Julai 2022
USIM dan JKKN Lancar Buku Monograf Budaya di Istana Budaya
KUALA LUMPUR, 7 Julai 2022 – Sebuah buku yang memuatkan buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni budaya tanah air berjudul Monograf Budaya ”Sembang Bukan Gebang” telah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail bertempat di Istana Budaya. Buku berjudul ‘Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang’ adalah terbitan secara kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan merupakan kerjasama sulung kedua-dua entiti dalam bidang penerbitan. Penerbitan buku ini merupakan projek perintis melalui kerjasama strategik antara JKKN dan USIM dalam usaha menerbitkan bahan-bahan rujukan seni budaya yang berautoritatif bersama institusi pengajian tinggi. Inisiatif penerbitan yang mengangkat program bual bicara maya ke naskhah penulisan meliputi topik-topik perbincangan berkaitan perkembangan semasa seni budaya negara menggabungkan konsep 3P iaitu Pentadbir Seni, Pengkaji Seni dan Penggiat Seni budaya tanah air dilihat selari dengan fungsi JKKN dalam usaha melaksanakan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan agar dapat disebar luas kepada segenap lapisan masyarakat. Buku ‘Monograf Budaya Sembang Bukan Gebang’ mengandungi 16 penulisan artikel dengan melibatkan 17 orang penulis terdiri daripada panel program Sembang Bukan Gebang (SBG) dan penulis jemputan yang mempunyai kebitaraan dalam bidang seni budaya yang diceburi. Antara penulis yang terlibat dalam penulisan monograf ini ialah Karyawan Seni USIM Siso Kopratasa, karyawan teater Dr. Rosminah Mohd Tahir, Prof. Dr. Supyan Hussin, Zulkifli Ab Rashid, Dr. Kamarulzaman Mohamed Karim atau Mantabla, Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid, Ismail Ahmed, Cef Fikree Aznan, Dr. Azizah Abdullah, Prof. Madya Dr. Mohd Azam Sulong atau Azam Dungun, Hazelina Ghazaly, Zaiton Hasan, Wanza Mohamad, [...]
Bencana Banjir Baling, USIM Hantar Bantuan Sukarelawan
NILAI, 6 JULAI 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya yang terdiri daripada 15 orang kakitangan dan pelajar ke Baling, Kedah bagi membantu mangsa banjir di enam buah kampung di Baling. Kampung-kampung yang terlibat dalam misi bantuan tersebut adalah Kampung Padang Dan, Kampung Iboi, Kampung Bok bak, Kampung Sadek, Kampung Tanjung dan Kampung Masjid Tiak. Kumpulan sukarelawan USIM yang diketuai oleh Encik Nur Ekmal Buhary, Pengarah Pusat Sukan USIM mula bergerak kira-kira jam 9 malam 5 Julai dengan membawa bersama barangan keperluan berupa bekalan makanan kering, ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, keperluan solat seperti telekung, kain pelikat dan sejadah, selimut, bantal, tikar serta peralatan-peralatan pembersihan pasca banjir seperti water jet dan detergen. Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani yang hadir melepaskan (flag off) kumpulan sukarelawan berkata, empat buah kenderaan pacuan empat roda dan satu van telah dikhaskan untuk membawa para sukarelawan dan barang-barang keperluan untuk tujuan bantuan awal ke lokasi-lokasi bencana. Pengumpulan barangan untuk sumbangan kepada mangsa banjir ini telah digerakkan bagi memberi peluang kepada warga USIM khususnya untuk turut membantu meringankan beban mangsa yang terlibat. “Cakna dengan situasi semasa yang berlaku di Baling ketika ini, pihak USIM sentiasa terbuka dalam memberikan bantuan kepada mangsa yang terkesan dengan bencana alam dan saya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan prihatin banjir ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dan kekal menjaga keselamatan dan kesihatan mereka sepanjang operasi ini.” ujarnya lagi. Turut menyertai misi bantuan [...]
USIM Cakna Isu Kenaikan Harga Barang, Salur Perkhidmatan Kebajikan
NILAI, 5 Julai 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat mengambil berat dan prihatin dengan pelajar berkeperluan yang memerlukan bantuan selaras dengan isu kenaikan harga barang dan keadaan hidup yang mendesak melalui penyediaan bantuan makanan dan program kebajikan. Menurut Naib Canselor USIM, Yang Berbahagia Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM bergerak untuk membantu pelajar berkeperluan melalui inisiatif jabatan seperti Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Wakaf dan Zakat USIM (PWZ), Pusat Islam dan Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL). Antara inisiatif utama USIM dalam membantu pelajar berkenaan isu kenaikan harga barang khususnya dalam kalangan golongan asnaf dan B40 adalah melalui Program Musaadah for Student, Food Bank Asnaf, Food@Campus secara one-off, Central Kitchen, Bantuan Prihatin PRUPEL dan bantuan agihan zakat. “Program Musaadah for Student merupakan inisiatif daripada Yang Berhormat Senator Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dengan kerjasama BHEP dan Majlis Perwakilan Pelajar USIM untuk membantu pelajar B40 melalui sumbangan makanan dan wang tunai. Seramai 340 orang pelajar telah menerima manfaat ini dan jumlah bantuan yang disampaikan adalah sebanyak RM24,100.00. Program ini merupakan inisiatif tambahan daripada Food Bank Siswa USIM yang telah dilancarkan pada tahun 2019” ujarnya. Tambahan beliau, USIM sedang dalam usaha untuk melancarkan Food Bank Asnaf yang memfokuskan bantuan makanan kepada pelajar daripada golongan asnaf dan B40. USIM memperuntukkan sebanyak RM60,000.00 bagi inisiatif ini dan sumbangan akan disalurkan melalui BHEP USIM. “Melalui bantuan tersebut, diharapkan agar dapat meringankan beban pelajar yang berkeperluan dan mampu menaikkan semangat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang.” ujarnya lagi. USIM turut menyediakan [...]
USIM Santuni Alumni Oman, Tingkat Kerjasama Dalam Bidang Akademik
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menerima kunjungan daripada alumninya yang berasal daripada Oman yang kini merupakan kakitangan akademik di Kolej Agama Islam, Kementerian Agama dan Waqaf Oman. Dalam pertemuan yang dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff serta pegawai universiti dan wakil alumni tersebut, beberapa perancangan kerjasama dalam bidang akademik dan masa depan jaringan akademik bagi calon pelajar dari negara timur tengah tersebut telah dibincangkan. Antaranya termasuklah peluang untuk menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan melalui program penempatan sabatikal di USIM. Kerjasama ini sekiranya direalisasikan dengan baik, berupaya untuk menyemarakkan semula kehadiran pelajar antarabangsa terutama dari negara Oman ke USIM dan hubungan dua hala antara institusi pendidikan berkaitan. Hal ini selaras dengan usaha kedua-dua buah negara dalam merancakkan semula aktiviti pengantarabangsaan dalam bidang akademik yang terhalang selama hampir dua tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19. Diakhir pertemuan, kedua-dua pihak bersetuju agar hubungan yang sedia terbina ini dikukuhkan dengan beberapa siri program/aktiviti yang bersifat akademik yang akan diteruskan dalam masa terdekat. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Professor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Appointed as USIM Vice-Chancellor
NILAI, 1st July 2022 -Professor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani was appointed as the new Vice Chancellor of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), effective from July 1, 2022, until June 30, 2025. Professor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, 51, replaced Professor Dato' Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, whose appointment expires on May 9, 2022. He graduated with a Bachelor of Food Science with Nutrition from Universiti Kebangsaan Malaysia (1995), a Master of Science from the University of Reading (1997), and subsequently obtained a Doctor of Philosophy from the University of Cambridge in 2007 in the field of Food Technology. He is active in research and publication by producing high-impact journals. He is also active in consultancy activities in the field of the halal industry and has been heavily involved with halal industry projects internationally. Among his consultancy projects include halal certification of meat products from China for DJR Sdn. Bhd., halal certification of black fungus and black garlic for UMS-Heilongjiang Academy of Sciences, China, training for halal analysis in Machida, Japan, as well as being the Halal Auditor Chief for Training Halal auditors for the Halal Audit led by the Government of Kuwait. A scholar with extensive experience in administration, with the last position as Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation) at USIM, his expertise is highly valued and for that he has been appointed to hold various important roles in administration and academia. Among others, as a Committee Member of the Religious Council Islam Sabah (MUIS) Halal Hub (November 2021 to [...]
USIM Hantar Wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022
NILAI, 29 JUN 2022 – Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dipilih sebagai Johan dan Naib Johan pada sesi akhir Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Johan dan Naib Johan ini akan bertanding di Kejohanan Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) peringkat kebangsaan yang akan di adakan pada bulan November 2022 akan datang anjuran Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Awam (MAKUMA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program yang diadakan sebagai acara tahunan ini bertujuan untuk mencari bakat mahasiswa yang boleh diketengahkan sebagai Ikon Motivator Muda kepada masyarakat. Program ini telah dianjurkan mulai tahun 2014 dan memberi impak kepada universiti untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang sebagai pembimbing dan mempunyai kemahiran pengucapan awam yang berasaskan motivasi. Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari bermula 25 Jun 2022 melalui penganjuran bengkel dan peringkat saringan berlangsung pada 27 Jun 2022. Seramai 5 peserta telah layak dipilih ke peringkat akhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohd Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia. “Seramai 14 orang peserta daripada pelbagai fakulti di USIM telah menyertai kejohanan ini dan kelainan yang diketengahkan pada kali ini adalah nama program yang telah diberikan nafas baru, pemberian piala pusingan iaitu Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sebagai hadiah utama kejohanan ini termasuk hadiah wang tunai dan juga sijil” ujarnya. [...]
USIM Hasilkan Kit Sabun, Jadi Alternatif kepada Sesi Makmal Secara Bersemuka di Sekolah
NILAI - Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif menjalankan projek Green Lantern di bawah program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) yang diperkenalkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu merupakan inisiatif KPT yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti di mana pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah. Projek Green Lantern ini adalah projek penghasilan kit sabun pencuci pinggan dengan menggunakan minyak masak terpakai. Projek ini telah dijalankan oleh pelajar tahun tiga jurusan Teknologi Kimia Industri (TKI) yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bersama para pelajar sekolah menengah di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor. Pada fasa pertama, seramai 500 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks KLIA dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok telah menjayakan program ini. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dan pelajar, program fasa kedua telah diteruskan dengan penyertaan seramai 367 orang pelajar dari empat buah sekolah iaitu Kolej Genius Insan USIM (KGI), Sekolah Menengah Agama Nilai, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya. Projek ini turut mendapat dana peruntukkan daripada Khind Starfish Foundation sebanyak RM2,265.00 dalam usaha untuk menggalakkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti untuk membangunkan projek bersama komuniti. Menurut Dr. Mohd Hafiz Abu Hassan Pensyarah FST USIM selaku penasihat projek ini berkata, pandemik Covid-19 telah memberi impak terutamanya kepada para pelajar aliran sains yang tidak dapat melakukan eksperimen secara bersemuka di makmal. Penghasilan kit sabun melalui projek ini [...]
Jun 2022
USIM dan ITC Meterai Mou Tingkatkan Nilai Pelancongan Islam
NILAI, 24 Jun 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi membangunkan bakat, memperluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang pelancongan dalam lanskap pelancongan Islam di Malaysia. Menambah kemeriahan, majlis menandatangani MoU ini mengambil tempat semasa pelancaran Minggu Pelancongan Islam yang julung kali dianjurkan oleh ITC bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya hari ini. Dalam MoU ini, USIM diwakili oleh Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, yang menjalankan fungsi Naib Canselor, manakala ITC diwakili oleh Dato’ Dr Mohmed Razip Haji Hasan, Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC) sambil disaksikan oleh Dato Seri Hajah Nancy Shukri Menteri Pelancongan Seni dan Budaya . Kedua-dua pihak bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan untuk memajukan latihan berkaitan Pelancongan Islam, penyelidikan, pembangunan modul, pembangunan standard, membangunkan bahan publisiti mengenai pelancongan, penganjuran bersama mesyuarat, konvensyen dan seminar, serta bidang lain dalam sektor Pelancongan Islam. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, konsep Pelancongan Islam dikenali dengan nama dan konotasi yang berbeza dalam teori dan amalan pelancongan. Pelancongan Halal, Pelancongan Syariah dan pelancongan mesra Muslim adalah istilah yang biasa digunakan. “Di USIM, kami menawarkan program akademik khusus yang berkaitan dengan pelancongan Islam di mana struktur kurikulum dan kursus yang dirangka dalam program ini merangkumi elemen keseimbangan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli. Penyampaian ilmu dan teori serta pemupukan kemahiran yang berkaitan dalam setiap kursus diharapkan dapat membentuk bakat masa hadapan yang berkemahiran dalam bidang pengurusan dan pelancongan”,ujarnya lagi. Di bawah MOU ini juga, kedua-dua pihak akan bersama-sama membangunkan dan [...]
USIM Kukuh Jaringan Hubungan dengan Negara Timur Tengah, Tingkat Enrolmen Pelajar Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 21 Jun 2022- Kira-kira 10 wakil kedutaan bagi negara-negara Timur tengah diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Pullman Hotel, Kuala Lumpur semalam. 10 wakil kedutaan yang hadir termasuklah dari Yemen, Jordan, Palestine, Kuwait, Algeria, Iraq, Sudan, Morocco, Republik Arab Syria dan Turki. Majlis ini amat penting buat USIM dalam usaha untuk meningkatkan perkongsian antarabangsa terutamanya dalam usaha untuk meneroka ruang kerjasama strategik khususnya bagi meningkatkan enrolmen pelajar antarabangsa selaras dengan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyasarkan Malaysia sebagai tuan rumah kepada 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025. Pada masa ini, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 131,000 pelajar antarabangsa yang mendaftar di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) USIM, YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam ucapannya berkata, Malaysia khususnya dan USIM amnya sentiasa berusaha untuk memastikan Pendidikan bertaraf antarabangsa dicapai dengan mempergiatkan pelbagai kegiatan bersama universiti di seluruh dunia. “Falsafah penubuhan USIM adalah paduan pengintegrasian ilmu Naqli dan Aqli bagi memperkasakan Pendidikan dan penyelidikan dunia Islam. Ini adalah antara program yang istimewa untuk memperkasakan keilmuan pelajar antarabangsa yang akan menyambung pengajian di Malaysia iaitu USIM khususnya”, ujarnya. Manakala Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof Ts Dr Sharifudin Md Shaarani Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor turut menjemput pelajar antarabangsa menyertai program mobiliti melalui Pelancongan Pendidikan (EduTourism) yang dijalankan untuk tempoh berdurasi satu hari sehingga enam bulan di USIM. Melalui program ini, para pelajar antarabangsa mendapat pengalaman dan pendedahan kepada kepelbagaian budaya tradisi dan [...]
USIM rangkul 5 Emas, 3 Perak di ITEX 2022
NILAI, 27 Mei 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya meraih lima pingat Emas serta tiga pingat Perak bagi lapan penyertaan inovasi menerusi Pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mengungguli pertandingan kali ini dengan merangkul empat pingat emas bagi produk Q-Cat Kit yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azmani Sahar, Eye-Zy diketuai oleh Dr. Maimunah Abdul Muna’aim, Eisei Bag diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal dan Tanaffas diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal. Manakala Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan satu emas bagi produk Global Tahfiz Game. Sementara itu, pingat perak pula menjadi milik Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi produk Secure App for Enkrypting Text Information (SAKTI) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azni Haslizan Ab Halim, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) bagi produk MySIF Waqf Chain yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairil dan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) bagi produk Halal Vocation Game yang diketuai oleh Dr. Nurdalila A’wani Abd Aziz. Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian para penyelidik dengan produk-produk inovasi yang dihasilkan sekaligus menaikkan nama USIM untuk mampu bersaing di peringkat antarabangsa. “Saya mengharapkan inovasi yang dihasilkan ini dapat menyelesaikan masalah ummah sejagat seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat”, ujarnya lagi.