Mac 2017
Dari bisnes online, kini mempunyai kedai sendiri – Hidayatul Izni
Minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan dan meminati seni kreatif mendorong Hidayatul Izni Hayudin, 28, bergiat aktif dalam dunia perniagaan kek dan bakeri. Hanya bermula berniaga dari rumah dan secara online, kini beliau memiliki kedai yang lengkap beserta 7 orang pekerja termasuk pelajar praktikal. “Walaupun sebelum ini saya pernah bekerja sebagai pegawai bank, dan guru ganti di SMK Jengka 10 dan 12 Pahang, namun, merasakan pekerjaan tersebut tiada cabaran dan membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan kerana ia mengajar saya menjadi seorang yang berfikiran kreatif dan bijak menyelesaikan masalah”. “Semasa di universiti, saya terkenal dgn seorang yang aktif berpersatuan dan dilantik menjadi Exco Kerja Luar dan Pengantarabangsaan Sekretariat Fakulti Sains & Teknologi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di peringkat fakulti yang telah kami uruskan. Saya telah mempelajari banyak soft skill dan leadership semasa di universiti dan ianya sangat membantu saya sebagai seorang ahli perniagaan yang menguruskan syarikat yang mempunyai ramai pekerja dan produksi yang semakin bertambah”, tambah Izni. Izni dengan nama panggilan mesra, merupakan anak sulung dari lima beradik, mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik Kewangan memberi pandangan bahawa sebagai graduan di era yang penuh mencabar ini, seharusnya graduan di Universiti menanamkan minat untuk menjadi ahli perniagaan selain kerjaya profesional. Kerjaya usahawan menjadikan seseorang itu berfkiran kreatif dan pandai menyelesaikan masalah. Tambahan pula di universiti kini menjadikan subjek Keusahawanan sebagai subjek wajib, dan pelajar harus memanfaatkan dan mempraktikkannya. Kejayaan terbesar Berjaya mengendalikan sebuah program FIMACS II bertemakan "The gist of risk and derivatives, lessons learned and future implications". [...]
Penubuhan King Salman Centre For International Peace : USIM sedia galas amanah
NILAI, 2 Mac 2017 - Penubuhan Pusat Keamanan Global yang dinamakan King Salman Centre for International Peace telah dipersetujui untuk melibatkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Arab Saudi dan Malaysia bersama Muslim World League (Rabitah al-Alam al-Islami). Menurut Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ia merupakan penghargaan besar buat USIM pada masa yang sama bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas amanah menubuhkan Pusat Keamanan Global itu. “Seluruh warga USIM merakamkan setinggi terima kasih dan terharu kepada kepimpinan tertinggi Malaysia dan Arab Saudi kerana memberi kepercayaan kepada USIM untuk bersama-sama merealisasikan penubuhan King Salman Centre for International Peace yang merupakan satu agenda besar kepada negara dan komuniti antarabangsa,” ulasnya. “Kalau kita lihat kini berlaku banyak peperangan, ketidaktentuan dan suasana yang tidak aman berlaku di negara Islam. USIM merasakan adalah tanggungjawab kita untuk sama-sama membantu mengembalikan dan mengekalkan keamanan di bumi Allah dan mengangkat darjat negara dan umat Islam itu sendiri. Apabila nama USIM diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan, rasa syukur dan bangga kerana ia memperlihatkan pengiktirafan kepada keupayaan USIM yang mempunyai pelbagai kepakaran bagi menyokong aspirasi kerajaan dan memainkan peranan yang signifikan diperingkat global,” ucapnya lagi. “InshaAllah, USIM bersedia mengambil peranan yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pusat berkenaan sebaik mungkin bersama-sama pimpinan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan juga Muslim World League,” tambahnya lagi. Pada perkembangan yang sama, Prof Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) berkata USIM mempunyai kepakaran [...]
Februari 2017
Transformasi Insani Satu Langkah Ke Arah Perubahan Tamadun
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib telah mengisytiharkan satu perangkaan jangka panjang iaitu Transformasi Nasional 20150 (TN50) untuk membentuk Malaysia menjadi satu negara bangsa yang lebih cemerlang dan berwibawa. Hal ini dapat dilihat bahawa hasrat bersama membentuk masa depan yang lebih terjamin dengan adanya beberapa inisiatif yang telah diaturkan dan dijalankan untuk mengumpul idea-idea dan aspirasi-aspirasi belia dan anak muda. Semestinya, menerusi salah satu inisiatif, Dialog Perdana TN50, banyak kutipan idea daripada belia dari segi pembangunan di sektor pendidikan, ekonomi, alam sekitar dan lain-lain. Satu persoalan yang sama-sama boleh difikirkan bahawa bagaimana tamadun atau negara bangsa yang berjaya itu tercapai sekiranya sikap dan cara pemikiran diri sendiri yang masih lagi berada di tahap yang rendah dan membimbangkan? Penulis memetik salah satu ucapan yang diucap oleh YB Khairy Jamaluddin di Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Nasional (NALS) 2017 pada awal Februari lalu, “Kebimbangan terbesar saya menjelang tahun 2050 nanti bukan membabitkan halangan kuantitatif seperti bidang pendidikan atau melahirkan pemenang Anugerah Nobel pertama kerana kita boleh melabur dalam perkara ini. Sebaliknya, kebimbangan dan halangan terbesar kita adalah sama ada rakyat Malaysia boleh mengubah sikap dan mentaliti. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengajar rakyat untuk mengubah perkara ini, sedangkan sikap dan mentaliti adalah penanda aras ketamadunan” Dari sudut mentaliti atau cara pemikiran sebahagian besar masyarakat masih lagi berada di takuk yang lama. Yang mana masing-masing mengamalkan pemikiran bersifat individualistik “aku-kau” dan bukannya fikiran yang bersifat ummatik dan kekitaan. Pemikiran dengan cara sebegini mampu membentuk masyarakat yang [...]
KLiP Mobile bantu komuniti Negeri Sembilan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, Negeri Sembilan telah membantu dalam menyediakan perkhidmatan klinik pakar bergerak bagi rawatan mata atau dikenali sebagai KLiP Mobile kepada masyarakat Negeri Sembilan. Inisiatif ini merupakan usaha pihak USIM bagi membantu Kerajaan Negeri Sembilan dalam menjayakan Projek Strategi Lautan Biru (SLB) berkonsepkan Kesihatan Sepanjang Hayat yang merupakan program kerjasama strategik di antara Jabatan Kesihatan (JKN), Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama dengan agensi-agensi lain di negeri ini termasuklah USIM. Objektif am Projek Strategi Lautan Biru (SLB) berkonsepkan Kesihatan Sepanjang Hayat ini adalah untuk merakyatkan perkhidmatan kesihatan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan. Manakala objektif khusus adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan pencegahan melalui saringan komuniti dan pendidikan kesihatan kepada kumpulan sasaran. Selain itu, ia juga bagi memberikan perkhidmatan rawatan perubatan melalui klinik Pakar Statik dan bergerak kepada penduduk kawasan pedalaman. Pada masa yang sama, program ini diharapkan dapat membantu membekalkan peralatan perubatan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas yang memerlukannya. Menerusi kemudahan KLiP Mobile ini, masyarakat luar bandar berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata oleh doktor pakar yang turut sama bertugas melawat kawasan-kawasan luar bandar ke seluruh daerah di Negeri Sembilan secara berkala untuk memberikan rawatan dan khidmat nasihat termasuklah rawatan susulan ke hospital sekiranya diperlukan. KLiP Mobile ini turut dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan, mata yang terkini dan mempunyai kemudahan untuk pergerakan kerusi roda bagi pesakit kurang berupaya. untuk menjalani pemeriksaan di dalam KLiP Mobile ini. KLiP Mata Pakar Bergerak (KLIP Mobile) dirasmikan oleh Menteri [...]
Kampus USIM Kampus Barakah : Amanat Naib Canselor USIM 2017
NILAI, 27 Feb 2017 – Bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Majlis Amanat Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017 oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad mengupas perancangan dan hasrat USIM untuk membangun menjadi sebuah Kampus Barakah selaras dengan moto universiti iaitu Berilmu, Berdisiplin dan Bertaqwa. Perjalanan sebagai kampus barakah menekankan pelaksanaan konsep ilmu berpaksikan Iqra’ yang akan diperkukuhkan dengan Integrasi ilmu Naqli dan Naqli atau INAQ secara menyeluruh meliputi aspek STREAM: Science, Technology, Religion, Ethics, Arts & Mathematics. Dato’ Musa meyampaikan amanatnya secara jelas merangkumi 9 sasaran strategik USIM untuk mencapai USIM-25. “Dalam usaha memperkukuhkan dan menginovasi program akademik, USIM akan bekerjasama dengan International University for Renewal (IUR), Turki melalui penawaran program peringkat Sarjana Muda dan Pasca Siswazah selain memperkukuhkan Pendidikan Sepanjang Hayat seperti sedia ada di GOAL-ITQAN, Bahagian Madal Hayah. Selain itu, program 3u1i akan dilaksanakan kepada pelajar Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang manakala semua program sarjana muda akan menggunapakai sistem PNGK Bersepadu atau iCGPA". "Aktiviti penyelidikan di USIM akan tertumpu kepada tiga tema utama. Pertama, to Sustain Humanity & Environment di mana fokus adalah untuk memastikan kelestarian kediaman, ekosistem, gaya hidup dan jaminan pemakanan. Kedua, to promote Wellbeing iaitu Kesejahteraan yang meliputi aspek kesihatan, pengurusan harta dan pengurusan kewangan merupakan sebagai asas kepada kesejahteraan ummah. Ketiga, to Empower Communities & Societies dalam memperkasakan masyarakat dan komuniti melalui teras kebudayaan, [...]
Dua Kumpulan PERMATA Insan bertanding di 2017 VEX World Qualifier
Inovasi berintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli dalam Cabaran Robotik ala Al Jazari Bertitik tolak daripada proposal penganjuran dan pertemuan di FKAB antara penganjur iaitu Robotics Learning (M) Sdn. Bhd. dengan USIM yang diwakili oleh Pengarah PIJIM, Dekan FKAB, dan Kolej PERMATA Insan, pertandingan bertaraf dunia yang telah memenangi Guiness World Record 2016 sebagai pertandingan robotik terbesar di dunia ini telah dibawa ke mesyuarat LPU dan dipersetujui penganjurannya di DTC USIM pada 18 dan 19 Februari 2017. Pertandingan yang dianjurkan ini adalah untuk memilih wakil Malaysia ke kejohanan tahunan dunia di Kentucky, USA pada April nanti. Pasukan-pasukan pada pertandingan kali ini ialah pasukan yang telah dilatih beberapa tahun oleh Robotics Learning Sdn. Bhd. sebagai wakil tunggal dan rakan jurulatih VEX Robotics di Malaysia sejak 2009. Kejohanan tahun ini menghimpunkan sebanyak 40 pasukan daripada seluruh Malaysia termasuk wakil Malaysia dua tahun sudah iaitu Sekolah Tun Fatimah (STF) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang bertanding dalam 2 format kejohanan bagi musim ini iaitu VEX IQ Challenge Crossover (kategori 8 hingga 13 tahun) dan VEX Robotics Competition Starstruck (kategori 14 hingga 18 tahun). Pasukan dari PERMATA Insan USIM adalah pasukan yang terakhir mendapat lampu hijau bagi penyertaan pertandingan ini bagi kategori VEX Robotics Competition Starstruck iaitu cabaran merekabentuk robot yang perlu memegang bintang bercabang enam dan bantal kiub yang perlu dilempar dan ditolak melepas pagar ke gelanggang lawan. Dua pasukan telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini atas tiket penganjuran di USIM. Walau bagaimana pun, pasukan PERMATA Insan memang belum pernah terdedah dengan VEX [...]
Salam USIM – Majlis Amanat Naib Canselor Tahun 2017
"Kampus USIM, Kampus Barakah"
Salam USIM : Pelancaran Produk Seni USIM 2017
Masalah dan Penjagaan Kesihatan Pergigian Di Kalangan Pesakit Geriatrik
Siapakah pesakit geriatrik? Pesakit geriatrik di dalam bidang pergigian diklasifikasikan sebagai pesakit yang berumur 60 tahun dan ke atas dimana dikenali sebagai pesakit warga emas. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjangkakan akan terdapat peningkatan jumlah warga emas di Malaysia sebanyak 15% menjelang 2035 menjadikan jumlah warga emas dari 4 juta sekitar tahun 2000 kepada 9.5 juta menjelang tahun 2035. Peningkatan jumlah warga emas ini menyebabkan kemungkinan meningkatnya kos penjagaan kesihatan, masalah emosi dan kemiskinan (Selvaratnam et al, 2010). Keadaan ini berlaku adalah akibat daripada kurang kesedaran masyarakat dalam penjagaan pengambilan makanan untuk mengekalkan tahap kesihatan optimum ketika mencecah umur warga emas. Pada hakikatnya, sekiranya warga emas ini dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik, maka kebolehan mereka untuk bekerja dan menjalankan aktiviti harian dengan baik dan sendiri akan dapat mengurangkan masalah-masalah yang dinyatakan di atas. Dari segi kesihatan pergigian, warga emas dikaitkan dengan masalah-masalah penyakit yang memberi kesan kepada kebolehupayaan gigi untuk berfungsi dengan baik. Ia juga dikaitkan dengan masalah kehilangan gigi yang akan memberi kesan kepada kesempurnaan proses penghadaman yang seterusnya memberi kesan kepada proses penyerapan nutrisi yang sedia berkurang akibat proses penuaan. Kajian daripada National Oral Health Survey of Adults 2000 (NOHSA 2000) menyatakan prevalens karies pergigian di kalangan pesakit geriatrik yang berumur 65-74 tahun adalah sebanyak 95.2% dengan status indeks karies dan kehilangan gigi (DMFX) 23.2. Ini menunjukkan prevalens karies pergigian dan penyakit periodontal yang tinggi (Husna A.A et al, 2010, NOHSA, 2000). Akibat daripada masalah pergigian yang dihadapi ini, ia turut terkesan apabila lebih [...]
Ir. Daim Saian komited susun strategi operasi pembangunan USIM
Ir. Daim Saian, Pengarah Pembangunan di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Jurutera Profesional (PE NO 9696) yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan menjadi ahli kepada Institut Jurutera Malaysia (IEM). Mempunyai pengalaman berkhidmat selama 16 tahun sebagai Jurutera Bangunan di JKR Daerah Gombak bermula tahun 1984 memberikannya kelebihan untuk terus memberikan yang terbaik dalam menyumbang kepakaran dan idea apabila memulakan perkhidmatan di USIM pada 2 Februari 2011 sebagai pengarah di jabatan yang sama yang dulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan. S1Bolehkah tuan ceritakan serba ringkas latar belakang penubuhan Jabatan Pembangunan dan Fasiliti (JPPF), USIM ini? Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) ditubuhkan pada tahun 2001 dan pada peringkat awalnya dikenali sebagai Unit Pembangunan. Pada masa itu, Unit ini hanya mempunyai seorang Ketua Jabatan dan dua orang juruteknik. Pada peringkat awal, kami bertanggungjawab menguruskan fasiliti di premis sementara Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang kini dikenali sebagai Universiiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Menara A dan Menara B di Pandan Indah. Selain dari itu, Unit ini juga turut membantu dalam meninjau beberapa lokasi tapak untuk pembinaan Kampus Tetap KUIM. Kini setelah hampir 17 tahun, JPPF mempunyai struktur organisasi yang lebih kemas dengan kakitangan seramai 91 orang daripada pelbagai peringkat jawatan sokongan hingga kepada pengurusan dan profesional. JPPF kini mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kejuruteraan dan juga Bahagian Pengurusan Kontrak, Arkitek dan Landskap yang mana fungsi utamanya adalah menguruskan pelaksanaan [...]