Oktober 2017
KKM jalin kerjasama dengan SUK NS dan USIM sambut Hari Penglihatan Sedunia
SEREMBAN, 12 Oktober 2017 – Majlis pelancaran Hari Penglihatan Sedunia atau World Sight Day Peringkat Kebangsaan 2017 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi bertemakan Universal Eye Health: Make Vision Count. Hari Penglihatan Sedunia disambut di seluruh dunia pada hari Khamis minggu kedua di bulan Oktober setiap tahun. Majlis disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Azman Haji Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Dr. Zainuddin Mohd Ali. Objektif sambutan ini diadakan adalah bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu penting berkaitan kesihatan mata, mengadakan pemeriksaan saringan penglihatan secara percuma kepada orang awam, bekerjasama dalam mencegah risiko kebutaan lebih awal di kalangan masayarakat dan memberi pengetahuan kepada orang awam serta memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Oftalmologi kepada masyarakat. “Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai Klinik Pakar Mata Bergerak atau Klip Mobile yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 18 November 2015. Pakar mata dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan membuat lawatan keluar bandar menggunakan Klinik Pakar Mata Bergerak yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk membuat saringan masalah penglihatan terutamanya di kalangan warga emas,” ucap YBrs. Dr. Zainuddin Mohd Ali, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam ucapan di Majlis Pelancaran Hari Penglihatan Sedunia peringkat Kebangsaan 2017. Beliau turut berkongsi seramai 1449 orang pesakit telah mendapat manfaat klinik bergerak ini sepanjang 21 siri jelajah yang diadakan di semua daerah di Negeri Sembilan meliputi Kuala Pilah, Jempol, Tampin, Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin. Manakala [...]
Perancangan kewangan Naqli dan Aqli siri 13
Di dalam siri yang lepas, saya ada mengupas tentang perancangan yang perlu di sediakan oleh kerajaan di mana pembentangan akan di buat oleh YAB Perdana Menteri pada setiap tahun di Parlimen. Bukan sahaja negara perlu menyediakan belanjawan, syarikat perniagaan, persatuan malahan setiap orang harus mewujudkan belanjawan. Walaupun anda tidak arif tentang kewangan dan tidak tahu bagaimana hendak menguruskan belanjawan, banyak kursus dan laman sesawang dan apps telefon mudah alih yang menawarkan maklumat dan template belanjawan kewangan secara percuma bagi membantu anda menyediakan belanjawan. Saya akan cuba untuk memberikan cadangan apps-apps yang boleh dimuat turun ke telefon untuk membantu kita dan keluarga membuat belanjawan pada siri yang akan datang. Dengan membuat belanjawan kita akan mengetahui di mana kita menyalurkan kewangan kita. Ini adalah suatu cara yang terbaik untuk kita menabung. Dalam kebanyakan kes, orang ramai tidak tahu di mana wang mereka benar-benar disalurkan. Malah apabila mereka melihat perbelanjaan bulanan atau tahunan mereka melebihi had atau melebihi pendapatan mereka, mereka bukan sahaja terkejut, malah mereka juga perlu memutuskan untuk mengubah tabiat perbelanjaan mereka. Walaubagaimanapun, belanjawan ini hanya perlu pada permulaan sahaja sehingga corak perbelanjaan kita telah menjadi tabiat. Yang paling mudah dilakukan ialah setiap kali kita berbelanja, kita perlu menyoal diri kita samada kita benar-benar memerlukan barangan atau perkhidmatan tersebut dan samada kita membeli aset atau liabiliti dan impaknya kepada kedudukan kewangan kita. Kebanyakan orang keliru tentang samada mereka membeli aset atau liabiliti. Apabila ditanya rumah yang didiami sendiri dan dibeli secara hutang adakah aset atau liabiliti, [...]
Apa selepas ledakan maklumat?
Kita pernah mendengar tentang fenomena dipanggil ‘ledakan maklumat’ tidak berapa lama dahulu. Ia bersempena pengenalan komputer secara meluas di dalam masyarakat. Dan kaitan dengan era teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang menyusul mencorakkan satu lagi cara hidup berteraskan penggunaan komputer baik dimana saja. “Anytime, anywhere” yakni “bila-bila saja, mana-mana saja”, menjadi cogan kata untuk menekankan pentingnya peranan sebuah komputer dalam era ICT. Gabungan kedua-dua ini memungkin ‘ledakan maklumat’ berlaku. Dalam ertikata lain, aliran maklumat tidak lagi terbatas kepada mana-mana masa ataupun mana-mana tempat saja berbanding dulu kala. Asalkan sesebuah komputer itu boleh berangkai dengan sistem Internet, maklumat akan mengalir, baik secara aktif mahupun pasif bergantung kepada kecanggihan teknologi semasa atau yang dilanggan. Kesan Ledakan Maklumat Ramai mengalu-alukan ‘ledakan maklumat’ dengan tangan dan hati terbuka. Fenomena ini dikatakan akan membantu masyarakat menjadi lebih sama rata kerana maklumat tidak lagi terhad kepada mana-mana satu pihak saja – selalunya kepada yang lebih berupaya dan berkedudukan. Oleh kerana sering dilaungkan “Maklumat itu Kuasa” maka golongan tersebut menjadi lebih ‘berkuasa’ dari mereka yang kurang mendapat maklumat. Namun, semua ini berubah dengan adanya ICT dan komputer. Lantas, ramai yang berlumba-lumba mendapatkan maklumat terkini melalui rangkaian-rangkaian sedia ada. Dengan itu ‘ledakan maklumat’ menjadi kenyataan selain daripada usaha-usaha menyediakan program serta aplikasi tertentu untuk mempercepatkan lagi pencarian dan kecapaian maklumat mengikut permintaan ramai. Jenama seperti Google tiba-tiba muncul dan terus dijadikan persada untuk tujuan ini, mengatasi jenama lain kerana kepantasan dan ketepatan menghidangkan hasil kecapaiannya. Tidak hairan lagi para pengguna menjadikan Google sebagai persada [...]
Program asnaf Klinik Pakar Kesihatan USIM
Klinik Pakar Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak di Nilai berbesar hati menjalankan khidmat sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat setempat. Dalam memberi perkhidmatan tersebut, Klinik Pakar Kesihatan USIM tidak melupakan golongan yang kurang berkemampuan iaitu golongan asnaf. Asnaf didefinasikan sebagai golongan yang disyariatkan untuk mendapat bantuan zakat. Mereka terdiri daripada 8 golongan termasuk Fakir (al-Fuqara), miskin (al-Masakin), amil, muallaf, riqab, gharimin (Muslim yang berhutang), fisabilillah (orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir). Ia adalah bertepatan dengan Firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Oleh itu, adalah menjadi kewajipan untuk umat Islam membantu mereka seperti dinyatakan dalam ayat berikut: ‘Didalam harta mereka terdapat hak orang-orang peminta-minta dan tidak meminta (Quran 51:19).’ Dalam menjayakan usaha tersebut, beberapa aktiviti telah dilaksana dan sedang berjalan bagi membolehkan ahli masyarakat yang kurang bernasib baik ini memperolehi ilmu penjagaan kesihatan yang terbaik. Walaupun sumbangan yang diberikan bukanlah dalam bentuk kewangan, akan tetapi sumbangan dari segi tenaga dan perkhidmatan daripada doktor pakar USIM amatlah berharga di hati mereka. Rata-rata maklumbalas yang diterima selepas beberapa program yang dijalankan, para asnaf merasakan amat bertuah dapat berurusan dengan tenaga pakar yang datang ke kawasan tempat tinggal mereka. Namun, pihak Klinik Pakar [...]
110 pelajar graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara
NILAI, 11 Oktober 2017 – 110 pelajar terdiri dari pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menamatkan program Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) Tahap I dan II dalam satu sesi Majlis Graduasi yang diadakan di Dewan Kuliah Utama FPQS. USIM merupakan IPTA pertama menawarkan KDTS yang ditawarkan secara terbuka sepanjang satu semester bermula pada tahun 2015. Dekan FPQS, Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff dalam ucapannnya melahirkan rasa bangga dan berbesar hati dalam pelaksanaan program ini apabila USIM terpilih sebagai rakan kerjasama Yayasan Faqeh. Program ini merupakan satu inisiatif yang bagus untuk mendedahkan pelajar kepada dunia OKU Pekak melalui modul yang dibangunkan oleh Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa. “Program ini juga mampu memberi nilai tambah dan kemahiran insaniah kepada para pelajar khususnya dalam konteks menyampaikan ilmu agama kepada golongan istimewa. Penawaran KDTS juga telah mencipta fenomena baharu dalam dunia seni dakwah di mana penubuhan kumpulan Nasyid Tanpa Suara pertama seumpamanya dalam kalangan pelajar iaitu SaF al-Isharah pada Mac 2016. SaF al-Isharah berperanan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap naluri berhibur dalam kalangan OKU Pekak melalui penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), ekspresi muka dan bahasa badan.” KDTS dibahagikan kepada dua tahap. Tahap I merupakan peringkat asas pendedahan terhadap golongan Pekak (budaya dan bahasa), latihan asas kaedah pengajaran menghafaz AL-Quran bagi OKU Pekak melalui kaedah Tahfiz Akhyar dan Penulis Wahyu dan pengajaran asas membaca Al-Quran menggunakan kod tangan berpandukan butang nombor dan warna melalui kaedah Fakih. Manakala Tahap II banyak memfokuskan kemahiran berinteraksi bersama OKU Pekak secara latih tubi dan tugasan. [...]
SUKSIS USIM main peranan cegah jenayah bersama PDRM
NILAI – Para pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyertai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) boleh membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mencegah berlakunya kes jenayah dengan dengan menyalurkan maklumat penting kepada pihak berkuasa. Sebagai para pelajar yang mengambil kursus berasaskan kepolisan, Kor Suksis USIM boleh menjadi mata dan telinga kepada PDRM untuk melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku di dalam kampus khususnya dan komuniti sekitar. Saranan ini disuarakan oleh ACP Samad Yahya, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan dalam Majlis Amanat dan Angkat Sumpah Anggota Baharu Kor Suksis USIM yang berlangsung pada Rabu. “Indeks jenayah telah menunjukkan penurunan tetapi reaksi dan persepsi masyarakat pula berlainan apabila mereka masih merasakan jenayah makin meningkat dan keselamatan tidak terjamin. Ini menjadi cabaran kepada JPJKK untuk memperbetulkan persepsi ini dan Kor Suksis boleh memainkan peranan memperbetulkan kerisauan masyarakat ini bersama kita” ucap beliau di hadapan 200 pelatih Kor Suksis yang hadir di majlis ini. “Polis kini telah berusia melewati 200 tahun, tetapi kita sentiasa terbuka dengan segala cadangan untuk penambahbaikan kepada pasukan. Justeru saya mempelawa kepada para pelatih Kor Suksis USIM untuk menyertai pasukan PDRM selepas bergraduasi nanti kerana dengan latar belakang pendidikan agama dan disiplin beruniform yang dimiliki, pastinya ia satu kelebihan yang kita cari”, tambahnya. Beliau turut menasihati para pelajar untuk berhati-hati dalam penggunaan media sosial untuk mengelakkan mereka terjebak dalam kegiatan ekstremis seperti Daesh. Menurutnya, kumpulan seperti ini sentiasa mencari peluang merekrut golongan muda khususnya yang berlatar belakangkan pengajian agama Islam dengan [...]
Seminar Wahyu Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa Kali Kelima (SWAT 2017) anjuran USIM dan Institut Wasatiyyah Malaysia
NILAI, 10 Oktober 2017 – Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia menganjurkan Seminar Wahyu Asas Tamadun Peringkat Antarabangsa Kali Kelima (SWAT 2017) bagi menghimpunkan kajian-kajian dan penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan al-Quran dan wahyu sebagai asas pembinaan dan kecemerlangan tamadun bangsa untuk dijadikan panduan dalam meningkatkan kesedaran umat Islam khususnya dan manusia sejagat amnya. SWAT 2017 bertemakan ’Wasatiyyah al-Quran Dalam Mendepani Cabaran Kontemporari’ menghimpunkan para cendekiawan untuk membincangkan isu berkaitan al-Quran dan fungsinya sebagai asas tamadun umat seluruhnya. ”Topik al-Quran atau Wahyu sebagai asas segenap aspek kehidupan merupakan topik yang amat sesuai diketengahkan kepada setiap lapisan masyarakat. Ia mampu membuka minda masyarakat terhadap sumber penting yang telah dilupakan sedangkan ia telah berjaya memartabatkan sesuatu bangsa suatu masa dahulu. Seminar ini diharapkan dapat menyingkap pelbagai sudut peranan al-Quran yang menjadi tonggak keamanan, kesejahteraan umat dan kemajuan ummah. Justeru, diharapkan agar SWAT 2017 ini dapat memugar kembali kesedaran masyarakat terhadap peranan al-Quran melalui konsep wasatiyyahnya dalam menghadapi pelbagai tribulasi dan cabaran kontemporari ummat Islam,” ujar Dr. Mahsor Yahya, Pengarah Program SWAT 2017merangkap Pensyarah FPQS, USIM. Pada 11 Oktober 2017 (Rabu) pula, satu pembentangan utama oleh Prof Dr Jamal Abd Sattar, Rektor IUR University, Turkey akan dijalankan termasuklah lima sesi selari bagi 80 pembentangan kertas kerja. Diharapkan dengan berlangsungnya seminar ini, idea-idea yang bernas serta penemuan-penemuan yang bermanfaat dapat dijana dan dibincangkan demi menzahirkan kehebatan al-Quran sebagai sumber dan asas kecemerlangan tamadun Islam. Disediakan oleh : Syazlyna Jamil Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 [...]
USIM raih 1 Best Award, 3 Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa di PECIPTA 2017
TERENGGANU, 9 Oktober 2017 – Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2017 (PECIPTA 2017) menyaksikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya membawa pulang 3 emas, 1 perak dan 4 gangsa termasuk 1 Special Award. 3 emas tersebut adalah produk Muamalat Interactive Game (MIG), Global Zakat Game: Bijak Zakat (GZG) dan Halal Universe: Farm to Fork serta Special Award: Community Edition juga diraih oleh produk MIG. PECIPTA 2017 yang bermula 7 Oktober menyaksikan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai penganjur bersama bagi tema “Nurturing Entrepreneur Through Education, Industry, Technology and Social Innovation” bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. “Muamalat Interactive Game (MIG) Community Edition merupakan satu alat pembelajaran bagi membantu masyarakat memahami konsep Muamalat, pengurusan kewangan Islam dan akitiviti filantrofi seperti derma, sadaqah dan wakaf. Pemain akan mengalami simulasi proses pengurusan kewangan setiap bulan dari sudut pengurusan hutang, pengurusan tunai dan pengurusan pasaran saham dan emas. Ia menawarkan alternatif kepada permainan kewangan sedia ada dengan menambah nilai sistem kewangan Islam yang dipelajari dan difahami dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif,” jelas Pn Syahidawati, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Produk Halal Universe: Farm to Fork yang juga dianggotai oleh Pn Syahidawati pula merupakan satu inovasi pembelajaran dalam bentuk simulasi tentang tatacara permohonan sijil halal daripada JAKIM. “Simulasi ini membawa situasi sebenar dan isu-isu berkaitan pengurusan pensijilan halal kepada pemain (pengurus halal). Ia menawarkan kefahaman dan kesedaran terhadap 3 perkara iaitu tentang pengurusan pensijilan halal, pengurusan perniagaan dan juga [...]
Pakar pendidikan dan pemikir Islam dilantik anggotai Panel Penasihat PERMATA Insan USIM
NILAI, 11 Oktober 2017 - PERMATA Insan merupakan salah satu program yang dibangunkan di bawah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pendidikan berkualiti bagi anak-anak yang mempunyai tahap kecemerlangan mental yang tinggi. Dalam usaha memperkasakan program PERMATA Insan ke tahap pendidikan lestari, satu panel penasihat antarabangsa telah ditubuhkan dan pakar-pakar bidang pendidikan pintar berbakat dan tokoh-tokoh pemikir pendidikan Islam kontemporari telah dilantik bagi menilai, menasihat dan menambah baik perjalanan program yang sedia ada. Para panel penasihat PERMATA Insan yang dilantik dianggotai tokoh-tokoh pendidikan Islam dan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dari dalam dan luar negara. Ahli-ahli panel dari dalam negara terdiri daripada YB Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Tan Sri Dato’ Prof. Emerita Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (Perunding Kanan di Jabatan Perdana Menteri); Tan Sri Dr. Abdullah Muhammad Zin (Penasihat Agama kepada Perdana Menteri); Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman (Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia); dan Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad (Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)). Manakala para panel antarabangsa terdiri daripada Prof. Mohammed Belaiche (Ecole Normale Supérieure, Maghribi), Dr Basil Mustafa (Oxford Centre for Islamic Studies), Prof. Dr. Dawood Abdulmalek Yahya Al Hidabi (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Hamza Yusuf (Zaytuna College), Prof. Françoys Gagné (Canada), Dr. Mariam A. Alghawi (Hamdan Bin Rashid Al Maktoum Educational Award, UAE) dan Prof. Kosugi Yasushi (Kyoto University, Japan). Para panel penasihat yang dilantik ini akan bertemu pada esok, 12 Oktober (Khamis) sempena Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa PERMATA Insan kali pertama [...]
Tradisi Dipelihara Inovasi Membara
‘Pembelajaran dan pengajaran berteraskan ilmu naqli dan aqli’ serta ‘penyelidikan dan inovasi yang relevan kepada industri dan kesejahteraan ummah’ merupakan dua teras utama yang memacu kecemerlangan berterusan universiti. Dari kaca mata seorang mahasiswa, hal ini dilihat bertepatan dengan tema ‘Tradisi dipelihara, inovasi membara’ berdasarkan kepentingan bagi setiap mahasiswa memelihara tradisi islamik USIM dalam mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli sekaligus meneruskan usaha-usaha penyelidikan dan inovasi pelajar untuk terus ditonjolkan hingga ke peringkat antarabangsa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tradisi merupakan sesuatu kebiasaan, adat, atau kepercayaan yang kekal turun-temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan dan sudah sebati dengan sesuatu masyarakat, golongan atau kumpulan. Sebagaimana yang sedia maklum, setiap universiti mempunyai ‘trademark’ yang tersendiri yang memberi imej kepada institusi masing-masing. Bagi mengekalkan ‘imej’ tersebut, maka lahirlah sebuah konsep yang tanpa disedari menjadi tradisi yang diamalkan oleh seluruh warga unversiti. Manakala inovasi pula bermaksud, ‘sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, atau adat yang baru ataupun, perihal dan tindakan mengadakan atau memulakan sesuatu yang baru’, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Usaha untuk terus berinovasi inilah yang perlu diselarikan dengan pemeliharaan tradisi oleh setiap mahasiswa. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad yang baru-baru ini diberi kepercayaan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk terus menerajui tampuk kepimpinan USIM bagi tempoh dua tahun lagi ada menyatakan bahawa, dalam meneruskan kesinambungan segala perancangan yang telah dibuat, menjadi keutamaannya untuk terus menjayakan gagasan besar universiti iaitu USIM Kampus Barakah yang pastinya memerlukan kepada sinergi dan komitmen seluruh warga USIM untuk menjadi kenyataan [...]