November 2020
Sesuaikan kerja secara fleksi, bantu tingkat prestasi BDR
Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dengan peningkatan kes yang dilaporkan meningkat secara mendadak menyebabkan arahan untuk pekerja kembali menyesuaikan diri untuk bekerja dari rumah (BDR) atau Work from Home dilaksanakan. Arahan ini berkuatkuasa dengan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan pada 20 Oktober 2020 yang memutuskan pekerja di sektor awam dan swasta untuk kembali BDR terutama di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan terkini, perlanjutan PKPB di Daerah Seremban berkuatkuasa mulai 5 November hingga 11 November 2020. Dalam konteks Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), arahan untuk kembali BDR ini diterima baik sebagai langkah pencegahan awal dan sokongan kepada kerajaan untuk bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19. Pelbagai hebahan dan informasi disampaikan kepada semua warganya untuk memastikan setiap warga USIM tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Persekitaran baharu dengan bekerja dari rumah menuntut komitmen tinggi dari semua pihak dalam sesebuah organisasi. Bekerja dari rumah tampak mudah kerana hanya perlu menyiapkan tugasan kerja yang tertangguh tanpa terikat dengan masa sebenar waktu kerja di pejabat, namun ia mempunyai cabaran tersendiri kepada seseorang individu. Cabaran yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza baik yang bujang atau yang telah berkahwin. Bagi individu yang telah berkeluarga dan mempunyai anak kecil tentu lebih besar cabarannya. Masa semasa BDR harus digunakan dengan bijak supaya tiada keciciran berlaku sama ada dalam mengurus keluarga ataupun menyiapkan tugasan pejabat. Ini kerana hal ehwal keluarga juga perlu diberi perhatian seperti menjaga anak-anak, membuat kerja rumah [...]
Pusat hemodialisis: Contohi YDPA yang prihatin kesihatan rakyat
BARU-baru ini Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Setiawangsa, Kuala Lumpur bagi kemudahan rawatan pesakit buah pinggang. Pusat itu merupakan yang kedua yang mana pada tahun lepas baginda merasmikan pusat hemodialisis YASA di Cheras, Kuala Lumpur. Kesudian Seri Paduka mencemar duli merasmikan pusat berkenaan menggambarkan keprihatinan Seri Paduka dalam membantu pesakit buah pinggang khususnya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis wajar dicontohi pihak lain. Perkembangan mutakhir mengenai pesakit buah pinggang wajar diberi perhatian pelbagai pihak. Hal ini kerana maklumat dalam laman web World Kidney Day menjelaskan bahawa pada masa ini pesakit buah pinggang atau ginjal berjumlah sekitar 850 juta orang di seluruh dunia. Lebih khusus, satu daripada 10 orang dewasa mengalami kegagalan buah pinggang kronik. Pada tahun 2040, dijangkakan penyakit ini menjadi penyebab kelima kepada kehilangan nyawa di peringkat global. Di negara ini, maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bilangan pesakit buah pinggang dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang 2040. Data National Renal Registry (NRR) Malaysia pula menunjukkan pada penghujung 2016 terdapat 39,711 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara. Mereka memerlukan rawatan dialisis secara berkala, tiga kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa tiga hingga empat jam. Pada tahun 2017, NRR melaporkan sebanyak 7,996 pesakit baharu dialisis dimana 6,862 adalah pesakit hemodialisis dan 1,134 adalah pesakit peritoneal dialisis. National Health Morbidity Survey 2018 menunjukkan prevalens penyakit buah pinggang kronik di Malaysia ialah sebanyak [...]
USIM raikan Bulan Kaunseling Kebangsaan, atur pelbagai program secara maya
NILAI, 2 November 2020 - Bersempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2020, Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan 12 aktiviti dan program dengan mengetengahkan pelbagai diskusi dengan tajuk yang menarik untuk memberi bimbingan dan celik akal kepada warga USIM dalam menguruskan pelbagai isu peribadi, kerjaya dan keluarga dalam kehidupan sehari-harian. Antara program yang diaturkan bermula 12 Oktober sehingga 2 November adalah Slot Coffee Talk With Counselor sebanyak 3 siri, Diskusi Kekeluargaan, Program Cegah Stres, Booster Emosi, Diskusi Khas dan pertandingan Reka Cipta Poster. Dengan bertemakan Emosi Ceria, Mental Sejahtera, Hidup Gembira, Bulan Kaunseling Kebangsaan 2020 Peringkat USIM ini telah dianjurkan buat kali ke-2 yang diterajui oleh Seksyen Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendaftar. Pada kali ini, ia diadakan secara kerjasama dengan semua pasukan kaunselor USIM termasuk kaunselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan kaunselor/pensyarah di bawah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP). Di samping itu, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Canselori juga dilibatkan Bersama sebagai Penganjur Bersama dalam pasukan ini. Puan Nurhazreen Mohd Nor, Pegawai Psikologi berkata antara objektif penganjuran program ini adalah bagi memberi bimbingan dan celik akal kepada warga USIM dalam pengendalian masalah kehidupan dengan bijak dan rasional. melatih warga USIM untuk mengelakkan diri daripada gejala stres dan kemurungan yang berpanjangan. Selain itu, ia juga dapat memberi kesedaran tentang pentingnya perkhidmatan kaunseling yang dikendalikan oleh kaunselor yang pakar dalam bidang tersebut, serta melahirkan warga USIM yang seimbang dan sihat dari segi psikologi diri terutama dalam aspek kesihatan emosi dan mental. “Penganjuran secara besar-besaran pada tahun ini menampilkan lebih banyak [...]
Pengiktirafan Sebagai Pakej Kesejahteraan dalam Organisasi
Pengiktirafan kepada pekerja akan muwujudkan iklim organisasi yang positif, produktif dan inovatif. Melalui pengiktirafan yang diberikan, ia sebenarnya menggalakkan lebih banyak tindakan dan merangsang pemikiran seseorang kakitangan tersebut untuk mempercayai bahawa dirinya memiliki potensi dan kemampuan untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan organisasinya. Kebiasaannya perhatian lebih diberikan majikan dalam perkara kebajikan pekerja melalui penyediaan pelbagai bentuk pakej kesejahteraan erlindungan kesihatan, percutian, kursus latihan ataupun penajaan menyambung pengajian, tetapi memberi pengiktirafan juga adalah ‘pakej’ yang tidak boleh diabaikan atau dianggap bukan keutamaan. Pengiktirafan kepada kakitangan secara hakikatnya adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kualiti kerja yang telah ditunjukkan oleh kakitangan tersebut kerana pekerja yang berkualiti adalah aset utama sesebuah organisasi. Kualiti kerja adalah bagaimana sesuatu kerja itu dilaksanakan dan output darinya adakah berjaya memenuhi ekspektasi yang diperlukan. Di dalam Islam, bekerja merupakan suatu amanah yang menuntut kekuatan mental, fizikal dan rohani seseorang. Bekerja di dalam Islam juga merupakan perkara yang berkait rapat dengan etika dan moral untuk menghasilkan kerja berkualiti kerana di situlah kerja akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Jika kita melihat definisi kualiti itu sendiri menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ia ditakrifkan mengenai darjah kecermerlangan yang pada kebiasaannya adalah tinggi atau bermutu. Kualiti kerja sememangnya amat dititik beratkan di dalam sesebuah pengurusan organisasi kerana tanpanya akan pincanglah fungsi, kemandirian dan kelangsungan organisasi tersebut. Tambahan pula jika organisasi tersebut adalah sebuah institusi yang besar dan kompleks misalnya institusi pendidikan tinggi seperti universiti penulis berkhidmat ini. Universiti ini ada ramai pemegang [...]
SWAN 2020 kupas isu sunnah, untuk kesejahteraan umat seluruhnya
NILAI, 29 Oktober 2020 – Buat julung kalinya, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Warisan Nabawi (SWAN) Peringkat Antarabangsa kali ke-7 Tahun 2020 secara maya (Virtual) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Seminar yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2020 pastinya melakar sejarah baharu kerana ini merupakan kali pertama penganjurannya dilaksanakan sepenuhnya secara digital iaitu dengan menggunakan platform Zoom dan Channel YouTube. Majlis perasmian secara telesidang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan juga Tuanku Canselor KUIPs. Bertemakan “Peaceful Co-Existence in Religious Diversity from Prophetic Paradigm: Challenges and Opportunities”, SWAN 2020 telah berjaya menghimpunkan seramai 96 pembentang dari pelbagai latar belakang, bidang dan negara antaranya Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia dan Malaysia. Persidangan ini bertujuan menghimpunkan para cendekiawan untuk membincangkan isu berkaitan Sunnah dan fungsinya sebagai asas toleransi demi kesejahteraan umat seluruhnya. Di samping itu, ia berperanan penting dalam menjernihkan pandangan orang luar terhadap tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam yang dikatakan menaja keganasan. Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika bertitah merasmikan persidangan SWAN 2020, memaklumkan bahawa seminar seumpama ini dilihat amat penting dan signifikan dalam memberi kefahaman tentang pentingnya berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah SAW ke arah pembentukan keamanan khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama. Baginda turut berharap agar seminar ini mampu untuk terus menjadi platform bagi membincangkan dilema dan cabaran dunia Islam hari ini serta mencambah peluang [...]
Oktober 2020
USIM sambut Maulidur Rasul secara maya
NILAI, 30 Oktober 2020 - Sempena memperingati detik bersejarah kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah dan sunahnya Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kalinya menganjurkan program USIM Berselawat Secara Maya. Biar pun pandemik Covid-19 sudah memasuki gelombang ketiga namun ianya tidak menghalang program secara tahunan ini diadakan dengan konsep dalam talian sesuai dengan gaya norma baharu kini. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata “USIM Berselawat diadakan bagi tujuan mengimarahkan kasih sayang kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kebiasaannya program ini diadakan dengan pengisian tazkirah dan persembahan selawat secara langsung, namun pada kali ini dijalankan secara maya dan tetamu yang dijemput dapat menyaksikan dan mengikuti semua acara yang berlangsung melalui paparan visual menggunakan aplikasi zoom.” Dalam pada itu, Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas inisiatif yang dilakukan oleh Pusat Kebudayaan USIM dalam menyantuni masyarakat untuk menambahkan kecintaan kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW di samping meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah SWT. Kata beliau menerusi ucapan aluannya. USIM Berselawat dikendalikan oleh seorang pengacara majlis dan berinteraksi secara maya bersama semua tetamu jemputan. Pada kali ini USIM Berselawat turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Melalui program tersebut beliau menyampaikan tazkirah ringkas mengenai Nabi Muhammad SAW dan diakhiri dengan bacaan doa khas bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia dari pandemik Covid-19. USIM Berselawat turut mengundang pengacara TV terkenal Ahmad Fedtri Yahya yang juga Karyawan Seni [...]
Kepentingan melindungi alam sekitar dari perspektif Islam – Dr. Shamsul Hakim
Bumi adalah merupakan antara makhluk ciptaan Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia untuk dijadikan sebagai tempat tinggal sementara sebelum berpindah ke alam akhirat (al-Mulk: 67: 15). Ia tidak menjadi hak milik kekal bagi seseorang bahkan ia adalah sesuatu yang akan diwariskan daripada satu generasi manusia kepada generasi yang lain sehinggalah tiba saat kehancurannya. Ikuti temu bual bersama Dr Shamsul Hakim, Pensyarah Fakutli Pengajian Quran dan Sunnah tentang sudut pandangan Islam dalam menjaga nikmat yang dikurniakan Allah ini. Q1 Apa pandangan dari perspektif Islam mengenai kepentingan melindungi alam sekitar dengan meminta umatnya tidak menebang pokok, mencemarkan sungai, laut dan udara? Kehidupan manusia di bumi ini sebenarnya turut dikongsi bersama-sama dengan makhluk lain seperti jin, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Mereka turut sama memiliki hak ke atasnya. Kesemua makhluk ini ditentukan kehidupannya oleh Allah SWT dalam keadaan saling memerlukan antara satu sama lain dalam konsep yang dikenali sebagai kitaran kehidupan alam. Sebarang pencabulan hak ke atas makhluk-makhluk lain yang turut sama mendiami alam ini seperti mencemarkan, merosakkan, membunuh tanpa keperluan, dan memusnahkan sumber alam akan membawa kepada ketidak seimbangan alam. Ia akhirnya tetap akan memberi kesan dan menjejaskan kualiti kehidupan manusia sebagai salah satu elemen dalam rantaian kehidupan di alam ini. Oleh kerana itu, Islam menegaskan kepentingan memelihara dan memulihara alam ini ke atas setiap manusia demi memastikan kelestarian hidup di alam ini. Sebarang bentuk pencemaran dan kerosakan ke atasnya dikira sebagai perbuatan dosa dan maksiat. Q2 Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam semula jadi menyebabkan kepentingan orang [...]
USIM ketatkan kawalan kampus dalam tempoh PKPB
NILAI, 27 Oktober 2020 - Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 10 November bagi zon Nilai, dan 9 November 2020 bagi seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan dengan membenarkan staf untuk bertugas secara Bekerja Dari Rumah atau yang diarahkan untuk hadir bekerja di pejabat atau lokasi lain yang ditentukan sama ada secara penggiliran atau penjadualan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Ini berikutan kedua-dua kampus USIM berada dalam kawasan PKPB yang telah diumumkan oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan pada 26 Oktober lalu. Sebanyak 11 Pusat Tanggungjawab yang telah dikenalpasti iaitu Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, Pusat Perumahan Pelajar, Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan, Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Pusat Komunikasi Strategik dan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Canselori. Menurut Naib Canselor Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin, semua staf Pusat Tanggungjawab Kritikal hendaklah digilirkan/dijadualkan untuk bertugas di pejabat atau lokasi lain yang ditentukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing. Sekiranya berkeperluan, staf yang bukan daripada Pusat Tanggungjawab Kritikal boleh diarahkan bertugas di pejabat atau lokasi lain yang ditentukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masing- masing tetapi hendaklah tidak melebihi 30% pada satu-satu masa. Beliau menambah lagi, staf disarankan untuk menyempurnakan saringan kendiri secara dalam talian melalui Sistem Saringan Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia di Portal iStaff dan mengemaskinikannya setiap hari Ahad dan Rabu melalui Portal iStaff untuk rujukan dan pemantauan Ketua Pusat Tanggungjawab dan Pusat Kesihatan Universiti. “Menunjukkan [...]
Pandemik Covid19: Memanifestasi Ihsan Warga Akademia
Pandemik Covid-19 memberikan kesan besar terhadap masyarakat di dunia ini dari segenap sudut kehidupan. Ia banyak merubah keadaan dan cara bermasyarakat tidak terkecuali warga akademia yang hidup di persekitaran institusi-institusi pendidikan seluruh dunia. Antara yang jelas kelihatan kesannya ialah perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sebelum ini dilihat lebih menekankan aspek pertemuan fizikal antara guru dan pelajar, terpaksa diubah kepada pertemuan secara maya atau atas talian. Ia turut melibatkan sesi konsultasi, penyeliaan, tugasan dan penilaiannya serta lain-lain elemen yang bersangkutan dengannya. Bagi sebahagian warga akademia, ianya merupakan satu kejutan budaya yang besar. Namun, bagi sebahagian lain yang telah dipersiapkan dengan pembudayaan Revolusi Industri 4.0 (4IR) sekurang-kurangnya semenjak 3 tahun yang lalu, ia bukanlah satu kejutan, bahkan ia adalah sebahagian daripada adaptasi ilmu 4IR yang dicerap sebelum dari ini dan dipraktikkan dalam realiti sebenar yang telah ditelah (dijangka) bersama pakar-pakar yang lain. Suka atau tidak ia realiti yang mesti diterima dan diasimilasikan dalam budaya kehidupan hari ini. Dalam situasi ini, elemen-elemen kontra-negatif dapat dilihat daripada aspek penerimaannya oleh sebahagian daripada mereka terlibat dalam pembudayaan baharu ini, namun tidak kurang elemen-elemen pro-positif terpamer pada sebahagian yang lain. Bagi warga USIM khususnya, antara elemen pro-positif yang dapat diketengahkan dari pembudayaan baharu ini ialah manifestasi dan penerapan unsur ihsan yang menjadi teras dalam ibadah dan mujahadah ilmu ini. Sebelum ini, acap kali kalimah ikhlas dan ihsan dibicarakan serta ditekankan dalam setiap segmen kehidupan warganya. Ikhlas yang membawa pengertian menjadikan setiap pekerjaan dalam lapangan ilmu ini adalah semata-mata [...]
Webinar Keusahawanan Sosial : Halatuju Kerjaya Pasca Covid-19
NILAI, 23 Oktober 2020 – Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan dalam mengenali cabang lain dalam halatuju kerjaya, dalam masa pandemik COVID-19 ini, Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) membawakan perbincangan webinar bertajuk Keusahawanan Sosial : Hala Tuju Kerjaya Pasca COVID-19 yang bersiaran melalui aplikasi Zoom dan facebook PLiMJI USIM. Webinar kali ini memperkenalkan dua orang panel usahawan sosial yang berjaya membangunkan konsep penyelesaian masalah sosial, dalam bidang dakwah dan penjagaan warga emas iaitu En. Zulkarnain Hasan Basri dari Japan Da’wah Centre dan Nippon Muslim Corporation dan Pn. Hjh Asral Widad, Pengasas dan Pengerusi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah dan juga Pelantikan sebagai Mentor Keusahawanan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). ”Sebagai penganjur program, PLiMJI mengharapkan program webinar seperti ini boleh memberi kesedaran kepada masyarakat dan pelajar bahawa halatuju kerjaya adalah luas selain keusahawanan sosial merupakan salah satu bidang yang wajar diceburi dan diperluaskan. Ia bukan sahaja memberikan pulangan dunia malah membawa jaminan pelaburan akhirat. Selain melaksana aktiviti sosial, dapat juga menimbulkan sikap prihatin terhadap kesusahan dan meringankan penderitaan kelompok masyarakat di luar sana,” ujar Dr Hanim Misbah, selaku Timbalan Pengarah PLiMJI, yang juga moderator program webinar. Tambahnya lagi, peluang ini harus dimanfaatkan oleh semua apatah lagi di era pasca COVID-19 yang memerlukan kita meneroka banyak industri baru yang diperlukan oleh masyarakat, justeru,keusahawan sosial atau Social Entrepreneurship adalah satu perkembangan terkini yang inovatif dalam menawarkan penyelesaian sesuatu masalah berkaitan sosial. ”Ia bermula dari satu minat, semangat kesukarelawanan dan cita-cita untuk mengubah sistem dan menyelesaikan masalah yang wujud [...]