenter Award), 1 perak dan 2 gangsa. Emas dimenangi oleh produk Double Layered Roof Cooling System Controlled (Technology Engineering Category) manakala Saudari Ainul Husna binti Yusoff menerima Special Award sebagai Best Presenter Award yang membawa pulang piala, sijil dan wang tunai RM 750. Double Layered Roof Cooling System Controlled merupakan sistem penyejuk yang menggunakan tenaga solar untuk memberi manfaat kepada sesebuah bangunan di mana ia mampu menyejukkan bangunan kepada suhu yang selesa seterusnya mengekalkan suhu selesa setiap masa melalui fungsi automatik sistemnya. Menurut Ainul Husna, produk ini juga berkeupayaan mengurangkan penggunaan kuasa elektrik kerana sistem tersebut sudah meliputi keseluruhan bangunan berbanding ciri-ciri penghawa dingin sedia ada yang hanya dapat menyejukkan kawasan di mana ia dipasang. “Produk ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk siap direka kerana menekankan aspek mesra alam pada masa yang sama memberi faedah kepada sesebuah bangunan antaranya kepada peghuni rumah, kilang mahupun di kandang ternakan lembu,” tambahnya. Ainul Husna, 23 tahun merupakan Pelajar Tahun Akhir Fizik Gunaan dari Fakulti Sains dan Teknologi tidak menjangkakan kemenangan itu berpihak kepadanya kerana melihat adanya saingan dari peserta lain dari dalam dan luar negara. “Alhamdulillah, Hadza Min Fadhli Robbi, semua ini rezeki dari Allah. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa dan [...]

USIM terima Anugerah Skuad Kor Suksis Terbaik dari Ketua Polis Negara

NILAI, 21 OGOS 2017 - Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Ketua Polis Negara - Skuad Terbaik Kor Suksis 2017 sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam ke-13 di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Ahad, 20 Ogos. Pada majlis ini juga, Kor Suksis USIM turut meraih kecemerlangan berganda dengan pencapaian Mohd Afifie Hasbullah, pelajar program Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi apabila dipilih Pelatih Terbaik Keseluruhan Kor Suksis Universiti Awam 2017. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili Ketua Polis Negara di majlis ini. Dua pencapaian cemerlang yang diterima oleh Kor Suksis USIM ini merupakan pencapaian terbaik diterimanya pada masa ini. Bagi anugerah peringkat USIM, Nor Ifa Siron dianugerahkan Pegawai Terbaik Latihan Akademik; dan Hadi Imran A. Halim dipilih penerima anugerah Pegawai Terbaik Latihan Luar. Seramai 1251 pelatih Kor Suksis dari 20 buah Universiti Awam termasuk 65 pelatih dari Kor Suksis USIM yang terdiri daripada 32 lelaki dan 33 perempuan terlibat dalam pentauliahan kali ini. Majlis bermula dengan perbarisan tamat latihan di Padang Kawad Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UUM pada sebelah pagi diikuti dengan penyampaian sijil pentauliahan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah UUM. Kejayaan manis Kor Suksis USIM dalam majlis pentauliahan kali ini turut dikongsi Komandan Kor Suksis USIM, Profesor Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan. "Saya mewakili Pengurusan Universiti amat berbangga dengan kejayaan ini dan [...]

Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 11

Di dalam siri yang lepas, saya telah memberikan contoh belanjawan yang biasa kita gunakan. Pada siri ini, saya ingin mencadangkan suatu belanjawan yang lebih baik untuk kita mengurus kewangan kita. Belanjawan yang dicadangkan adalah berbeza di mana kita akan menolak simpanan dahulu dan selepas itu kita akan menolak perbelanjaan. Formulanya ialah pendapatan tolak simpanan tolak perbelanjaan. Jika masih ada lebihan selepas perbelanjaan kita boleh tambah simpanan dan jika terdapat kurangan kita perlu mengurangkan perbelanjaan dan bukannya mengurangkan simpanan kita. Rasionalisasi kenapa kita perlu menggunakan kaedah yang dicadangkan untuk memastikan kita mempunyai simpanan yang konsisten. Ini adalah kerana jika kita bergantung untuk membuat simpanan setelah kita berbelanja, ada kalanya kita dapat membuat simpanan seperti yang kita rancangkan. Selalunya kita mungkin akan menyimpan kurang dari apa yang kita inginkan kerana perbelanjaan kita agak tinggi dan seringkali juga kita tidak menyimpan apa-apa kerana kita berbelanja lebih dari pendapatan kita. Adakah perkara ini sering berlaku pada setiap bulan? Cuba kita semak berapa kali kita dapat menyimpan seperti yang kita rancang atau kita menyimpan lebih dari apa yang kita rancang. Adakah perkara yang sebaliknya berlaku? Ini berlaku kepada saya semasa saya cuba memulakan tabiat menyimpan semasa memulakan karier pekerjaan. Selalunya saya akan mengalami masalah tidak mempunyai simpanan pada setiap bulan. Ini adalah kerana gaji yang saya perolehi selalunya tidak menampung perbelanjaan saya. Akhirnya, saya tidak dapat menyimpan kerana tiada apa yang boleh disimpan lagi. Masalahnya ialah pada waktu tersebut, saya ingin melamar isteri saya perlu menyediakan simpanan untuk saya menampung [...]

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat USIM

NILAI, 18 OGOS 2017 - Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berlangsung hari ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat USIM diadakan bertujuan memupuk semangat patriotik dan kecintaan negara dalam kalangan pelajar dan kakitangan USIM. Bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa, sambutan kali ke 60 ini diharapkan dapat menyemarakkan rasa kebanggaan warga USIM kepada tanah air yg dicintai selain sentiasa bermuhasabah diri mensyukuri nikmat kedamaian yang dinikmati. "Segala keamanan, pencapaian yang dikecapi masa kini perlulah kita sentiasa bersyukur hasil daripada pengorbanan dan keperitan yang berjuang demi pertahankan negara," ucap Dato' Hassan Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Tambahnya lagi dalam menghayati bait-bait lagu Negaraku, diharapkan agar warga USIM menyemai kesedaran dan sama-sama mengibarkan jalur gemilang untuk kerana ia adalah tuntutan utk mempertahankan tanah air kita. Manakala Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato' Dr Musa Ahmad dalam ucapan perasmian menggalakkan warga USIM untuk menghargai erti kemerdekaan dan bersama menyertai acara yang diatur oleh universiti. Beliau turut menzahirkan rasa cinta melalui bacaan puisi, Negeri Bertuah Ini. Tetamu undangan Muhammad Muqharrabin Mokhtaruddin, 35 tahun merupakan anak keempat dari 16 adik beradik juga hadir berkongsi pengalamannya dalam siri Menjelajah Kutub Utara sebagai boleh menjadi idola negara yang wajar dicontohi. Beliau bermula dengn Ekspedisi Gunung Everest pada 2004,bermotosikal menjelajah 21 negara pada 2007-2008 dan menyimpan impian utk mencapai ekspedisi 7 benua pada 2010-2014. Pemegang Diploma Sains Sukan ini mula berminat menceburi bidang sukan sejak tingkatan 1 dan menggalakkan aspek semangat serta sikap positif dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada warga [...]

Go to Top