Putri Nur Sarah Syahirah bt Sulaiman, pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Seni Bina menerangkan model cadangan Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM kepada Dato Prof Dr Asma Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT. Reka bentuk hasil idea pelajar seni bina, fakulti ini dijangka memulakan pembinaannya pada tahun ini dibawah RMK-11. Kunjungan Ketua Pengarah ke USIM pada hari ini bagi merasmikan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).