Mac 2019
Pasukan debat Bahasa Arab kekal positif asah skil debat
Syabas diucapkan buat pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)! Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) memberi kejayaan baharu buat pasukan pendebat USIM. Empat penuntut USIM iaitu Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi (Fakulti Syariah dan Undang-undang), Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha (Fakulti Pengajian Bahasa Utama) telah dinobatkan sebagai johan mengalahkan pendebat University Calgary, Canada. Mereka bukan sahaja telah mengharumkan nama universiti malah Malaysia. Pasukan di bawah didikan En. Ahmad Norsyafwan Norawavi, Guru Bahasa Pusat Pengajian Teras (PPT) nyata telah mencipta kejayaan berganda apabila Muhammad Muzakkir dan Suwaibah tersenarai sebagai pendebat di ranking pertama dan kedua keseluruhan. Manakan tidak, ia secara tidak langsung merekodkan satu kejayaan besar buat USIM pada permulaan tahun 2019. Justeru, mari kenali pendebat-pendebat muda ini melalui rangkuman temu bual yang disediakan. Q1 Menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa sebagai pasukan pendebat bukan penutur asli bahasa Arab, boleh anda ceritakan bagaimana ianya bermula? Muzakkir : Sejak dari sekolah menengah lagi saya terlibat dalam debat, tetapi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu, saya sertai debat Bahasa Arab Intertamhidi USIM dan bermula dari itu, saya mula menyertai debat Naib Canselor Bahasa Arab seterusnya saya diserap ke kelab debat Bahasa Arab USIM dan mewakili USIM di beberapa pertandingan seperti Pertandingan Ihtifal ASEAN, Debat Mahrajan UM dan Debat Maalhijrah UIA. Adam : Saya terlibat dalam debat Bahasa Arab sejak tahun satu di USIM yang mana permulaannya sebagai pemain simpanan dalam Pertandingan [...]
USIM hulur bantuan prasarana bina telaga air bersih, Ringan beban mangsa tsunami Banten
BANTEN, 29 Mac 2019 - Susulan gempa bumi yang melanda kawasan Selat Sunda pada 22 Disember 2018 lalu dengan skala 5 magnitud menyebabkan kematian dan kerosakan di beberapa daerah yang terlibat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpanggil untuk mengadakan misi bantuan pasca tsunami Banten dengan membina telaga air bersih kepada enam buah kampung untuk kegunaan masyarakat di sana. Delegasi yang diketuai oleh Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM bersama 14 pengurusan USIM turut melibatkan yang lain antaranya doktor perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, pensyarah pakar aqidah serta sukarelawan. Antara bantuan yang dihulurkan USIM adalah bagi menggerakkan projek pembinaan sumber air bersih, perawatan trauma dan kebersihan gigi bagi kanak-kanak, serta ceramah pemantapan aqidah dan malapetaka dalam perspektif Islam. Projek kemanusiaan ini merupakan libatsama oleh Pusat Libatsama Komuniti dan Jaringan Industri USIM (PLiMJI), USIM dengan kerjasama Universitas Mathla'ul Anwar (UNMA) dan Mathla'ul Anwar Care. Menurut Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, sebagai rakan strategik bersama UNMA, misi kemanusiaan ini dilihat sebagai kerjasama erat antara dua negara. Sebagai permulaannya USIM bantu dari segi penyediaan air bersih bagi penduduk kampung yang terlibat, dan selepas ini akan ada lebih kerjasama sinergi dalam bidang pendidikan dan peluang yang diberi kepada USIM diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat bukan sahaja di Malaysia tapi juga di peringkat antarabangsa. ”USIM turut membawa kumpulan kepakaran dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakutli Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) untuk bersama turun padang santuni masyarakat dengan memberi khidmat rawatan kesihatan, khidmat kaunseling dan akidah”. [...]
Tragedi Christchurch: Apa sikap kita sebagai umat Islam?
Tragis! Satu kalimah yang boleh diungkap bagi menggambarkan tragedi pembunuhan kejam terhadap umat Islam di Christchurch, New Zealand ketika menunaikan solat Jumaat beberapa hari yang lalu. Bukan seorang dua yang menjadi mangsa kerakusan Brenton Tarrant, se orang pengganas berhaluan paling kanan (neo-Nazi ) yang merupakan rakyat Australia ini, tapi 49 nyawa yang tidak berdosa dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat di tiga buah masjid berlainan. Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? ‘Dosa’ mereka hanyalah kerana mereka itu beragama Islam dan pembunuhnya pula adalah se orang individu yang sangat membenci Islam dan penganutnya. Peristiwa hitam itu turut dirakam secara langsung oleh pembunuh ini bagi menyampaikan mesej kebenciannya kepada Islam dan penganutnya kepada dunia dan menjadikan sentimen anti pendatang sebagai objektif utama pembunuhan. Namun begitu, menurut beberapa pemimpin Islam di New Zealand, serangan yang berlaku tidak menggambarkan sikap sebenar New Zealand dan penduduknya meskipun majoriti mereka beragama Kristian. Bahkan sebahagian penduduk Kristian, berdasarkan satu laporan turut mengawal masjid-masjid di New Zealand khususnya di kawasan terbabit bagi menjaga keselamatan umat Islam yang melakukan ibadat. Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand sendiri mengutuk serangan ini dan menganggapnya sebagai satu serangan pengganas paling buruk dalam sejarah New Zealand. Menurut mereka lagi umat Islam sudah lama bertapak di New Zealand dan mereka tidak pernah mengalami apa-apa masalah sebelum ini. Berdasarkan sejarah kedatangan umat Islam ke New Zealand, ia bermula dengan kedatangan pencari gali emas Muslim China pada 1870-an. Sejumlah kecil pendatang Muslim dari India dan [...]
Di sebalik hukuman rotan terhadap pesalah lesbian
Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali hukuman rotan dilaksanakan di khalayak ramai. Hukuman rotan sebanyak enam kali ke atas dua wanita yang telah disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 8 April tahun lalu. Hukuman itu dijalankan di bilik mahkamah, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu, disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie. Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh secara berturut-turut mengambil masa tidak sampai 3 minit setiap seorang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah (lesbian). Hukuman Bukan Untuk Menzalimi Matlamat utama bagi setiap hukuman dalam Islam adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah agar menginsafi perbuatannya yang bercanggah dengan hukum agama. Selain dari itu pengajaran juga dapat diperolehi oleh orang ramai yang menyaksikan peristiwa tersebut. Melihat kepada kaedah dan cara perlaksanaan hukuman yang dilaksanakan, sangat jelas bahawa hukuman tersebut bukan untuk menyiksa atau menyakiti pesalah tetapi lebih kepada memberi kesedaran dan keinsafan agar tidak mengulangi perbuatan yang bercanggah dengan hukum syara’. Ini terbukti apabila tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, bahkan semasa setiap kali hayunan rotan singgah di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran. Ini kerana pegawai penjara perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh. Jelas sekali dalam perlaksanaan hukum syara’ terdapat rahmat di dalamnya. Tepat sekali apa yang sering diuar-uarkan [...]
150 peserta terima Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) 2019
NILAI, 28 Mac 2019 – Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) sekali lagi berjaya menganjurkan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) kali ke-10. Seramai 150 peserta terdiri daripada 93 lelaki dan 57 wanita terdiri dari pelbagai latarbelakang berjaya menamatkan pengajian mereka yang berlangsung selama lima hari bermula 23 Mac 2019 sehingga hari ini. Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof Dato Dr Siddiq Hj Fadzil. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Jabatan Haji) dalam ucapannya berkata TH mendukung inisiatif Key Performance Indicator (KPI) Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia Baru yang telah dilancarkan pada 7 Januari 2019, dimana kluster ke lima (5) Pengurusan Haji, meningkatkan model pengurusan Haji menjadi no. 1 di dunia dan program pengajian SPIH menuju objektif untuk mendapatkan keseragaman mutu perkhidmatan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA). Dengan ini akan melayakkan mereka menjadi Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) melalui latihan formal dan professional dikendalikan sebuah institusi pendidikan tinggi berasaskan pengajian Islam melalui teknik terkini bagi membimbing bakal haji di tanah air dan di tanah suci”. “Sejak dimulakan pada tahun 2009, TH telah mewar-warkan bahawa program ini akan menjadi pra-syarat kepada Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) untuk bertugas sebagai Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS). TH memutuskan bahawa, pra-syarat ini telah dikuatkuasakan mulai Musim Haji 1439H”, jelas beliau lagi. Manakala menurut Prof Madya Dr Faizal Kasmani, [...]
Summit Hotel & Resort, hotel Pertama jalin kerjasama dengan USIM
KUALA LUMPUR, 22 Mac 2019 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Summit Hotel & Resorts (SHR) yang dianjurkan oleh Pusat Libatsama Masyarakat Dan Jaringan Industri (PLMJI), USIM. Summit Hotel & Resorts (SHR) merupakan hotel pertama yang menandatangani MoU bersama USIM di sepanjang penubuhan USIM. MoU di tandatangani oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad manakala pihak Summit Hotel & Resorts (SHR) diwakili oleh Pengerusi Kumpulan Summit Hotel & Resort (SHR), Dato’ Abdul Rahman Harun. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia untuk memeterai dan menandatangani memorsandum persefahaman (MoU) bersama Kumpulan Summit Hotel & Resorts (SHR)”, ucap Dato’ Abdul Rahman Harun. MoU ini dijalankan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dan pembangunan ummah dan masyarakat. Ini merupakan salah satu inisiatif USIM untuk merapatkan institusi pendidikan tinggi bersama pihak industri yang merupakan entiti penting dalam menjayakan agenda masyarakat. Kerjasama ini telah memberikan kelebihan kepada pihak USIM kerana Summit Hotel & Resorts (SHR) akan menyumbangkan wakaf tunai sebanyak 5% kepada USIM dari keuntungan yang diperoleh. Selain itu pihak pengurusan hotel juga menawarkan untuk menerima pelajar USIM bagi tujuan penempatan latihan industry serta sangkutan industri (attachment) untuk staf dan pelajar USIM di semua rangkaian SHR. Demi menjaga hubungan kerjasama ini pihak USIM juga akan berusaha untuk membantu dari segi pertukaran/perkongsian kepakaran dengan industri dan seterusnya menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ummah. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad menzahirkan rasa berterima kasih kepada pihak Kumpulan Summit Hotels & Resorts Sdn. Bhd. (SHR) dan berharap [...]
Pendebat USIM Johan Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Qatar
DOHA, 20 Mac 2019 – Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama universiti dan Malaysia apabila dinonatkan sebagai johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Doha, Qatar yang diumumkan keputusannya sebentar tadi. Pendebat Bahasa Arab USIM dibarisi oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi, Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha. Muhammad Muzakkir dan Adam merupakan penuntut jurusan Undang-undang dan Syariah manakala Hamidah dan Suwaibah mengambil jurusan Bahara Arab. Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab, pendebat USIM beraksi cemerlang diperingkat saringan apabila menewaskan pasukan debat dari University of Utah, (Amerika); University of Kerala (India); University New York (Amerika); Islamic University of Maldives (Maldives) dan European Institute of Human Science (German). Pasukan USIM mengesahkan kemaraan ke pentas akhir apabila menewaskan pendebat Meridian Atuluku University, Turkey diperingkat separuh akhir sebelum cemerlang di pentas akhir mengalahkan pendebat University Calgary, Canada untuk muncul johan. “Kejayaan ini dapat menebus kekecewaan USIM apabila hanya merangkul naib johan dalam kejohanan ini pada 2017. Kami berjaya mengekalkan momentum persembahan dan fokus terbaik pada setiap perlawanan dari peringkat awal sehingga akhir". "Tekanan itu memang ada tetapi kami dapat mengawalnya hasil latihan intensif individu dan berkumpulan, pembacaan, perlawanan debat persahabatan dan pengalaman menyertai pertandingan debat sebelum ini “Ini kejayaan yang manis bagi kami dan jurulatih, Encik Ahmad Norsyafwan Norwavi dan terima kasih kepada Pengurusan Universiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan rakan-rakan Kelab Debat USIM atas doa dan sokongan yang diberikan” ujar Muhammad Muzakkir selaku ketua pasukan. Sebagai juara, pendebat USIM menerima hadiah [...]
USIM rai kepulangan Pasukan Debat, Johan IUADC di Doha
NILAI, 22 Mac 2019 – Kepulangan Johan Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) yang dibarisi oleh empat mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Adam Fikry Bakru Razi, Siti Hamidah Hashim dan Suwaibah Mustapha disambut ceria oleh Pengurusan Universiti dan rakan-rakan pelajar sewaktu keluar dari balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. USIM diketuai oleh Naib Canselor, YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg Prof Madya Dr Rushdan Jailani bersama-sama Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik, Dr Hayati Ismail bersama Dr Fauziah Hassan dan Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Dr Nurkhamimi Zainuddin dan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Dr Arif Fahmi Md. Yusof bersama wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar USIM ceria meraikan kepulangan wira dan wirawati pendebat USIM dan jurulatih debat. “Ini merupakan satu kejayaan manis buat USIM. Diharapnya kejayaan ini akan menyuntik semangat kepada pelajar yang lain supaya dapat mengekalkan momentum sebegini dalam menyertai mana-mana pertandingan. Kejayaan ini telah menunjukkan pelajar USIM ada bakat tersendiri selain patut terus konsisten dan sasarkan untuk hasil yang lebih baik,” ujar YBhg Prof Madya Dr Rushdan Jailani. Tambahnya lagi, USIM mengetengahkan model GIINA iaitu model Graduan Integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang merangkumi tiga elemen, holistik, berkeusahawanan dan keseimbangan menyerlahkan kebolehan lain pelajar USIM yang bukan sahaja cemerlang dalam pembelajaran tetapi boleh tampil hebat dalam pengucapan awam. Prof Dato’ Dr Musa Ahmad pula ketika ditemui berbangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar USIM dan [...]
FKP tamatkan penantian selepas 13 tahun, gondol Emas di SUFA 2019
NILAI, 21 Mac 2019 – Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan(FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tamatkan penantian selepas 13 tahun apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Sukan antara Fakulti (SUFA) 2019 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM. Turut menyaksikan perlawanan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani dan Ahli Lembaga Pengarah Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud. Perlawanan sengit ini menyaksikan FKP menumpaskan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) 1-0 hasil jaringan Muhd Amin Asraff Abd Aziz pada minit ke 28. Al Imran Azmi, penyelaras sukan juga selaku pengurus bagi pasukan bola sepak FKP berkata, kali terakhir FKP mendapat pingat emas bola sepak SUFA adalah pada tahun 2006. Namun, FKP pernah bergelar Juara Liga Bola Sepak Fakulti Piala Naib Canselor pada tahun 2013 dan memenangi pingat gangsa bola sepak SUFA 2017. Menurut beliau, persiapan pasukan ini bermula dengan sesi pemilihan pemain yang berbakat bagi mewakili FKP pada kejohanan SUFA kali ini. Setelah pada itu baru lah pasukan FKP dibentuk dengan menjalani sesi latihan 4 kali seminggu dan mengadakan beberapa sesi perlawanan persahabatan bagi memantapkan pasukan dan meningkatkan persefahaman diantara pemain-pemain. SUFA 2019 ini berlangsung selama dua minggu bermula 6 hingga 20 Mac 2019 dengan menyaksikan 15 acara sukan yang dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar, badminton, petanque, memanah dan bola baling. Perasmian SUFA dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani. Turut hadir Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Dr Nurkhamimi Zainuddin dan Timbalan Dekan FPQS Dr [...]
Syarahan Umum Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini bin Ujang kupas tajuk ’Belia dan Kelestarian Alam’
NILAI, 11 Mac 2019 - Syarahan Umum bertajuk ’Belia dan Kelestarian Alam’ disampaikan oleh Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini bin Ujang merupakan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Quran dan Sunnah (FPQS). Syarahan ini diadakan bertujuan menyalurkan serta meluaskan cakerawala tanggungjawab belia bahawa mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab moral dalam memelihara kelestarian alam sekitar. Belia bukan sekadar mempunyai peranan pasif sebagai rakan pentadbir dunia untuk memastikan kehidupan yang baik kepada manusia, namun turut berperanan aktif memakmurkan dan memastikan kelestariannya dapat dikekalkan untuk generasi mendatang. Puan Azzah Mokmin, Pemangku Ketua Pustakawan USIM mewakili Dato Naib Canselor dalam ucapannya berkata, program sebegini adalah merupakan inisiatif USIM bagi menjadikan USIM sebagai universiti untuk masyarakat dimana program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara komuniti belia dan warga USIM di samping mengukuhkan agenda integrasi Naqli dan Aqli dengan masyarakat umum khususnya Majlis Belia Malaysia sebagai wadah rasmi gerakan belia di Malaysia. Ilmu adalah alat terbesar untuk memandu tindakan manusia. Maka, membudayakan syarahan ilmu terhadap golongan belia diharap dapat mempertingkatkan intelektualisme mereka selain memberi kefahaman supaya golongan belia memahami tanggungjawab memelihara kelestarian alam bagi menghadapi cabaran di Zaman Revolusi Industri 4.0 yang serba mencabar ini. Turut hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Encik Jufitri Joha. Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032