November 2017
i-Sign Quranis bantu OKU mengaji, solat lebih baik
NILAI - Golongan orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menikmati pembelajaran al-Quran dan solat dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan santai. Bagi menaraik perhatian dan membantu golongan itu, kumpulan penyelidik USIM membangunkan i-Sign Quranis, satu perisian interaktif yang mengandungi asas pembelajaran al-Quran dan ibadah. Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Norakyairee Mohd Raus berkata, objektif utama pembangunan perisian yang menelan belanja RM 78,000 adalah bagi memenuhi keperluan rohani golongan tersebut berdasarkan kemahiran, kekuatan dan perbezaan pembelajaran mereka. “Produk ini bertujuan untuk mengajar orang pekak membaca al-Quran. i-Sign Quranis adalah satu kurikulum yang dibangunkan oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah untuk anak-anak OKU pekak mendapat pendidikan yang sama seperti pendidikan di KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain) dan sekolah agama rakyat.” “Produk ini ada beberapa kandungan di dalamnya dan kita ada tranliterasi Makhraj (merumikan teks arab) dan terjemahan di bawahnya yang mesra golongan itu,” katanya. Tambahnya, i-Sign Quranis yang memaparkan dua segmen ititu mengenai al-Quran dan asas-asas ibdah, dilengkapi dengan transliterasi rumi, bahasa isyarat dan terjemahan al-Quran untuk orang cacat pendengaran, yang dimainkan menerusi audiovisual. “Orang pekak ini dikatakan bisu sebab biasanya golongan tersebut tidak penah mendengar perkataan sejak kecil”. “Oleh itu, kita tidak boleh hendak menyebut atau menuturkan perkataan sebab itulah orang biasa sebut pekak bisu tetapi sebenarnya mereka ini ada kotak suara”. “Kami pergi ke sekolah agama pendidikan khas di Johor Bahru baru-baru ini dan bila lihat interaksi kanak-kanak apabila dia nampak perisian, mereka gembira walaupun suara mereka tidaklah sempurna sangat tapi dia cuba untuk [...]
Kolej PERMATA Insan Juara Keseluruhan Pertandingan Global Zakat Game Peringkat Kebangsaan 2017
NILAI, 28 November 2017 – Kumpulan Penyelidik PRGS - Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKA USIM) telah menganjurkan Pertandingan Global Zakat Game Peringkat Kebangsaan 2017 pada 8 November lalu yang dihoskan oleh USIM di Dewan Tuanku Canselor (DTC) dan diketuai oleh Prof Madya Dr Azman Ab Rahman yang juga merupakan Pereka GZG dan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan fiqh zakat melalui medium pembelajaran yang interaktif dan ilmiah dan juga untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kewajipan berzakat dan mendorong mereka untuk membayar zakat. Selain itu, melalui pertandingan ini, kemahiran pengiraan zakat harta dalam kalangan amil dan muzakki meliputi pelbagai jenis zakat juga dapat diperkukuhkan. Seterusnya melahirkan amil yang profesional dan cekap dalam pengurusan zakat. Pada edisi pertama pertandingan ini, Kolej PERMATA Insan (KPI) telah menghantar sebanyak dua pasukan yang disertai oleh seramai lapan orang pelajar terdiri daripada pelajar Asas 1, Asas 2 dan Asas 3. Pasukan pertama yang dikenali sebagai KPI 1 dianggotai oleh Abdul Razzak Khan bin Rustum Ali Khan (Asas 3), Ahmad Haziq bin Mohamed Sabri (Asas 3), Muadzam Fahmy bin Mokhtar (Asas 2) dan Muhammad Zaim bin Mohamad Shukri (Asas 1). Manakala bagi kumpulan kedua, KPI 2 dianggotai oleh Hasya Amalia binti Adnan (Asas 3), Ahmad Zamir bin Zamri (Asas 3), Adam Nabil Rasyad bin Mohd Rafidi (Asas 3) dan Muhammad Syahiran Ammar bin Suzrin Manja (Asas 1). Dengan penyertaan dalam katergori sekolah menengah, pasukan KPI [...]
Prof Dr Roshada Hashim antara penerima “Prof. Indira Parikh 50 Women in Education Leaders” di Mumbai
NILAI, 27 November 2017 - Prof Dr Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), merupakan satu-satunya tokoh wanita Malaysia yang menerima penganugerahan "Prof. Indira Parikh 50 Women in Education Leaders" oleh World Education Congress dan yang berlangsung pada 23 November di Taj Lands End, Mumbai. Prof. Dr Roshada, 57, antara 50 penerima anugerah tersebut atas pencapaiannya yang menyerlah di bidang penyelidikan “Post Graduates in History and Management” serta pengalamannya lebih 5 tahun. Anak kelahiran Pulau Pinang ini memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Salford dan berpengalaman dalam bidang akademik hampir 3 dekad begitu komited dalam pembangunan mampan akuakultur untuk petani berskala kecil dan sederhana di negara-negara membangun. “Penghargaan diberikan atas pencapaian luar biasa yang ditonjolkan meliputi kriteria “Strategic Prespective”, “Future Orientation”,”Track Record”, Integrity and Ethics”, “Ability for Sustainability Education”, “Evaluation Approach,” ucap satu kenyataan. Dalam sumbangan lain, beliau cenderung terlibat dalam bidang kepakaran nutrisi ikan, strategi dan pengurusan pemakanan dan biokimia analitikal (Fish Nutrition; Feeding Strategies and Management; Analytical Biochemistry) kerap menerima jemputan untuk menberikan ucapan dasar di persidangan tempatan dan antarabangsa hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Beliau juga telah menerbitkan lebih daripada 50 kertas kerja dalam jurnal tinjauan semula setara dalam bidang nutrisi ikan kawasan dan pengurusan pemakanan malah beliau turut membentangkan lebih 30 kertas kerja di persidangan tempatan serta antarabangsa dalam bidang yang sama. Kredibilitinya juga terserlah apabila pernah diberi kepercayaan menerajui dua pembangunan iaitu Pelan Strategik 10 Tahun untuk Pendidikan Siswazah di USM (2010) dan Pengantarabangsaan di USIM (2013). [...]
Alumni KUIM kini berbakti mendidik anak bangsa
Menjadi pelajar pertama mendaftar semasa sesi akademik tahun 2000/2001 di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) nama lama bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberikan pengalaman manis yang segar untuk diingati buat bekas pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Siti Noorhasmanawiza Mohd Wi, 39 tahun. Beliau kini berjaya membina kerjaya sebagai pendidik setelah lama menyimpan hasrat sejak persekolahan untuk menyebarkan ilmu yang dipelajari supaya dapat dimanfaatkan bersama oleh anak bangsa. S1 Ceritakan serba ringkas mengenai latar belakang dan maklumat pengajian semasa di KUIM sebelum ini. “Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Bapa saya berniaga dan ibu saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Mahaad Amir Indera Petra dan meneruskan pendidikan tinggi dalam Program Pengajian Quran dan Sunnah di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) atau Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini dari tahun 2000 hingga 2003”. “Saya sendiri pun tidak terfikir yang saya adalah pelajar Nombor 1 KUIM@USIM semasa mendaftar dahulu. Alhamdulilah, kini saya berasa amat bertuah bergelar Alumni KUIM@USIM dan turut berbangga dengan pencapaian USIM kini jika dibandingkan pada awal penubuhan pada tahun 2000”. S2 Mengapa puan memilih guru sebagai kerjaya dan apakah keistimewaan bidang ini? “Bagi saya, guru bermaksud sesiapa saja mengajarkan kita walaupun sekecil-kecil cabang ilmu. Apabila menjadi guru, saya berpendapat boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang Pendidikan”. “Sehingga kini saya masih ingat nasihat mantan guru ketika saya Darjah 6 iaitu ‘usaha tangga kejayaan’. Saya percaya sebagai manusia, kita [...]
Revolusi Manusia Kelima?
Sekiranya sebuah filem yang bertajuk Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) ditayangkan, filem tersebut pasti mencatat sejarah box office Malaysia. Ini disebabkan oleh minat orang ramai daripada semua lapisan masyarakat terhadap subjek tersebut, khususnya golongan akademik serta profesional. 4IR menarik minat orang ramai kerana ia telah dipromosikan sebagai sesuatu yang perlu ada dalam kehidupan. Sekiranya seseorang itu tidak menerima 4IR dalam kehidupannya, nescaya dia akan tertinggal ditelan arus zaman. Tiada siapa yang ingin dilabelkan sebagai ketinggalan zaman mahupun dilupakan dalam arus pembangunan. Namun begitu, dilema yang terbit daripada “ganggu gugat” (disruption) Revolusi Perindustrian bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ianya telah wujud dengan kedatangan setiap revolusi perindustrian semenjak abad ke-18. Walaupun dengan adanya dilema tersebut, kita masih menjalankan kehidupan seharian seperti biasa; malah ada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa dunia menjadi lebih baik selepas Revolusi Perindustrian tersebut berlaku yang telah disebabkan oleh “ganggu gugat” tersebut. Dilema ini mungkin mengingatkan kita tentang pepijat alaf yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan manusia yang bakal melangkau ke abad ke-21. Pepijat alaf tersebut dikatakan merupakan suatu ancaman teknologi yang mungkin menyebabkan pergolakan global jika tidak ditangani dengan baik. Pepijat alaf boleh dikatakan sebahagian daripada Revolusi Perindustrian Ketiga, namun sebahagian besar dunia tidak beranggap sedemikian. Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam situasi ini. Setelah kita melangkah ke abad-21, semuanya masih seperti biasa; tiada perubahan yang drastik kepada cara hidup manusia. Sekali lagi, kita buntu bila berhadapan dengan 4IR. Ramai yang memilih untuk menerima fenomena ini tanpa mengambil tahu risiko [...]
Sinergi Universiti – Industri: bagaimana dihubungkan?
Industri bantu laksana aktiviti Salah satu faktor yang menyumbang kepada jumlah pengangguran adalah disebabkan kurangnya kemahiran industri di kalangan graduan. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sangat menggalakkan penglibatan aktif daripada industri melalui sinergi dan usaha sama dengan institusi pengajian tinggi dalam menyediakan kemahiran dan latihan kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, kurang daripada 10% industri yang terlibat dalam penggubalan kurikulum dengan pihak universiti. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan industri telah terlibat secara aktif terutamanya bagi melahirkan graduan yang berdaya usahawan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan dengan kerjasama industri. Sebagai contoh, Hands-On Programme of Entrepreneurship (HOPE) adalah sinergi USIM bersama tujuh buah rakan industri sekaligus menjadi mentor industri HOPE yang diterajui oleh Syarikat Perfect Triangle. HOPE adalah sebuah program keusahawanan berstruktur yang unik, holistik dan komprehensif yang direka dan dibangunkan bagi menyelesaikan masalah kekurangan kebolehpasaran pelajar bagi menempatkan diri di industri. HOPE dirangka, dibangunkan dan dilaksanakan oleh usahawan-usahawan yang memiliki pengalaman industri melebihi 10 tahun di mana sesi pengisian teori dan praktikal HOPE disampaikan secara bersama oleh para usahawan, pemimpin-pemimpin industri, pakar-pakar akademik dan pakar latihan sumber manusia. USIM telah mula menawarkan program ini kepada pelajar tahun 1 sesi kemasukan 2015/2016 dan mendapat penyertaan yang sangat tinggi. Sehingga kini, bilangan pelajar berjumlah 468 orang. USIM telah menawarkan HOPE sebagai kokurikulum berkredit iaitu sebanyak 6 jam kredit. Pencapaian dan prestasi setiap pelajar HOPE diukur menggunakan Sistem Penilaian Prestasi berasaskan industri, menerusi 12 kriteria di dalam Key Result Area (KRA) dan 8 kriteria di dalam Behaviourial Competencies [...]
Sinergi Universiti – Industri: bagaimana dihubungkan?
Industri bantu laksana aktiviti Salah satu faktor yang menyumbang kepada jumlah pengangguran adalah disebabkan kurangnya kemahiran industri di kalangan graduan. Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sangat menggalakkan penglibatan aktif daripada industri melalui sinergi dan usaha sama dengan institusi pengajian tinggi dalam menyediakan kemahiran dan latihan kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, kurang daripada 10% industri yang terlibat dalam penggubalan kurikulum dengan pihak universiti. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan industri telah terlibat secara aktif terutamanya bagi melahirkan graduan yang berdaya usahawan. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan dengan kerjasama industri. Sebagai contoh, Hands-On Programme of Entrepreneurship (HOPE) adalah sinergi USIM bersama tujuh buah rakan industri sekaligus menjadi mentor industri HOPE yang diterajui oleh Syarikat Perfect Triangle. HOPE adalah sebuah program keusahawanan berstruktur yang unik, holistik dan komprehensif yang direka dan dibangunkan bagi menyelesaikan masalah kekurangan kebolehpasaran pelajar bagi menempatkan diri di industri. HOPE dirangka, dibangunkan dan dilaksanakan oleh usahawan-usahawan yang memiliki pengalaman industri melebihi 10 tahun di mana sesi pengisian teori dan praktikal HOPE disampaikan secara bersama oleh para usahawan, pemimpin-pemimpin industri, pakar-pakar akademik dan pakar latihan sumber manusia. USIM telah mula menawarkan program ini kepada pelajar tahun 1 sesi kemasukan 2015/2016 dan mendapat penyertaan yang sangat tinggi. Sehingga kini, bilangan pelajar berjumlah 468 orang. USIM telah menawarkan HOPE sebagai kokurikulum berkredit iaitu sebanyak 6 jam kredit. Pencapaian dan prestasi setiap pelajar HOPE diukur menggunakan Sistem Penilaian Prestasi berasaskan industri, menerusi 12 kriteria di dalam Key Result Area (KRA) dan 8 kriteria di dalam Behaviourial Competencies [...]
Graduan USIM dirai sempena Majlis Konvokesyen ke-15
NILAI, 23 November 2017 - Wajah-wajah gembira para graduan merakamkan kenangan manis sempena hari graduasi mereka. Seramai 2,562 graduan USIM dirai sempena Majlis Konvokesyen yang bersidang tiga hari bermula 21 hingga 23 November di Dewan Tuanku Canselor. Turut berkongsi kegembiraan bersama ibu tercinta, Maisarah Thulhuda Binti Mat Jafri, 24, berasal dari Raub Pahang merupakan anak sulung dari dua beradik. Beliau yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik dalam bidang Al-quran. Sekarang beliau menjadi tenaga pengajar sambilan di Akademi Pengajian Raudhatul Quran di Raub Pahang. ___________________________________________________________ Pasangan suami isteri muda, Noor Atikah Abdul Rahman dan suami, Mohamad Asyraf Saharudin yang memiliki dua orang cahaya mata yang berumur 2 tahun dan sebulan ceria dapat menggenggam ijazah bersama-sama di Sidang 2 pada Majlis Konvokesyen ke-15 USIM. Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ini tiada masalah untuk membahagikan masa antara mengurus keluarga dan ulang kaji. “Kami menempuh alam perkahwinan semasa tahun klinikal iaitu tahun 4,5 dan 6. Proses belajar banyak dimaksimumkan semasa 3 tahun di hospital. Untuk ulang kaji pula, isteri akan belajar awal pagi semasa anak sudah tidur dan saya belajar menggunakan tablet yang boleh dirujuk bila-bila masa,” ujar Mohamad Asyraf. ____________________________________________________________________________ Sharifah Shuhada dan Sharifah Shahira Syed Hashim, 23 tahun, antara graduan kembar yang mencuri perhatian yang bergraduasi pada sidang kedua. Serba serbi sama dari segi minat dan cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah. Malah, sekarang kedua-dua pasangan ini sedang mengajar sementara di SABK Maahad Al- UmmahChemor Perak sambal menyambung pengajian ke peringkat sarjana. _______________________________________________ [...]
USIM dan KPT bekerjasama anjurkan Foresight Workshop
PUTRAJAYA, 27 November 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Sains Islam dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menganjurkan Foresight Workshop: Leaders, Laggards, Losers Or Lost: The Alternative Futures Of Malaysian Universities bermula hari ini sehingga 29 November 2017 bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya. Bengkel yang dikenadalikan oleh Profesor Sohail Inayatullah, Penyandang Kursi UNESCO in Future Studies di USIM ini dilaksana bagi mengkaji semula dasar berhubung halatuju Institusi Pengajian Tinggi seiring dengan perubahan yang berlaku pada masa kini selain menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada pemimpin Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia untuk menggunakan kaedah Foresight dalam merancang transformasi institusi pendidikan supaya lebih berdaya saing, lebih berkesan dan berimpak tinggi di dalam era pendidikan revolusi industri ke-4. Lebih dari 10 penyertaan diterima antaranya peserta antarabangsa seperti Korea, Pakistan dan Taiwan, serta peserta dari Universiti Awam dan Swasta seperti UKM, UTHM, UMK dan UNITEN. ”Malaysia terkenal sebagai hab pendidikan tinggi dunia dan mengiktiraf peningkatan kualiti serta sistem pendidikan tinggi negara harus mengambil langkah-langkah yang efektif dalam menghasilkan pelajar-pelajar universiti yang proaktif mesti keluar daripada kebiasaan. Justeru, penganjuran bengkel ini dapat memberikan pendedahan tentang kepentingan perancangan halatuju bagi menjamin masa depan menjadikan sesebuah institusi pendidikan yang unggul di masa hadapan,” ucap YBhg Prof Dr Roshada Hashim, Timbalan Naib Canselor yang hadir mewakili Naib Canselor USIM. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Dalam ucapannya Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berharap agar bengkel ini dapat memberi pemahaman [...]
Tunku Pro Canselor anugerahkan Gelaran Profesor Emeritus dan ijazah pada Sidang 5 Majlis Konvokesyen ke-15 USIM
NILAI, 23 November 2017 - Majlis Konvokesyen ke-15 USIM hari ini menutup tirai pada sidang kelima oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pro Canselor USIM. Pada sidang ini, YAM Tunku Pro Canselor berkenan menyempurnakan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Dr. Abdul Jalil bin Abdul Kader yang merupakan Profesor di USIM sehinggalah beliau bersara tetap daripada perkhidmatan pada tahun 2016. Pada majlis yang sama, seramai 442 graduan daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST) menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing bagi enam program iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat), Sarjana Muda Sains (Bioteknologi Makanan), Sarjana Muda Sains (Aktuari dan Pengurusan Risiko), Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan), Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dan Sarjana Muda Sains (Teknologi Kimia Industri). Profesor Dr. Abdul Jalil bin Abdul Kader dilahirkan pada 1950 di Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Stowell, Bukit Mertajam sebelum melanjutkan pelajaran ke Malay College, Kuala Kangsar hingga 1967 kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kedoktoran Veterinar di University of Agriculture, Lyallpur, Pakistan. Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di University of Wales, Cardiff dan pernah dilantik sebagai Profesor dalam bidang Fisiologi Mikroorganisma. Beliau juga terlibat sebagai penyelidik dalam program NEDO (Japan) bertajuk penghasilan aseton, butanol dan etanol daripada sisa pemprosesan minyak kelapa sawit dan merupakan penyelidik bersama dalam projek biosintesis lipid daripada kulat penghasil asid linoleik (2002-2005), penulenan dan pencirian kitin deasitilase daripada Rhizapous oligosporous (2002-2005), Study of Cellulase gene from Aspergillus terreus dan Development of bacterium-based intergrated waste water-treatment [...]