September 2021
USIM memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)
NILAI, 2 September 2021 - Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 24 Ogos 2021 tentang peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru baru ini, Negeri Sembilan, di mana kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara tidak langsung terlibat dengan penguatkuasaan Fasa 2 PPN mulai 6 September 2021 ini. Walau bagaimanapun, Kampus Pandan Indah masih kekal dengan penguatkuasaan Fasa 1 PPN sebagaimana notis bertarikh 30 Julai 2021. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, meskipun Negeri Sembilan telah memasuki Fasa 2 PPN, pengoperasian pejabat masih diberi keutamaan supaya semua staf sama ada lantikan tetap, sementara, kontrak atau sambilan hendaklah meneruskan tugasan secara Bekerja Dari Rumah. Manakala bagi Pusat Tanggungjawab Kritikal seperti Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Perumahan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pasukan Petugas Bilik Gerakan COVID-19 Universiti serta Pejabat Mel Universiti hendaklah menentukan penggiliran/penjadualan dalam kalangan staf/pasukan petugas masing-masing untuk bertugas di pejabat atau lokasi lain yang ditentukan tetapi hendaklah tidak melebihi 20% daripada bilangan staf dalam satu-satu masa. Tambah beliau lagi, sekiranya wujud tugasan yang melibatkan pembayaran kontrak/invois/gaji atau penyelenggaraan fasiliti atau penyelenggaraan sistem maklumat atau apa-apa tugasan lain yang hanya dapat disempurnakan di pejabat, Ketua Pusat Tanggungjawab yang tersebut boleh mengarahkan staf yang relevan hadir bertugas di pejabat atau lokasi lain yang ditentukan tetapi hendaklah tidak melebihi 10% daripada bilangan staf Pusat Tanggungjawab tersebut atau maksimum empat (4) orang pada satu-satu masa, mana yang lebih tinggi [...]
KSTN dibuka kepada warga USIM
NILAI, 2 September 2021 - Kerajaan telah mengumumkan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Negeri Sembilan daripada Fasa Satu kepada Fasa Dua pada 24 Ogos baru baru ini. Berikutan dengan pemakluman tersebut kemudahan sukan di Kompleks Sukan Tunku Najihah (KSTN) telah dibuka kepada warga USIM. Menurut Encik Ekmal Buhary selaku Pemangku Pengarah Pusat Sukan berkata, pembukaan pengoperasian pusat sukan kepada warga USIM telah mendapat persetujuan dan khidmat nasihat daripada Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti, Pematuhan Syariah dan Keselamatan Pekerjaan USIM. “Pusat Sukan USIM secara prinsipnya membenarkan penggunaan kemudahan di KSTN secara bersyarat dengan SOP yang ketat bagi aktiviti-aktiviti seperti jogging secara individu dengan penjarakkan, aktiviti berbasikal serta aktiviti sukan acara perseorangan”. Menurut beliau lagi, warga USIM dibenarkan membawa ahli keluarga dengan memastikan secara berterusan mengamalkan norma baharu serta semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM. Pendaftaran di aplikasi Mysejahtera bagi tujuan pendaftaran masuk perlu dipatuhi di setiap kawasan alatan sukan yang akan digunakan. Ini bagi memastikan kita dapat mengawal penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga USIM. Dalam keadaan negara masih berada dalam pandemik Covid-19 dan kawalan pergerakan untuk merentas negeri masih tidak dibenarkan, USIM mengambil inisiatif agar warganya dapat mengamalkan kehidupan dengan gaya hidup sihat dan sedikit sebanyak ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja dan belajar, selain mengisi masa lapang yang terluang. Disediakan oleh: Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
USIM kehilangan tokoh ilmuan
NILAI, 1 September 2021 – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil yang juga merupakan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada 1440H/2018M, telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6.32 petang, 31 Ogos 2021 semalam di sebuah hospital swasta di Selangor. Merupakan lulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Persuratan dalam Pemikiran Islam dari Universiti yang sama dan Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang keempat USIM menggantikan Tan Sri Dato’ Profesor Emeritus Dzulkifli Abdul Razak untuk tempoh tiga tahun bermula pada 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021. Beliau juga merupakan Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE). Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Pusat Kajian Maqasid Shariah IDE dan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) yang merupakan sebuah entiti dibawah naungan Kolej Dar al-Hikmah. Dalam kariernya, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di UKM sejak tahun 1974 sehingga 2001. Meskipun tidak lagi bertugas sebagai seorang ahli akademik, beliau terus kekal aktif dalam kegiatan dakwah, disamping menulis dan menyampaikan syarahan ilmiah, khususnya dalam bidang pemikiran dan ilmu-ilmu Islam, sejarah dan kebudayaan Melayu-Islam, peradaban Melayu, pendidikan Islam dan Pengurusan Islam. Allahyarham turut terlibat secara aktif dalam beberapa siri perkongsian ilmu bersama warga akademik dan merupakan antara penyumbang aktif Zakat USIM. Beliau mula melibatkan diri secara [...]
Ogos 2021
Tuanku Aishah Rohani Perkenan Pelantikan semula Tunku Ali Redhauddin dan Tun Zaki sebagai Pro-Canselor USIM
NILAI, 25 Ogos 2021 – Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkenan untuk melantik semula Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi sebagai Pro-Canselor USIM. Tempoh lantikan semula tersebut adalah selama tiga tahun berkuatkuasa 1 Ogos lalu sehingga 31 Julai 2024. Tunku Ali Redhauddin kali pertama dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor USIM dalam Majlis Konvokesyen USIM kali ke-10 pada tahun 2012 manakala Tun Zaki yang merupakan mantan Ketua Hakim Negara dimasyhurkan pelantikannya dalam Majlis Konvokesyen USIM kali ke-16 pada 2018. Sebagai seorang yang dikenali bergiat aktif dalam program-program pembangunan masyarakat seperti penganjuran bengkel-bengkel kepimpinan untuk pelajar dan juga golongan professional muda, ia menjadi antara faktor Tunku Ali Redhauddin amat dekat di hati dan mudah didekati mahasiswa USIM. Seringkali terlibat dalam program anjuran mahasiswa seperti Pesta Konvokesyen, Larian Nocturnal dan program khidmat komuniti, Tunku Ali Redhauddin juga sentiasa menyokong pelbagai program utama universiti. Pada tahun lalu bagi memastikan warisan adat budaya di Negeri Sembilan terus dipelihara, Tunku Ali Redhauddin berkenan menjadi penaung dan menyumbang buah fikiran kepada penghasilan buku Adab Dalam Teromba : Unsur Islam dalam Kesusasteraan Melayu terbitan Pusat Kebudayaan USIM. Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi pula telah memainkan peranan yang signifikan kepada pengurusan universiti dalam berkongsi pengalaman, cadangan dan idea ke arah memantapkan elemen tadbir urus universiti dari semasa ke semasa. Sebagai tokoh yang disegani dalam bidang kehakiman dan [...]
Calon SPM dan STPM teruja ikuti motivasi ‘Jarak Jauh’ bersama Siswa USIM
NILAI, 24 Ogos 2021 – Para pelajar dari empat buah sekolah terpilih yang merupakan calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 menerima suntikan motivasi secara langsung dari mahasiswa tahun akhir jurusan Seni Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Program Archi-Naqli Bersama Masyarakat adalah satu program yang telah dirancang oleh Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) USIM sejak dari awal tahun 2021 untuk diadakan secara bersemuka dengan pelajar sekolah terpilih. Namun demikian, program ini terpaksa dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi ZOOM kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan. Pelajar yang terpilih untuk mengikuti program motivasi khas ini adalah seramai 46 orang dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor; 57 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu; 93 orang dari SMKA Melor, Melor, Kelantan; dan 120 orang dari Sekolah Menengah Imtiaz Dungun, Terengganu. Menurut Ar. Nasrudin Sharkawi selaku pensyarah penasihat bagi program ini, seramai 28 orang siswa tahun akhir jurusan Seni Bina FKAB terlibat menjayakan siri motivasi ini kepada pelajar sekolah berkenaan. ”Siswa USIM kita bahagikan kepada empat kumpulan kecil untuk setiap sekolah untuk mereka menjalankan modul aktiviti motivasi yang telah kita sesuaikan dengan pelaksanaan norma baharu secara dalam talian. Ini satu pendedahan yang baik untuk mahasiswa berinteraksi dengan masyarakat luar kampus yang mana kita fokuskan kali ini untuk calon-calon SPM dan STPM 2021”. ”Ini juga merupakan program serampang dua mata di mana pelajar sekolah [...]
USIM lancar Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 Secara Dalam Talian
NILAI, 23 Ogos 2021 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat USIM 2021 secara dalam talian melalui laman rasmi Facebook USIM dan USIMTV. Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin. Prof Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya menyeru kepada warga USIM khususnya menghargai erti kemerdekaan dengan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. “Marilah kita ketepikan perbezaan politik kepartian dan bangkit bersama membina semangat sehati sejiwa dalam menempuh segala dugaan dan rintangan. Tanpa perasaan curiga, semua anggota masyarakat perlu memantapkan perpaduan dan kerjasama demi kesejahteraan bersama di sebuah negara bernama Malaysia. Ingatlah, bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan dan merdeka juga bukan bererti bebas melakukan sesuatu sesuka hati tanpa batasan peraturan undang-undang dan etika”, ujarnya lagi. Manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) merangkap Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Bulan Kebangsaan USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, meskipun negara sedang dilanda pandemic COVID-19, USIM tetap memastikan pelbagai aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dianjurkan secara dalam talian. Hal ini adalah bagi menyemai sikap cintakan negara selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan 2021: Malaysia Prihatin. “Terdapat 7 program utama yang akan dijalankan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat USIM 2021 mulai 23 Ogos hingga 22 September 2021. Antara adalah Pertandingan Menulis Puisi Patriotik, Ekspresi Merdeka USIM 2021 dan Bicara Eksekutif Sempena Sambulan Bulan Kebangsaan: Erti Sebuah Pengorbanan: COVID-19” katanya. “Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Bulan Kebangsaan turut akan dianjurkan pada 17 September 2021 sebagai memperingati keluarga, sahabat handai serta [...]
Sambutan Maal Hijrah 1443H peringkat USIM
NILAI, 13 Ogos 2021- Sambutan Maal Hijrah 1443H peringkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dianjurkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting, juga dapat dicapai melalui Facebook USIMTV dan juga saluran Youtube USIMTV. Bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”, program anjuran Pusat Islam dan Badan Kebajikan Kakitangan USIM ini membawakan pengisian rohani maal hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Institut Sains Islam USIM. Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Aizuddin Abd Aziz, beliau mengatakan apabila membicarakan topik Tahun Baru Islam atau Maal Hijrah, dua (2) perkara yang tidak dapat kita lepaskan dalam perbincangan ini iaitu, mengingatkan kita berkenaan perpindahan masa, masa yang telah kita tinggalkan dan masa yang bakal kita lalui sekiranya di izinkan oleh Allah. “Perpindahan masa ini bukanlah semata mengingatkan kita pada usia yang makin meningkat, akan tetapi mengingatkan kita tentang amanah, amanah usia yang diberikan kepada kita adakah telah digunakan dengan sebenarnya untuk mentaati Allah, sekiranya ia berlaku kita bersyukur atas nikmat tersebut, namun apa yang membimbangkan adalah adakah amalan-amalan secara zahir itu merupakan amalan soleh yang akan diterima oleh allah. “Dan adakah usia yang telah kita tinggalkan itu adalah usia yang tidak diredhai oleh allah, maka yang tinggal kepada kita adalah dengan memohon keampuan kepada Allah. Inilah anjuran peringatan para ulama’ nyatakan kepada kita agar kita berdoa kepada allah memohon keampuan kepada Allah”. Manakala dalam ucapan aluan Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin, beliau mengajak warga USIM untuk sama-sama menghayati dan mencontohi sifat-sifat terpuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW [...]
USIM bina jaringan kukuh, memperkasa Institusi Alumni
NILAI, 9 Ogos 2021 - Penglibatan alumni bersama alma mater adalah signifikan dalam usaha membina jaringan kukuh, menyokong dan memberi sumbangan untuk sama-sama mengembangkan pembangunan universiti agar mereka boleh dijadikan sebagai role-model kepada para mahasiswa. Penganjuran Sambutan Hari Alumni dilihat sebagai simbol manifestasi usaha memperkasakan institusi Alumni agar relevan dengan perkembangan semasa, juga bagi meraikan Alumni agar terus mendampingi Universiti secara berterusan. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menyambut Hari Alumni pada 9 Ogos secara dalam talian dengan mengaturkan beberapa program yang bermakna buat para alumni seperti Inspirational Talk, Program Graduan Profesional, Program Meet & Greet dan Pertandingan Foto Kenangan Alumni. Beberapa anugerah ikon alumni diperkenalkan iaitu Ikon Alumni Akademik, Ikon Alumni Pentadbiran, Ikon Alumni Keusahawanan, Ikon Alumni Kesukarelawanan, dan Ikon tertinggi iaitu Ikon Perdana Alumni USIM. Ikon Perdana Alumni USIM 2021 telah dianugerahkan kepada Dr Ahmad Kamil Jamilin, Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah yang telah bergraduasi pada tahun 2018. Penyandang anugerah ini telah menunjukkan ketokohan dalam kerjaya dan khidmat komuniti yang boleh dijadikan model kepada Alumni dan pelajar USIM. Dr Ahmad Kamil Jamilin merupakan seorang Pendakwah, Aktivis, Konsultan dan Pelabur. Penglibatan dan sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara dalam bidang pengajian dan kepakaran beliau tidak asing lagi. Beliau merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis Sejak 2018, Pengasas bersama Yayasan ATHAR, Johor Bharu sejak 2020, Panel Syariah serta Duta Kehormat Kasih Holdings Sdn Bhd sejak 2019 Sumbangan beliau sebagai penasihat di beberapa agensi seperti Akademik Fakulti al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) 2019-2020, Penasihat Dana [...]
USIM lancar Muslim Teachers’ Guide, Aplikasi Mudah Alih Berasaskan Konsep Pendidikan Islam Prasekolah
NILAI, 6 Ogos 2021 - Selari dengan misi dan visi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat, satu Aplikasi mudah alih yang berasaskan konsep pendidikan Islam Prasekolah oleh Al-Ghazali dan Nasih Ulwan iaitu Muslim Teachers’ Guide telah dibangunkan bertujuan untuk melahirkan generasi Rabbani. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan secara dalam talian di Facebook USIM TV oleh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin pagi ini. Aplikasi mudah alih ini sangat signifikan ketika ini terutamanya ketika masyarakat mendepani krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik Covid-19 di mana penyampaian modul asas pendidikan Islam dapat membantu para guru dan ibu bapa mendidik anak-anak mereka dari rumah. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, aplikasi ini adalah berdasarkan hasil penyelidikan kualitatif yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidik Muslims in Creative Media Industries (MiCMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertajuk Combining the Al-Ghazali Concept of Tarbiyatul Awlad with Qualitative Data Analysis to Develop an Islamic Content on Mobile Application for Preschool Educators. Pembangunan aplikasi Muslim Teachers’ Guide dibiayai sepenuhnya oleh Regional Collaboration Research & Publication (RCRP) Grant [USIM/UKM/RCRP/FKP/052005/70817]. Jelasnya lagi, panduan yang disediakan dalam Aplikasi Muslim Teachers’ Guide diharap dapat membantu para guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran disamping bermain bersama murid. “Konsep pembelajaran aktif sangat bermanfaat kepada perkembangan minda kanak-kanak, seterusnya membentuk mereka menjadi ♯InsanTerbaik. Ini bersesuaian dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang inklusif dalam era globalisasi dan dalam suasana pandemik, murid dapat menjalani proses pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi”. Aplikasi Muslim Teachers’ [...]
Hikmah Penjarakan Fizikal dalam Mencegah Perbuatan Maksiat
Masyarakat dilihat sudah boleh memahami dan mengadaptasi salah satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mencegah penularan COVID-19 iaitu mematuhi penjarakan fizikal. Jika sebelum ini, pelbagai aktiviti sosial, keraian dan pelbagai lagi boleh dilakukan dengan kehadiran ramai orang serta penjarakan fizikal. Pastinya kita merindui suasana majlis perkahwinan yang meriah dengan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mahupun makan semeja beramai-ramai di restoran dan kedai mamak. Namun selepas kedatangan pandemik Covid-19, norma kehidupan sosial masyarakat telah berubah secara total, hinggakan suami isteri pun tidak boleh duduk rapat walaupun semeja untuk makan di restoran kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Pematuhan kepada penjarakan fizikal secara tidak langsung menghalang setiap individu untuk duduk dengan rapat bersama individu lain meskipun terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Penulis melihat penjarakan fizikal juga dikupas dari perspektif agama iaitu jika dilihat dari sudut pandangan Islam, setiap individu perlu menganggap semua orang di sekelilingnya selain dari keluarganya sebagai bukan mahram, yang haram untuk bersentuh. Pematuhan kepada SOP penjarakan fizikal ini secara tidak langsung mendidik umat Islam untuk menghayati nilai dan adab dalam Islam yang sentiasa menekankan kepada mengamalkan penjarakan sesama bukan mahram dalam apa jua situasi dan keadaan. Agama kita menyeru agar lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk sentiasa menjaga jarak agar tidak berlaku ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan), mengasingkan barisan antara lelaki dan perempuan, menjarakkan diri apabila berinteraksi dengan bukan mahram dan memisahkan ruang apabila berada di dalam suatu lokaliti atau bangunan yang sama. Tindakan ini sekaligus berupaya [...]