Mac 2018
Program Bootcamp Duta Jauhar 5.0 capai matlamat
MERSING, JOHOR, 5 Mac 2018 - Seramai 7 orang daripada 15 orang ahli kumpulan Duta Jauhar USIM 5.0 telah menyertai Bootcamp Duta Jauhar 5.0 pada 1 hingga 5 Mac 2018 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing. Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini berjaya mengumpulkan kesemua 25 kumpulan Duta Jauhar 5.0 yang terpilih bagi Siri 5/2018 tahun ini. Program ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memberikan lebih kefahaman kepada para peserta Duta Jauhar 5.0 mengenai matlamat yang ditetapkan agar setiap projek menjerumus kearah Keusahawanan Sosial dan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Modul pembelajaran yang diterapkan dalam program ini juga lebih padat dengan aktiviti berkumpulan dan perbincangan kumpulan. Antara pengisianya yang diterapkan ialah berkaitan Social Entrepreneur Project, Business Model Canvas (BMC), Strenght Weakness Opportunity Threat (SWOT Analysis), UN Sustainable Development Goals dan banyak lagi. Para peserta juga di ajar cara kemahiran berkomunikasi agar mereka lebih nampak berkeyakinan apabila berhadapan dengan seseorang. Menurut salah seorang peserta yang juga peserta terbaik dan menerima piala penghargaan dari Yayasan Pelajaran Johor, Fatin Farahani, 23, dari Fakulti Ekonomi & Muamalat, ilmu keusahawanan ialah ilmu untuk jangka masa panjang. Dari segi sosial dan keusahawanan kedua-duanya dapat mengajar supaya lebih rasa sifat empati kepada persekitaran dan pengurusan yang lebih komprehensif. Melalui program ini juga kami dapat berfikir secara kreatif dalam mencipta sesuatu yang baharu. Majlis penutupan Bootcamp Duta Jauhar 5.0 telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Nasir bin Abd Salim, Pegawai Daerah Mersing. Disediakan oleh: Nurul afifah Universiti Sains Islam Malaysia [...]
GISO Kembara Peers di Bumi Hat Yai, Thailand
THAILAND, 7 Februari 2018 – Seramai 17 orang peserta dan seorang pegawai pengiring dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan misi kembara Global Islamic Student Outreach (GISO) di Hat yai, Thailand baru-baru ini. Bertemakan “Kembara Peers, Sebarkan Positif” ianya lebih memokuskan program berbentuk motivasi dan pembelajaran dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh membina keyakinan yang tinggi terutamanya kepada pelajar sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk peserta lebih mengenali budaya dan melihat sendiri adat dan cara masyarakat Thailand yang terkenal dengan kelembutan dalam berkomunikasi. Pengarah program, Mohammad Adib Al Hafiz Nasir berkata, selain itu, misi selama tujuh hari itu sangat bermakna dan menyifatkan GISO merupakan salah satu program yang sangat bermanfaat serta berkesan untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menerokai ilmu baru. “Melalui GISO, pelbagai aktiviti dan pengisian dapat diadakan bersama pelajar dan masyarakat Islam sepanjang berada di bumi Hat yai, antaranya Bengkel Bicara Braille, di mana pelajar Maahad Fiqhul Islam diberi tunjuk ajar memahami asas tulisan Braille, dan membaca Al quran melaluinya untuk memudahkan proses belajar bagi golongan orang kurang upaya (OKU). “Selain itu, kami turut memperkenalkan aktiviti art therapy iaitu untuk menerapkan kesedaran kesihatan mental melalui lukisan dan warna mengikut apa sahaja yang digambarkan bertujuan membantu mereka meluahkan emosi terutamanya dikalangan pelajar sekolah,” katanya. Adib berkata, program itu diteruskan dengan keep your green iaitu proses penanaman semula tumbuhan yang berwarna hijau di sekitar sekolah yang terpilih dengan melibatkan masyarakat di sekeliling. Ianya simbolik untuk memberi ketenangan dan memupuk sikap positif kepada pelajar [...]
Sembang Pohon Keranji 2.0: Kupasan Santai Peribahasa Melayu
KAJANG, 28 Februari 2018 – Berlatarkan alam semulajadi menjadi lokasi pilihan karyawan dan budayawan tanah air bertemu mata. Laman kediaman Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh, Sasterwan Negara ke-6 menjadi lokasi program Sembang Pohon Keranji (SPK) 2.0 anjuran Pusat Kebudayaan USIM. SPK pada kali ini menampilkan keunikan dengan menjemput beberapa nama besar dunia sastera negara dan aktivis seni untuk berkongsi tentang peribahasa Melayu yang sememangnya menjadi tunjang dan adat kehidupan bangsa kita. “Sembang Pohon Keranji diambil sempena salah sebuah pokok yang ada disekitar kediaman beliau dan melalui ini kita dapat mengukuhkan hubungan budaya dan kepakaran serta peluang yang ada digunakan sebagai perkongsian seni secara santai bersama budayawan, karyawan dan aktivis tanah air”. Ujar Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM. Sementara itu Prof. Emeritus Muhammad Hj Salleh, 76, dalam ucapannya berkata, “Anak-anak muda zaman kini harus meningkatkan rasa cinta serta memupuk kasih sayang dalam menyemarakkan budaya, bahasa dan bangsa Melayu. Hilangnya nilai sesuatu bangsa yang serius dalam mempertahankan budaya dan bangsa yang mempunyai harga diri adalah kerana tidak diajar atau diterapkan nilai-nilai tersebut dalam diri dengan lebih mendalam”. Penyanyi lagu rakyat Roslan Madun hadir menyampaikan lagu Sembang Pohon Keranji yang dicipta sempena pertemuan beliau dan rakan-rakan di program tersebut. Budayawan Dato’ Dr Ibrahim Ghafar turut berkongsi tentang maksud tersirat peribahasa Melayu “sorok papan tarik papan buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan suruh mengaji dia tak tahu”. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Khair Ngadiron hadir menyampaikan sebuah puisi karya Prof Emeritus Muhammad Haji Salleh. Program turut mempersembahkan [...]
Pendebat USIM Naib Johan pertandingan debat bahasa arab terbesar di Indonesia
NILAI, 2 Mac 2018 – Persiapan dan latihan intensif selama dua minggu oleh empat siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ternyata berbaloi apabila mencipta kejayaan buat universiti di Indonesia. Mereka muncul naib johan dalam pertandingan akhir UNISI Arabic Debating Championship (UADC) yang berlangsung di Universitas Islam Indonesia (UII), Yogyakarta Indonesia pada pagi tadi. Para pendebat bahasa Arab USIM yang dibarisi oleh Muhammad Syamim Md Morshid;20, Nur Ain Hannani Hamid;21, Sharifah Thahirah Syed Mustafa;22 dan Adam Fikry Bakru Rozi;23 telah mempamerkan aksi debat yang cemerlang sebagai kerajaan bertemu Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati, Bandung selaku pembangkang. Membahaskan usul ‘Majlis Ini Percaya Pengharaman Crypto Currency Penting’, kehebatan pendebat USIM akhirnya berjaya disekat oleh pihak lawan. Sebelum mara ke pentas akhir, pendebat USIM telah menunjukkan taring sejak diperingkat saringan lagi apabila memenangi semua lima sidang perdebatan. Di peringkat suku akhir mereka menewaskan Institut Agama Islam Negeri Jember sebelum menundukkan kehebatan pendebat UIN Malang di peringkat separuh akhir. Selaku naib johan, para pendebat USIM membawa pulang hadiah wang tunai Rp 3,000,000.00, piala kejohanan dan sijil. Walaupun naib johan, kemampuan pendebat USIM diiktiraf apabila Nur Ain Hannani Hamid dan Sharifah Thahirah Syed Mustafa tersenarai dalam 10 pendebat terbaik keseluruhan kejohanan ini dan masing-masing menerima hadiah wang tunai Rp 200,000.00. Ini adalah penyertaan sulung USIM dalam UADC setelah menerima jemputan dari pihak penganjur iaitu UII dan menjadi wakil tunggal negara di kejohanan ini. Walaupun ia merupakan penyertaan pertama, kehebatan berhujah para pendebat USIM dikagumi dan dihormati oleh para pendebat di sana. Pengusaan bahasa Arab [...]
Siswa Kolej Kediaman Nilam Court USIM timba ilmu di UNIMAP
NILAI, 24 Februari 2018 – Memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman pelajar di universiti, Jawatankuasa Siswa Siswi (JAKSA) Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berkunjung ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada baru-baru ini. Lawatan Penanda Aras ke Kolej Kediaman Tun Abdul Razak Unimap itu disertai seramai 25 pelajar Kolej Kediaman Nilam Court USIM bersama Pengetua dan Felo Kolej Kediaman. Tujuan lawatan penanda aras ini dianjurkan adalah untuk melihat pengurusan dan bentuk program-program anjuran kolej kediaman universiti awam lain untuk para penghuni khususnya yang berbentuk pembinaan sahsiah diri dan pembangunan akademik. Melalui perkongsian pengalaman ini, program yang bersesuaian boleh di implementasikan di Kolej Kediaman Nilam Court untuk manfaat para penghuninya. “Pendekatan kita melaksanakan lawatan penanda aras ke kolej kediaman universiti awam adalah untuk kita membina jalinan strategik baharu dengan kolej kediaman yang dilawati. Melalui lawatan penanda aras yang dibuat sebelum ini, banyak input-input yang menarik kita dapat dan kita terapkan dalam pengurusan dan pentadbiran kolej kediaman di sini” ujar Muhammad Izuan Ab Ghani, Pengetua Kolej Kediaman Nilam Court USIM. “Kolej kediaman turut memainkan peranan penting dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang menepati model Graduan Integrasi Ilmu Naqli Aqli yang USIM ingin lahirkan. Justeru dengan beberapa siri lawatan penanda aras yang telah dan akan dilaksanakan, harapannya adalah dapat kita membentuk model pengurusan kolej dan program pelajar yang terbaik” tambahnya yang juga pensyarah bahasa Arab di Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Menurut Mohd Zulkarnian bin Mohammad, Pengerusi JAKSA Kolej Kediaman Nilam Court yang turut bersama dalam lawatan ini [...]
Februari 2018
Amanat Naib Canselor USIM 2018 fokus tiga teras utama
NILAI, 13 Februari 2018 - Mendepani tahun 2018, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah berani dan dinamik untuk menjayakan agenda Kampus Barakah. Justeru itu, untuk terus menggelombangkan agenda barakah di USIM, pada tahun ini Universiti memfokuskan strategi untuk mengutamakan santunan masyarakat dalam konteks memasyarakatkan USIM melalui pendekatan penyelidikan, pengajaran & pembelajaran serta graduan. Perkara ini menjadi intipati utama yang dihasratkan dalam Amanat 2018 YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM iaitu Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran; Memperkasa Penyelidikan & Inovasi; dan Memperkasa graduan holistik, seimbang dan berkeusahawanan. “Memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran meletakkan strategi di mana USIM bergerak ke arah international (antarabangsa) dengan penerimaan pelajar pelbagai latar belakang serata dunia. USIM dalam fasa baharu dengan memperkenalkan empat polisi pengajaran dan pembelajaran berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli iaitu Mustawaal-Ta’sil (pengayatan), Mustawaal Al- Muqaranah (perbandingan), Mustawaal Al-Takyif (adaptasi) dan Mustawaal Al- Takamul (Integrasi) yang akan diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)”. “Dalam konteks Memperkasa Penyelidikan dan Inovasi pula yang diletakkan peranan ini di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bersama pasukannya, USIM menumpukan kepada tiga tema utama iaitu Kelestarian Kemanusiaan dan Alam Sekitar (Sustain Humanity & Environment); Membangunkan Kesejahteraan (Promote Wellbeing); dan Pemerkasaan Komuniti dan Masyarakat (Enrich Communities & Societies). Ketiga-tiga tema ini akan gembelengkan secara bersama dan terangkum kerana ini adalah salah satu daya kita untuk mencapai hasrat merintis Kampus Barakah. Beberapa kumpulan telah dikenalpasti mengikut tema dan akan ditempatkan dibawah Institut Sains Islam (ISI) yan kini menjadi inkubator kepada beberapa kumpulan penyelidikan yang telah [...]
MAKLUM BALAS ISU SEMASA : Penyebaran Ideologi Ekstremis di IPT
Merujuk kepada berita yang disiarkan di dalam Berita Harian 28 Februari 2018 (Rabu) bertajuk “IPT, pensyarah dipantau elak sebar ideologi ekstremis”. Berita ini berkaitan pensyarah merekrut pelajar dan mempromosikan ideologi yang dipegang oleh kumpulan pengganas Daesh. Kenyataan ini dibuat oleh Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman. Universiti mengambil serius pendedahan ini kerana USIM juga merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi. Langkah pencegahan awal sememangnya telah diambil sekian lama dengan mewujudkan tatakelola dan prosedur standard dalam urusan pengambilan pensyarah. Dalam hal ini, dua proses saringan perlu dilalui untuk memastikan individu yang diambil bekerja mempunyai latar belakang yang bersih iaitu bebas daripada sebarang sabitan jenayah serta mempunyai sahsiah diri yang baik. Dua proses saringan atau tapisan yang dimaksudkan adalah (i) saringan pra pelantikan dan (ii) saringan selepas pelantikan. Saringan pra pelantikan melibatkan pemeriksaan ke atas profil diri calon di peringkat fakulti dan universiti. Di peringkat fakulti, saringan dipengerusikan oleh dekan manakala di peringkat universiti, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) akan mempengerusikan Jawatankuasa Saringan Calon Pensyarah. Selepas calon berjaya melepasi kedua-dua saringan ini, calon akan melalui ujian saringan kakitangan yang dilaksanakan secara atas talian. Hanya calon yang melepasi ujian saringan peringkat fakulti, peringkat universiti dan ujian secara atas talian dipanggil untuk melalui proses temuduga – iaitu salah satu bentuk semakan latar calon secara bersemuka. Manakala, pada peringkat saringan selepas pelantikan, butir diri pensyarah baharu akan dikemukakan ke Bahagian Tapisan Keselamatan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia untuk melalui proses Tapisan Kasar dan Tapisan Halus. [...]
Ambil peranan sebar luas ilmu kepenggunaan halal – Pengarah IHRAM
Profesor Madya Dr Che Wan Zanariah Che Wan Ngah yang pernah berkhidmat dengan industri pada awal tahun 1990-an sebagai ahli kimia, kini memegang tampuk pimpinan sebagai Pengarah di Institute of Halal Research and Management (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau yang meminati bidang kimia sejak di bangku sekolah mengambil pendekatan berlapang dada di atas pelantikan sebagai pengarah bermula Januari 2017 bagi memantapkan peranan IHRAM dalam menyebarkan ilmu kepenggunaan halal bersama 10 orang kakitangan. S1 Bagaimana Dr melihat pelantikan ini sebagai cabaran bagi golongan wanita mengetuai sebuah institusi penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan aspek halal. Saya telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di USIM hampir 10 tahun dan apabila diberi kepercayaan untuk memikul peranan dalam pengurusan dan pentadbiran ini, saya menganggapnya ia sebagai satu cabaran dan amanah yang perlu dilaksanakan terutamanya dalam menyebar luas maklumat berkenaan Pendidikan Halal “Istihlak” (Halal Consumerism Education) dalam kalangan masyarakat. Saya tiada masalah mengenainya kerana sememangnya amat meminati bidang kajian dan pengurusan halal kerana bagi saya ia merupakan satu amal bagi memanfaatkan ilmu sedia ada. Pada masa yang sama, tanggungjawab ini saya galas sebaiknya bagi memastikan pengguna Islam yakin menggunakan produk piawaian tinggi halal dan toyyiban serta tidak mengambil mudah tentang kesucian makanan dalam pengambilan makanan harian. S2 Bagaimanakah Dr melihat prospek IHRAM dalam membantu USIM mempertingkatkan ‘niche area’ berkaitan dengan pembangunan dan penyelidikan? Dengan sokongan dan kerjasama penuh dari segenap peringkat di USIM, IHRAM beriltizam untuk menjadi sebuah pusat rujukan pendidikan kepenggunaan halal yang berupaya menghasilkan penyelidikan berinovatif, perkhidmatan makmal yang mematuhi [...]
PHTP inisiatif IHRAM bagi memperkasa Eksekutif Halal
NILAI, 22 Februari 2018 – Seramai 86 peserta telah berjaya lulus dalam Sijil Profesional Eksekutif Halal (Certificate of Professional Halal Executive) (PHEP) dan dirai di Majlis Penyampaian Sijil PHEP yang disampaikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), merangkap Timbalan Menteri Mentor USIM. Professional Halal Training Programme (PHTP) yang dianjurkan oleh Institute of Halal Research and Management (IHRAM), Universiti Sains Islam Malaysia merupakan program latihan profesional telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014. “Peranan IHRAM ini sangat signifikan dalam pengembangan ilmu untuk faedah industri halal dan kepentingan ummah keseluruhannya. Jalinan kerjasama antara universiti dan industri harus diteruskan bagi mencapai agenda halal negara bagi melahirkan bakat halal yang kompeten untuk keperluan industri halal di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa,” ucap YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi. Dalam pada itu, Pengarah IHRAM, Prof Madya Dr Che Wan Zanariah Che Wan Ngah berkata PHEP telah berjaya menarik minat pemain industri dengan penyertaan hampir 50% terdiri daripada syarikat multinasional (MNCs), syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) serta graduan dalam pelbagai bidang berkaitan. “Kajian kebolehpasaran juga membuktikan hampir keseluruhan alumni PHEP memperolehi peluang pekerjaan dalam tempoh kurang enam (6) bulan selepas menamatkan latihan,” ujarnya lagi, Di USIM, IHRAM berperanan sebagai penyelaras pelaksanaan semua latihan halal sejajar dengan hasrat ke arah menjadi pusat rujukan global berkaitan pendidikan kepenggunaan halal (Halal Istihlak Education). Professional Halal Training Programme (PHTP) yang merupakan program latihan profesional telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 yang terdiri daripada tiga (3) program sijil [...]
Baja kompos organik daripada lebihan sisa makanan cepatkan pertumbuhan tanaman
NILAI – Penghasilan baja kompos organik melalui lebihan sisa makanan cetusan idea sekumpulan pelajar Duta Jauhar 4.0 USIM yang menggelarkan diri mereka sebagai Orla Farm membawa tuah apabila berjaya meraih beberapa anugerah pada Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 4.0 Peringkat Kebangsaan di Johor baru-baru ini. Idea inovasi yang menggunakan pendekatan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) ini pada mulanya timbul atas kesedaran untuk membantu masyarakat di Permatang, Kempas bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi melalui aktiviti keusahawanan. Namun, Oral Farm turut mengambil cakna fakta yang menyatakan bahawa lebih 30 ribu tan lebihan sisa makanan dibuang oleh orang awam telah memulakan langkah awal dengan mengumpul lebihan sisa makanan bersama para peniaga Pasar Besar @Mart. Menariknya, selain bersumberkan lebihan sisa makanan, habuk kayu dan tanah hitam, kos penghasilan bagi 1kg baja kompos organik ini adalah tidak melebihi RM 3 selain melibatkan kos penggunaan peralatan bagi melakukan aktiviti pengkomposan. “Menjadi satu cabaran apabila kami perlu menyakinkan orang awam tentang manfaat dan kelebihan mengitar semula bahan terbuang pada masa yang sama juga ia mendatangkan pendapatan sampingan. Kami akui, menghasilkan baja kompos organik ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kami perlu menyakinkan para peniaga Pasar Besar @Mart untuk bekerjasama dalam proses mengasingkan lebihan sisa makan yang terdiri daripada kulit telur, kulit bawang, sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam tong khas yang telah kami sediakan,” ujar Nur Azizah Md Basri, Pengurus Projek Orla Farm. “Segala cabaran kami cuba atasi dengan mencari jalan penyelesaian antaranya kami menjalin kerjasama dengan Persatuan Belia Permatang Kempas untuk memudahkan pelaksanaan proses pengkomposan yang mana [...]









