April 2021
Penerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan Ijazah Kehormat Sarjana
NILAI, 7 April 2021 – Bersempena Majlis Pengiystiharan Konvokesyen Ke-18 pada 6 April 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan kepada Dato’ Dr. Ahmad Faizal Bin Mohd Perdaus dan Ijazah Kehormat Ijazah Kehormat Sarjana Sains Aktuari kepada Hassan Scott Odierno. Dato’ Dr. Ahmad Faizal Bin Mohd Perdaus merupakan seorang doktor perubatan yang berjiwa kental dan bersemangat waja. Keperihatinan beliau terhadap masalah-masalah global di dunia menyebabkan beliau sangat aktif dan dikenali dalam aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan. Penglibatan beliau dalam aktiviti bantuan kemanusiaan diterjemahkan dengan baik apabila beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden, Malaysian Medical Relief Society (MERCY) dari tahun 2009 sehingga kini. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1989. Karier Dato’ Dr. Ahmad Faizal bermula sebagai pelatih doktor pakar di UKM dari tahun 1996 hingga 2000. Setelah menerima ijazah kepakaran dalam Perubatan Dalaman (M.Med) UKM, beliau menamatkan subkepakaran dalam bidang respiratori di universiti yang sama pada tahun 2003. Sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Perubatan di UKM, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan pada tahun 2004. Pada tahun 2006 hingga 2007, beliau juga telah dilantik sebagai Fellow of Sleep and Circadian Research Group, Woolcock Institute of Medical Research, Sydney Australia. Kredibiliti beliau semakin terserlah apabila beliau telah dilantik sebagai Pakar Perubatan Respiratori untuk DYMM yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2005 hingga 2006. Selain itu, beliau juga merupakan Pakar Perunding [...]
Majlis Pengisytiharan membuka tirai Majlis Konvokesyen Ke-18 USIM
NILAI, 6 April 2021 – Seramai 2,686 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang tertangguh majlis konvokesyen mereka pada tahun lalu kerana penularan pandemik COVID-19 akhirnya diraikan Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 bermula 6 hingga 18 April 2021. Dilaksanakan dalam 23 sesi sepanjang tempoh tersebut bertempat di Dewan Tuanku Canselor, majlis konvokesyen kali ini unik kerana dilaksanakan secara hibrid selari dengan norma baharu bersama pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19. Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-18 dimulakan dengan Majlis Pengisytiharan Konvokesyen pada 6 April 2021 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Pada majlis ini, DYMM Tuanku Canselor berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat dan anugerah kepada para graduan cemerlang. Para graduan pula akan menerima ijazah masing-masing secara berperingkat dalam Majlis Konvokesyen yang diaturkan secara temu janji mulai 7 hingga 18 April dengan jumlah kehadiran yang minima bagi setiap sesi yang ditetapkan dengan rakaman gambar graduan menerima skrol diambil menggunakan teknik skrin hijau. Dua tokoh dalam lapangan masing-masing yang menerima Ijazah Kehormat ialah Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Perubatan dan Hassan Scott Odierno pula dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Aktuari. Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Predaus merupakan seorang doktor perubatan yang berjiwa kental dan amat prihatin terhadap masalah-masalah global d dunia dan aktiviti kemanusiaan. Beliau merupakan Pengerusi Professional in Humanitarian Action adn Protection (PHAP) juga Presiden Malaysian Medical Relief Society (MERCY). Hassan Scott Odierno [...]
USIM Laksana Majlis Konvokesyen ke-18 Secara Hybrid
NILAI, 2 April 2021 - Menyedari hakikat penularan pandemik Covid19 masih belum reda sepenuhnya, pihak pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersepakat dan bersetuju agar majlis bersejarah bagi bakal graduan dan universiti iaitu Majlis Konvokesyen ke -18 USIM akan diadakan secara hybrid mulai 6 April sehingga 18 April 2021 dengan melibatkan dua majlis. Kaedah ini didapati lebih sesuai bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Majlis Perisytiharan Pembukaan Konvokesyen akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Canselor USIM. Tuanku Canselor akan menyampaikan anugerah kepada penerima anugerah utama sahaja dan majlis dijangka akan berlangsung selama dua jam sahaja di Dewan Tuanku Canselor pada 6 April 2021. Manakala Konvokesyen secara Janji Temu merupakan kaedah pengurniaan ijazah yang dilaksanakan bagi menggantikan istiadat Konvokesyen USIM bagi tahun 2020 akibat pandemik Covid-19 melanda dunia tahun lepas. Melalui kaedah ini, majlis akan dijalankan mengikut SOP yang ketat oleh semua petugas dan juga bakal graduan. Pada majlis ini foto graduan akan diambil dan disatukan dengan foto pengurnia ijazah yang telah ditetapkan. Kaedah ini akan melibatkan semua bakal graduan dan akan berlangsung sebanyak 23 sesi iaitu selama 12 hari bermula 7 April hingga 18 April 2021. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan
Mac 2021
USIM Lancar Buku Teromba : Memelihara dan Mendukung Khazanah Sastera Negeri Sembilan
NILAI, 29 Mac 2021 – Negeri Sembilan atau dikenali sebagai tanah beradat sememangnya kaya dengan adat. Selain terkenal dengan pengamalan adat perpatih oleh masyarakat Minangkabau, seni persembahan Cak Lempong dan Bongai juga menjadi jolokan popular di negeri ini, namun terdapat juga sastera tradisi yang semakin terpinggir dari kalangan masyarakat iaitu teromba. Teromba adalah genre sastera terawal yang wujud dan di dalamnya ada pantun, mantera, syair, seloka, gurindam, peribahasa, terasul, pepatah-petitih, bidalan, ungkapan, teka-teki dan sebagainya. Teromba lazimnya menceritakan segala perihal kehidupan masyarakat bermula dari sekecil-kecil perihal rakyat seperti kerja-kerja keraian, perkahwinan dan sebagainya sehingga sebesar-besar pentadbiran seperti institusi Diraja. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik hasrat untuk mendokumentasi teromba dalam bentuk buku sebagai usaha pemeliharaan dan kelestarian seni tradisi teromba untuk mewariskan apa yang terbaik dan berharga dalam budaya kita kepada generasi masa depan. Mereliasasikan hasrat itu, pelancaran buku “Adab dalam Teromba: Unsur Islam Dalam Kesusasteraan Melayu” disempurnakan pelancarannya oleh Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro-Canselor USIM yang juga penaung penerbitan buku tersebut. Buku setebal 680 muka surat ini menerangkan tentang konsep, falsafah dan himpunan 13 tema teromba yang mempunyai kaitan rapat dengan ajaran Islam. Dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Penerbit USIM, buku ini memaparkan tentang teromba sebagai perbilangan adat iaitu ikatan puisi bebas memuatkan perihal undang-undang dan adat istiadat di kalangan masyarakat yang mengamalkan adat perpatih di Negeri Sembilan. Persoalan dan tema teromba dirungkaikan dalam bentuk penyampaian yang mudah difahami masyarakat seperti keikhlasan dalam dalam pelbagai perkara. Keikhlasan sangat penting [...]
Peranan belia di dalam tadbir urus negara
“Beri aku 10 pemuda, pasti aku akan menggoncang dunia” Soekarno, Presiden pertama Indonesia. “The youth of today are leaders of tomorrow” Nelson Mandela, Presiden pertama Afrika Selatan. Dua kenyataan di atas adalah pengiktirafan kepada kemampuan belia di dalam mencorak perubahan bagi sesebuah negara. Ia bukan pernyataan kosong yang tidak membawa apa-apa kesan. Tetapi frasa tersebut berupaya membangkitkan kesedaran belia untuk memimpin perubahan atau melakukan islah demi masa depan yang gemilang dan berwawasan. Oleh sebab itu, frasa ini sering dilaungkan oleh politikus yang belum berkuasa untuk mendapatkan sokongan. Dalam masa yang sama, pernyataan ini juga dianggap ancaman kepada pemerintah semasa kerana mereka tidak bersedia diganti oleh orang lain. Dalam titah ucapan Istiadat Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-14, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan pemimpin negara mahupun negeri yang diberi kuasa untuk kekal konsisten dan komited dalam menjalankan amanah, dengan menegakkan amar ma’ruf dan tegas menentang segala kemungkaran (Hasnan, 2020). Selain kemungkaran yang berasaskan kepercayaan agama yang perlu dikawal rapi, kemungkaran yang boleh merosakkan sektor sosial dan ekonomi seperti salah guna kuasa, rasuah, ketidakadilan dan memecah-belahkan masyarakat adalah perkara yang mesti dielakkan. Tindakan membendung kerosakan tersebut dari berlaku boleh dijadikan panduan kepada generasi baru untuk turut serta melakukan perubahan dan trasnformasi tadbir urus negara secara menyeluruh dan berkesan. Keperihatian Sultan Nazrin amat tepat pada masanya. Ini adalah kerana dunia hari ini menghadapi pelbagai krisis yang belum pernah berlaku di dalam mana-mana zaman dan ketamadunan moden. Sebagai contoh, Edelmen Trust Barometer melaporkan indeks [...]
Pendedahan Teknologi Media Baharu Terhadap Kanak-Kanak: Peranan Ibu Bapa
Jika sebelum ini didikan, asuhan serta nilai moral dalam kalangan kanak-kanak kebanyakannya adalah diterapkan oleh ibu bapa, guru-guru di sekolah serta masyarakat setempat. Namun, kehidupan hari ini adalah berbeza. Masyarakat yang turut merangkumi orang dewasa, remaja termasuklah kanak-kanak kini telah dipengaruhi oleh teknologi moden, internet dan perkembangan media sosial dan seterusnya membentuk satu revolusi yang mengubah kehidupan. Pada zaman serba moden ini juga, segala bentuk maklumat, pendidikan, hiburan boleh didapati di hujung jari sahaja. Perkara ini menjadikan teknologi menjadi sangat penting dan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi juga sangat tinggi. Kanak-kanak juga tidak terkecuali di mana banyak masa diluangkan dengan hanya melayari media sosial, bermain game dan sebagainya. Berbeza dengan 20 tahun dahulu, kebanyakan kanak-kanak menghabiskan masa dengan riang nya bersama rakan-rakan. Berbasikal, mandi sungai, beriadah dengan bermain guli, bermain teng-teng, bermain baling selipar dan tidak ketinggalan permainan kegemaran ramai, pukul berapa datuk harimau. Adalah fitrah semula jadi kanak-kanak diciptakan dengan keinginan suka bermain, meneroka, mencuba, memerhati dan secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut telah merangsang perkembangan sosial dan emosi mereka. Namun pada hari ini, kanak-kanak membesar bertemankan teknologi moden. Kebanyakan masa kanak-kanak dihabiskan dengan menghadap telefon pintar, laptop dan seumpamanya. Bagaimana perkara ini terjadi? Pertama adalah faktor kepesatan teknologi. Kemajuan teknologi dalam inovasi terkini telah menghasilkan pelbagai peralatan media seperti televisyen, internet, komputer, telefon pintar yang serba canggih dan secara tidak langsung menjadikan nya keperluan yang penting dalam kehidupan masyarakat. Sehinggakan kanak-kanak kecil juga lebih berminat kepada gajet berbanding dengan aktiviti fizikal. Kedua adalah faktor kekurangan [...]
USIM anjur Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2021
NILAI, 29 Mac 2021 - Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2021 buat julung kalinya dilaksanakan secara dalam talian, berikutan pandemic Coivd-19 yang masih belum reda. Kali ini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diurusetiakan oleh Pusat Tamhidi menjadi penganjur utama, dengan kerjasama Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam Malaysia menyaksikan sebanyak 212 orang peserta mewakili 53 pasukan keseluruhannya, dan 27 sidang telah berjalan serentak pada setiap pusingan perdebatan yang berlangsung. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin. Berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 28 Mac 2021, program ini dilihat sangat signifikan bagi memartabatkan perdebatan sebagai wadah berdiskusi secara professional seterusnya memupuk sifat-sifat kepimpinan, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan. Sekaligus ia melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mampu berfikiran analitis dan kritis dalam mengupas sesuatu isu. Prof Dato Dr Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapannya berkata, menguasai kemahiran pengucapan awam adalah amat penting untuk memastikan ucapan, pembentangan atau penyampaian sesuatu kerja dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Penglibatan pelajar di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dalam berkomunikasi bagi meningkatkan keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian mereka. Tambah beliau lagi, pertandingan Debat Inter Asasi ini dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan jaringan intervarsiti dalam kalangan pelajar asasi universiti awam yang terlibat, di samping mengasah kemahiran pengucapan awam dan seni orator, sekaligus memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa Inggeris. Johan Kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh Kolej Matrikulasi Johor (A), juga Pendebat Terbaik Akhir kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh [...]
Da‘wah Adalah Manifestasi Tanggungjawab, Ilmu, dan Akhlak
Secara terjemahan literal, da‘wah ini dapat difahami dengan banyak perkataan lain antaranya seperti menyeru, mengajak, memanggil, menjemput, meminta pertolongan, beribadat dan lain-lain lagi. Perkataan da‘wah ini juga telah dipinjam dari bahasa Arab dan dijadikan sebagai bahasa Melayu dengan ejaan ‘dakwah’. Kamus Dewan (2010) telah mendefinisikan perkataan dakwah sebagai ‘kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan’ dan secara bahasa percakapan (bp) perkataan ini dirujuk dengan maksud penyebaran ajaran agama Islam. Manakala jika merujuk dari Al-Quran, perkataan da‘wah mempunyai tafsiran khusus yang bermaksud membawa manusia kepada Allah (rujuk surah al-Māidah: 67, al-Naḥl: 125, al-Qaṣaṣ: 87 dan ‘Āli-Imrān: 104 & 110). Justeru, para ulama memperbahaskan ayat-ayat tersebut dengan mengambil penjelasan hadis sehingga da‘wah itu dihukumkan dalam dua bentuk iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Ringkasnya, sebagaimana Ab Aziz Mohd. Zin (1997) menyimpulkan bahawa da‘wah adalah fardu ain yang mengikut kemampuan masing-masing. Ianya terdiri dari dua elemen utama iaitu usaha dan pengajaran. Usaha tersebut adalah seruan yang terancang iaitu mempunyai metodologi (manhāj) yang bersesuaian dari aspek gaya pendekatan (uslūb) dan medium penyampaian (wasīlah) dalam mendepani pelbagai kumpulan manusia (mad‘u). Manakala pengajaran pula adalah syariat Islam itu sendiri yang bukan hanya menumpukan aspek ilmu wahyu atau masyhur dengan istilah ‘ilmu agama’ bahkan seluruh ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia ini. Maka jelas bahawa da‘wah merupakan satu tuntutan ke atas setiap individu muslim yang memiliki syarat yang cukup sebagai mukallaf. Ini kerana Allah telah memberi satu pangkat besar kepada manusia iaitu sebagai khalifah. Maka tugas utama [...]
Pertemuan USIM dan UIAM dengan Duta US bakal jayakan Projek Kelestarian Alam
KUALA LUMPUR, 20 Mac 2021- Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Ridza Wahiddin mengetuai delegasi USIM dalam satu pertemuan bersama Duta Amerika Syarikat Kuala Lumpur, Ambassador Brian McFeeters bertempat di Restoran Serai, KL East Mall. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh delegasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak bagi membincangkan program kerjasama bertemakan kelestarian alam. Program alam sekitar ini dinamakan Pledge Campaign: Youth Action Sustainability Society yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur, USIM, UIAM dan Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights. Penglibatan EcoKnights dalam projek ini mampu memberikan aspirasi kepada para belia untuk menimba pengalaman daripada badan bukan kerajaan yang mendekati generasi muda supaya lebih bersemangat dalam memulihara alam sekitar. Program ini memberi fokus kepada pembinaan kapasiti belia dalam libatsama masyarakat, pengayaan ilmu berkaitan alam sekitar dan kerjasama pintar dengan badan-badan luar dalam usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan kelestarian. Program ini bakal dirasmikan pada 23 April 2021 bersempena hari alam sekitar sedunia (Earth Day 2021) dan mengambil ibrah bulan Ramadan untuk menganjurkan amalan baik dan penghayatan bersama tentang manusia sebagai khalifah yang diamanahkan sentiasa melakukan kebaikan di muka bumi. Pelbagai aktiviti telah direncanakan bagi menjayakan projek ini, termasuklah penganugerahan pembiayaan kepada projek alam sekitar terbaik yang dicadangkan oleh para peserta. Program ini akan melibatkan pelajar USIM dan UIAM khususnya, dan terbuka kepada pelajar-pelajar lain yang berminat untuk membuat pernyataan komitmen (pledge) mengenai sumbangan mereka terhadap kelestarian alam sekitar. Pernyataan komitmen ini akan dimuat [...]
UTHSB laksana Program pemerkasaan usahawan ibu tunggal B40 secara atas talian
NILAI, 5 Mac 2021 -Majlis Penutup Program Pemerkasaan Usahawan Ibu Tunggal Mikro B40 Melalui Kursus Atas Talian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd, Encik Mohammad Noorizzuddin bin Nooh. Program ini mendapat kerjasama dengan Yayasan Hasanah Malaysia. Peserta program ini terdiri daripada 30 orang usahawan ibu tunggal B40 yang tinggal di Negeri Sembilan dan Selangor. Kursus keusahawanan secara atas talian selama enam bulan itu yang bermula dari September 2020 hingga Februari 2021 membantu memberi pendedahan tentang ilmu dan cabang keusahawanan kerana berniaga adalah punca utama kelangsungan hidup mereka. Kaedah pelaksanaan kursus ini sangat bertepatan dengan norma baru perniagaan sekarang iaitu pendedahan komunikasi dan perniagaan secara atas talian. Program ini dikendalikan secara atas talian dengan melibatkan usaha para pensyarah USIM yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dengan memberi komitmen yang tinggi dalam membantu golongan sasaran. Ketua projeknya, Encik Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, peserta program ini terdiri daripada usahawan ibu tunggal Negeri Sembilan dan Selangor yang diberi latihan keusahawanan oleh pakar dalam bidang berkenaan. “Program ini merangkumi 15 modul untuk peserta kursus mempelajari pelbagai ilmu keusahawanan. Ada peserta tidak pernah melibatkan diri dengan kursus keusahawanan seperti ini kerana kebanyakan kursus keusahawanan perlu dibayar tetapi kursus ini diberikan secara percuma kepada peserta yang terlibat,” katanya pada majlis penutup program di Nilai. Hasil daripada program ini, seramai 85.18 peratus peserta telah berjaya meningkatkan jualan mereka sepanjang tempoh enam bulan. UTHSB berharap agar kursus sebegini dapat dijalankan disetiap negeri atau daerah agar kesedaran tentang konsep keusahawanan yang betul dan E-Usahawan dapat [...]