Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2022

USIM Tekad Lahir Muslim Profesional

Tahun 2022 merupakan tahun signifikan buat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam mengukur dan menilai pencapaian Misi 2022 USIM yang mana agenda utamanya ‘Mentransformasi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi Menjelang 2022’. Lima teras strategik menjadi fokus universiti untuk USIM menjadi glokal iaitu; Pertama, Melahirkan graduan yang profesional berintegriti, kompeten dan berdaya saing. Kedua, Membentuk pelajar yang beradab, holistik dan seimbang. Ketiga, Libat sama Masyarakat: Memperkasakan Quintuple Helix untuk semua. Keempat, Kelestarian Kewangan: Membentuk kepelbagaian sumber dana dan amalan perbelanjaan berhemah, dan kelima, Pengiktirafan: Membentuk kesarjanaan berimpak yang membina kebitaraan ummah. Melalui lima Teras Strategik ini, USIM menetapkan komitmen utama iaitu untuk mengukuhkan asas fundamental, merangka masa hadapan, memastikan keberdayasaingan dan kelestarian, serta mempromosikan inklusiviti. Demi memastikan USIM kekal kompetitif dalam industri pendidikan tinggi, kualiti akademik amat dititikberatkan dan kurikulum pengajian dikemaskini agar kekal relevan sesuai dengan kehendak industri. Atas faktor ini juga, USIM berjaya mencatatkan peratusan kebolehpasaran graduan yang tinggi iaitu sebanyak 94.6 peratus pada tahun 2021. Bertepatan dengan tema sambutan ulang tahun penubuhannya pada 18 Jun ini, “Melahirkan Muslim Profesional”, USIM menanam hasrat bertekad melahirkan lebih ramai graduan profesional yang kompeten dan berdaya saing selaras dengan teras strategik yang digariskan. Meskipun bermula dengan hanya memfokuskan bidang pengajian Islam melalui penawaran tiga bidang pengajian iaitu Pengajian Syariah dan Kehakiman, Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan Pengajian Dakwah dan Pengurusan Islam, kini setelah 22 tahun penubuhannya, USIM menawarkan 91 program akademik meliputi peringkat Asasi, Sarjana Muda serta Siswazah. Bukan hanya melibatkan penawaran program yang beraliran Pengajian [...]

PPKP USIM Santuni 10 Sekolah Sempena Pengumuman Keputusan SPM 2021

NILAI, 17 Jun 2022 – Bersempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam 16 Jun 2022, Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyantuni 10 buah sekolah terpilih dengan membuka reruai pameran program pengajian yang disertai oleh beberapa Fakulti dan Pusat Tamhidi USIM. Menurut Pengarah PPKP, Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin berkata, program promosi ini diadakan bagi mendekatkan lagi para pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan konsultansi dan maklumat yang tepat mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh USIM serta para pelajar boleh membuat semakan syarat kemasukan ke program pengajian yang mereka minati. “Saya sangat berterima kasih kepada Pusat Tamhidi, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang telah sudi membantu pasukan promosi di PPKP untuk sertai reruai pameran pendidikan dan program pengajian di sekolah-sekolah,“. “Program sebegini juga sebenarnya dapat meningkatkan keterlihatan USIM dan merapatkan ukhuwah di antara pihak sekolah dan kaunselor bersama USIM”, ujarnya lagi. Antara sekolah yang dipilih pada kali ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka, Sekolah Menengah Agama Nilai, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Maahad Hamidiah Kajang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Rahimah Klang, Sekolah Menengah Agama Majlis Islam Wilayah Persekutuan, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz dan Kolej Genius Insan USIM. USIM menawarkan empat program pengajian di peringkat Tamhidi iaitu Tamhidi Syariah dan Undang-Undang, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains dan Tamhidi Sains, Fizikal dan [...]

Pelajar Kolej Genius Insan USIM Catat Keputusan Cemerlang SPM 2021

NILAI, 16 Jun 2022 - Keterujaan 42 pelajar Kolej Genius Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 jelas tergambar apabila masing-masing memperolehi keputusan yang cemerlang pada pagi ini. Pelajar SPM 2021 ini merupakan calon SPM yang berdepan dengan cabaran dari segi pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian ketika pandemik Covid-19 melanda dunia. Seramai empat orang pelajar memperoleh keputusan 11A, lapan pelajar (10A), Sembilan pelajar (9A). Manakala lima pelajar masing-masing peroleh (8A) dan (7A), tiga pelajar peroleh (6A). Sementara itu, dua pelajar masing-masing peroleh (5A) (4A) dan (3A) dan seorang pelajar peroleh (2A). Pengurusan masa yang baik serta mengulangkaji pelajaran bagi subjek yang lebih kritikal antara tip yang dikongsikan oleh Muhammad Zaim Mohamad Shukri, 19, berasal dari Jitra, Kedah yang merupakan Pelajar Cemerlang SPM 2021 yang peroleh 11A+ di KGI. Anak keempat dari enam beradik ini merupakan Yang Di-Pertua Majlis Kepimpinan Pelajar untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. Tanggungjawab yang digalas tidak menghalang beliau untuk aktif dalam persatuan dan kelab.  Zaim juga merupakan Pengerusi Kor Kadet Polis, peserta Sakura Science Exchange Programme di Jepun, peserta Insan Junior Researchers International Conferences dan terlibat dengan beberapa pertandingan robotik peringkat kebangsaan. “Saya bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, dan sekiranya mendapat tajaan saya berhasrat untuk sambung pengajian di United Kingdom atau Jepun”, ujarnya lagi. Manakala bagi pasangan kembar Nurul Fatihana Abdul Rahman dan Nurul Fatiha Abdul Rahman berasal dari Seremban melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diperolehi. Anak kedua dan ketiga dari tiga [...]

Penerbit USIM ‘Berkampung’ di PABKL 2022

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2022 - Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) ‘berkampung’ di  Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan bermula 3 hingga 12 Jun 2022. Kemeriahan pesta buku ini dapat dirasai kerana dianggarkan seramai 1.25 juta pengunjung telah hadir sepanjang 10 hari PABKL ini berlangsung. Dua Majlis Pelancaran Buku telah diadakan sepanjang PABKL berlangsung iaitu pelancaran buku Haji dan Umrah: Pasca Pandemik yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Senator Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Manakala sebanyak 9 buah buku berkisarkan Norma Baharu: Pandemik Covid-19 pula dilancarkan oleh Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor. Beberapa aktiviti promosi dijalankan di reruai MAPIM antaranya adalah Segmen Biar Buku Bicara, 15 Minit Buku Den dan Shoppe Live. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan    

USIM Kukuh Jaringan Kerjasama Bersama Alumni Dalam Lawatan Kerja ke Hasnuri Sdn Bhd

NILAI, 30 Mei 2022 – Mengambil perhatian serius mengenai bidang keusahawanan yang diceburi oleh Alumni, Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia melalui inisiatif Majlis Usahawan Alumni USIM (MAWASIM) telah menganjurkan Siri Jelajah Usahawan Alumni USIM. Program ini merupakan inisiatif untuk membolehkan pengurusan USIM turun padang bagi melihat sendiri perniagaan yang diusahakan oleh alumni USIM. Justeru, lawatan muhibbah Pengurusan USIM ke Syarikat HASNURI Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini merupakan program pertama yang dilaksanakan di bawah inisiatif ini. Berdasarkan intipati lawatan kerja yang dijalankan, beberapa aspek kerjasama yang dibincangkan melibatkan kerjasama dalam bidang akademik, meliputi cadangan penubuhan Akademi HASNURI, penerbitan kajian kes keusahawanan, penglibatan Jemaah Profesor/Ahli Akademik USIM dalam penyelidikan keusahawanan HASNURI serta program sangkutan kakitangan Akademik/Pentadbiran USIM di HASNURI bagi tujuan mempelajari budaya kerja organisasi HASNURI. Manakala dari aspek penerokaan kerjasama dalam Program Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya, HASNURI bakal membuka peluang kepada pelajar USIM untuk menjalani latihan industri serta membina peluang kerjaya dalam pelbagai bidang disamping membuka peluang kepada staf bagi menambah pendapatan. Kerjasama yang bakal dimeterai juga antara lain termasuklah penajaan Anugerah Khas Majlis Konvokesyen USIM, bantuan dalam Program Tanggungjawab Sosial Universiti/Korporat, pembukaan ‘outlet’ HASNURI di USIM serta penglibatan HASNURI dalam program kebajikan/motivasi untuk pelajar. Prof Dr Mohd Adnan Mohd Yusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) berkata, perbincangan antara Usahawan Alumni bersama Alma Mater ini merupakan salah satu strategi untuk membantu memastikan Alumni USIM terus bersama Universiti agar pelbagai kerjasama strategik dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan [...]

Mei 2022

Sudut dan Koleksi Buku USIM Kini di Brunei

NILAI, 28 April 2022 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam semalam secara hibrid melancarkan Sudut Buku USIM di Perpustakaan UNISSA yang juga turut menyaksikan sejumlah koleksi buku UNISSA turut ditempatkan di Perpustakaan USIM sebagai timbal balik. Program pertukaran buku di antara USIM dan UNISSA ini pada awalnya digerakkan oleh pihak Penerbit USIM dengan langkah awal bermula apabila Penerbit USIM bertindak menghubungi Penerbit UNISSA bagi menyampaikan hasrat untuk memberikan sumbangan buku-buku terbitan USIM. Berikutan hasrat tersebut, maka Penerbit UNISSA juga berhasrat memberikan sumbangan buku kepada Perpustakaan USIM. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memperkayakan koleksi perpustakaan yang akan memberikan nilai tambah kepada pembudayaan intelektual, kesarjanaan dan penyebaran ilmu di institusi masing-masing. Selain itu, program ini juga boleh membuka peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, terutamanya berkaitan penerbitan dan penyelidikan. Program pertukaran buku USIM-UNISSA ini jelas menyokong kepada pembangunan koleksi perpustakaan dalam konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (iNaQ) USIM. Buku-buku yang diterima adalah bertepatan dengan program di USIM, seperti bidang Islam, Fatwa, Ekonomi dan sebagainya. Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, “Kita dapat menghayati konsep prosumerisme dalam konteks sumbangan atau waqaf buku. Buku-buku yang diterima daripada para penyumbang bukan sahaja untuk dirujuk dan diguna pakai, malah ilmu-ilmu yang diperoleh melalui buku-buku yang dirujuk ilmunya akan disebarluaskan dan perkongsian ilmu akan berlaku dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menjadi rujukan umum”. “Apabila kita merujuk kepada artikel “Adaptation From Prosumerism Idea In Conceptualizing The Benefidonors [...]

MASTI dan PRAGMATIS Ceriakan Anak Yatim Menyambut Aidilfitri

NILAI, 25 April 2022 – Menjelang beberapa hari lagi umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, keprihatinan terhadap insan-insan yang kurang bernasib baik tidak dilupakan bagi memastikan mereka turut diraikan untuk menyambut lebaran. Mengambil keberkatan di penghujung bulan Ramadan, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) dan Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkongsi rezeki dan kegembiraan meraikan kedatangan Aidilfitri 1443H bersama 50 orang anak-anak yatim baru-baru ini. Program Ramadan Santuni Anak Yatim oleh MASTI dan PRAGMATIS secara tidak langsung menjadi platfom untuk menyantuni anak-anak kecil dari Pertubuhan Anak Yatim Baitul Baroqah Ummul Qura, Bandar Enstek, Negeri Sembilan ini dengan lebih dekat. Diraikan dalam satu majlis di Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM, ia turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Al-Bakri merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dan Datuk Muhammad Haizuan Rozali selaku Pendaftar USIM. Menurut Raja Shah Erman Raja Arifin selaku Presiden MASTI, program yang mendapat kerjasama dari PRAGMATIS USIM selaku peneraju utama merupakan salah satu inisiatif persatuan bagi menghidupkan kemeriahan bulan Ramadan. “Ia juga menjadi satu medium bagi mengikat ukhwah dan solidarti dalam kalangan ahli-ahli MASTI, PRAGMATIS dan persatuan pentadbir dalam kalangan Universiti Awam yang terlibat untuk meraikan dan menyantuni  anak-anak yatim sebagai salah satu perkara yang dituntut di dalam agama Islam” “Tambahan pula ia dilaksanakan dalam bulan yang penuh dengan keberkatan serta dijanjikan dengan limpahan pahala berlipat kali ganda atas setiap amal kebajikan yang ditunaikan” “Moga dengan sedikit kegembiraan yang kami berikan kepada anak-anak yatim yang bersama dalam majlis ini dapat meringankan [...]

USIM rangkul  5 Emas, 3 Perak di ITEX 2022

NILAI, 27 Mei 2022- Universiti Sains Islam Malaysia  (USIM) berjaya meraih lima pingat Emas serta tiga pingat Perak bagi lapan penyertaan inovasi menerusi Pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini. Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mengungguli pertandingan kali ini dengan merangkul empat pingat emas bagi produk Q-Cat Kit yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azmani Sahar, Eye-Zy diketuai oleh Dr. Maimunah Abdul Muna’aim, Eisei Bag diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal dan Tanaffas diketuai oleh Dr. Nur Zaireena Zainal. Manakala Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dengan satu emas bagi produk Global Tahfiz Game. Sementara itu, pingat perak pula menjadi milik Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi produk Secure App for Enkrypting Text Information (SAKTI) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azni Haslizan Ab Halim, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) bagi produk MySIF Waqf Chain yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khairil dan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) bagi produk Halal Vocation Game yang diketuai oleh Dr. Nurdalila A’wani Abd Aziz. Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian para penyelidik dengan produk-produk inovasi yang dihasilkan sekaligus menaikkan nama USIM untuk mampu bersaing di peringkat antarabangsa. “Saya mengharapkan inovasi yang dihasilkan ini dapat menyelesaikan masalah ummah sejagat seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat”, ujarnya lagi.   Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 [...]

USIM terima Lawatan Setiausaha Agung Muslim Council Of Elders, Mohamed Mahmoud Abdelsalam

NILAI, 18 Mei 2022 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam menerima lawatan rasmi daripada Hakim Mohamed Mahmoud Abdelsalem yang juga merupakan Setiausaha Agung Muslim Council of Elders, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Setiausaha Agung bagi The Higher Committee of Human Fraternity yang merupakan sebuah badan jawatankuasa antarabangsa bebas yang ditubuhkan untuk mempromosikan agenda dan nilai persaudaraan dalam kalangan insan. Dalam majlis ringkas yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Genius Insan USIM ini, Abdelsalem menyampaikan syarahan ringkas yang menyentuh isu keharmonian, peradaban dan pembangunan komuniti Islam di seluruh dunia. Dalam syarahan ringkasnya, beliau berkata bahawa, adalah penting untuk umat Islam mempunyai ilmu serta berusaha mendapatkan akses kepada pendidikan bagi memastikan syiar Islam dan ketamadunan yang sedia ada terpelihara. “Pembangunan yang yang ditunjukkan oleh Malaysia secara tidak langsung menjadi sumber kebanggaan kepada dunia Islam. Pelajar Kolej Genius Insan ini juga berupaya mengubah sejarah dan menerajui negara ini kearah yang lebih baik melalui kemajuan ilmu pengetahuan dan usaha keras mereka” jelas beliau lagi. Beliau turut mengingatkan para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan meskipun berbeza ras, agama dan bangsa. Dalam kunjungan beliau ke USIM, beberapa agenda Pendidikan turut dibincangkan dan telah dicadangkan untuk diadakan pada masa akan datang bersama Muslim Council of Elders, antaranya Penubuhan sebuah kursi yang diberi nama “Grand Imam Ahmad Al-Tayeb” Chair for Global Peace Studies, penubuhan Akademi Belia serta penubuhan Pusat Bahasa Arab “Al-Azhar Al-Sharif” bagi membangunkan kemahiran bahasa Arab, untuk menyediakan perkhidmatan kepada  pelajar Malaysia untuk mempelajari bahasa Arab sebagai persediaan [...]

USIM tanam 500 pokok Gutta Percha sempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia

NILAI, 17 Mei 2022 -  kira-kira 100 sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sertai Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak -The Malaysia Book of Records bersempena Hari Telekomunikasi & Masyarakat Berinformasi Sedunia di kawasan Arboretum USIM. Sebanyak 5,017 pokok ditanam secara serentak di 23 lokasi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Johor, Pahang dan Perlis. Kesemua 23 lokasi yang ditanam dengan pokok Gutta Percha ini akan dikenali secara rasminya sebagai “Unifi Green Zone”. Encik Nizamuddin Hashim, Ketua State Regulatory & Engagement (SRE) Yayasan TM berkata, Gutta Percha atau Nyatoh Taban Merah adalah sejenis getah yang dikenali sebagai Gutta Percha telah digunakan sebagai bahan penebat untuk kabel dasar laut pertama di dunia. Pokok ini telah menyumbang kepada perkembangan telekomunikasi dunia dan pernah menjadi salah satu sumber utama ekonomi negara pada abad ke-19. Menurut beliau lagi, bagi mengekalkan nilai sejarah yang dibawa oleh pokok ini, Yayasan TM telah mempamerkan proses pengekstrakan Pokok Gutta Percha menggunakan batu pengisar seberat 5 tan di Muzium Telegraf yang terletak di Taiping, Perak. “Muzium tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menyimpan pelbagai khazanah, artifak dan maklumat menarik berkenaan sejarah telekomunikasi negara, khususnya telegraf. Selain itu, para pengunjung turut berpeluang melihat sendiri kabel dasar laut buatan tahun 1870 iaitu kabel terawal di dunia yang menggunakan bahan penebat daripada ekstrak pokok Gutta Percha”. Sementara itu, Ir. Shahrin Amri Jahari, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM berkata, USIM berbesar hati kerana menjadi salah satu lokasi pilihan untuk program tanaman [...]

Go to Top