Mei 2020
USIM uruskan penghantaran 115 pelajar pulang ke Zon Selatan
NILAI, 1 Mei 2020– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menguruskan penghantaran pulang 115 pelajar ke 12 destinasi yang berada dalam negeri Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada malam tadi. Para pelajar tersebut terdiri daripada 51 pelajar orang pelajar USIM dan bakinya iaitu 64 pelajar merupakan penuntut dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Nilai dan Seremban. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, ini juga merupakan penghantaran kumpulan kedua pelajar USIM pulang ke kampung halaman selepas 11 orang pelajarnya yang berada di Kampus USIM Pandan Indah telah dihantar pulang ke Kedah dan Pulang Pinang pada Isnin malam baru-baru ini. Ujarnya lagi, pelajar IPT lain yang turut bersama dalam penghantaran kumpulan kedua pelajar USIM ini antaranya dari Nilai University, INTI International University, East West International College, Kolej Teknologi Alpha, Kolej Antarabangsa Unifield, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan dan Politeknik Port Dickson. “Kesemua para pelajar ini dihantar menggunakan kenderaan USIM yang terdiri dari 7 buah bas, 5 buah kereta dan sebuah van menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang telah ditetapkan iaitu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar, Pontian, Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Destinasi lain ialah Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson dan Tampin”. “USIM memastikan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diikuti sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas penghantaran kumpulan pelajar ini. Bagi pelajar misalnya mereka perlu lulus saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan [...]
“Si Bulus pun ‘tumpang’ sekali Ops Pulang Balik Kampung”
NILAI, 2 Mei 2020 – Ops Pulang bagi menghantar pelajar yang terkandas di kampus untuk pulang ke kampung halaman masing-masing telah bermula pada 27 April lalu ke pelbagai destinasi di seluruh negara. Reaksi para pelajar dan keluarga pastinya gembira kerana setelah sekian lama terpisah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka kini dapat bersama. Bagi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Amira Atiqa Azman,24, beliau tidak pulang keseorangan ke Kluang dari USIM pada Khamis malam baru-baru ini apabila turut di bawa bersama kucing kesayangannya, Momo. “Saya memang telah nekad, jika tidak dibenarkan oleh urus setia Ops Pulang USIM untuk bawa Momo menaiki bas pulang ke kampung, saya akan terus tinggal di rumah sewa bagi menjaganya. Alhamdulillah, atas budi bicara urus setia, saya dibenarkan bawa Momo bersama untuk menaiki bas”. “Saya sudah membelanya lebih lima bulan dan rutin penjagaan kesihatannya memang terjaga seperti pengambilan vaksin mengikut tempoh ditetapkan. Saya hanya tinggal seorang diri di rumah sewa sebab rakan yang lain telah pulang sebelum PKP dikuatkuasakan”. “Saya tak sampai hati untuk tinggalkan Momo di rumah kerana memikirkan tiada siapa yang boleh menjaga makan minum, keselamatan dan kesihatannya. Perasaan kasih, sayang dan risau itu bercampur-baur kerana latihan industri saya kini ditangguhkan. Jadi jika saya balik ke kampung, belum tahu bila akan kembali semula ke Nilai”. “Apabila urus setia USIM hubungi saya pada Khamis pagi minta bersiap untuk dihantar pulang pada malamnya, masa yang ada untuk kemaskan barang sendiri dan Momo memang singkat. Mujur sempat curi masa untuk keluar membeli pet carrier dan keperluan lain [...]
April 2020
Alumni Kor SISPA USIM turun padang bantu barisan hadapan
NILAI, 30 APRIL 2020 – Lebih 20 orang Alumni Kor SISPA Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditempatkan di beberapa kawasan sekitar Negeri Sembilan sejak Fasa 1 arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Penyelaras Kor Siswa/I Pertahanan Awam (Kor SISPA), Leftenan (PA) Mohamad Ghazali bin Abdul Rahim, usaha murni ini dilaksanakan bagi membantu negara menghadapi segala kemungkinan selain memastikan keselamatan awam negara dalam keadaan terkawal. Tambahnya, kesemua mereka ditempatkan antaranya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Seremban, Pusat Pemantauan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Stesen Kuarantin Akademi Audit Negara (AAN), Stesen Kuarantin Institut Aminuddin Baki (IAB), Stesen Kuarantin Royale Chulan dan Stesen Kuarantin UiTM Rembau. “Alumni Kor SISPA USIM merupakan pegawai pasukan berstatus Leftenan Muda lantikan APM yang terlatih dalam kerja-kerja pengurusan pejabat dan pengurusan operasi bencana. Justeru, kepakaran yang dimiliki oleh mereka amat diperlukan dalam tugasan pentadbiran di stesen kuarantin seperti pengumpulan data bagi setiap individu yang berstatus dalam pemantauan (PUS) atau dalam siasatan (PUI) dan agensi, penyediaan laporan harian, penyediaan minit mesyuarat, penjadualan penugasan anggota dan lain-lain tugasan,” ujarnya. Bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini, Penyelaras Kor SISPA USIM memohon agar kesemua PUS atau PUI yang berada di setiap stesen kuarantin memberi kerjasama yang baik kepada semua petugas. Di akhir pertemuan, beliau turut berpesan agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjaga jarak sosial, kerap mencuci tangan dan pergi ke hospital berdekatan sekiranya mempunyai gejala. Penglibatan Alumni Kor SISPA USIM bermula apabila Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan membuka peluang [...]
FastLab hasilkan lebih banyak modul Lab in a Box
NILAI - Mengembalikan minat dan memupuk sikap cintakan sains, FastLab Fakulti Sains Teknologi memberi tumpuan kepada Pendidikan Science, Technology, Religiosity, Engineering, Artistry and Mathemathics (STREAM) untuk mendidik generasi muda dengan perkara yang mereka gunakan dan wujud dalam kehidupan seharian mereka dengan menghasilkan ‘Lab in a Box’ yang dapat memberi peluang kepada pelajar melakukan eksperimen dan eksplorasi sains dengan mudah dan cepat. Sebelum ini, mereka mencipta Slime Kit dan Perfume DIY, kali ini tampil dengan lima (5) lagi modul iaitu Soap Kit, Quicksand Kit, Shrink Art Kit, dan Molecular Model Kit. Soap Kit mengandungi Soap Base, Larutan Pewarna dan Minyak Pati. Soap base merupakan bahan asas dalam penghasilan sabun yang terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Aktiviti ini dapat mengasah kemahiran motor serta memberi rangsangan terhadap pemerhatian pelajar-pelajar iaitu daripada perubahan cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Selain daripada proses pembelajaran, Soap Kit dapat mengasah kemahiran kreatif para pelajar dengan bermain pelbagai larutan pewarna dan minyak pati. Manual yang dibekalkan juga turut dilengkapi dengan pengetahuan Sains mengenai ‘Saponification’. Ilmu ini turut diajar dalam topik ‘saponification’ bagi pelajar tingkatan 4 & 5. Selain itu, manual yang disediakan juga dilengkapi dengan ruangan eksplorasi bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan semangat ingin tahu yang merupakan aspek penting dalam pembelajaran Sains. Manakala, Quicksand Kit pula para pelajar dapat belajar mengenai perubahan jirim, iaitu perubahan daripada cecair kepada pepejal atau separa pepejal. Ilmu ini turut diajar kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai Non-Newtonian Fluid, di mana kelikatan sesuatu cecair berubah jika dikenakan daya. Seterusnya, Shrink [...]
PPKP sebar luas peranan, yakinkan calon pelajar mampu bina masa depan di USIM
Selaras dengan permohonan kemasukan ke IPTA yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi dan Setaraf, USIM telah melancarkan kempen #inikanmasadepankita untuk menarik minat bakal pelajar di luar sana untuk memohon ke USIM dan seterusnya menjadikan USIM sebagai pilihan pertama dalam permohonan di UPUOnline. Oleh itu, temubual kali ini ditulis bersempena khusus mengenai pelan dan aktiviti promosi yang dijalankan oleh Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) untuk menarik minat pelajar memilih USIM. Bersama Prof Madya Dr Zinur Rijal Abdul Razak, Pengarah PPKP untuk berkongsi maklumat aktiviti yang dijalankan di PPKP dan hasratnya untuk menyebar luaskan tawaran program menarik yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. S1 Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) kini telah dinaiktaraf sebagai sebuah Pusat pada 2 Januari 2020. Boleh Dr kongsikan fungsi dan peranan secara keseluruhan PPKP? Secara umumnya Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) bertanggungjawab untuk menguruskan promosi dan pengambilan pelajar bagi program akademik yang ditawarkan di USIM dalam semua peringkat pengajian kepada pelajar di dalam negara dan luar negara. Selain itu, PPKP juga menguruskan pendaftaran dan kemasukan pelajar sama ada peringkat tamhidi, pra siswazah dan juga pasca siswazah. Apabila PPKP sudah dinaiktaraf sebagai sebuah Pusat, ia secara tidak langsung telah memberikan satu cabaran baharu kepada PPKP untuk membantu USIM meningkatkan enrolmen pelajar terutama pelajar antarabangsa yang menjadi sasaran utama di PPKP. Secara keseluruhannya, PPKP mempunyai unjuran pengambilan pelajar yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Ini disokong dengan kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh USIM seperti makmal, bilik kuliah, pertambahan [...]
“Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung halaman”
NILAI, 28 April 2020 - Seramai 11 orang pelajar perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kmapus Pandan Indah selamat tiba di kampung halaman masing-masing di Kedah dan Pulau Pinang pada pagi tadi. Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar USIM yang menjadi sebahagian daripada 790 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang menyertai penghantaran sulung pelajar IPT pulang ke tiga buah negeri di utara tanah air pada malam tadi. Nurul Ilham Huda Redzuan, 19, selamat tiba di rumahnya di Bandar Perdana Seksyen 8, Sungai Petani, Kedah setelah dijemput ayahnya sebaik sahaja bas yang membawa para pelajar ini selamat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kedah pada jam 5.20 pagi. “Sebelum bertolak dari Kampus USIM Pandan Indah, setiap pelajar melalui saringan terakhir yang ketat oleh petugas kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Keadaan kesihatan kami mesti dalam keadaan baik dan segala dokumen perjalanan yang wajib di bawa ada bersama dan lengkap diisi” “Kami diberikan taklimat keselamatan terakhir oleh PDRM sebelum dibenarkan menaiki bas dan bertolak pada jam 11.30 malam tadi. Perasaan amat gembira bila lihat ayah telah sedia menunggu di IPD untuk membawa saya pulang. Terima kasih kepada Kerajaan dan semua pihak yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan kami pulang dengan selamat dan kami sedar ia buka sesuatu yang mudah. Tak sabar dan rindu untuk menikmati masakan emak iaitu masak lemak rebung sebagai juadah berbuka puasa” ujar penuntut Tahun Pertama Perubatan dan Surgeri ini. Bagi penuntut tahun empat perubatan USIM, Sharifah [...]
Patuh PKP, Sudah Sebulan Siswa UA ini ‘berteduh’ di USIM
NILAI, 25 April 2020 – Pengalaman melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kampus pastinya pengalaman tidak ternilai buat para pelajar yang melaluinya. Ia pastinya lebih bermakna buat enam orang pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai menjadi tempat mereka ‘menumpang kasih’ sepanjang PKP ini. Bagi tiga orang pelajar UniSZA, sudah lebih sebulan mereka tinggal di kolej kediaman USIM sehingga kini apabila terkandas separuh jalan untuk pulang ke Sabah. Menurut Muhammad Al Jabbar Abd Muin, 25, penuntut Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, beliau dan dua orang lagi rakannya, Mohamad Ehsansyah, 22, dan Azizana Safwan Arman, 22 yang menuntut dalam bidang pengajian yang sama terkandas di Lapangan Terbang KLIA2 apabila penerbangan ke Sabah dibatalkan. “Apabila Kerajaan umumkan 18 Mac akan bermula PKP, kami dapat membeli tiket penerbangan pulang ke Sabah untuk penerbangan pada 20 Mac. Pada hari kejadian, kami bertolak dari Kuala Terengganu menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum terus ke KLIA2. Semasa di KLIA2 baru kami dapat tahu, penerbangan dibatalkan kerana mematuhi PKP” “Waktu itu sudah malam dan kami tiada tempat untuk dituju.Saya menghubungi universiti memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak UniSZA memaklumkan akan berhubung dengan USIM untuk memohon bantuan. Alhamdulillah, pada malam itu kakitangan dari USIM datang menjemput kami di KLIA2 dan menempatkan kami di Kolej Kediaman Acacia USIM”. Kisah yang sama turut dilalui oleh siswa UMP, Chua Wei Ming, 23 yang tidak dapat pulang ke Sibu, Sarawak kerana penerbangan [...]
Infaq dan wakaf kepakaran perlu diterjemah dalam krisis Covid-19
Tercetusnya wabak dan krisis Covid-19 di seluruh dunia membawa perubahan yang amat besar bukan sahaja dalam bidang ekonomi, kewangan, pentadbiran negara malah membawa perubahan yang ketara dan mencetuskan “New Normal” dalam kehidupan seharian rakyat demi kelansungan kehidupan seharian. Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, pelbagai usaha berbentuk infaq dan wakaf dalam pelbagai bidang kepakaran sangat dituntut untuk dilaksanakan oleh semua masyarakat bagi sama-sama memberi sumbangan bukan hanya dalam bentuk tunai semata-mata, malah melalui sumbangan berbentuk kemahiran, tenaga, kesukarelawanan dan kepakaran. Walaupun pelbagai pakej rangsangan ekonomi telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi di negara ini, namun harus diingat bahawa pakej rangsangan ekonomi tersebut direncanakan kepada pihak yang benar-benar terjejas dalam situasi sebegini. Dengan kekangan baget negara pada masa kini, perlunya semua pihak memahami bahawa tidak semua atau setiap individu di negara ini dapat dibantu sepenuhnya melalui pakej rangsangan ekonomi tersebut. Ini bukanlah menunjukkan bahawa kerajaan mengabaikan mereka, tetapi golongan ini sebenarnya terdiri daripada golongan rakyat yang agak kurang terkesan dengan situasi sebegini dan terdiri daripada golongan profesional dan tenaga pakar di negara ini. Kepakaran yang mereka miliki boleh digunakan untuk sama-sama menyumbang kepada masyarakat dan negara terutama dalam situasi genting sebegini. Budaya menyumbang dan memberi infaq dan wakaf merupakan ajaran Islam yang telah lama dipraktikkan dalam masyaratkat Islam. Budaya infaq dan wakaf ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA. Penting ditegaskan bahawa budaya memberi infaq dan berwakaf adalah tradisi zaman berzaman dan telah menjadi amalan mulia [...]
Peluang mengenali hati budi anak-anak dalam tempoh PKP
Dunia telah dikejutkan dengan satu musibah yang sangat hebat yang dikenali “Pandemik Covid19” hingga ke saat ini telah meragut nyawa lebih 100, 000 orang di seluruh dunia. Pandemik Covid19 tidak mengenali Bangsa, agama, umur, jantina dan juga negara. Malaysia negara yang kita cintai ini juga tidak terkecuali dengan pandemik yang sangat berbahaya ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 16 April 2020 jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 5,182 kes, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana daripada jumlah itu sebanyak 29 kes memerlukan bantuan pernafasan dan kematian telah mencecah 84 orang. Kerajaan telah mengambil tindakan segera bagi mengekang penularan pandemik ini di kalangan rakyat dengan memperkenalkan ‘Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”. Pejabat-pejabat, premis-premis dan sebagainya telah ditutup serta pergerakan dan pergaulan telah dihadkan. Sebelum ini, bagi yang bekerja akan keluar seawal pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas termasuklah yang bergelar ibu bapa. Anak-anak yang ingin ke sekolah dan pusat asuhan seperti tadika akan diuruskan oleh pembantu rumah. Manakala yang masih bayi akan diuruskan sepenuhnya oleh orang gaji atau dihantar ke pusat jagaan. Ibu bapa akan pulang ke rumah setelah malam menjelang dan ada juga sehingga lewat malam yang ketika itu anak-anak telah pun tidur. Pendek kata itulah rutin harian keluarga moden pada hari ini. Hubungan antar ibu bapa dan anak-anak tidak seakrab sepertimana zaman-zaman dahulu. Yang paling parah, ibu bapa kini kadang kalanya tidak mengenali personaliti dan isi hati anak-anak mereka dalam [...]
Ramadan: Kedatanganmu dinanti
Ahlan wa sahlan yaa Ramadan (Selamat datang Ramadan). Kedatangan bulan Ramadan setiap tahun sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan ini. Orang-orang yang beriman tidak akan mensia-siakan kelebihan yang terdapat di dalam penghulu segala bulan ini walaupun sesaat. Mereka membuat pelbagai pengisian rohani yang dapat meningkatkan darjat keimanan mereka di sisi Allah SWT. Janji-janji Allah SWT yang sangat hebat melalui lisan Rasul-Nya, menyebabkan berlaku kerugian teramat sangat bagi mereka tidak merebut peluang keemasan di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Bulan Ramadan adalah bulan rahmat yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Pintu-pintu syurga dibuka, ditutup pula pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan yang selalu menggoda manusia dirantai. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang bulan Ramadan, maka akan dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan akan dibelenggu syaitan-syaitan dengan rantai”. (Muttafaqun ‘Alaih). Bulan Ramadan juga dikenali sebagai bulan keampunan yang mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya pada bulan ini. Bukanlah bermakna taubat tidak diterima Allah SWT pada bulan lain, namun pintu keampunan pada bulan Ramadan tersangat istimewa yang tidak ditawarkan pada bulan-bulan lain. Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”. (Muttafaqun ‘Alaih). Allah SWT jadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan berlumba-lumba untuk perbanyakan melakukan amalan sedekah. Bulan Ramadan bukan hanya bulan untuk kita duduk di tikar sejadah, sebalik mengambil peluang untuk memperbanyakkan sedekah walaupun dengan hanya sebiji tamar dan seteguk air untuk berbuka puasa. [...]









