Ogos 2017
Kembara GISO ke Kemboja didik mahasiswa jadi sukarelawan
KEMBOJA, 6 OGOS – Peserta Global Islamic Student Outreach (GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terdiri daripada 17 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dan seorang pegawai pengiring, Dr Sakinah Ali Pitchay bermahabbah menyantuni masyarakat Kemboja selama lima hari bermula dari 25 hingga 29 Julai 2017 dengan tema Pengembaraan Islam ke Empayar Khmer, Kemboja. Pengarah program, Amirul Asyraf bin Harun berkata, program yang dijalankan mendapat respon yang amat positif daripada masyarakat Kemboja sekaligus membantu dalam mencapai objektif program. “Kami mengembara sambil berkongsi mahabbah dengan penduduk disana khususnya penduduk Muslim Kemboja di wilayah Thom di samping menyebarkan ilmu sains dan teknologi terutamanya ilmu asas berkaitan komputer yang bersesuaian dengan jurusan kami iaitu Keselamatan dan Jaminan Maklumat.” “Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah di Kampung Duen Pen itu sendiri seperti program khidmat kesihatan ‘Ops Kutu’ dan aktiviti berus gigi untuk kanak-kanak yang dijalankan serentak ketika hari pertama mereka di sana selain ‘Bijak ICT Click!’ dan ‘Women Day’ yang mensasarkan golongan remaja dan dewasa”. Lokasi yang dikunjungi antaranya adalah Kampung Duen Pen, Surau Duen Pen, Madrasah Tahfiz Al Ridwan, serta lawatan ke beberapa tempat lain yang menarik dan bersejarah di Phnom Penh seperti Muzium Tuol Sleng Genocide dan Pasar Tmer. “Walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti lebih masa berikutan hujan yang agak lebat pada waktu petang dan malam, namun kesemua ahli bersemangat berusaha meneruskan aktiviti yang telah dirangka awal. Malah terdapat permintaan daripada penduduk yang disampaikan melalui ketua kampung kepada mereka untuk menambah aktiviti pada sebelah malam bersama pelajar-pelajar Madrasah [...]
Prof Dato’ Dr Zulkiple Abd Ghani terima pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Asia Kali Ke-8
SINGAPURA – YBhg Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima “Award for Outstanding Contribution to Education”, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Asia yang merupakan kali kelapan penganjurannya berlangsung di Le Meridien Sentosa, Singapura semalam. Dato’ Dr. Zulkiple, 53, antara penerima anugerah tersebut setelah dipersetujui secara bersama di antara Kongres Pendidikan Dunia, CMO Asia bersama Majlis CMO sebagai rakan strategiknya dan Kumpulan ‘Stars of the Industry’ sebagai rakan penyelidik. Beliau dipilih melalui pencapaian terbaik yang ditonjolkan dari aspek kepemimpinan, inovasi, akademik, dan industri antaramuka yang boleh dicontohi sebagai 'role model' di masa hadapan. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Asia adalah suatu proses kajian bersepadu yang dilakukan oleh sel kajian terdiri daripada para Siwazah dalam bidang Sejarah dan Pengurusan iaitu lebih 5 tahun pengalaman dalam membuat kajian selepas tamat tempoh belajar. Antara pencapaian beliau adalah pernah dianugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) dengan gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-69 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada Disember tahun lalu. Beliau juga pernah menerima Pingat Pingat Johan Mangku Negara (J.M.N.) oleh Yang Dipertuan Agong dan pernah menerima anugerah Biasiswa Diraja (1986) malah pernah mendapat pingat emas di 23th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (iTEX 12), pingat perak di Expo Inovasi Islam (i-Inova) 2012 and pingat emas dalam pertandingan Research Poster Exhibition UKM 2005 dan 2006. Dalam khidmat profesional, beliau turut terlibat sebagai Penilai Anugerah Akademik Negara (AAN), Penilai geran-geran penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ahli Panel Majlis Perunding Islam (MPI) dan Pengerusi Kluster [...]
Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 8
Di dalam siri 7, saya ada memetik ayat al Quran yang menceritakan tentang manusia berkehendakkan kepada nafsu kepada apa yang kita sukai. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) (Surah Al-Imran: 14). Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah telah menciptakan manusia berkehendakkan kepada wanita, anak-anak dan harta yang menjadi perhiasan dunia yang di dorongi oleh nafsu. Nafsu manusia boleh menjadi kebaikan atau menjadi keburukan jika ianya di runtuni oleh syariat agama. Jika kita tidak mempunyai nafsu maka kita tidak boleh untuk berkembang di dalam ekonomi, pembangunan dan tamadun secara amnya. Ketiadaan nafsu, perumpamaannya manusia seperti malaikat yang tidak bernafsu. Malaikat hanya akan menurut perintah Allah sahaja tanpa ada nafsu untuk makan dan minum sebagai contohnya. Jika Allah memerintah malaikat hanya untuk memujinya atau bersujud kepadaNya, maka malaikat akan hanya akan bertasbih memuji Allah dan bersujud selamanya kepada Allah. Penciptaan manusia, yang mempunyai nafsu sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan adanya nafsu, manusia akan membangunkan bandar-bandar, meningkatkan ekonomi, kecintaan untuk mempunyai keluarga dan sebagainya. Secara khususnya ada enam perkara yang disebutkan di dalam ayat tersebut yang menjadi kesukaan manusia iaitu wanita, anak-anak, emas dan perak, kuda yang terlatih atau kenderaan yang baik, binatang [...]
USIM rangkul 3 anugerah Festival Teater Negeri Sembilan
Nilai, 29 Julai 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) rangkul 3 anugerah sekaligus dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Festival Teater Negeri Sembilan (FTNS) yang berlangsung pada 24 hingga 29 Julai 2017 yang disertai oleh lapan kumpulan anak muda dari pelbagai kumpulan aktivitis dan Institusi Pengajian Tinggi. USIM yang dianggotai oleh kumpulan ATRA Kelab Urus Setia Kesenian Pelajar dibawah Pusat Kebudayaan disertai oleh 20 orang tenaga produksi. Karya klasik Sophocales terjemahan Ahmad Yatim berjudul Antigone menjadi pilihan ATRA untuk dipersembahkan secara tersendiri dengan menggarapkan elemen kontemporari khususnya aspek pengarahan dan mengikut kesesuaian semasa. Naskhah asal karya ini ditulis pada tahun 441 sm berkisarkan perebutan kuasa dalam institusi keluarga. Sikap angkuh mempertahankan kuasa diakhiri dengan tragedi yang menyayat hati. Saudara Mior Rizal, pelajar tahun 3 jurusan Syariah dan Undang-Undang buat pertama kalinya diberi tanggungjawab sebagai pengarah teater ini. Beliau merasakan pengalaman ini amat berharga kerana tidak menyangka bahawa latihan yang dijalankan hampir 2 bulan membuahkan hasil membanggakan apabila dinobatkan Naib Johan bagi festival kali ini. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dirangkul oleh Aloeng Silalahi yang merupakan Tenaga Pengajar Kumpulan ATRA dan anugerah Sinografi Terbaik menjadi milik USIM. Naskhah ‘Dilarang Menyanyi dibilik Mandi oleh kumpulan Kertas Negeri Sembilan dari Politeknik Nilai menjadi Johan dan turut merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Pilihan Juri manakala tempat ketiga dimenangi oleh persatuan Karyawan Negeri Sembilan dengan naskhah berjudul ‘Aku Dihukum Kerana Cinta’. Sementara itu Pengarah Pusat Kebudayaan USIM Ismail Ahmed berkata, penyertaan USIM pada kali ini sebenarnya lebih menumpukan kepada [...]
USIM terima penarafan lima bintang Pengurusan Kewangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016
NILAI, 2 Ogos 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amat gembira dengan pencapaiannya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 apabila berjaya mendapat penarafan Indeks Akauntibiliti Lima Bintang (Cemerlang) dalam Pengurusan Kewangan apabila mendapat markah keseluruhan sebanyak 90.97 peratus. Pengauditan pengurusan kewangan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara ini selaras dengan kehendak Perkara 106 dan 107, Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit 1957. Pencapaian ini sekaligus mengekalkan pencapaian penarafan Lima Bintang (Cemerlang ) Pengurusan Kewangan yang diterima USIM sebelum ini pada 2015. Sebanyak 38 Badan Berkanun Persekutuan (BPP) termasuk USIM telah diaudit secara pusingan iaitu dalam tempoh tiga (3) tahun sekali oleh Jabatan Audit Negara. Penarafan cemerlang yang diterima USIM adalah hasil penilaian terhadap terhadap sembilan (9) aspek utama kawalan pengurusan kewangan iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan Bajet; Kawalan Terimaan; Pengurusan Perolehan; dan Kawalan Perbelanjaan. Turut dinilai ialah Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit; Pengurusan Aset dan Stor; Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta Pengurusan Penyatan Kewangan. Pengauditan ini dilaksanakan dengan menyemak rekod dan dokumen kewangan bagi tahun 2016 serta penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. Pelaksanaan pengurusan kewangan yang mantap dan cekap oleh Universiti terbukti apabila mendapat penarafan indeks akauntabiliti lima bintang (markah 90 dan ke atas) dalam tujuh aspek. Lebih membanggakan, dari tujuh (7) senarai aspek yang dinilai ini, empat (4) darinya mendapat markah penuh iaitu 100 peratus bagi Kawalan Bajet; Pengurusan Kumpulan Wang Pinjaman dan Deposit; Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman dan Pengurusan Penyata Kewangan.* Penarafan lima bintang lain yang turut diterima adalah bagi penilaian Kawalan Pengurusan (92.64 peratus); [...]
Kerentasan bidang melalui pendekatan Sains dan Kemanusiaan
Dalam buku berjudul Consilence: The Unity of Knowledge (1999), profesor dan penulis Prof. Edward O. Wilson – seorang ahli kajihayat terkenal menjelaskan bahawa “perpecahan” ilmu yang berlaku kepada beberapa bidang lain bukannya sesuatu “semulajadi.” Malah ini disengajakan oleh para sarjana. Maksudnya ilmu itu tetap serumpun seperti yang dihujahkan sebelum ini dan pembahagiannya adalah “rekaan” semata-mata. Mengikut beliau: ‘The ongoing fragmentation of knowledge and resulting chaos in philosophy are not reflections of the real world but artifacts of scholarship.’ Ada yang berpendapat bahawa “rekaan” ini disengajakan untuk memudahkan pembicaraan antara mereka yang berkenaan. Dan tidak terbuka terlalu luas kepada semua pihak. Perlu diingat bahawa para “sarjana” pada masa itu tergolong kepada mereka dari peringkat tertentu saja, khasnya mereka yang berkedudukan. Dan mewah. Kelompok-kelompok ini bertemu dari masa kesemasa untuk bertukar-tukar pendapat serta menyusulkan pandangan untuk diuar-uar kepada pihak tertentu agar ia diterima ramai. Caranya tidak banyak berbeza dari apa yang berlaku pada hari ini pada asasnya. Malah pertubuhan-pertubuhan tertentu seperti “akademi” itu dan ini adalah kelangsungan dari usaha seumpama ini. Bahkan “akademi” tersebut merupakan satu simbol yang jelas meletakkan jurang yang nyata antara para “sarjana” tertentu dengan yang lain, apa lagi khalayak ramai. Oleh itu, ada pihak mengatakan bahawa “rekaan” yang dikatakan tadi juga mengukir satu bentuk “monopoli” agar pihak berkenaan dikenali sebagai “pakar” atau “ahli” ilmu tersebut. Dan diberi status yang tinggi di kalangan masyarakat. Serentak penakulan dan tafsiran ilmu hanya tertumpu kepada kelompok mereka sahaja. Di kalangan mereka juga ada lapisan-lapisan tertentu mengambil sempena [...]
Julai 2017
Telus dan integriti laksana khidmat perundangan berkesan
Jabatan Undang-Undang (JUU) pada asalnya bermula dalam bulan September 2004 sebagai Unit Undang-Undang dan Tatatertib (UTT) di bawah Jabatan Pendaftar. Pada ketika itu, UTT hanya mempunyai seorang Penolong Pendaftar dengan dibantu oleh seorang staf sokongan. Kemudian pada awal September 2009, UTT telah dinaik taraf kepada Bahagian Undang-Undang (BUU) dan mempunyai lima orang kakitangan iaitu seorang Penolong Pendaftar Kanan, seorang Penolong Pendaftar, seorang Penolong Pegawai Tadbir dan dua orang Pembantu Tadbir. Pada tanggal 1 Januari 2014, Jabatan Pendaftar telah distrukturkan semula dan BUU dinaik taraf kepada sebuah PTJ universiti. Perubahan struktur ini dibuat setelah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam mesyuarat LPU Bil. 4/2013 pada 25 September 2013. PTJ baharu ini dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang (JUU) dan diletakkan terus di Jabatan Canselori di bawah pengawasan Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor. JUU pada masa ini beroperasi di Aras 1, Bangunan Canselori, USIM dengan kapasiti enam orang kakitangan termasuk saya sendiri sebagai Penasihat Undang-undang Undang-Undang, dua orang Pegawai Undang-Undang, seorang setiausaha pejabat dan dua orang Pembantu Tadbir. Menurut Pn. Yuhani, Pegawai Undang-Undang dan staf pelaksana yang berperanan memberikan perkhidmatan nasihat undang-undang serta memastikan kelancaran perkhidmatan berpandukan piagam pelanggan jabatan kepada seluruh warga universiti. S1 Mula berkhidmat Saya mula berkhidmat di USIM pada 23 Ogos 2013 di jawatan hakiki Pegawai Undang-Undang, Gred L48 dan dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang USIM setelah lebih 18 tahun beramal sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara di beberapa buah firma guaman sekitar Lembah Klang. S2 Ceritakan serba ringkas objektif penubuhan Pejabat Undang-Undang di USIM Objektif penubuhan [...]
Bank wakaf: Inovasi daripada integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam kewangan Islam
Umat Islam di negara ini perlu menyokong usaha murni dan berinovasi bagi menubuhkan bank wakaf untuk manfaat ekonomi ummah. Ini kerana banyak manfaat yang bakal dinikmati menerusi pelaksanaan bank yang berasaskan sistem wakaf ini. Bank wakaf merujuk kepada institusi perbankan Islam yang menawarkan produk dan perkhidmatan patuh Shariah kepada golongan yang tiada berkemampuan untuk memperolehinya melalui perbankan Islam komersial semasa. Penubuhan bank wakaf merupakan satu integrasi atau gabungan di antara sistem perbankan Islam yang sedia ada dengan sistem wakaf yang telah sekian lama diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA. Cetusan idea bagi menubuhkan bank wakaf ini lahir melalui inovasi daripada pengintegrasian ilmu naqli dan aqli yang telah dibahaskan oleh sarjana Muslim dahulu dan mutakhir ini. Walaupun penggunaan kedua-dua ilmu naqli dan aqli bagi menghasilkan beberapa hukum telah diaplikasikan oleh ulama’ terdahulu dalam bidang fiqh namun, penubuhan bank wakaf merupakan satu inovasi terkini daripada pengintegrasian kedua-dua ilmu tersebut dalam sistem kewangan Islam. Ini kerana konsep wakaf memang jelas sekali diterangkan melalui ilmu naqli berdasarkan sumber al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW. Manakala, konsep bank lahir melalui ilmu aqli dan jika diselusuri sejarah, peranan bank sebagai institusi pemberi pinjaman wang lahir sejak empayar Roman di mana pada masa itu faedah telah mula dikenakan kepada peminjam. Institusi perbankan menjadi lebih tersusun pada zaman empayar British di mana ia didorong dengan kelahiran konsep “invisible hand” atau tangan yang tersembunyi yang telah diperkenalkan oleh Adam Smith pada tahun 1776. Di sinilah lahirnya pasaran bebas dan sistem kapitalis [...]
Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dilantik semula sebagai Naib Canselor USIM
NILAI, 28 Jul 2017 – Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad diberi kepercayaan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk terus menerajui kepimpinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagaI Naib Canselor apabila dilantik semula ke jawatan tersebut untuk tempoh dua (2) tahun lagi. Pelantikan baharu ini adalah bermula pada 16 Ogos 2017 hingga 15 Ogos 2019 (dua tahun) setelah tempoh lantikan semasa beliau selama tiga (3) tahun sebagai Naib Canselor USIM akan tamat pada 15 Ogos ini. Menurut YB Menteri Pendidikan Tinggi, pelantikan ini adalah selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad atas pelantikan semula ini dan turut meletakkan harapan kepadanya agar dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam reaksinya menzahirkan rasa terima kasih kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi atas pelantikan semula ini dan melihatnya sebagai satu bentuk pengiktirafan Kementerian kepadanya sebagai kepimpinannya sebagai Naib Canselor USIM. “Pelantikan ini juga merupakan satu peluang untuk saya meneruskan kesinambungan segala perancangan yang telah kita buat terutamanya dalam menjayakan Pelan Strategik USIM 2016-2025. Selain itu, keutamaan lain yang turut menjadi fokus saya ialah memastikan projek pembangunan fizikal kampus seperti pembinaan kolej kediaman baharu dan hospital pengajar dapat direalisasikan”. “Menjadi keutamaan juga adalah menjayakan gagasan besar Universiti iaitu USIM Kampus Barakah dan ini pastinya memerlukan kepada sinergi dan komitmen seluruh warga USIM untuk menjadi kenyataan. Selain itu adalah untuk memantapkan lagi struktur agenda integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang [...]
Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 6
Di dalam siri 5, saya ada menceritakan tentang perbahasan rakan-rakan saya di dalam kumpulan Whatsapp alumni sekolah saya tentang samada kita perlu menyediakan harta untuk anak-anak. Saya ingin mengulas bahawa kita adalah digalakkan untuk menyediakan harta untuk ahli keluarga kita untuk mereka dapat meneruskan hidup tanpa meminta-minta setelah kita pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Perancangan tentang ini boleh di buat semasa hidup berdasarkan kemampuan kita dan adalah amat penting untuk kita memastikan anak-anak kita mendapat pengetahuan tentang ilmu dunia dan akhirat di samping kita juga menyediakan mereka dengan sedikit harta menurut kemampuan kita. Di dalam siri yang lepas juga saya akhiri dengan persoalan tentang adakah dengan mempunyai pendapatan yang tinggi akan menjamin kita bebas dari kemelut kewangan. Berbalik kepada isu utama kita iaitu menabung yang pernah saya utarakan di dalam siri-siri yang lepas, ramai yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Di kalangan yang tidak bersetuju menempelak isu keperluan menabung kerana tiada apa yang boleh simpan kerana kos perbelanjaan tidak cukup dengan gaji yang diterima. Katanya, “apa yang nak ditabung lagi kalau gaji pun dah tidak cukup”. Sudah menjadi lumrah bagi saya untuk menerima pelbagai kritikan kerana tidak semua pendapat yang diutarakan oleh saya boleh diterima oleh semua orang. Persoalannya adakah dengan mempunyai pendapatan yang tinggi, sudah semestinya kita mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik? Adakah dengan mempunyai pendapatan yang tinggi kita sudah tentu dapat menabung? Kalau sudah berpendapatan tinggi tetapi masih tidak menabung? Apa masalah yang akan timbul jika kita belanjakan semua [...]