NILAI,  8 MAC  2015 – Kumpulan Interacksee terus mencipta nama apabila dinobatkan sebagai Johan di Festival Marhaban Harmoni V Terbuka, Universiti Putra Malaysia 1 Malaysia (FESTMA) yang  diadakan di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima UPM pada 8 Mac baru baru ini.

Festival ini turut disertai oleh IPTA lain antaranya ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), UNISZA dan termasuk tiga kolej kediaman UPM. Naib Johan dimenangi oleh  Universiti Teknologi Petronas, manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa.

Menurut Ab Rahimi Ab Rezaf, pelajar dari Fakulti Syariah dan Undang-undang berkata, mereka sangat bersyukur kerana ini merupakan pertama kali kumpulan Intracksee bertanding dalam kategori marhaban, dan  kemenangan ini tidak disangka kerana berjaya mengalahkan kumpulan dari UTP yang merupakan Johan Bertahan sebelum ini.

“Latihan yang singkat selama seminggu kami manfaatkan sepenuhya kerana kebanyakkan ahli kumpulan adalah berlainan program pengajian dan jadual kuliah yang padat, itu antara cabaran yang kami hadapi sepanjang tempoh latihan”.

“Kami berharap untuk lebih berusaha keras selepas ini bagi mengharumkan nama USIM dalam apa jua pertandingan yang berunsur nasyid, qasidah mahupun marhaban kerana tiada apa yang mustahil sekiranya kita berusaha dan tidak berputus asa”, tambah Rahimi selaku Ketua Kumpulan.

Johan membawa pulang wang tunai RM1000, piala pusingan dan piala iringan.

Sebelum ini kumpulan Intracksee pernah memenangi Johan pada Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban peringkat zon Seremban, dan Naib Johan di Festival Nasyid Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM).

 

Disediakan oleh :

Noorumaina Mohamed Yunus
PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204