Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

April 2017

Siswa Bomba Bantuan (SSB): Etika Kebombaan Mengukuhkan Keperibadian Mahasiswa

Nilai, 10 April 2017 - Seramai 34 orang pelajar kumpulan pertama menyertai kursus Siswa Bomba Bantuan (SSB) sebagai kursus berkredit kokurikulum Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kursus-kursus kokurikulum berkredit ini diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM. Program kokurikulum kebombaan berkredit ini adalah yang pertama kali ditawarkan di Universiti Awam. Antara objektif di wujudkan ialah untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i mengenai pengetahuan sains kebombaan dan kemahiran-kemahiran menyelamat. Komandan Siswa Bomba Bantuan USIM, Encik Muhammad Haizuan bin Rozali yang juga selaku Pendaftar USIM melihat langkah mewujudkan kursus ini sangat bertepatan kerana pelajar diterapkan dengan etika kerja dan juga kemahiran untuk berhadapan dengan risiko-risiko yang besar yang sering dihadapi oleh masyarakat. Sebagaimana diketahui bahawa piawaian kemahiran profesional institusi bomba di negara ini telah diiktiraf di peringkat dunia, sudah tentulah begitu banyak manfaatnya kepada mahasiswa/i yang menyertainya. Selain diberikan pendedahan pengetahuan, pelajar juga diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan peralatan bomba yang berteknologi tinggi. Silibus yang digunapakai dirangka oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. “Pelajar yang mengambil kursus ini turut didedahkan dengan etika dan budaya kerja pasukan bomba yang sentiasa bersedia di tahap yang tertinggi untuk mendepani sebarang kemungkinan yang berlaku. Perwatakan mahasiswa dibentuk dengan disiplin, kesediaan untuk berkhidmat dalam sebarang keadaan serta psikologi sebagai seorang penyelamat. Mereka juga diajar tentang bagaimana membuat keputusan dalam suasana kritikal berdasarkan analisis suasana kejadian dan reaksi semasa,” ujar Encik Haizuan. Menurutnya, kejayaan kursus ini sememangnya sangat bergantung kepada komitmen dan kesungguhan oleh tenaga pengajar daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia khususnya seluruh warga bomba dari Balai Bomba [...]

Siswa USIM bawa nama Malaysia ke Kejohanan Debat Bahasa Arab di Qatar

NILAI, 6 April 2017 – Seramai empat orang pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa nama Universiti dan negara ke Kejohanan Debat Bahasa Arab Universiti Peringkat Antarabangsa (IUADC) di Qatar bermula 8 hingga 12 April 2017 ini. Kejohanan selama enam hari ini bakal berlangsung di Qatar National Convention Center, Doha. Pendebat Bahasa Arab USIM dibarisi oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, 21; Anis Amirah Zakaria, 24; Nur Akma Mohd Dali,24;  dan Muhammad Syafiq Suhaimi, 23. Mereka merupakan para pelajar jurusan Undang-undang dan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Kumpulan pendebat ini telah berlepas ke Doha, Qatar pada awal pagi tadi (6 April 2017) bersama Encik Ahmad Norsyafwan Norwavi, pensyarah Bahasa Arab USIM yang merupakan jurulatih kepada pasukan ini. “Persiapan bagi menghadapi kejohanan penting ini telah bermula sejak sebulan lalu iaitu latihan debat intensif secara individu dan berkumpulan, pembacaan dan kajian isu semasa dalam dan luar negara dan pemantapan penguasaan Bahasa Arab. Kita juga mengadakan beberapa siri perlawanan debat persahabatan dengan para pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Malik Maulana Ibrahim, Indonesia”. “Selain itu, kita juga mendapatkan panduan dan pandangan teknikal dari jurulatih luar yang terlibat secara langsung dalam IUADC serta menganalisis video-video perlawanan debat sebelum ini.” ujar Muhammad Syafiq Pasukan debat USIM kini berada dalam prestasi dan moral terbaik apabila muncul johan Debat Bahasa Arab dalam Pertandingan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi ASEAN pada Isnini lalu (3 April 2017) di Kampus USIM selepas menewaskan pasukan debat UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta Indonesia. Sebagai juara, mereka membawa [...]

Kembara ilmiah di Acheh dekati masyarakat Islam

ACHEH, 6 April 2017 - Seramai 15 orang pelajar jurusan Undang-Undang dan Syariah Tahun 4, Universiti Sains Islam Sains Malaysia (USIM) bersama pensyarah pengiring, Dr Amalina Ahmad Tajuddin dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Ihsan Munawer mengikuti Kembara Ilmiah di Acheh ,Indonesia pada 1 April lalu. Kembara ilmiah ini memberi peluang kepada delegasi untuk berkunjung ke Universitas Islam Negeri (ar-Raniry) dan Universitas Muhamadiyah yang mana pertukaran ilmu mengfokuskan undang-undang di Malaysia dan Indonesia khusus dalam pelaksanaan syariah, perbandingan sistem mahkamah dan syarat kelayakan menjadi peguam. Ia turut dihadiri oleh Ketua Hakim Mahkamah Provinsi Aceh yang mana merupakan bekas pelajar universitas itu. “Pengembaraan ini memberi peluang kepada kami mendekati masyarakat Islam terutama mahasiswa dan pelajar tempatan di Acheh selain memberi pengalaman berbeza apabila terlibat dalam aktiviti pembelajaran serta bertukar pendapat dengan mahasiswa di sana,” ujar Imran Razalle. “Antara aktiviti yang dijalankan adalah Projek Wakaf Al-Quran iaitu edaran sebanyak 100 naskah Al-Qur’an di sekitar kawasan masjid dan surau di Sabang antaranya Taman Pendidikan Al-Qur’an Al-Anhar, Menasah Jabbarahmah, Lembaga Pendidikan Islam Dayah Darul Namuzaijiyah Al-Aziziyah dan Masjid Babbul Muttaqin Min Sabang”. “Seramai 400 kanak-kanak dari Sekolah Dasar 18, Madrasah Ibtida’yah Negeri, Min Sabang, Sekolah Dasar 5 dan Taman Pendidikan Al-Quran Al-Akram menyertai aktiviti yang dijalankan antaranya Kem Pemantapan Solat, English Fun Learning, Lughatul Arabiyah Lughatul Jannah dan Aktiviti Rehat Minda,” ujarnya lagi.. Disediakan oleh : Anis Farahain Mohd Khir Dikemaskini oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks [...]

SISPA USIM juara ASPA Challenge 2017

SEREMBAN, 24 Mac 2017-  Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diumumkan sebagai juara pertandingan ASPA Challenge 2017 pada Hari Ulang tahun Pertahanan Awam yang ke – 65 peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Dewan Besar Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ( APMNS). Pasukan Kor Sispa USIM telah berjaya menewaskan 8 Pasukan dari PDPA Negeri Sembilan yang lain dengan catatan masa 45 minit 47 saat sekaligus mendahului pasukan lain. ASPA Challenge adalah singkatan kepada cabaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam. Pertandingan ASPA Challenge ini diadakan pada hari khamis 23 Mac 2017 dan disertai oleh tujuh daerah iaitu Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Seremban, Port Dickson, Tampin, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Rembau, dan dua Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Gemas dan Unit Nilai (SISPA). Menurut Ketua Penganjur pertandingan ASPA Challenge 2017, Leftenant (PA) Abdul Ba’ith bin Abdul Rahim berkata, pertandingan ini dibahagikan kepada empat check point. Pertandingan ini dilaksanakan bagi menguji tahap kecekapan dalam melaksanakan beberapa kemahiran asas menyelamat dan juga menguji ketahanan fizikal para peserta untuk menamatkan cabaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. “Setiap pasukan perlu menghabiskan keempat-empat cabaran dalam masa 60 minit. Pasukan yang berjaya menghabiskan cabaran- cabaran di bawah catatan masa 60 minit akan menerima plat “FINISHER” dan pasukan yang mencatat masa terbaik akan membawa pulang plat “WINNER”, katanya lagi. Bersempena sambutan Majlis Hari Ulang tahun Pertahanan Awam yang ke – 65 yang dilangsungkan di Dewan Besar Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Pasukan Kor Sispa USIM telah menerima plat “WINNER” sebagai simbolik kemenangan [...]

USIM ungguli Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2017

NILAI, 3 APRIL 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) USIM merangkul Johan bagi kategori Pertandingan Debat Bahasa Arab, Pidato Dwibahasa (Bahasa Arab dan Bahasa Melayu) dan Nasyid sementara Johan bagi Tilawah Al-Quran (Qari) dimenangi oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (UPSI) dan (Qariah) oleh Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2017 bertempat di Dewan Pusat Kuliah 3. Penganjuran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar buat Kali Kelima adalah dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) bertemakan "Wasatiyyah Asas Transformasi Belia" menghimpunkan sebanyak 36 buah universiti serantau bertanding antaranya Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei. “Penganjuran pertandingan ini dilihat dapat mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara semua peserta yang terdiri dari 20 buah institusi dalam negara dan 16 institusi luar negara dari pelbagai negara untuk meluaskan jaringan perkongsian ilmu yang bermanfaat dan berguna ke arah pembangunan dan pembinaan ummah yang lebih mantap rohani dan inteleknya,” ucap Dato’ Musa Ahmad dalam ucapan aluan. Menurut YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, negara sangat mendambakan lahirnya generasi belia yang mempunyai semangat juang tinggi serta mampu memimpin anggota masyarakat pada masa hadapan. Ini supaya golongan ini dapat memainkan peranan pemangkin kepada agenda transformasi negara dan ummah selaras dengan tema Ihitfal Asean, Wasatiyyah Asas Transformasi Belia. “Diharapkan agar aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia mampu mewujudkan sebuah iklim intelektual yang kondusif dan tradisi keilmuan yang komprehensif, seimbang dan sepadu. Ihtifal bukan sahaja merujuk kepada kesenian Islam semata-mata tetapi merangkumi tuntutan untuk menguasai ilmu pengetahuan yang merupakan salah satu [...]

KSCIP – USIM offered in-campus location to the government

NILAI, April 3, 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) generously offered a location in its main campus for the establishment of King Salman Centre for International Peace (KSCIP). USIM has also identified and suggested a strategic location for the purpose. This suggestion has been forwarded to the Chairman of the Special Taskforce for the Establishment of KSCIP, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Haji Dusuki, the Deputy Minister at the Department of Prime Minister; and Ministry of Defence, Malaysia (MINDEF). In the 20 acres of width, the location is beautifully surrounded by the main lake of USIM which has natural landscape and serene ambiance. Although it is situated in the campus perimeter, the KSCIP building will have open access or different gateway from the current existing gateway to the campus. The location of USIM per se is already strategic as it is conveniently accessible via the main expressways of PLUS and ELITE, plus its close distance with KLIA and KLIA2; the federal government administration centres of Putrajaya and Kuala Lumpur. The Chief Secretary of Ministry of Defence, Malaysia, with the senior management of Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS) have recently paid a visit to the specified area and they were thoroughly briefed by the university management on the project plan. Upon the visit, positive feedback was received from both parties. The establishment of this centre in the campus will accelerate the university’s aspiration in becoming a respected, referred and relevant international reference for the integration of Naqli and [...]

Persidangan Agung Tahunan Pentadbir USIM Lancar

NILAI, 31 Mac 2017 - Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtias (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mengadakan Persidangan Agung Tahunan PRAGMATIS Kali ke-4 pada Jumaat lalu bertempat di Dewan Senat, Canselori USIM. Dihadiri seramai 87 orang pentadbir dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional pelbagai skim perkhidmatan, tujuan utama ia diadakan adalah bagi memilih kepimpinan baru persatuan ini bagi sesi 2017-2019 seperti yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Penolong Pendaftar Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Encik Salehudin Sukor diberi kepercayaan majoriti oleh ahli untuk dilantik sebagai Presiden PRAGMATIS bagi penggal baharu ini. Puan Siti Nurbaya Ismail, Timbalan Bendahari di Jabatan Bendahari USIM pula menjadi pentadbir wanita pertama yang dipilih sebagai Timbalan Presiden PRAGMATIS semenjak ia ditubuhkan. Pendaftar USIM, Encik Muhammad Haizuan Rozali mengucapkan tahniah kepada exco  yang baharu dan mendoakan barisan kepimpinan ini terus menyerlah. "Anda (ahli PRAGMATIS) diminta terus menyokong kepimpinan yang baharu iniberlandaskan konsep collegiality dan dignity pentadbir. Syabas!" ulas beliau. Salehudin dalam reaksinya selepas dipilih mengucapkan setinggi terima kasih kepada Pengurusan Universiti yang sentiasa memberi sokongan kepada persatuan ini sejak awal penubuhannya hingga kini. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan persatuan sebelum ini kerana telah membawa visi dan misi persatuan dengan cemerlang sekaligus memartabatkan kumpulan Pengurusan dan Profesional USIM dengan begitu jelas di peringkat dalam dan luar Universiti. Seramai 18 orang dipilih untuk membarisi kepimpinan baharu PRAGMATIS yang terdiri dari pentadbir baharu dan senior. Selain pemilihan, laporan aktiviti persatuan, kewangan dan beberapa usul turut dibentangkan dalam persidangan ini serta pengisian selingan iaitu cabutan bertuah. Disediakan oleh: Zaini [...]

Mac 2017

USIM tuan rumah Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2017

NILAI, 31 Mac 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar buat Kali Kelima menganjurkan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2017 dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) bertemakan Wasatiyyah Asas Transformasi Belia.  USIM menerima penyertaan lebih dari 700 mahasiswa melibatkan IPT ASEAN antaranya Thailand, Singapura dan Indonesia. Penganjuran sebagai acara tahunan berlangsung selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April menggabungkan lima acara utama berbanding tahun lalu hanya 4 acara. Antaranya adalah Pertandingan Debat Bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, Nasyid, Seminar Tadabbur Al-Quran dan acara terbaru iaitu Pidato Dwibahasa (Bahasa Arab dan Bahasa Melayu) dengan tawaran hadiah utama berbentuk wang tunai. Objektif penganjuran pada kali ini adalah menonjolkan keunikan ilmu Islam yang boleh disampaikan dalam pelbagai kaedah dakwah. Himpunan golongan belia Islam serantau dapat bersama-sama berkongsi buah fikiran dna menajamkan bakat berhujah serta memperluaskan jaringan ukhwah seluruh rantau ASEAN. “Penyertaan yang diterima tahun ini meningkat berbanding penganjuran tahun lalu yang mana Brunei juga menghantar penyertaan. Ia  dilihat sambutan amat baik diberikan oleh peserta  IPT ASEAN dan diharapkan agar para peserta dapat memberi persembahan terbaik. Ini adalah kerana Ihtifal ASEAN ini merupakan platform untuk mengenengahkan bakat-bakat mahasiswa selain menyatukan seluruh mahasiswa di universiti serantau,” ujar Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, En Nasrul Hakim Ahmad. Antara program lain iaitu Seminar Tadabbur Al-Quran yang dijalankan pada 2 April,  menghimpunkan panel penceramah dari kalangan tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM antaranya Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim, Dr Mahsor Yahya; Timbalan Pengarah Pusat Islam, Dr Noornajihan [...]

USIM kongsi ilmu Qiraat dan sanad Al-Quran dengan siswa Malaysia di Mesir

NILAI, 31 Mac 2017 - Ilmu Qiraat dan sanad al-Quran banyak dibincang dalam penulisan berbahasa Arab. Pemahaman berkaitan dua ilmu ini berlaku dalam bentuk menadah dari guru yang mempunyai pengalaman bertalaqqi dari guru sebelumnya. Itulah lumrah dan kebiasaan untuk mendalami ilmu Qiraat. Usaha kearah memertabatkan ilmu Qiraat banyak dilakukan oleh pelbagai pihak dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) turut ingin bersama dengan menganjurkan satu seminar sehari bertemakan Pengajian Ilmu Qiraat dan Sanad 2017 di Khazandarah, Syubra , Mesir baru-baru ini. “Secara umumnya ramai masyarakat yang amat berminat dengan dua ilmu ini. Justeru ia memerlukan lebih ramai mereka yang takhasus dalam bidang ini di samping anjakan dari sudut pengajaran sehingga kepakaran yang ada boleh dikembangkan dan masyarakat peroleh lebih banyak faedah”. “Bagi mencapai hasrat ini, takhassus dalam bidang ini perlu melengkapkan diri dengan penguasaan yang jitu segala ilmu asas yang berkaitan seumpama mantap dalam hafazan al-Quran, mendalami Asyarah Sughra samada teori dan praktikal dengan menekuni matan syatibiyyah secara hafazan dan faham mendalam, menekuni matan al-Durrah al-Mudiyyah dan juga matan Toyyibah al-Nasyr” ujar Dr. Khairul Anuar Mohamad, pensyarah FPQS yang turut membentangkan kerja kerja salam seminar ini. Beliau yang juga Pengarah Pusat Islam USIM membentangkan kerja kerja berkaitan ilmu Qiraat dan Sanad al-Quran menekankan perlunya pelajar syubra istiqamah dalam mengulang al-Quran dan merebut peluang yang ada dengan talaqqi dari guru yang bersanad. Mesir terkenal dengan ramai ulamak yang menjadi rujukan dunia dalam semua bidang termasuk dalam ilmu Qiraat. Contohnya Syeikh Abdul Fattah al-Qadhi, seorang pentashih [...]

Obstructive Sleep Apnea

Don’t ignore the snore Many people may not realize why they become so sleepy in the day time instead of walking to bed early a night before. To make it worst, they might just fall asleep at any time regardless of the locations and situations. While delivering a lecture in class, watching exciting movies, sitting for an important examination or while driving a car, just to name a few. Unfortunately, in spite of those events, the exact cause remains mysterious. Many of them claim they walk to bed as early as 8 pm, but get up in weak and fatigue state. Clearly, it is a major problem. but they just never know what it is. It is like living in a fog. Well, they may suffer from a condition which is usually under recognised and under diagnosed which is known as Obstructive Sleep Apnea or commonly known as OSA. What is that? Is this condition treatable? Would this ‘disease’ spread to the others? Will it disappear by itself? Besides getting sleepy in the day time, will it harm our general health, beauty, appearance or our invaluable relationship? The answer is Yes and No. So, what is Obstructive sleep apnea (OSA)? During sleep, a person may snore. Snore happens when there is a partial obstruction in upper airway, yet he is still able to breath. This sounds normal to you as many healthy people also snore. But in a person with OSA, the airflow in upper [...]

Go to Top