Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

September 2018

35 kadet Kor Siswa Bomba USIM kohort pertama ditauliah

NILAI, 24 September 2018 - Majlis Pentauliahan Kor Siswa Bomba Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dianjurkan bagi meraikan pelajar USIM yang telah menamatkan tiga semester latihan sebagai Kor Siswa Bomba. Terdapat seramai 35 orang pelajar iaitu 26 perempuan 9 lelaki, kumpulan pertama Kor Siswa Bomba USIM telah berjaya ditauliahkan setelah menjalani 100 jam kredit latihan kebombaan. Kursus badan beruniform ini merupakan pendekatan terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memperkenalkan fungsi dan tugas-tugas Jabatan secara lebih menyeluruh. Ia berbeza dengan pelaksanaan ‘Fire Brigade’ atau ‘Fire Cadet’ yang terdapat di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S). Program ini merupakan program yang pertama diwujudkan di IPT dan pada masa kini hanya USIM dan Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sahaja yang menawarkan kursus Kor Siswa Bomba. JBPM meletakkan matlamat melalui kursus ini para pelatih yang ditauliahkan akan berkhidmat sebagai Pegawai Bomba Bantuan. Penubuhan Kor Siswa Bomba ini adalah merupakan usaha diantara JBPM dengan Institut Pengajian Tinggi Awam bagi melahirkan mahasiswa yang mempunyai sahsiah diri yang berdisiplin, jati diri yang tinggi dan berpengetahuan dalam bidang kebombaan dan keselamatan kebakaran. Secara tidak langsung ianya akan dapat membentuk pasukan yang berupaya mengendalikan tindakan awal apabila berlakunya sebarang kecemasan di persekitaran kampus dan seterusnya melahirkan komuniti yang mengutamakan budaya keselamatan dalam kehidupan seharian. Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, sejajar dengan hasrat USIM untuk melahirkan graduan yang holistik dan seimbang, inilah antara usaha yang disediakan oleh universiti supaya setiap graduan mampu menyumbang untuk kegemilangan universiti dan pada masa yang sama bakal menjadi peneraju kepimpinan negara [...]

“Jauh dimata dekat dihati”

Ziarahkasih@USIM merupakan program ziarah santai kepada insan-insan yang telah menamatkan perkhidmatan di USIM khususnya pesara. Ia merupakan platform bagi menyantuni dan mengenang jasa kepada mereka sebagai mantan pentadbir USIM yang telah bertungkus lumus memberi khidmat bakti kepada pentadbiran di USIM sehingga mencapai kegemilangan seperti kini. Melalui program ini, perkongsian pengalaman dan kenangan pahit manis sepanjang berkhidmat di Universiti ibarat satu arkib sejarah yang bernilai untuk dihayati generasi pentadbir kini dan akan datang. Walaupun telah lama meninggalkan Universiti tetapi USIM tetap diingati dan sentiasa dihati mereka. Sumbang saran, pandangan dan idea yang diutarakan mereka masih relevan untuk diterjemahkan dalam suasana pentadbiran terkini universiti. Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) mengambil inisiatif ini mengadakan Ziarahkasih@USIM dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan USIM (BKKKUSIM), Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PEKA), Persatuan Kakitangan Pentadbiran USIM (PRAGMATIS), Kesatuan Kakitangan Sokongan USIM (KUSIMA), Badan Kakitangan Wanita USIM (WARDAH), dan juga Koperasi Kakitangan USIM bagi menjadikan ia satu program santai tetapi berimpak. Objektif utama program ini juga sebenarnya untuk bertanyakan khabar berita dan perkembangan terkini pesara-pesara Universiti setelah menamatkan perkhidmatan di USIM. Usaha menyantuni pesara-pesara ini juga bertindak sebagai serampang dua mata iaitu hasil dapatan program ini juga dapat membantu mendokumentasikan bahan-bahan untuk Arkib Universiti. TUAN HJ MOHD ALWI YUSOFF Mantan Pemangku Dekan Pengasas Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM – Gombak, selangor Umur :  76 Asal : Kelantan Tarikh lahir : 31/12/1942 Tempoh berkhidmat di USIM:  (16/8/2000 hingga 31/12/2007) " Banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan ketika mula membantu pembangunan awal USIM terutamanya di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Terima kasih [...]

Rekonstruktif Persepsi: Memanfaatkan Seni Budaya dalam kehidupan manusia -Ismail Ahmed

Menggalas amanah diberikan universiti sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed mempunyai visi, misi dan halatuju yang besar serta jelas untuk menakhoda jabatan ini. Baginya, Pusat Kebudayaan sangat komited untuk melonjak seiring bersama universiti dalam mengintegrasikan seni budaya yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli yang dinamakan Seni Berbudaya. Pusat Kebudayaan melaksanakan pelbagai inisiatif selari dengan iltizamnya untuk menjadi peneraju Seni Berbudaya atau A Leader In Good Cultural Art serta meletakkan sasaran untuk menjadi rujukan ilmu kesenian dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Pelbagai kejayaan dan anugerah telah ditempa oleh siswa-siswi USIM dan kakitangan melalui platform kebudayaan yang dirintis oleh pasukan beliau. Pengabdian dan kecintaannya pada seni budaya amat kuat sekali, justeru tidak hairan beliau mencurah segala kudrat, masa dan pengalaman di jabatan ini dengan sepenuh hati. S1  Bagaimana hubungan Seni dan Ketamadunan manusia itu wujud? Pengkarya seni adalah kamera analog yang digerakkan oleh bakat dan kebijaksanaan dalam merakamkan sejarah peradaban dan peristiwa dunia, budaya dan sosial masyarakat. Hubungan ketamadunan manusia sangat jelas dilihat melalui budaya dan karya seni yang dihasilkan oleh pengkarya. Budaya adalah sistem nilai bagi sesebuah ketamadunan. Seni bertindak sebagai cermin kepada budaya manusia khususnya dalam memaparkan value (dengan izin) atau nilai ketamadunan manusia pada eranya. Hubungan ketamadunan manusia sangat jelas dilihat melalui budaya dan karya seni yang dihasilkan oleh pengkarya. Budaya adalah sistem nilai bagi sesebuah ketamadunan. Seni bertindak sebagai cermin kepada budaya manusia khususnya dalam memaparkan value atau nilai ketamadunan manusia pada eranya. Oleh kerana nilai ketamadunan manusia sentiasa dinamik dan [...]

Salam USIM – USIM E-Learning Roadshow 2018 Highlights

Ajaibnya istighfar

Saya mulakan dengan sebuah cerita yang berlaku pada zaman Imam Ahmad Bin Hanbal, yang merupakan anak murid kepada Imam Syafie. Diceritakan perihal imam Ahmad bin hanbal ketika di akhir usianya, beliau berasa ingin sangat untuk pergi ke sebuah kota di Iraq. Beliau pun memulakan perjalanan, ketika sampai di kota tersebut, beliau ingin berehat sebentar di sebuah masjid. Sedang beliau ingin berbaring, beliau ditegur oleh penjaga masjid dan melarang perbuatannya itu, lalu beliau diminta keluar daripada masjid. Imam Ahmad amat terkenal dengan ketinggian ilmunya dan kezuhudannya namun, beliau tidak memperkenalkan dirinya dan hanya mengatakan beliau adalah musafir. Beliau hanya akur dan keluar daripada masjid. Oleh kerana terlalu letih, beliau tetap juga ingin berbaring berehat di luar masjid, namun tetap dilarang oleh si Penjaga masjid tadi. Dari kejauhan, ada seorang penjual roti yang sedang memerhatikan kejadian itu, lalu memanggil beliau ketika beliau melalui tempat dia berniaga. Di sapanya imam Ahmad dan menjemputnya untuk beristirehat di tempatnya. Imam Ahmad masih memperkenalkan dirinya sebagai Musafir. Sepanjang berada di tempat rehat yang disediakan iaitu berdekatan dengan si penjual roti, beliau mendengar penjual roti ini sering beristighfar. Pada setiap tindakannya ketika membuat roti itu, dia melafazkan istighfar. Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti: “sejak bila anda melakukan itu (beristighfar)? Semenjak aku bermula menjual roti iaitu sejak 30 tahun yang lalu. Imam Ahmad bertanya lagi:”apakah kesan daripada perbuatanmu ini? Maka lelaki tadi menjawab: “semua permintaanku dimakbulkan Allah kecuali satu iaitu aku memohon kepada Allah untuk mempertemukanku dengan Imam Ahmad. Mendengar jawapannya [...]

Kunjungan Hormat Duta Jauhar USIM 5.0 ke pejabat Naib Canselor

NILAI- 13 September 2018 – Baru-baru ini seramai 13 orang daripada 15 orang ahli kumpulan Duta Jauhar USIM 5.0 telah memberi kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor iaitu Proffesor Dato’ Dr. Musa bin Ahmad bertempat di bangunan Canselori USIM. Kunjungan tersebut dimulakan dengan bacaan selawat ke atas baginda S.A.W. serta bacaan doa sebelum memulakan majlis. Kemudian diikuti sesi taaruf antara ahli Duta Jauhar dengan Naib Censelor bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara mereka bersama beliau. Mereka juga berkesempatan berkongsi mengenai projek yang dijalankan iaitu Fruitty Delight serta memberitahu perkembangan semasa sepanjang projek tersebut dilaksanakan. Kunjungan ini juga ternyata memberi impak yang positif terhadap ahli-ahli Duta Jauhar kerana mereka berpeluang menerima amanat daripada ayahanda sendiri. Beliau berpesan, “Apabila anakanda berkecimpung dalam mana-mana program atau kelab, biarlah ianya seiring dan selari antara belajar dan program. Jika kita gagal dalam akademik, namun berjaya dalam program takut menjadi fitnah untuk kita”. Katanya lagi, “Usah sesekali menjadikan alasan malas kerana pada masa muda ini lah kena berbakti untuk diri sendiri dan masyarakat”. Amanat tersebut ternyata memberi semangat kepada mereka untuk terus bergerak kehadapan. Kunjungan ini juga memberi kesan baik dimana ahli Duta Jauhar dan ayahanda dapat menjalinkan kerjasama antara kedua belah pihak serta dapat mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan interaksi tersebut. Selain itu, pemberian nasihat dan peringatan dari ayahanda kepada ahli Duta Jauhar itu juga ternyata memberi kesan kepada mereka supaya sentiasa cekalkan hati dan kuat untuk meneruskan projek tersebut. Kesimpulannya, melalui kunjungan ini Ahli Duta Jauhar dapat mengetahui dan mengambil cara [...]

Program Pentas Bahasa 2018, serlah bakat staf Permata Insan

PUTRAJAYA -13 September 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Pentas Bahasa 2018 untuk semua organisasi yang berada di bawah KPM. Program ini adalah bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan turut mendapat kerjasama dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara pertandingan yang dijalankan ialah, pertandingan deklamasi sajak, deklamasi syair dan pertandingan berbalas pantun. Pertandingan yang diadakan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) ini disertai oleh kakitangan dari pelbagai agensi di bawah KPM seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Majlis Kelayakan Malaysia (MQA) dan banyak lagi. Program yang bertemakan “Warisan” ini adalah salah satu usaha KPM untuk terus melestari bahasa dan budaya Melayu agar terus subur dalam generasi muda. Pertandingan yang dijalankan selama sehari itu menyaksiakan pasukan pantun dari Universiti Sains Islam Malaysia (Kolej PERMATA Insan) menjadi Juara Berbalas Pantun menewaskan pasukan daripada Majlis Kelayakan Malaysia (MQA) di peringkat akhir. Tempat ketiga pula adalah milik Universiti Putra Malaysia (UPM). Pasukan membawa pulang piala dan wang tunai RM1,000. Selain dapat terus memperkasa bahasa Melayu, program seperti ini juga dapat mengeratkan ukhwah di antara kakitangan agensi di bawah KPM. Para peserta dapat berbual mesra dan bertanding secara sihat dalam memperkasa seni budaya bangsa. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof, Pengarah AKEPT.   Disediakan oleh: Adlyizan Theis Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032

USIM terima 2198 pelajar baru Sarjana Muda bagi sesi akademik 2018/2019

NILAI, 4 September 2018 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 2,198 pelajar baharu sesi akademik 2018/2019 dengan jumlah 1,560 pelajar perempuan dan 638 pelajar lelaki dari unjuran keseluruhan iaitu 2,773 tempat yang ditawarkan untuk mengikuti 27 program pengajian peringkat Sarjana Muda. Manakala seramai 19 orang pelajar antarabangsa turut mendaftarkan diri antaranya dari Singapura, Indonesia, Gambia, Nigeria, Cambodia dan Libya. Tahun ini Fakulti Ekonomi dan Muamalat mencatat pelajar paling ramai iaitu 403, diikuti Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah 399, Fakulti Sains dan Teknologi 383, Fakulti Syariah dan Undang-undang 290, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan 283, Fakulti Pengajian dan Bahasa Utama 266, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 81, Fakulti kejuruteraan dan Alam Bina 58, dan Fakulti Pergigian seramai 35 orang pelajar. Manakala seramai 179 pelajar siswazah termasuk 7 darinya dari antarabangsa telah mendaftar diri sebagai pelajar Siswazah bagi menyambung pengajian mereka di USIM. Naib Canselor USIM Prof Dato Dr Musa Ahmad dalam ucapannya berkata, sebagai Universiti berteraskan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli, USIM bertekad dan beriltizam untuk terus memperkasakan pelajarnya dengan semangat jati diri yang teguh dan kemahiran profesional yang lengkap berlandaskan Islam sebagai pacu utama dalam usaha memastikan graduan USIM mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Untuk memastikan hasrat ini terus relevan di peringkat nasional dan global, USIM akan terus berusaha memperkukuh dan mengangkat reputasinya sebagai pelopor kepada pengajian dan penyelidikan berasaskan Sains Islam. YAB Tuan Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dalam ucapannya berkata, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar para pelajar USIM dapat mendalami ilmu [...]

Future Muslim Leader USIM timba pengalaman di Padang, Indonesia

PADANG, 13 Ogos 2018 – Seramai 18 orang ahli persatuan Future Muslim Leader (FML) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama seorang pegawai pengiring telah melaksanakan Lawatan Antarabangsa ke Padang, Indonesia selama 7 hari bermula dari 13 Ogos 2018. Mengangkat kepimpinan sebagai tema utama program tersebut, FML telah berkongsikan teori kepimpinan QALB yang diasaskan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak kepada mahasiswa Universitas Negeri Padang (UNP) dalam bentuk simposium. Secara dasarnya, kepimpinan QALB ialah kepimpinan yang berteraskan kepada hati sebagai elemen utama dalam kepimpinan. Hanya dengan memiliki hati yang benar-benar beriman dan yakin kepada Allah, akan menjadikan seseorang pemimpin itu mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang terpuji dan berkekalan. Menurut Penyelaras Kelab FML USIM, Dr. Amin Al Hadi dalam ucapannya di UNP, “teori kepimpinan QALB ini berpotensi untuk menjadi kunci kepada masalah-masalah sosial yang berlaku dasawarsa ini.” “Boleh dikatakan hampir tidak ada teori di dunia ini yang menekankan tentang peri pentingnya peranan hati dalam sesebuah kepimpinan. Walaubagaimanapun, teori ini bukanlah pemulanya dan ia telah dibuktikan berjaya kerana Nabi Muhammad S.A.W juga memimpin umat manusia dengan menekankan peri pentingnya peranan hati.” Perkongsian yang melibatkan lebih 20 orang mahasiswa UNP ini telah berlangsung sepanjang dua hari dan mendapat maklum balas yang amat positif daripada para peserta. Selain daripada penganjuran simposium kepimpinan, ahli FML juga turut berkesempatan untuk mendaki Gunung Marapi yang mempunyai ketinggian setinggi 2891 meter daripada paras laut. Pendakian selama lebih kurang 10 jam diperlukan untuk sampai ke puncak Gunung Marapi. Walaupun dikhabarkan oleh penduduk di sana bahawa [...]

USIM Street Dakwah : Dekati rakyat Kedah, berteraskan Seni Budaya

JITRA, 1 September 2018- Penganjuran Program Jelajah USIM 2018 : USIM Street Dakwah (USD) @ Jitra Kedah merupakan kesinambungan program yang diterajui Pusat Kebudayan USIM sejak 2010. Kali ini dua Dun telah dipilih iaitu Dun Jitra dan Dun Kubang Rotan untuk menjalankan USD di Negeri Kedah. Program kali ini mengekalkan elemen Seni Berbudaya dengan mengenegahkan tiga aspek utama iaitu Sharing Knowledge, Sharing Awareness dan Community Engagement dan telah dikelolakan oleh 35 orang Urusetia Kesenian Pelajar USIM dengan membawa pendekatan santai melalui medium seni budaya kepada golongan sasar iaitu komuniti, sekolah, kampung dan bandar. Menurut Pofesor Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, ia merupakan salah satu platform untuk menyampaikan dakwah, ilmu dan mesej yang bermanfaat kepada komuniti. Ini juga secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara pihak universiti dengan masyarakat seterusnya dapat menyumbang dalam pembudayaan ilmu. ”Selain itu, USIM turut komited dalam melahirkan graduan kompetitif sebagai sebahagian dalam memenuhi keperluan sumber manusia dan ummah. Saya melihat pengisian yang disediakan Pusat Kebudayaan seperti program anak angkat, santai masakan ibu, sukan rakyat, kelas rakan seni berbudaya dan USIM Street Dakwah ini dapat membantu mahasiswa mengenal potensi diri dalam pembentukan jati diri dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat”. ”Sebanyak empat buah sekolah telah menyertai program selama empat hari ini, antaranya Sekolah Kebangsaan Jitra, Sekolah Kebangsaan Seri Banai, Sekolah Menengah Bandar Baru Darul Aman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin”. Tambahnya lagi, dalam usaha melahirkan graduan bersifat holistik dan berdaya saing, setiap pelajar perlu melengkapkan diri dengan [...]

Go to Top