Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2021

Simulasi PPV IPT Mega USIM, penting untuk persediaan dan kelancaran program

NILAI, 26 Jun 2021 - Seramai 40 orang yang terdiri daripada anggota Barisan Hadapan sekitar Nilai dan kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) antara kumpulan pertama yang menerima vaksin sempena Program Simulasi Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM yang berlangsung pada 26 Jun 2021 di Dewan Tuanku Canselor. YB Dato Dr Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan melakukan tinjauan operasi Simulasi yang diadakan dua hari sebelum PPV IPT Mega USIM ini akan beroperasi secara rasmi pada 28 Jun Isnin ini. Katanya, program simulasi ini penting bagi memastikan kelancaran program dan persiapan teratur dan terancang. Sejak PPV di Negeri Sembilan diadakan status penggunaan vaksin sudah menghampiri sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu hampir 95%. Dalam pada itu, Persatuan Pegawai Tadbir & Ikthisas (PRAGMATIS) USIM telah menggerakkan usaha mencari dana dan penyumbang kerusi roda bagi kegunaan orang awam terutamanya melancarkan pergerakan OKU dan warga emas sepanjang aktiviti vaksinasi ini berlangsung. "Kempen carian dana ini mendapat sambutan dan telah mencapai sasaran iaitu sebanyak 50 unit kerusi roda disumbangkan oleh pelbagai pihak antaranya dari alumni universiti, Masjid Nilai, komuniti Taman di Nilai selain ahli-ahli persatuan itu sendiri. PRAGMATIS juga turut menyerahkan sumbangan 60 rim kertas A4 untuk kegunaan di PPV IPT ini", ujar Encik Mohd Salehudin Sukor, Pengerusi PRAGMATIS. PPV IPT Mega USIM ini merupakan PPV IPT yang pertama di Negeri Sembilan yang boleh memuatkan sehingga 400 peserta dengan penjarakan sosial dalam satu masa. Sebanyak 1500 suntikan vaksin sehari akan diberikan untuk minggu pertama, sebelum ditingkatkan menjadi kapisiti maksimum  sebanyak [...]

Prof Dr. Mohd Radhi Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Baharu USIM

NILAI, 21 Jun 2021 - Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) baharu USIM bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Jun 2021 hingga 14 Jun 2024 menggantikan Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman yang telah tamat lantikan. Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi mengambil kira kepakaran, kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik, khususnya dalam bidang Akidah dan Falsafah Islam yang bertepatan dengan teras USIM sebagai peneraju pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli. Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari University of al-Azhar (1996) menamatkan ijazah Sarjana juga dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya (2000) sebelum mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Epistemologi Teologi Islam (2009) dari University of Edinburgh (UK). Memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1997, beliau seterusnya mengembangkan sayap dalam bidang Pendidikan apabila memulakan tugasnya di USIM pada tahun 2000 dan merupakan antara kumpulan staf yang terawal berkhidmat di institusi ini. Berdasarkan kepakaran akademik dan jaringan industri yang dimiliki, beliau seterusnya diberi kepercayaan sebagai Pengarah Education Malaysia Egypt (2013-2016) sebelum menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (2017-2018) dengan jawatan terakhir sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah. Sebagai ahli akademik, beliau berperanan aktif dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultansi, penulisan pelbagai jenis buku, jurnal, bab dalam buku, artikel popular serta pelbagai sumbangan penulisan lain yang berimpak disamping turut terlibat dalam akreditasi kualiti program akademik bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kepakaran [...]

USIM sambut Ulang Tahun yang ke-21

NILAI, 18 Jun 2021- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperingati dan meraikan  21 tahun usia penubuhannnya pada hari ini. Tarikh 18 Jun setiap tahun dipilih sebagai tarikh rasmi menyambut ulang tahun penubuhannya mengambil tarikh kemasukan 255  kumpulan pelajar pertama di universiti ini pada 18 Jun 2000. Sejak dari tarikh tersebut, USIM terus mengorak langkah dalam mencapai kemajuan menjadi universiti yang kompetitif setaraf dengan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) lain di Malaysia. Pada tahun ini, tarikh istimewa tersebut jatuh pada hari Jumaat yang merupakan hari yang penuh dengan keberkatan bagi umat Islam. Oleh itu, sebagai memperingati tarikh istimewa ini, USIM mengaturkan beberapa program khas yang selari dalam norma baharu semasa. Majlis sambutan ulang tahun ke 21 dimulakan dengan pengisian utama iaitu Majlis Bacaan Yasin Perdana secara dalam talian yang disertai oleh Pengrusan Universiti, kakitangan, mahasiswa dan alumni menerusi aplikasi Zoom dan siaran di Facebook USIMTV. Seusai bacaan yasin perdana ini, pengisian sambutan diteruskan dengan program iringan lain sepanjang sehari iaitu pelancaran laman web USIM Virtual Campus Tour (VCT), bacaan doa khas USIM 21 Tahun, program Dialog Kepimpinan Alumni anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya; Khutbah Khas Solat Jumaat USIM 21 Tahun oleh Pusat Islam; dan Wacana Ilmiah Naratif Masa Depan: Memilih atau Dipilih anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar USIM. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapan  khasnya sempena 21 tahun USIM mengajak warga kampus mengimbau sejarah penubuhan USIM yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Hasrat penubuhan KUIM ketika itu adalah selaras dengan manifestasi [...]

Karakter Kepimpinan Elemen Penting Bagi Setiap Orang – Dialog Kepimpinan Alumni USIM

NILAI, 18 Jun 2021- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan ke 21 ulang tahun dengan penganjuran program dijalankan secara dalam talian dikala negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik menganjurkan program Dialog Kepimpinan bersama Alumni yang bersiaran secara dalam talian Zoom dan juga Facebook USIM TV. Menariknya program ini, para panel yang dibawakan adalah alumni Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu Dr Nisar Mohammad Ahmad dan Encik Mohd Hariri Mohamad Daud serta saudara Muhammad Hannan Mohd Haniff yang kini merupakan YDP MPP sesi 2020/2021. Moderator adalah Ustazah Ainul Farida Abdullah yang merupakan alumni Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Program yang berlangsung selama 1 jam 40 minit ini membincangkan serta berkongsi pengalaman para panel dari segi konsep kepimpinan sepanjang tempoh mereka menerajui pucuk kepimpinan MPP ketika itu. Bagi Dr Nisar Mohammad Ahmad, kini merupakan Pensyarah Fakulti Syariah dan undang-undang  USIM juga sebagai penyelaras Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata, dalam kita memastikan apa jua ‘produk’ yang kita lahirkan dari univerisiti ini berjaya mencapai spesifikasi dan objektif yang telah digariskan, proses yang paling penting adalah di penghujung ‘produk’ itu. Kita menilai dengan menjalankan ‘quality control’ iaitu memastikan mereka memenuhi kriteria, karakter yang dikehendaki sebelum mereka bersama masyarakat. Salah satu karakter itu adalah sifat kepimpinan. Nilai kepimpinan ini adalah perlu ada bagi setiap orang, setidaknya dalam membimbing institusi keluarga dalam mendidik isteri dan anak-anak. “Elemen kepimpinan dari perspektif warga USIM, penglibatan [...]

“Emuldurio” – Dari Bahan Buangan Kepada Sumber Keuntungan

NILAI - Emulsi merupakan merupakan mediator yang mampu mengikat lemak dan air yang mempunyai komponen lipofilik dan hidrofilik supaya kekal stabil dan tidak terpisah. Baru-baru ini Dr Siti Radhiah Omar Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama pasukan penyelidik USIM telah menghasilkan produk yang diberi nama ‘EMULdurio’. EMULdurio adalah gam dan Pemekat makanan lestari yang dihasilkan dengan mengekstrak kandungan gam dari biji durian. Dengan keunikan rasa serta pelbagai pilihan dan baka durian baharu yang diperkenalkan bagi memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara, sudah tentunya ‘raja segala buah’ ini menjadi pilihan utama penggemar buah tempatan tersebut. Walau bagaimanapun, daripada keseluruhan buah durian tersebut, hanya 1/3 daripada buah tersebut yang boleh dimakan (20-25% biji dan 60% kulit durian), manakala selebihnya akan dibuang, dan menjadi sisa pertanian. Gam yang diekstrak daripada biji durian boleh digunakan sebagai agen pengemulsi dalam produk makanan bagi memberikan hasil tekstur dan kualiti yang lebih baik. Agen pengemulsi ini kebiasannya digunakan dalam pembuatan mentega, marjerin, dressing salad, mayonis dan aiskrim. Ini menjadikan pengemulsi tersebut sebagai pilihan yang sihat untuk digunakan sebagai material makanan kerana datangnya dari sumber alami yang bersih dan menepati konsep halalan thoyyiban. Menurut Dr Radhiah selaku Ketua Projek, idea tercetusnya produk ini adalah kerana biji durian sering dilihat sebagai bahan buangan yang mana sekiranya dimanfaatkan, berpotensi menjadi salah satu sumber biopolimer semula jadi. Dengan memanfaatkan potensi biji durian ini juga, secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jumlah sisa buangan makanan, tahap pelepasan karbon disamping menampung kerugian serta meringankan beban peniaga yang [...]

Bimbing OKU dalam konteks Islam, USIM anjur Kempen Sejuta Istighfar

NILAI, 13 Jun 2021 - Pandemik Covid-19 telah mengubah norma Pendidikan Khas negara khususnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi menyokong usaha kerajaan membendung pandemik melalui pendekatan integrasi Naqli dan Aqli, Sekretariat Sahabat FAQEH Universiti Sains Islam Malaysia (SaF USIM) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kempen Sejuta Istighfar@OKU BERISTIGHFAR. Selain usaha menitikberatkan penjagaan SOP, misi membawa kesedaran masyarakat khususnya penglibatan OKU dalam usaha menjaga hubungan insan dengan Tuhan turut ditekankan. Ini kerana kefahaman bahawa covid-19 itu juga adalah makhluk Allah perlu diimani secara teori dan praktikal. Ia datang dan akan pergi atas perintah Allah. Kempen ini merupakan antara usaha menyokong pendekatan Twin-Track oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), iaitu ke arah mengupaya masyarakat dan memperkasa komuniti OKU. Kempen ini turut mendapat sokongan lebih 30 agensi yang terdiri daripada Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) OKU, agensi swasta dan Sekolah-sekolah Pendidikan Khas. Menurut Dr Siti Fatimah Mohd Tawil selaku penyelaras SaF USIM, peranan SaF USIM sebagai sekretariat mahasiswa cakna OKU (MCO) adalah untuk menjadi nadi penggerak atau wasilah kepada kempen dan aktiviti Dakwah OKU. Oleh kerana program-program yang dirancang secara fizikal dan tertangguh disebabkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka kempen ini diteruskan secara dalam talian. “Ia bertujuan sebagai ikhtiar insani agar diangkat wabak Covid-19 dari bumi Malaysia khususnya dan dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hidup sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Di samping itu, kempen ini turut [...]

Program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS) USIM mendapat pengiktirafan penuh LKPU

NILAI, 6 Jun 2021 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan penuh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) bagi program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SmUS). Pengiktirafan penuh ini membolehkan graduan SMUS dikecualikan daripada menduduki dan lulus Certificate of Legal Practice (CLP) bagi maksud menjadi ‘orang berkelayakan’ di bawah Akta 166 bagi kemasukan ke dalam profesion undang-undang dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara. USIM bekerjasama rapat dengan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LKPU) untuk mendapatkan pengiktirafan penuh bagi program Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (SMUS) di tawarkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM. Proses permohonan pengiktirafan penuh secara rasmi kepada LKPU telah dibuat pada 2010 dan bermula dari tempoh tersebut, USIM dan FSU telah terlibat dalam beberapa lawatan penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian dari LKPU. Sepanjang proses permohonan ini berlaku, USIM komited dan memberi komitmen penuh terhadap segala syor-syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penilaian untuk dilaksanakan diperingkat fakulti dan universiti. LKPU dalam mesyuarat yang diadakan pada 19 Mei 2021 telah membincangkan dengan teliti syor Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) berhubung penilaian semula Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah USIM bagi memastikan pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga bagi tujuan pengiktirafan penuh program ijazah tersebut. Keputusan Lembaga adalah seperti berikut: (i) Graduan Undang-Undang USIM yang bergraduasi pada tahun 2018 dan ke atas adalah diiktiraf sebagai 'orang yang berkelayakan' berdasarkan Seksyen 3 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada menduduki peperiksaan Certificate of Legal [...]

“Palestine in our Hearts” – Solidarity in Tough Times

NILAI, 3rd June 2021 - It is known worldwide that uncivilized attack of Zionist Israel towards Palestine happened in the end of Ramadan. Ironically, barely into 12 hours of agreed ceasefire, the Zionist shows their true colour again by attacking Palestinian people heartlessly in the Aqsa and West Bank. Just imagine the sorrow and difficulties of this Palestinian families to survived in the middle of all the chaos apart from the COVID-19 pandemic crisis that happened throughout the world while other muslim in the other parts of the world peacefully celebrate Ramadhan and Eidul Fitri. In order to show utmost support to Palestinian brothers, sisters and families in Gaza and West Bank in their difficult times facing an aggression from Zionist Israel, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) proudly organized USIM Palestine Solidarity Webinar “Palestine in our Hearts” virtually officiated by the Vice Chancellor, Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin and was attended by 236 participants from Malaysia and abroad. According to Prof Dr Mohamad Yahya Mohamed Ariffin, Assistant Vice Chancellor (Strategic Planning and Internationalization), this program is intended to provide a clearer awareness and understanding to USIM and the community on the issues and situations that occurred in Palestine overall. Moderated by Dr. Mohd Zin Kandar, Director of Centre for Sustainability and Serenity (C4SS) USIM, this webinar brought special panels live from Gaza and the West Bank. The first session of this webinar started with the history of the Israeli-Palestinian conflict presented by Dr.  Wesam Almahallawi, Senior Lecturer of Faculty [...]

Solidariti USIM untuk Palestin

NILAI, 30 Mei 2021 -Sokongan dan perhatian masyarakat dunia pada bumi Palestin tidak pernah surut kerana kekejaman rejim Zionis pada penduduk di sana tidak pernah berhenti. Peperangan dan penganiayaan yang berlaku terhadap rakyat Islam Palestin sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng.  Menyedari hakikat itu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak terkecuali bersolidariti bersama masyarakat global memberi sokongan kepada Palesti dan mengecam Israel melalui platform keseniaan dengan penganjuran program Munajat Untuk Palestin. Munajat Untuk Palestin yang berlangsung secara dalam talian menghimpunkan sejumlah 30 orang tetamu khas yang dijemput untuk meluahkan rasa dan ekspresi mereka melalui bait-bait puisi, nyanyian kerohanian dan tazkirah. Mereka terdiri daripada Pengurusan Universiti, Karyawan Seni USIM, Ikon Seni, staf, alumni dan pelajar antarabangsa. Penganjuran program Munajat Untuk Palestin oleh Pusat Kebudayaan USIM merupakan usaha untuk meningkatkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam untuk membantu dan menggambarkan suara kemanusiaan sejagat. Menurut Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed, suara-suara semangat menentang keganasan Zionis Israel harus ditonjolkan dalam pelbagai bentuk. “Penentangan kepada musuh yang ingin menghapuskan umat Islam harus ditentang sekeras-kerasnya. Melalui medium seni, kita tampil kehadapan dan muncul untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin. Ini kerana laungan solidariti dari suara-suara seni juga mampu meningkatkan semangat kebersamaan kita dengan saudara seIslam kita di Palestin”. “Kita berbesar hati kerana beberapa personaliti seni tanah air turut bersama dalam program ini antaranya Ahmad Fedtri Yahya, Dato’ Nash, Siso Kopratasa, Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman dan Muhammad Razin Che Mud. Perkongsian dari pelajar antarabangsa USIM yang berasal dari Palestin, Shehab Heba Am [...]

Pesawat Tentera Udara China: Latihan Atau ‘Pencerobohan’?

Pengenalan 1 Jun 2021 bukan sahaja tarikh yang diingati kerana tarikh bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalam Pergerakan Penuh (PKP), tetapi juga hangat dengan isu ‘pencerobohan’ ruang udara negara oleh pesawat tentera udara China. Ini menimbulkan beberapa persoalan yang hangat terutama dikalangan masyarakat di Malaysia samada ini adalah suatu bentuk pelanggaran ke atas keutuhan wilayah Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat. ‘Pencerobohan’? Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), 16 penerbangan pesawat China yang mencurigakan telah dilaporkan memasuki ruang udara zon maritim Malaysia. Pesawat-pesawat ini terbang menghampiri 60 batu nautika daripada pantai Wilayah Sarawak serta mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. Menerusi kenyataan media yang sama, pihak TUDM mengatakan bahawa kejadian ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Sepertimana yang diketahui umum, China telah membuat tuntutan keatas kawasan yang luas di Laut China Selatan menerusi tuntutan sembilan garis putus (nine-dash line) yang mengunjur dari utara ke selatan sehingga ke perairan Sarawak. Melalui tuntutan maritim ini juga, ia turut juga merangkumi ruang udara di atasnya. Kawasan luas yang dituntut oleh China ini bertindih dengan wilayah maritim negara-negara sekitar yang juga dituntut oleh Malaysia yang mana Malaysia juga memiliki kedaulatan dan hak berdaulat ke atasnya. Sekiranya Malaysia berdiam diri, ini boleh memberi erti bahawa Malaysia membuat pengakuan terhadap keabsahan tuntutan sembilan garis putus yang dibuat oleh negara China di Laut China Selatan. Memandangkan pihak TUDM sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa [...]

Go to Top