Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mei 2017

“Fokus jayakan kempen Jom Berwakaf” – Prof. Madya Dr Wan Abdul Fattah

Penjenamaan baharu Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) kepada Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) pada 1 Mei 2017 merupakan satu indikasi bahawa peranan dan halu tuju jabatan ini semakin berkembang. Pendanaan sumber kewangan baharu oleh Universiti melalui wakaf mendapat sokongan dan perhatian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selari dengan hasrat Kementerian oleh melihat Universiti berkreativi dan berinovasi dalam mencari sumber peruntukan kewangan sendiri. Sumber pendanaan baharu melalui pendekatan wakaf dan zakat ini menyediakan saluran sumbangan yang tidak menyimpang dari tuntutan Islam malah jika dilihat lebih jauh, ia membentuk sifat-sifat kerohanian dan keagamaan yang lebih mendalam khususnya kepada para penyumbang. Ikuti temubual bersama Pengarah PWZ, Prof. Madya Dr Wan Abdul Fattah Wan Ismail tentang perkembangan terkini PWZ. S1 Apakah pandangan PWZ tentang potensi wakaf dalam pembangunan institusi pengajian tinggi amnya dan USIM sendiri? “Peranan wakaf dalam pembangunan institusi pengajian tinggi amnya dan universiti sendiri, adalah sangat besar. Pandangan saya, potensi wakaf ini khususnya kepada universiti sendiri sangat baik. Apabila kita uar-uarkan wakaf ini dengan pelbagai cara, kita dapat lihat banyak pihak tampil menunjukkan minat untuk menyalurkan dana mereka untuk pembangunan wakaf. Oleh kerana itu, saya yakin Insha-Allah peluang untuk wakaf berkembang pada masa hadapan sangat terbuka”. “Apa yang saya boleh katakan potensi untuk wakaf di dalam USIM sangat terbuka kerana kami menerima sokongan penuh dari pihak atasan USIM dan Lembaga Pengarah Universiti sendiri. Peranan wakaf dalam pembangunan institusi ini merujuk kepada peranan PWZ untuk menggerakan aganda wakaf dalam universiti ini secara lebih agresif dan berterusan dan tidak bermusim. Saya juga [...]

Salam USIM – Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan USIM 2017

Berwakaf melalui wakaf kepakaran membuka ruang untuk berinfaq

Amalan dan budaya berwakaf adalah tradisi zaman berzaman dan telah menjadi amalan mulia umat Islam di seluruh dunia. Jika diteliti dari sejarah pada zaman kerajaan Islam lampau telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai bentuk amalan berwakaf yang telah dihasilkan dan diamalkan meliputi wakaf untuk pengembangan ilmu dan pendidikan, wakaf untuk kegiatan sosial, wakaf untuk kegiatan politik dan ketenteraan dan lain-lain. Tentunya banyak manfaat yang telah diperolehi oleh umat Islam terdahulu hasil dari aktiviti berwakaf ini. Bahkan, pada zaman kerajaan Uthmaniyyah misalnya, pernah dicatatkan bahawa pendapatan wakafnya pernah mencecah separuh daripada keseluruhan jumlah pendapatan kerajaan pada masa itu. Malah, hampir 30 ribu institusi yang berasaskan wakaf telah ditubuhkan dan ia amat membantu bagi menjamin lebihan belanjawan (surplus budget) kepada kerajaan tersebut pada setiap tahun. Zaman kegemilangan wakaf seperti ini nampaknya telah berakhir namun, usaha untuk mengembalikan kegemilangan wakaf terus rancak dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Alangkah baiknya jika budaya dan amalan yang murni ini tetap diteruskan pada zaman ini bagi memberikan pelbagai manfaat untuk semua pihak disebabkan terdapat banyak aspek dan bidang yang memerlukan sumbangan dan bantuan dari mereka yang memiliki kelebihan dari segi harta, kepakaran dan ilmu pengetahuan. Berdasarkan satu hadith dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya" (Hadith Riwayat Muslim). Berdasarkan hadith ini, antara amalan yang boleh dikategorikan [...]

USIM bawa pulang 6 Emas, 3 Perak di ITEX 2017

NILAI, 13 Mei 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi mengulangi kejayaan di pentas Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2017 (ITEX 2017) apabila berjaya membawa pulang 6 emas dan 3 perak apabila 9 kumpulan kakitangan akademik turut serta bagi penyertaan 9 produk. Permainan bertemakan zakat antara yang mendapat emas dinamakan Global Zakat Game (GZG) merupakan permainan papan bertemakan zakat yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terutamanya pelajar dan amil terhadap konsep zakat serta memperkasakan kemahiran pengiraan zakat. GZG menyediakan kepada pengguna konsep zakat yang menyeluruh melalui tahapan soalan IQ yang berbeza serta kaedah pengiraan zakat meliputi semua jenis zakat termasuk zakat pendapatan, perniagaan, penternakan, pertanian, emas dan harta karun. GZG turut bersifat global iaitu diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Pengenalan GZG versi 2.0 adalah lanjutan daripada versi sebelumnya yang telah melalui beberapa penambahbaikan iaitu dilengkapi dengan aplikasi android. Inovasi baharu telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azman Ab Rahman,  pensyarah dari Fakulti Syariah Undang-undang (FSU). Pensyarah dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Dr. Noor Saazai Binti Mat Saad bagi produk E-PRASMO: An Online Supervision Tool bagi mengurangkan kos yang tinggi dan masa yang berlebihan yang terlibat dalam pelaksanaan pengajaran praktikum di mana penyelia melawat penyelia di tempat kerja yang kedua itu (sekolah). e-PRASMO juga menyediakan ruang untuk penyeliaan melalui forum dalam talian, yang menangani masalah kekurangan interaksi ditonjolkan sebelum ini. Pn. Syahidawati Shahwan dari Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) memperkenalkan Permainan berkonsepkan “board game” dinamakan Muamalat Interactive Game  (Community Edition) merupakan permainan seperti saidina [...]

Peluang menjana pahala dalam bulan Ramadan melalui institusi kewangan sosial Islam

Sistem kewangan Islam merupakan satu sistem yang amat berbeza dengan kewangan konvensional dari segi matlamat, objektif dan operasinya. Sistem ini telah terbukti menjadi alternatif terbaik kepada kewangan konvensional sama ada dalam sektor perbankan Islam, takaful, pasaran modal serta pengurusan harta Islam. Dalam kemajuan dan kegemilangan sektor kewangan Islam ini, timbul pula istilah kewangan sosial Islam yang semakin rancak diperkatakan kini. Institusi kewangan sosial Islam merujuk kepada institusi tradisional dalam Islam berasaskan konsep sadaqah dan kedermawanan seperti zakat, sadaqah dan wakaf. Ia juga meliputi konsep kerjasama dan tolong-menolong di antara dua pihak seperti qard atau pinjaman dan kafalah atau jaminan yang berobjektif untuk menangani masalah kemiskinan dan membantu mereka yang tidak berupaya dari sudut kewangan. Institusi kewangan sosial Islam pada asasnya adalah sebuah organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan atau dengan kata lain ia merupakan satu badan amal atau kebajikan yang bertujuan ke arah perlaksanaan konsep wakaf, zakat, sadaqah dan qard al-hasan (pinjaman tanpa faedah) dalam masyarakat Islam. Konsep berlumba-lumba dalam melakukan amalan kebajikan amat ditekankan dalam Islam dan sangat sesuai untuk diaplikasikan terutama dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini di mana setiap amalannya akan dilipat gandakan oleh Allah SWT. Ini sesuai dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan, tatkala itu Jibril menemui baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran pada masa itu, dan Rasulullah SAW adalah yang paling pemurah dan bersemangat dalam melakukan [...]

Pelalian Human Papilloma Virus (HPV)

Pelalian Human Papilloma Virus (HPV) Apakah Kanser Servik? Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita. Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ? HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.   APAKAH PELALIAN HPV ? Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut : Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik. Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama. Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan. Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ? Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang. Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun. Di mana anak gadis saya boleh mendapatkan pelalian HPV? Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan. Bagaimana sekiranya anak gadis saya yang tidak termasuk di dalam kumpulan sasar ini hendak mendapatkan pelalian? Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau [...]

898 pelajar Tamhidi mendaftar bagi sesi akademik 2017/2018

Nilai, 25 Mei 2017 - Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima seramai 898 pelajar baharu pra-universiti, Tamhidi atau Matrikulasi/ Asasi bagi sesi akademik 2017/2018 setakat yang mendaftar semalam di Dewan Tuanku Canselor USIM dan ia dijangka akan meningkat pada pendaftaran pelajar sesi rayuan yang dijangka bakal mendaftar pada 16 Jun nanti. USIM menerima sebanyak 15, 591 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,873 permohonan memilih USIM sebagai pilihan pertama. Pusat Tamhidi USIM yang menawarkan lima program pengajian merekodkan Program Tamhidi Sains dan Teknologi menerima pendaftaran pelajar paling tinggi iaitu seramai 333 pelajar diikuti Tamhidi Perakaunan dan Muamalat seramai 201 pelajar, Tamhidi Syariah dan Undang-undang seramai 152 pelajar, Tamhidi Perubatan seramai 201 pelajar dan Tamhidi Pergigian seramai 85 pelajar. Seramai 274 pelajar lelaki dan 624 pelajar perempuan yang mendaftar tahun ini adalah mewakili pecahan mengikut negeri yang mana Selangor mencatat angka pelajar mendaftar paling tinggi iaitu seramai 197 pelajar diikuti Kelantan seramai 122 pelajar seterusnya Terengganu seramai 118 pelajar. Tambahan, tahun ini juga USIM turut menerima seorang pelajar lelaki dari Thailand. “Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan lancar dalam keadaan kondusif dan efisien oleh urusetia dan pengurusan. Hampir 80% pelajar yang telah ditawarkan tempat telah mendaftar. Pada kali ini proses mendaftar tidak mengalami masalah dan semua pelajar hanya mengambil masa 15 minit dan urusan ibubapa dan penjaga pelajar dapat dipercepat dengan terus menghantar anak-anak ke asrama pula dan bergerak pulang ,” ujar Prof Madya Dr Asmaddy Haris , Pengarah Pusat Tamhidi USIM. Menurut pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 11A dari Sekolah [...]

Badan Beruniform main peranan sebagai duta kecil Universiti

NILAI, 24 Mei 2017 – Keunikan keperibadian baik secara zahir atau dalamannya dikalangan anggota beruniform yang dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswi menjadikan mereka boleh memainkan peranan yang baik apabila berhadapan dengan masyarakat luar kampus. Kelebihan yang dimiliki hasil penyertaan dalam badan beruniform menjadikan mereka berbeza daripada pihak (mahasiswa) yang lain. Perkara ini ditegaskan oleh Penguasa Kanan Bomba I Kehormat Siswa Bomba Bantuan (SBB) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Haizuan Rozali dalam Perhimpunan Badan Beruniform USIM pada rabu pagi. Perhimpunan yang disertai 500 ahli pelbagai badan beruniform di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM antaranya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seperti Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Sispa) dan SBB sendiri berlangsung di Dataran Canselori. “Kehadiran semua ahli badan beruniform ini adalah lambang solidariti bersama dalam mengangkat disiplin serta semangat kebersamaan sebagai warga Universiti dan warganegara yang baik. Semua pihak bersetuju dalam usaha membentuk bakat yang dinamik, kerangka disiplin yang tinggi adalah tonggak yang paling penting. Pihak Universiti Awam kini telah menunjukkan fleksibiliti untuk mengadaptasi pengetahuan dan pendekatan terbaik oleh pihak lain sebagai adunan bersama untuk memantapkan bidang tujahan utama masing-masing”. “Saya mengajak semua anggota badan beruniform ini menjadi barisan hadapan kepada Universiti ataupun kita katakan sebagai duta-duta yang baik mewakili Universiti. Ini kerana anggota badan beruniform ini baik dan cemerlang dalam pelajaran, keperibadian dan kepimpinan yang amat sesuai menjadi suri teladan pada yang lain” ujar Muhammad Haizuan yang juga merupakan Pendaftar USIM. Tambahnya lagi, [...]

Syarahan Perdana – Sustainable Development : Non-Technological Approach Towards Sustainability of SDG

Salam USIM – Taklimat Tips Pemakanan Sihat

Go to Top