Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Disember 2018

Islamic Education, Foresight and 4th Industrial Revolution (iFIRST2018)

KLIA, 10 Disember 2018- Persidangan Islamic Education, Foresight and 4th Industrial Revolution (iFIRST2018) merupakan persidangan yang akan dianjurkan selama empat hari bermula 10 hingga 13 Disember 2018 bertempat di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA. Persidangan yang bertemakan “Towards a Holistic Islamic Education in Facing the Future” ini dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Persidangan yang mengupas isu-isu mengenai pendidikan, teknologi dan pandangan jauh masa hadapan ini akan disertai oleh lebih 50 orang pendidik Islam dari seluruh Malaysia. Ia adalah usahasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kedutaan Amerika Syarikat, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan IKRAM-Musleh. Antara objektif utama persidangan ini adalah sebagai wadah perbincangan intelektual di kalangan para pendidik dan pentadbir pendidikan Islam mengenai halatuju pendidikan Islam yang holistik, cabaran dan penyelesaian yang praktikal serta peluang baharu dalam menghadapi revolusi perindustrian keempat. Ia juga menyediakan ruang bagi para peserta untuk meneroka wawasan masa hadapan pendidikan Islam menggunakan analisa keupayaan strategik. Kolaborasi penganjuran antara USIM, Kedutaan Amerika Syarikat, ABIM dan IKRAM-Musleh ini diadakan atas kesedaran berhubung peranan sosial yang perlu dilaksanakan dalam meningkatkan peranan pendidik dan pendidikan Islam yang holistik untuk mendepani masa hadapan. ”Revolusi Perindustrian ke-4 sangat mengubah cara kita hidup dan berfikir, meletakkan kuasa untuk mendidik dan mempengaruhi di hujung jari kita semata-mata. Kita semakin terserap dengan kebergantungan kepada teknologi moden, dan untuk memastikan ia tidak berlaku tanpa henti dan tidak dilepaskan tanpa melaksanakan protokol dan perlindungan yang relevan, akan menyebabkan kesan yang serius dan buruk kepada generasi masa depan kita. Oleh itu, Persidangan [...]

Gotong-royong perdana FKP 1.0 capai objektif

NILAI, 21 Disember 2018 - Buat pertama kalinya Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP) bersama persatuan pelajar lain berkolaborasi mengadakan Gotong-royong Perdana FKP 1.0 yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Prof Madya Dr. Mohd Radhi Ibrahim. Dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga FKP, aktiviti ini juga bertujan membaik pulih fasiliti fakulti serta mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan di kawasan fakulti. Timbalan Dekan FKP, Dr. Muhammad Khairi Mahyuddin berharap dengan pelaksanaan aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian antaranya membentuk sikap merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan juga mendidik hati dan jiwa sentiasa bersih. “Di dalam setiap tindakan dan pelakuan ikutlah syariat Islam, mulakan setiap pekerjaan dengan bacaan doa tanpa mengabaikan aspek keselamatan semasa aktiviti pembersihan dijalankan,” ucapnya. Manakala bagi Pengarah Program, Mohd Fazli Othman, beliau berasa amat berbesar hati dan gembira kerana penganjuran aktiviti ini telah mencapai objektif sebenar iaitu menyatukan kesatuan pelajar fakulti dan berharap semangat kerjasama dan berpersatuan akan diteruskan pada masa akan datang. Muhammad Alif bin Ahmad Salimin selaku YDP Persatuan Mahasiswa FKP berpesan, “Menginginkan suasana fakulti yang bersih dan ceria akan menjadi sekadar keinginan semata-mata dan sia-sia sekiranya tiada satu tindakan diambil bagi mewujudkan suasana tersebut”. Antara peserta gotong-royong, Muhammad ‘Izzuddin Mohamad Ares bersetuju dengan kenyataan Timbalan Dekan FKP bahawa dalam menyemai budaya gotong-royong bukan hanya aktiviti pembersihan tandas dan persekitaran sebaliknya ia harus selaras dengan usaha membersihkan hati dan jiwa dari perlakuan negatif. Disediakan oleh : Nur Syabirah Khadijah Ulfah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Teater Asrama-Ra ketengah isu remaja

NILAI, 22 Disember 2018– Kumpulan teater Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA) Kelab Urus Setia Kesenian  Pelajar, Pusat Kebudayaan USIM telah mempersembahkan teater Asrama Ra berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2018 di Panggung Budaya, Pusat Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia. “Skrip yang ditulis oleh seorang penggiat  teater tanah air yang tidak asing lagi Khairunazwan Rodzy yang bertajuk Asrama Ra, yang menyentuh isu-isu remaja yang berlatarkan pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama dan ianya sangat dekat dengan masyarakat kita. Kata Mohd Rofiki Rahim, ketua kumpulan ATRA. Beliau memanjatkan rasa syukur kerana berjaya mempersembahkan teater pada kali ini dan Asrama Ra merupakan buah tangan pertama bersama tenaga produksi baharu yang terdiri daripada mahasiswa tahun satu dan dua. Asrama-ra mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah iaitu Ayu, Nabela, Azwa, Suhaila dan Laili yang sedang menjalani kem kepimpinan di asrama sekolah mereka sendiri sambil diiringi oleh Cikgu Sabariah dan juga Cikgu Adam. Pada malam terakhir, dua orang pelajar perempuan mengalami histeria secara tiba-tiba dan perkara menjadi semakin rumit apabila kejadian demi kejadian berlaku. Dalam masa yang sama, mereka didatangi mimpi-mimpi ngeri yang bercerita tentang rahsia mereka masing-masing dan mimpi tersebut berkaitan dengan kematian kawan baik mereka, Nor. Dalam keadaan yang keliru dan penuh prasangka di antara mereka, wujud satu pertelagahan besar yang membawakan kepada pembongkaran sebenar punca Nor mati membunuh diri di bilik asrama yang sedang didiami pelajar-pelajar tersebut ketika itu. Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM menyatakan bahawa program ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang untuk memberi latihan kepada tim produksi teater di [...]

2 Pasukan USIM menang di Filem Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa 2018

KAJANG, 21 Disember 2018 – Dua pasukan pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menggungguli tempat pertama dan kedua dalam pertandingan Filem Pendek Bahasa Arab Peringkat Antarabangsa bersempena Hari Bahasa Arab Sedunia yang disambut pada 18 Disember setiap tahun. Pertandingan yang berlangsung di Pusat Pendidikan ISESCO di Malaysia berpusat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) memerlukan peserta menghasilkan video berdurasi 5 minit dalam bahasa Arab sebagai wadah perkongsian tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia. Di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar, Pensyarah FPBU pasukan USIM menghasilkan projek yang bertajuk ”Port Dickson” dan ”Menara Berkembar KLCC” menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,300.00 bagi tempat pertama, manakala RM1,000.00 bagi tempat kedua selain turut menerima hamper dan sijil. YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dalam ucapan perasmian berkata pertandingan ini merupakan titik-tolak kepada penyediaan bakat yang mempunyai daya saing ke peringkat global di mana Kementerian Pendidikan sangat mengalakkan pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa asing termasuklah bahasa Arab. ”Melalui platform pertandingan ini juga dapat memperkasa pencapaian akademik dan membentuk sahsiah cemerlang serta membina keyakinan tinggi dalam kalangan pelajar,” ucapnya lagi. Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar pula meletakkan harapan supaya pencapaian ini terus dapat meningkatkan syiar bahasa Al-Quran di kampus barakah USIM ke arah menjadi pusat rujukan global dalam Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Disediakan oleh: Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032

Pilih kerjaya dengan bijak

Pemilihan kerjaya merupakan satu proses berterusan bermula dari persepsi kanak-kanak terhadap dunia pekerjaan dan kemudiannya berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal dewasa. Kerjaya merupakan sesuatu yang dirancang. Ini kerana kerjaya merupakan suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia serta menentukan cara hidup seseorang. Masalah pengangguran berlaku antaranya disebabkan oleh peningkatan kadar pemberhentian pekerja terutama dalam sektor swasta. Selain itu, dengan keadaan turun naik ekonomi dan persaingan pekerjaan yang semakin sengit memerlukan para pelajar mencari peluang lain dan bukan hanya bergantung kepada permohonan pekerjaan semata-mata, tetapi bijak dan kreatif mencari saluran untuk memperoleh pendapatan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan pengangguran kepada diri graduan itu sendiri, sebaliknya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang lain. Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah salah satu saluran yang disediakan untuk memperoleh pendapatan. Ia adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Terdapat juga saluran-saluran lain yang disediakan seperti JobsMalaysia, Pertubuhan Keselematan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan TERAJU di mana mereka menyediakan khidmat nasihat professional bagi mendapatkan pekerjaan serta latihan. Pada era ini, graduan atau penganggur hendaklah bijak dalam mencari kerjaya kerana keadaan semakin kritikal dengan kemunculan Revolusi Industri Keempat atau Era Digital, yang menyaksikan kemajuan dan penggunaan teknologi secara radikal. Teknologi sudah mengambil alih peranan manusia sedikit demi sedikit, sekaligus mengurang dan melupuskan peluang pekerjaan. Penggunaan mesin secara automatik menyebabkan tidak ada lagi keperluan [...]

Pusat Wakaf dan Zakat USIM beri penghargaan kepada penyumbang wakaf dan zakat

NILAI, 17 Disember 2018 – Majlis Apresiasi Barakah bertemakan Kelestarian Ekonomi Ummah anjuran Pusat Wakaf dan Zakat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi penghargaan kepada 16 penyumbang wakaf dan zakat yang terdiri daripada orang perseorangan, organisasi dan jabatan di USIM. Prof. Madya Dr. Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Pengarah PWZ USIM berkata majlis seperti ini akan dilaksana setiap tahun bagi menghargai penyumbang-penyumbang yang sama-sama bermatlamat membantu kesusahan dan meringankan beban pelajar yang terdiri daripada serta kakitangan USIM yang kurang berkemampuan tidak lupa juga masyarakat setempat yang memerlukan. Dalam ucapan YBhg Prof Dato Dr Musa Ahmad, Naib Canselor USIM, hasrat projek wakaf ini sebahagiannya untuk pembangunan fasiliti, membina Kolej Kediaman dalam kampus untuk menampung semua pelajar tanpa perlu menetap di luar kampus pada masa akan datang juga bagi membantu pelajar asnaf melalui wakaf pendidikan, endowmen dan lain-lain. “Pada suku kedua tahun 2018 USIM telah menyalurkan bantuan zakat kepada 617 pelajar berjumlah RM575,529.00. Pada suku yang sama juga, sebanyak RM147,900.00 dana zakat disalurkan kepada 16 program dakwah dan seminar manakala hujung tahun ini, agihan bantuan zakat berjumlah RM431,900 disalurkan kepada 529 orang pelajar,” tambahnya lagi. Pada majlis tersebut, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menerima Anugerah Abdurrahman Ibn Auf sebagai penyumbang wakaf terbesar sebanyak RM 1,500,000.00 manakala Bank Pembangunan Malaysia Berhad menerima Anugerah Utsman Ibn Affan sebagai penyumbang zakat terbesar sebanyak RM 1,000,000.00. Organisasi lain yang turut menyumbang adalah Permodalan Nasional Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Ambank Islamic, Celcom Mobile, Perumahan Kinrara Berhad, QSR Brands, MBSB Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad, Majlis Agama [...]

USIM sambut baik sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

Nilai, 15 Disember 2018 - Majlis Penyerahan sumbangan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan bahawa kerajaan negeri memberi perhatian serius dalam menambahbaik pembangunan masyarakatnya. Pada majlis yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, seramai 129 pelajar baharu Sarjana Muda sesi akademik 2018/2019 yang merupakan anak-anak Negeri Sembilan menerima sejumlah wang sumbangan yang disampaikan sendiri oleh YAB Tuan Haji Aminuddin Harun. "Sumbangan diharap boleh menampung sedikit sebanyak perbelanjaan pelajar semasa pengajian. Pelajar semua haruslah membina dan mengukuhkan sahsiah jati diri selain menuntut ilmu serta libatkan diri dalam aktiviti luar bagi meningkatkan kemahiran diri dan mendekatkan pelajar dengan masyarakat," ucapnya. Pada majlis yang sama, Kerajaan Negeri Sembilan menyumbangkan sejumlah RM250,000.00 untuk pelaksanaan agenda kesukarelawanan USIM bagi tahun hadapan iaitu RM125,000.00 untuk projek Jelajah Sukarelawan, RM75,000.00 untuk Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (PROCAST) dan RM50,000.00 diperuntukkan untuk projek GISO. "Diharapkan dengan bantuan kewangan yang disalurkan, dapatlah USIM memastikan agenda tahun 2019 dilaksanakan dengan jayanya yang mana disokong penuh kerajaan negeri bagi pembangunan Negeri Sembilan secara keseluruhannya," tambahnya lagi. Sementara itu, YBhg Prof. Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengatakan PROCAST dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan dilaksana bersama sekolah-sekolah menengah Negeri Sembilan setelah percubaan PROCAST pada November lalu berjaya dilaksanakan. PROCAST merupakan satu program pembangunan sahsiah dan akademik baru yang tertumpu kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan. Hadir sama adalah YB Dr Razali Abd Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti, USIM [...]

Mewujudkan suasana berbahasa Arab

Sekadar pemerhatian, saya masih belum mendapati mana-mana institusi pengajian agama di Malaysia baik moden mahupun tradisional yang mampu mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar untuk berbahasa arab. Walaupun institusi tersebut menawarkan pelbagai subjek berbahasa arab, namun rata-rata pelajarnya masih berbahasa melayu baik di dalam kelas mahupun di luar. Saya melihat ini antara punca utama mengapa pelajar agama di Malaysia tidak cukup baik kemahiran bahasa arabnya baik dari sudut perturturan atau pendengaran. Mungkin sebahagian mereka terutamanya di pusat pengajian tradisional mampu menguasai asas tatabahasa arab secara teori seperti Nahu, Saraf, atau Balaghah dengan agak baik, namun apabila mereka ke peringkat lebih tinggi yang memerlukan pendedahan lebih meluas, ramai yang terkandas. Misalnya apabila mereka ke universiti yang menawarkan bahasa arab sebagai perantaranya terutamanya universiti di Timur Tengah baik Mesir, Arab Saudi, Jordan, Moroko dan seumpamanya, mereka seakan tidak bersedia. Kejutan Budaya Pegajian Pengalaman saya juga menyaksikan ramai sahabat yang pernah menghabiskan 3 tahun diploma mereka di institusi ternama negara  seperti Darul Quran yang belum cukup bersedia apabila menyambung pengajian mereka di negara arab. Bukan kerana sistem pengajiannya tidak bagus, tetapi kerana institusi dan pelajarnya masih tidak mampu mewujudkan biah (suasana) arab yang baik sebagai persediaan. Sebahagian mereka menyangka mereka sudah mampu ke kuliah atau sudah cukup bersedia menempuh alam baru, kerana tempoh lama yang mereka telah habiskan sebelum ini bergelumang dengan pelbagai subjek bahasa arab, lalu mereka terus tergesa-gesa masuk ke kuliah tanpa melalui pusat bahasa yang disediakan oleh sebahagian universiti. Ada sebahagian universiti yang mewajibkan pelajar luar [...]

Mewujudkan suasana berbahasa Arab

Sekadar pemerhatian, saya masih belum mendapati mana-mana institusi pengajian agama di Malaysia baik moden mahupun tradisional yang mampu mewujudkan suasana kondusif bagi pelajar untuk berbahasa arab. Walaupun institusi tersebut menawarkan pelbagai subjek berbahasa arab, namun rata-rata pelajarnya masih berbahasa melayu baik di dalam kelas mahupun di luar. Saya melihat ini antara punca utama mengapa pelajar agama di Malaysia tidak cukup baik kemahiran bahasa arabnya baik dari sudut perturturan atau pendengaran. Mungkin sebahagian mereka terutamanya di pusat pengajian tradisional mampu menguasai asas tatabahasa arab secara teori seperti Nahu, Saraf, atau Balaghah dengan agak baik, namun apabila mereka ke peringkat lebih tinggi yang memerlukan pendedahan lebih meluas, ramai yang terkandas. Misalnya apabila mereka ke universiti yang menawarkan bahasa arab sebagai perantaranya terutamanya universiti di Timur Tengah baik Mesir, Arab Saudi, Jordan, Moroko dan seumpamanya, mereka seakan tidak bersedia. Kejutan Budaya Pegajian Pengalaman saya juga menyaksikan ramai sahabat yang pernah menghabiskan 3 tahun diploma mereka di institusi ternama negara  seperti Darul Quran yang belum cukup bersedia apabila menyambung pengajian mereka di negara arab. Bukan kerana sistem pengajiannya tidak bagus, tetapi kerana institusi dan pelajarnya masih tidak mampu mewujudkan biah (suasana) arab yang baik sebagai persediaan. Sebahagian mereka menyangka mereka sudah mampu ke kuliah atau sudah cukup bersedia menempuh alam baru, kerana tempoh lama yang mereka telah habiskan sebelum ini bergelumang dengan pelbagai subjek bahasa arab, lalu mereka terus tergesa-gesa masuk ke kuliah tanpa melalui pusat bahasa yang disediakan oleh sebahagian universiti. Ada sebahagian universiti yang mewajibkan pelajar luar [...]

Didik diri berdikari, tidak mahu beban keluarga -Konvo16 USIM

NILAI, 29 November 2018 - Kong Lingxi, 23, dari Guangzhou menjadikan USIM pilihan pertama untuk melanjutkan pengajian tidak sia-sia kerana berjaya menamatkan pengajian dalam program Pentadbiran Muamalat pada Majlis Konvokosyen ke 16 USIM baru-baru ini. Anak bongsu dari dua beradik ini berminat dalam pengajian agama, abang beliau pula sambung pengajian di Universiti Madinah dalam pengajian Dakwah. Sebelum ini mendapat pendidikan di High School Liwan Foreign Languange, Guangzhou dan selepas itu mendapat tawaran Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di USIM, namun kerana tidak fasih berbahasa Arab beliau tidak berputus asa untuk untuk memohon pertukaran program kepada program Pentadbiran Muamalat dengan bantuan dari Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat ketika itu Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin. ”Saya dah empat tahun menetap di Malaysia, dan saya suka dengan persekitaran di USIM kerana jauh dari kesibukan bandaraya”, tambah Lingxi. ______________________________________________________________  Nur Adnin Bin Abdul Razak,25, graduan Sarjana Muda Komunikasi (Kewartawanan) menjadikan ilmu yang diperolehi di dewan kuliah, berpersatuan dan khidmat masyarakat yang dijalankan semasa pengajian di USIM sebagai titik tolak untuk beliau meneruskan kerja mulia ini apabila sekarang beliau berkhidmat di NGO Muslim Volunteer Malaysia (MVM) di Bahagian Aduan Asnaf. Anak kepada Abdul Razak Bin Othman, 64, merupakan bekas pekerja pelabuhan Pasir Gudang, manakala ibunya, Mariam bt. Md. Ali,57, seorang suri rumah sepenuh masa, suka untuk berdikari dengan mencari duit poket sendiri untuk meringankan tanggungan Mak dan Ayah. Sejak di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah Melaka lagi beliau telah bekerja sambilan katering selama 5 tahun, manakala semasa pengajian di USIM beliau melakukan pelbagai kerja sambilan [...]

Go to Top