Jun 2020
USIM Kerjasama dengan Bank Rakyat dalam Projek Wakaf Tunai
KUALA LUMPUR, 19 Jun 2020 - USIM merancakkan lagi aktiviti wakaf tunai dengan memeterai memorandum perjanjian bersama Bank Rakyat yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur baru-baru ini. Ini merupakan kerjasama strategik yang pertama kali antara Universiti Awam dan agensi Bank bagi projek wakaf ini. Dalam perjanjian ini USIM diwakili oleh Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM manakala Bank Rakyat diwakili oleh Datuk Rosman Mohamed Pegawai Eksekutif Bank Rakyat. USIM yang diterajui oleh Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengambil inisiatif menerajui Projek Dana Wakaf Tunai sebagai satu kaedah sumbangan yang relevan masa ini. Prof. Madya. Dr. Mushaddad Hasbullah, Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat USIM berkata, sebagai institusi pengajian tinggi yang menerajui Integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM percaya kepada konsep Wakaf sebagai pembiayaan mampan bagi universiti, di mana telah diwujudkan beberapa inisiatif untuk menggerakkan wakaf sebagai agenda utama universiti. Ini termasuk pembangunan program wakaf tapak dan program wakaf pendidikan. Beliau menambah lagi, pada Julai 2013 USIM telah dlantik sebagai mutawalli Dana wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAINS). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan dana wakaf serta mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. “Melalui kerjasama projek ini, saya percaya ia mampu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pewakaf individu atau institusi sama ada dari kalangan warga USIM juga pihak luar”, jelas beliau lagi. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan
USIM 20 Tahun Utuh Menerajui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli
NILAI - Pada 18 Jun 2020 genaplah 20 tahun usia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke-12 dan merupakan Universiti Islam pertama milik penuh Kerajaan. USIM yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan di awal penubuhannya dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) memilih tarikh 18 Jun untuk diraikan sebagai tarikh simbolik penubuhannya saban tahun kerana pada 20 tahun yang lalu, pada tarikh tersebut ia telah merakamkan salah-satu peristiwa bersejarah buat universiti ini. Seramai 255 orang pelajar sulung yang datangnya dari pelbagai pelosok tanah air telah mendaftar di kampus sementara USIM (KUIM ketika itu) yang bertempat di Institut Profesional Baitulmal, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kehadiran siswa sulung ini ibarat telah melengkapkan segala usaha yang panjang untuk menubuhkan universiti ini. Hasrat dan usaha untuk melihat penubuhan sebuah Universiti Islam di Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia telah lama bermula semenjak 1950an lagi terutamanya dengan tertubuhnya Kolej Islam Malaya (KIM) pada tahun 1956. Perbincangan ke arah merealisasikan usaha ini tidak pernah terhenti kerana melihat sudah sampainya masa dan keperluannya untuk Kerajaan menubuhkan sebuah Universiti Islam milik sepenuhnya Kerajaan Malaysia. Sinar untuk sebuah Universiti Islam pertama milik sepenuhnya negara ditubuhkan semakin cerah apabila pada tanggal 25 September 1996, satu perbincangan mengenai penubuhannya telah diadakan untuk mendapatkan idea, cadangan dan konsep Universiti Islam yang ingin ditubuhkan. Pada 11 Jun 1997, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Universiti Islam pertama negara dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dengan memiliki keunikan tersendiri iaitu kurikulum yang menekankan paduan ilmu Naqli [...]
Majlis Potong Kek Sempena 20 Tahun USIM
NILAI, 18 Jun 2020 - Tanggal 18 Jun 2020 genaplah usia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang ke 20 tahun penubuhannya. Bersempena tarikh ini satu majlis ringkas potong kek diadakan di Pejabat Naib Canselor yang dihadiri oleh wakil Pusat Tanggungjawab dan beberapa alumni terawal ketika itu. Pelbagai program telah dirancang seawal 6 bulan bagi meraikan hari bersejarah tersebut, namun bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dihentikan program yang telah dirancang terpaksa dibatalkan. Ucapan ringkas Naib Canselor Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin berkata, kita lihat dari segi pencapaian USIM sepanjang 20 tahun ini amat membanggakan, dan berharap warga USIM akan membawa USIM kepada satu tahap yang memberi makna kepada pemegang taruh dan masyarakat di luar sana. ”Apa yang penting adalah mengekalkan institusi ini dengan menjangkakan perubahan yang akan berlaku selepas 30 tahun nanti. Kita sama-samalah saling bantu membantu dan ambil peluang yang berada di depan mata tanpa berlengah”, tambah Prof Ridza lagi. Mengimbau kembali pada tarikh keramat ini seramai 255 orang pelajar mendaftar masuk sebagai pelajar sulung USIM. Kini, USIM telah melahirkan seramai 22, 634 alumni dengan pecahan 20,471 graduan peringkat Sarjana Muda dan 2,163 graduan peringkat Siswazah yang kini berkhidmat di pelbagai sektor dan industri di dalam dan luar negara. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan
“Kempen #USIMjagasemua mendidik masyarakat menjalani norma baharu” – Dr. Nuruliza Roslan
Mengambil cakna akan isu pasca Covid-19 yang terkesan secara global mendorong pasukan PPE Disposal Taskforce USIM yang diketuai oleh Dr. Nuruliza Roslan, pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memperkenalkan “Kempen Pelupusan Pelitup Muka Secara Selamat dan Betul” dengan #USIMjagasemua. Ikuti temu bual bersama beliau selaku Pengarah Program, yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Sains Islam (ISI). S1 Bagaimana tercetusnya idea kempen #USIMjagasemua? Ideanya bermula apabila melihat keadaan semasa dunia kini menghadapi pandemik Covid-19, dan melihat terlalu banyak pembuangan PPE terpakai di merata-rata tempat. Kami menyedari pembelian dan penggunaan PPE meningkat secara mendadak di kalangan orang awam di seluruh dunia termasuk Malaysia menandakan bahawa masyarakat dunia peka terhadap penjagaan kesihatan diri menghadapi Covid-19. Walaubagaimanapun, langkah ini juga boleh meningkatkan pembuangan PPE yang terpakai. Apa yang merisaukan adalah terdapat laporan tentang pembuangan PPE terpakai oleh orang awam tidak mengikut cara pembuangan yang selamat seperti yang telah disyorkan. Ini adalah satu kebimbangan yang besar kerana impaknya dari segi kesihatan dan keselamatan manusia sejagat serta mencemar alam sekitar seperti yang telah dilaporkan bahawa lambakan PPE terpakai ini telah dijumpai di perairan laut dalam. Atas kebimbangan ini, pasukan task force USIM telah mengenalpasti beberapa isu utama daripada masalah ini dan mengambil beberapa inisiatif melalui pendekatan secara glokal. Kami memperkenalkan kempen #USIMjagasemua di peringkat Universiti pada peringkat awal bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga USIM seterusnya berhasrat menyebarluaskan kepada masyarakat setempat untuk sama-sama mengamalkan sikap prihatin sewajarnya. S2 Bagaimana proses memperkenalkan kempen #USIMjagasemua dilaksanakan? Sebagai pengenalan awal, kami merancang untuk menjalankan program [...]
USIM terima mesin hemodialisis sumbangan MUIP
NILAI, 16 Jun 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terima 2 unit mesin hemodialisis berjumlah RM 90,000 ribu hasil sumbangan dari Majlis Ugama Islam Pahang. Simbolik Penyerahan itu disampaikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Pahang YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj Husin. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor dalam ucapannya berkata, MUIP sentiasa memikirkan aktiviti untuk kebaikan ummah di mana sumbangan yang diberikan dapat meningkatkan dan mengintegrasikan kemampuan komuniti. Sumbangan mesin ini juga bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada anak-anak Pahang, malah boleh diguna sama oleh semua. Beliau juga menyatakan tiga bidang yang perlu diberikan bimbingan dan perhatian kepada umat Islam adalah pendidikan, perubatan dan keperluan harian. Seperti contoh, meningkatkan taraf pendidikan anak-anak asnaf supaya mereka dapat membantu keluarga dan keluar dari ’sistem’ asnaf serta meningkatkan taraf hidup keluarga. Manakala dalam kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, penubuhan awal Pusat Perkhidmatan Hemodialisis ini adalah dari cetusan idea YBhg. Tan Sri semasa beliau memegang Jawatan Naib Canselor USIM sebelum ini. Pusat Perkhidmatan Hemodialisis ini memberikan rawatan dialisis dan ubatan secara percuma kepada kakitangan, tanggungan kakitangan dan juga pelajar USIM. ”Sejak penubuhannya pusat hemodialisis pada tahun 2010 di Pusat Kesihatan Universiti, seramai 8 orang pesakit termasuk staf, tanggungan staf serta pelajar USIM yang telah menerima rawatan di pusat ini. Mudah-mudahan dengan sumbangan mesin ini Pusat Perkhidmatan Hemodialisis dapat meningkatkan penerimaan pesakit di kalangan staf, tanggungan staf dan pelajar yang memerlukan”. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus [...]
Program Akademik USIM Diiktiraf MQA dan Badan Profesional
NILAI, 9 Jun 2020 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Tamhidi Sesi Akademik 2020/2021. USIM sentiasa memastikan jaminan kualiti akademik dan akreditasi memenuhi standard semasa dalam semua program akademik yang ditawarkan. Secara keseluruhan, sebanyak 67 program akademik (77.9%) yang ditawarkan di USIM mencapai status akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, manakala 14 program (16.3%) mendapat akreditasi sementara. Untuk makluman, program Tamhidi telah memperolehi akreditasi penuh oleh MQA secara keseluruhan iaitu 100%. Manakala, sebanyak 25 program daripada 32 program yang ditawarkan di peringkat Sarjana Muda juga telah mendapat akreditasi penuh dan 5 program (15.6%) mendapat akreditasi sementara oleh MQA. Selain itu, sebanyak empat program Sarjana Muda mendapat akreditasi penuh dari badan profesional iaitu SM Perubatan dengan Kepujian, SM Pergigian dengan Kepujian, SM Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian dan SM Seni Bina dengan Kepujian. Program Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (SMUS) juga telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA pada 1 Disember 2011 (MQA/FA1594) dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk lantikan dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Manakala, proses pengiktirafan SMUS oleh badan profesional iaitu Legal Profession Qualifying Board (LPQB) kini berada pada tahap akhir penilaian yang bertujuan untuk membolehkan graduan beramal sebagai peguambela dan peguamcara. USIM sentiasa komited bagi memastikan kesemua program akademik yang ditawarkan mencapai status akreditasi penuh dan diiktiraf oleh MQA dan badan profesional. Untuk makluman, graduan SMUS kini kebanyakannya [...]
Implementing Maqasid al-Shariah during COVID-19 pandemic
No one would have expected events such as the COVID-19 phenomenon to impact every nation worldwide hugely. The initial few weeks now turned into months of Movement Control Order (MCO) is considered crucial in bringing down the number of cases each day. What we knew coming was a health crisis also turned into an economic one as businesses had to cease operations in the early MCO periods. Starting 4th May, however, the ease of MCO was given to businesses to begin operating due to the worsening condition of employees who needed to earn a living, following a certain SOP set by the goverment. As the MCO is slowly being lifted now in June, inter-state travels have now been permitted, and most businesses have resumed. On the bright side, we are pleased to see the significant progress of Malaysia in battling with COVID-19 and have stepped in the Recovery Movement Control Order (RMCO) until 31st August 2020. However, the economic impact might extend post-MCO as people fear of what is to come next. Consumer spending might be on the low for a few months with the lifting of MCO. Some things, as unexpected as this event, has made people realize the need to stay at home and reduce the need to spend on unnecessary items or services. People become more concerned about fulfilling only the basic needs rather than items beyond necessity. In line with Maqasid al-Shariah This is consistent with the Maqasid al-Shariah, where [...]
USIM Tersenarai Dalam Ranking Universiti Dunia
NILAI, 9 Jun 2020 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali pertama menyerti penarafan QS Stars Rating yang dianjurkan oleh QS Quacquarelli Symonds (QS) di mana ia merupakan satu penarafan kualiti akademik universiti yang bertaraf antarabangsa. Pengumpulan data telah diserahkan kepada QS Intelligence Unit pada Oktober 2019 dan hasil daripada penilaian yang dijalankan oleh QSI, USIM telah dianugerahkan 3 bintang secara keseluruhan untuk tahun 2020. Menurut Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USIM telah menunjukkkan kecemerlangan dalam 4 kategori utama iaitu kemudahan (facilities) dengan penganugerahan 5 bintang. Ini membuktikan kampus USIM mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang kondusif. Penganugerahan cemerlang 4 bintang bagi 3 kategori iaitu pengajaran (teaching), kebolehpasaran graduan (employability) dan keterangkuman (inclusiveness). “Ini juga membuktikan USIM adalah sebuah universiti yang mementingkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pelajar yang berpotensi dan relevan dengan pasaran kerja. Kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama yang baik di kalangan semua jabatan dan fakulti di USIM dalam memastikan kualiti berterusan dengan penarafan QS Stars Rating”. Menurut Prof Rahim lagi, USIM juga telah berjaya mencapai kedudukan 501-550 bagi QS Asia University Rankings 2020 yang secara lansung menempatkan USIM sebaris dengan institusi pendidikan terkemuka di Asia. Penganugerahan di dalam sistem penarafan bertaraf dunia memberi peluang kepda USIM untuk membina reputasi sebagai universiti yang unggul serta mempromosi USIM pada peringkat nasional dan global. Pengiktirafan itu dibuat oleh QS Intelligence Unit iaitu sebuah organisasi pengauditan universiti antarabangsa melalui QS World Ranking yang berpusat di London. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat [...]
MPP USIM berganding bahu realisasikan motto ‘Bersama Memacu Aspirasi’
Di kala negara dilanda wabak Covid-19, pelbagai pihak tampil sukarela menghulurkan bantuan berganding bahu mengurus pelbagai keperluan masyarakat dan ahli terdekat. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2019/2020 merupakan antara sukarelawan barisan hadapan yang tidak terkecuali memainkan peranan dan memberi sokongan kepada rakan pelajar lain. Menjadi entiti terpenting di dalam kampus, MPP juga tempat bergantung buat kepada mahasiswa/i untuk terus semangat menghadapi waktu-waktu mencabar sepanjang tempoh PKP. Motto ‘Bersama Memacu Aspirasi’ dilihat bukan omong kosong malahan pasukan MPP ini telah membuktikan empat dasar yang digariskan boleh dipegang oleh mahasiswa/i. ‘Kebajikan Holistik, Pembangunan Intelektual, Profesional Mahasiswa dan Kesatuan Pelajar menjadi asas pegangan kepada MPP kali ini. Ikuti temu bual bersama Yang Dipertua, Saudara Muhammad Danial Akmal Hamdan yang berkongsi pengalaman membantu Pengurusan Universiti sepanjang menguruskan PKP pelajar di kampus. Q1 Kongsikan serba sedikit pengenalan ahli MPP 2019/2020. Keluarga MPP USIM sesi akademik 2019/2020 dianggotai oleh 24 orang ahli. 21 orang ahli merupakan pelajar dari kampus utama, Nilai. Manakala 3 orang lagi merupakan ahli MPP yang menuntu di Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur. Dari sudut posisi pula, 9 orang daripadanya merupakan Majlis Tertinggi iaitu Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua 1, Naib Yang DiPertua 2, Naib Yang DiPertua 3, Setiausaha Agung, Timbalan Setiauasaha Agung Bendahari Kehormat dan Timbalan Bendahari Kehormat. Manakala 15 ahli yang lain merupakan barisan Exco yang terdiri daripada Exco Kebajikan & Keselamatan Siswa, Exco Pembangunan Sahsiah & Kerohanian, Exco Akademik & Pembangunan Intelektual, Exco Sukan & Rekreasi, Exco Komunikasi & [...]
Tan Sri Musa Hassan Dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM
NILAI, 3 Jun 2020 – Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj Musa Tan Sri Hj Hassan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pelantikan beliau dibuat oleh YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2023. Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara Kelapan pada 12 November 2006 hingga 12 September 2010 telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah USIM selaras dengan Seksyen 17(1)(f) Perlembagaan USIM (Wakil Berpengetahuan & Berpengalaman). Memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih pada 1969, beliau telah berkhidmat dan menyandang pelbagai jawatan sepanjang di dalam PDRM sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara. Antaranya ialah Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (1995), Timbalan Pengarah I JSJ Bukit Aman (2001); Ketua Polis Johor (2003); Pengarah JSJ Bukit Aman (2004); dan Timbalan Ketua Polis Negara (2005) Pengurusan Universiti berbesar hati dengan pelantikan ini kerana percaya atas pengalaman yang dimiliki oleh Tan Sri Musa Hassan mampu memberi sumbangan yang signifikan untuk membawa USIM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang lebih cemerlang terutamanya dalam menjayakan Misi USIM 2022 menjadi Universiti Sains Islam Glokal Berimpak Tinggi. Ia sekaligus turut memenuhi hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa. Disediakan oleh: Zaini Othman Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan









