Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Jun 2017

USIM serah modul e-KAFA kepada JAKIM

PUTRAJAYA, 21 JUN 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hadir di Majlis Penyerahan dan Pelancaran Modul e-KAFA bagi menyerahkan modul e-KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertempat di Auditorium Kompleks Islam di Putrajaya. E-KAFA merupakan satu modul pembelajaran dalam talian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain yang dibangunkan sejak tahun 2010 oleh JAKIM dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kemudian pada tahun 2015 kerjasama diteruskan dengan USIM sehingga selesai pada tahun 2016. Pembangunan modul e-KAFA adalah merujuk kepada silibus yang disediakan oleh JAKIM dan akan menjadi salah satu Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman ilmu asas Pendidikan Islam kepada pelajar KAFA khususnya dan masyarakat amnya. Ia menampilkan kombinasi konsep animasi dan video grafik Islamik bersifat interaktif menjadi tarikan dan minat plajar untuk mengikuti pembelajaran E-KAFA. “Diharapkan agar usaha mentransformasi sistem penyampaian pembelajaran KAFA ini dapat diperkukuhkan supaya program KAFA JAKIM menjadi penyokong yang berkesan kepada sistem Pendidikan Islam kebangsaan,” ucap Dr Najwa Hayaati. “Sistem ini juga boleh diaskes oleh semua lapisan masyarakat di mana-mana tanpa mengira sempadan masa dan tempat yang mempunyai capaian internet. Pada masa ini, sistem e-KAFA boleh dilayari menerusi laman web berkut: simpeni.islam.gov.my dengan menggunakan semua jenis browser,” tambahnya lagi. Ahli kumpulan USIM diketuai oleh Dr Najwa Hayaati diikuti Mohd Faizal Mohd Fuaad, Mohamad Faiz Taip, Nurhuda Ruzlan, Muhammad Muizzuddin Musa dan Muhammad Zarin Mislan dari Unit Pembangunan Kandungan, GOAL ITQAN. Pada majlis tersebut, USIM yang diwakili oleh Dr Najwa Hayaati Mohd Alwi, Timbalan Pengarah [...]

Naib Canselor dan Pragmatis USIM agih sahur kepada petugas Beruniform

NILAI, 10 Jun 2017 – Pengorbanan pasukan beruniform seperti polis dan bomba yang sentiasa bersiap-siaga 24 jam untuk keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa di hargai. Justeru itu, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada baru-baru ini menyantuni para petugas beruniform pada awal pagi untuk menyerahkan sumbangan juadah sahur kepada mereka. Program ‘Raikan Sahur PRAGMATIS USIM : Mendekati Komuniti, Kami Prihatin’ yang julung kali diadakan ini turut disertai oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad bersama 40 petugas yang terdiri daripada ahli PRAGMATIS serta Majlis Perwakilan Pelajar USIM. Konvoi Raikan Sahur ini mula bergerak dari lobi Bangunan Canselor USIM pada jam 3.00 pagi untuk mengagihkan kira-kira 200 pek juadah sahur ke lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti sekitar Nilai. Edaran bermula di pondok pengawal utama USIM sebelum singgah di Balai Bomba dan Penyelamat Nilai. Selepas itu konvoi yang disertai lapan buah kenderaan ini mula bergerak ke Pejabat Tenaga Nasional (TNB) yang terletak di Bandar Baru Nilai untuk bertemu para petugas di sana. Ternyata kehadiran konvoi Raikan Sahur USIM ini amat dihargai oleh mereka. Selesai menyantuni warga TNB, konvoi singgah pula di Balai Polis Nilai Lama dan seterusnya menziarahi pasukan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. Lokasi terakhir ialah menyampaikan sumbangan sahur kepada para petugas kecemasan di Pusat Perubatan Nilai (NMC) sebelum ke semua peserta Raikan Sahur kembali semula ke kampus untuk menikmati juadah bersahur di Kompleks Islam USIM. “Saya memuji inisiatif yang diambil oleh PRAGMATIS ini kerana program ini memberi peluang untuk saya dan [...]

Malaysia Quran Hour peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Islam USIM

NILAI, 19 Jun 2017 – Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi lokasi utama peringkat Negeri Sembilan bagi Program mengaji al-Quran secara beramai-ramai sempena Malaysia #QuranHour yang berlangsung serentak seluruh Malaysia hari ini bersamaan 24 Ramadan 1438H. Program yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan Wanita Perkim Seremban menghimpunkan seramai 1,000 orang peserta dari kalangan pelajar USIM juga melibatkan peserta dari kalangan orang kurang upaya (OKU) dari Yayasan Faqih yang buta, bisu dan lemah pembelajaran. Naib Canselor USIM, YBhg Prof Dato’ Dr Musa Ahmad menyatakan rasa sangat mengalu-alukan semangat dan hasrat murni untuk menganjurkan program ini yang diadakan pertama kali di USIM di mana pada masa ia sama boleh mengimarahkan aktiviti di Kompleks Islam USIM sempena Ramadan. “Sebagai umat Islam kita harus akui melalui bacaan al-Quran secara beramai-ramai dapat menyatukan hati tanpa mengira latar belakang masing-masing. Pada masa yang sama, peserta dapat memperbaiki bacaan, menghayati serta memahami kandungan ayat al-Quran,” ujarnya lagi. Turut serta pada program tersebut adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tn Hj Kamal Amran Kamarudin dan Pengarah Pusat Islam USIM, Dr. Khairul Anuar Mohamad. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

40 golongan asnaf di Nilai dirai sempena menyambut Ramadan

NILAI, 19 Jun 2017 – Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SEKREFEM) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra Nilai menganjurkan Program Jejak Asnaf 1.0 dan Cegah Jenayah sempena menyambut Ramadan bermula pada 12 hingga 20 Mei lalu. Antara acara yang diatur sepanjang 3 hari program antaranya forum bual bicara yang disampaikan oleh Dato Ustazah Nurbahyah dengan suaminya yang berjudul : ‘Adakah Aku Bersedia Dengan Ramadhan Kali Ini?’ dengan persembahan khas daripada Mawi. Sebanyak 40 buah rumah asnaf dijejaki yang terdiri daripada keluarga miskin, kematian ibu bapa di mana mereka di berikan sumbangan berbentuk keperluan harian, mendapat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, gotong royong membersihkan kawasan rumah serta edaran flyers sebagai bahan promosi cegah jenayah oleh pelajar KOR SUKSIS USIM. Menurut pengarah program iaitu saudara Ikhwan Firdaus bin Roslan, program ini bertujuan untuk menitik beratkan kepentingan menjaga kebajikan dan tanggungjawab kepada golongan yang memerlukan disamping memimpin pelajar supaya lebih peka dan perihatin terhadap sesuatu isu yang berlaku disekeliling. Selain itu, program ini juga dapat memberikan sedikit motivasi kepada pelajar tentang bagaimana keadaan kehidupan asnaf di luar sana. Dalam masa yang sama, para pelajar dapat menyelami rintitan yang berlaku terhadap golongan asnaf untuk menjalani kehidupan mereka khususnya pada bulan Ramadan. “Program seperti ini juga dapat memberikan impak yang besar kepada kami semua golongan untuk sentiasa bermuhasabah diri dan mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah berikan”. Program ini turut mendapat kerjasama dari beberapa badan kerajaan dan NGO seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Persatuan Sukarelawan Prihatin Nilai, Sukarelawan Malaysia dan Urusetia Konvesyen Keusahawanan [...]

Berpuasa di bulan Ramadan madrasah terbaik lentur peribadi anak-anak

Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah Taala akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sayugia, ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan tunjang amalan ketiga dalam Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan untuk menunaikannya termasuklah golongan anak-anak kecil. Alim ulamak menyebutkan bahawa walaupun kanak-kanak masih belum mukallaf iaitu diwajibkan melaksanakan syariat, namun ibadah berpuasa oleh mereka adalah dianggap sebagai suatu bentuk latihan. Ibnu Battol rahimahullah berkata, “Para ulama sepakat bahawa amal ibadah dan pelbagai kewajiban lain tidaklah wajib kecuali jika seseorang sudah baligh. Namun majoriti ulama menganjurkan agar anak dilatih berpuasa dan melakukan ibadah supaya nantinya mereka tidak meninggalkannya, dan terbiasa serta mudah melakukannya ketika sudah dihukumkan wajib kelak.” Pernyataan ini jelas memberi isyarat bahawa ibadah puasa perlu dididik dan dilatih dalam kalangan anak-anak kecil. Menjadi tanggungjawab ibu bapa memastikan bahawa anak-anak seawal usia empat atau lima tahun belajar untuk menghayati kelebihan berpuasa di bulan Ramadan ini. Anak-anak kecil ini perlu didedahkan tentang ibadah berpuasa ini serta fadilatnya. Asasnya, anak-anak perlu tahu bahawa puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Dinasihatkan supaya sebelum melatih anak berpuasa, ibu bapa perlu mengajarkan mereka akan perkara-perkara asas tentang ibadah berpuasa seperti niat, tempoh berpuasa, perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, perkara-perkara sunat diamalkan semasa berpuasa dan perkara yang makruh yang perlu dielakkan bagi menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Setelah anak-anak [...]

Khutbah Jumaat USIM Mesra OKU


NILAI, 9 Jun 2017- Penyampaian khutbah Jumaat di Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbeza dari khutbah Jumaat di tempat lain apabila turut disampaikan melalui bahasa isyarat. Pusat Islam USIM dengan kerjasama Yayasan Faqeh menyediakan seorang penterjemah bahasa isyarat dalam setiap khutbah Jumaat yang disampaikan setiap minggu. Bermula pada solat Jumaat hari ini, Sukarelawan Sahabat Faqeh di bawah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM yang dianggotai oleh siswa USIM akan bergilir-gilir menjadi jurubahasa isyarat. Unit Multimedia dan Info Digital, Pusat Komunikasi Strategik USIM turut membantu dalam aspek teknikal dan visual untuk ditayangkan secara langsung pada layar utama di dalam dewan solat untuk bahasa isyarat yang disampaikan. Tujuan utama khutbah di dalam bahasa isyarat ini adalah bagi meraikan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran agar intipati khutbah yang disampaikan oleh khatib dapat difahami dan dihayati.

 Dipilih menjadi jurubahasa isyarat pertama yang bertugas dalam solat Jumaat kali ini, Saudara Muhammad Zaid Abdul Samat, 23 berasa teruja bercampur rasa gementar. "Alhamdulillah, saya dapat sampaikan terjemahan khutbah Jumaat tadi dengan sebaiknya hasil rujukan dan latihan awal untuk teks khutbah yang akan dibacakan. Saya dan rakan-rakan yang mengambil kursus Dakwah Tanpa Suara di FPQS merasakan peluang yang diberikan oleh USIM dan Pusat Islam untuk kami tonjolkan kemahiran yang kami pelajari amat baik sekali". "Terjemahan bahasa isyarat untuk khutbah Jumaat yang disampaikan bukan sahaja untuk teks di dalam bahasa Melayu, malahan juga yang disampaikan dalam bahasa Arab dan Inggeris serta ayat-ayat Al-Quran dan hadis," ujarnya yang mengambil jurusan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Para [...]

Perniagaan di bulan Ramadhan

Islam sangat menganjurkan umatnya agar menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Hal ini digambarkan melalui sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: Daripada Rafi’ bin Hadij bahawa Rasullulah ditanya mengenai apakah pekerjaan yang paling baik. Rasullulah menjawab “Kerja seseorang dengan tangannya sendiri dan perniagaan yang diberkati” (Imam Ahmad bin Hanbal). Maksud hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Islam sangat menggalakkan umatnya bekerja sendiri dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Malahan, Islam turut memandang mulia kepada golongan peniaga malah dijanjikan dengan balasan yang baik di akhirat kelak dengan syarat golongan peniaga ini benar-benar jujur dan ikhlas serta memahami dan melaksanakan konsep perniagaan yang telah ditetapkan dalam Islam. Ini dijelaskan dalam hadis lain yang bermaksud:- Abi Sa’id menceritakan bahawa Rasullulah SAW berkata: “Seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.” (Hafiz Abu Eisha At-Tirmizi). Islam sangat menyokong dan memberikan ruang yang luas dalam urusan perniagaan, jual beli dan seluruh aktiviti yang berkaitan dengan keusahawanan. Namun, masih terdapat peraturan yang perlu dipatuhi sepertimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” Hal ini akan menjadikan peniaga Muslim dipandang mulia bahkan keseluruhan kehidupan manusia lebih bertamadun dan berakhlak. Ketika bulan Ramadhan, umat Islam digalakkan melipatgandakan amal ibadat kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT bahawa ganjaran kepada amalan sunat yang dilakukan sepanjang bulan yang penuh baraqah ini adalah seperti melakukan amalan ibadat fardhu manakala amalan fardhu bertambah 70 kali ganda ganjarannya. Bulan ini juga umat Islam [...]

Amalkan sikap bersederhana di bulan Ramadan

Ibadah berpuasa bukan sahaja diamalkan oleh umat Islam pada masa kini malah telah lama diamalkan oleh umat–umat terdahulu. Perkara ini jelas telah diceritakan oleh Allah SWT dalam Al-Qur’an melalui firmannya yang bermaksud “Wahai orang–orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat– umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa”. (Surah al – Baqarah: Ayat 183). Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi melalui kedatangan bulan yang mulia ini antaranya ialah manfaat kesihatan di mana ibadah berpuasa terbabit dapat membersihkan segala kekotoran yang terdapat dalam tubuh badan seseorang serta pada masa yang sama meningkatkan kadar kesihatan individu terbabit. Terdapat juga manfaat ekonomi di mana ibadah di bulan puasa ini dapat membendung seseorang itu dari melakukan pembaziran terutamanya dari aspek pembelian makanan, minuman dan barangan yang lain. Ibadah puasa juga menawarkan manfaat jalinanan ukhwah persaudaraan sesama Islam serta pada masa yang sama dapat meningkat keimanan terhadap Allah SWT. Adalah penting juga untuk diketahui ibadah di bulan Ramadan ini melatih umat Islam itu sendiri untuk melakukan segala amalan dengan cara penuh sederhana serta tidak melakukan perkara yang melampaui batas. Ini adalah penting bagi melatih umat Islam supaya bersikap lebih sabar, berdisplin serta memupuk akhlak dan disiplin diri yang baik bukan sahaja setakat dibulan Ramadan malah akan terus menjadi ikutan di bulan-bulan yang lain. Tidak dapat dinafikan, pelbagai jenis dugaan akan hadir dalam mengharungi bulan Ramadan terutamanya aspek pembelian juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa (iftar) serta penyediaan sarapan waktu sahur. Pelbagai jenis juadah makanan dan minuman [...]

2500 Jemaah tunai solat Jumaat pertama di Kompleks Islam USIM

NILAI , 2 Jun 2017 - Kompleks Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara rasmi diberi kebenaran oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan untuk menjadi tempat menunaikan Solat Jumaat mulai Jumaat hari ini. Teks pengisytiharan kebenaran solat Jumaat dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan tersebut dibacakan secara rasmi oleh Tuan Haji Nor Azamir Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak Mufti Negeri Sembilan dalam satu majlis khas sebelum solat Jumaat bermula. "Sehubungan dengan itu, kebenaran mendirikan Solat Jumaat di Surau Kolej Kediaman Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diberikan melalui surat bertarikh 25 Februari 2011 adalah ditarik balik" katanya. Warga kampus USIM dan penduduk Islam sekitar USIM iaitu Taman Desa Anggerik, Desa Jati dan Taman Acacia Avenue sebelum ini mendirikan solat Jumaat di Surau Kolej Kediaman Satu USIM. Majlis pengisytiharaan yang diadakan di ruang dewan solat utama Kompleks Islam USIM turut dihadiri oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato Dr Musa Ahmad; Pengurusan Kanan Universiti dan Pengarah Pusat Islam, Dr Khairul Anuar Muhamad Al Bakri; warga kampus USIM dan masyarakat sekitar. Dengan perpindahan solat Jumaat ke lokasi baharu ini, ia memberi lebih keselesaan dengan pelbagai kemudahan yang disediakan selain dapat menampung kuantiti jemaah yang lebih ramai. Naib Canselor USIM dalam ucapannya di majlis ini menyatakan Kompleks Islam USIM yang  dilihat pada hari ini merupakan anugerah daripada Allah SWT sempena bulan mulia bulan Ramadan Al-Mubarak. "Penubuhan Kompleks Islam USIM ini in line atau sejajar dengan konsep yang telah dipersetujui oleh Pengurusan Universiti iaitu konsep Kampus Barakah". "Alhamdulillah, mercu tanda baharu universiti yang dinanti-nantikan [...]

Mei 2017

Sedekah USIM untuk Surau di Kedutaan Filipina

NILAI, 30 Mei, 2017 – Bertepatan dengan kemuliaan di bulan Ramadan, pada 4 Ramadan 1438H, Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan isterinya Puan Sri Masrah Abidin telah melawat bangunan baru Surau yang terletak di perkarangan diplomatik di Kedutaan Besar Filipina, No.1 Jalan Changkat Kia Peng, Kuala Lumpur. Mewakili Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Musa Ahmad, pihak pengurusan, fakulti dan seluruh kakitangan USIM; Tan Sri Dzulkifli dan Puan Sri Masrah telah menyampaikan sumbangan berbentuk Surah Yasin, buku-buku agama, sejadah, telekung untuk muslimah dan sebagainya termasuklah wang tunai yang bagi tujuan keselesaan pengguna surau di kedutaan itu. Sumbangan itu telah disampaikan kepada Konsul Johann Andall dan AttaseShamina Saidamen bagi pihak Pengerusi dan seluruh jemaah Surau. Surau ini adalah suatu bangunan baru yang didirikan bersebelahan bangunan Canselori Kedutaan yang telah dirasmikan oleh mantan Duta Besar J. Eduardo Malaya pada 4 April 2017 yang lalu, selepas tamat perkhidmatan beliau selama lima tahun setengah di Malaysia. Pembinaan surau itu sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan kerana buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, para diplomat, kakitangan, tetamu dan pelawat Muslim mempunyai tempat yang selesa untuk menunaikan solat pada waktu pejabat. Di dalam ucapan ringkas semasa menyampaikan sumbangan USIM kepada para diplomat Kedutaan Filipina, Tan Sri Dzulkifli berkata, "Sedekah ini bukanlah hanya dijalankan sekali sahaja oleh warga USIM. Sebaliknya, Kami meanggap Surau sebagai Anak Angkat USIM. Kami juga akan membekalkan bahan-bahan bacaan tentang Islam dari semasa ke semasa dan penganut bukan Islam juga bebas untuk meminjam [...]

Go to Top