Faces of USIM2016-10-20T08:52:39+08:00

Mac 2017

Liqa’ Universiti : Tunjang Pembentukan Kampus Barakah

Pendahuluan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang diperkenalkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai beberapa elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar bagi mencapai Skor Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang mahir dalam bidang masing-masing serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat serta agama dan negara setelah bergelar graduan. Antara elemen penting yang ingin diterapkan dalam diri mahasiswa/i USIM adalah elemen Mutadayyin yang membawa maksud penghayatan secara teori mahupun praktikal terhadap Syariah Islamiyyah atau dalam erti kata lain, seseorang mahasiswa yang mempunyai penghayatan ilmu agama yang tinggi serta mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan dan pembelajaran secara konsisten. Elemen inilah yang telah mencetuskan pembentukan Liqa’ Universiti dalam melaksanakan usaha USIM ke arah pembentukan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Justeru itu, salah sebuah jabatan di bawah pentadbiran USIM iaitu Pusat Islam telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan elemen Mutadayyin ini ke arah pencapaian yang lebih baik serta memperkasakan Liqa’ Universiti supaya mampu mencapai matlamat utama USIM iaitu demi melahirkan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dengan kelolaan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Sejarah Liqa’ Dan Perlaksanaanya Di USIM Liqa’ berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang ditakrifkan sebagai pertemuan atau perjumpaan. Sejarah Liqa’ bermula pada zaman Rasulullah S.A.W apabila penduduk arab yang memeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Pada ketika itu, Rasulullah S.A.W telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Rumah Al-Arqam ini juga merupakan tempat pertama dimana Rasulullah S.A.W [...]

KSU KPT rasmi Majlis Pecah Tanah Bangunan FPSK USIM

Nilai, 30 Mac 2017 – Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Tapak Bangunan FPSK, USIM. Majlis ini merealitikan hasrat universiti untuk memiliki bangunan fakulti FPSK yang dilengkapi dengan kemudahan prasarana pengajaran dan pembelajaran. Projek pembangunan yang telah berjalan adalah di bawah seliaan JKR Negeri Sembilan dan dijangka siap pada Julai 2019. Ia juga bagi meraikan bakal pelajar kemasukan sesi akademik 2019/2020 yang akan menjadi tanda aras kepada peningkatan prestasi pelajar dan kakitangan FPSK. “Apabila FPSK telah ada bangunan pentadbiran sendiri, ia akan merancakkan perkembangan fakulti dari aspek pembelajaran dan pengajaran (P&P), penawaran program, aktiviti inovasi dan penyelidikan selain menjadikan kos operasi yang lebih efektif,” ujar Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM. ”Dengan adanya bangunan ini nanti, ia disusuli dengan projek pembinaan Fakulti Pergigian dan hospital pengajar USIM, maka lengkaplah pembangunan Kompleks Kesihatan USIM, Insyaallah. Kita mendoakan pembangunan ini akan mengalirkan manfaat berterusan kepada ummah dan negara, sesuai dengan matlamat kita menjadikan Kampus USIM sebagai Kampus Barakah,” tambahnya lagi. Manakala Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd. Nur dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa beliau ingin memberi jaminan bahawa pihak Kementerian akan terus komited dalam memberikan kerjasama dan sokongan yang padu dalam menjayakan projek pembinaan bangunan FPSK ini dan seterusnya satu Kompleks Kesihatan yang lengkap dapat dibangunkan. “Semoga usaha ikhlas kita untuk memajukan pendidikan tinggi Malaysia demi mempertingkatkan taraf hidup, kemampanan dan daya saing [...]

Ahmad Shaher, Alumni FSU USIM buka firma guaman sendiri

Ahmad Shaher Mohd Fuad, 26 tahun, berasal dari Teluk Intan Perak merupakan anak kedua dari tiga beradik. Beliau adalah salah seorang alumni Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selayaknya perlu dibanggakan apabila beliau kini telah berjaya membina kerjayanya sebagai Peguam Syarie di firma guaman sendiri. Pencapaian cemerlang yang dipamerkan memberi petanda bahawa para graduan USIM sebenarnya mampu untuk mencipta impian sendiri dan berdikari menggapai cita-cita selepas tamat pengajian. Berikut adalah perkongsian bersama Ahmad Shaher sebagai suntikan semangat dan motivasi buat seluruh warga USIM. S1Latar belakang “Saya merupakan anak seorang anggota Polis dan ibu saya pula seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Saya bergraduat dari USIM pada tahun 2015 dan pada masa yang sama mengikuti pengajian Diploma Amalan Kehakiman Syariah dan Advokasi (DIJAP). S2Langkah awal bina kerjaya “Setelah tamat pengajian, saya mengikuti Chambering (Pelatih dalam kamar) di Tetuan Nizam, Harlina & Co. Setelah menyelesaikan Chambering ini, dalam bulan April 2016 saya bersama dengan beberapa rakan membuka Firma Guaman kami sendiri iaitu Peguam Syarie : Shazril Khairy Mustafa & Associates”. S3Kerjaya Peguam kerana minat “Kerjaya sebagai Peguam memang saya amat minat sejak dari kecil lagi. Bidang guaman istimewa bagi saya kerana ia dapat membantu masyarakat yang memerlukan bantuan pengadilan bagi sesuatu perkara. Pada masa yang sama, saya dapat membantu bagi memartabatkan perundangan Islam melalui penglibatan sebagai Peguam Syarie. Saya berharap lebih ramai lagi graduan dalam bidang Syariah dan Undang-undang menyertai kerjaya ini kerana bidang ini masih banyak peluang untuk berkembang maju pada masa [...]

Salam USIM – Majlis Pecah Tanah Bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan USIM

Projek ‘’Cendawan OKU’’ ungguli Kongres Duta Jauhar 3.0

NILAI, 26 Mac 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul Anugerah Emas Terbaik melalui projek pemangkin taraf sosio ekonomi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 3.0 baru-baru ini. Duta Jauhar USIM membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh pada kongres yang diadakan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC di Bandar Seri Alam. Projek tanaman Cendawan Tiram Kelabu “Enhancing Potential of People With Disabilities” menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dalam usaha membantu 15 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Batu Pahat. Pengarah projek Muhammad Sollehin Md Satar berkata, berdasarkan kajian, golongan OKU sukar mendapat kepercayaan daripada majikan menyebabkan kebanyakan mereka berpendapatan rendah dan kurang berkeyakinan. ‘’Melalui projek ini peserta OKU diberikan bangsal, peralatan, serta latihan secara teori dan praktikal mengenai penanaman dan penjagaan cendawan. Mereka dilatih sehingga menjadi pengusaha cendawan berjaya oleh Duta Jauhar dan mentor projek, Puan Poinem Touman," katanya. Dalam kongres itu, USIM juga turut dinobatkan pemenang Anugerah Komitmen Universiti Terbaik, pemenang Anugerah Perak melalui projek Ladang Air dan pemenang dua Anugerah Penyelia Terbaik iaitu Professor Madya Dr. Fuadah Johari, pensyarah Fakulti Eknomi dan Muamalat. Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 3.0 menyaksikan persaingan sihat antara 28 buah projek berimpak tinggi daripada 21 buah IPT seluruh negara yang mencatatkan penglibatan sejumlah 420 orang Mahasiswa, 100 buah agensi kerajaan dan swasta serta lebih 2,000 orang ahli masyarakat. Program Duta Jauhar diilhamkan bagi memberi peluang kepada anak muda [...]

Ridemore@USIM galak sukan berbasikal pelbagai lapisan umur

NILAI, 13 Mac 2017 - Seramai 300 peserta yang menyertai Kejohanan ridemore@USIM On Road Challenge 2017 yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Mereka adalah terdiri dari kalangan pelajar dan staf seluruh IPTA dan IPTS serta penglibatan pelumba professional Malaysia. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi dan Aktiviti Lasak USIM (K-REAL) dengan kerjasama pihak penganjur iaitu Ridemore Events Resources. Menurut Pengarah program Mohd Nadzir Abd Manaf, sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan iaitu dari lingkungan umur 18 hingga 50 tahun dan sejauh 3.9km dengan empat pusingan di atas jalan raya. “Antara objektif penganjurannya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan disamping mempromosikan sukan basikal di kalangan pelajar-pelajar seluruh Malaysia, menjalinkan kerjasama erat di antara persatuan, kelab dan orang awam”, tambah Nadzir. “Menjadikan USIM sebagai universiti ‘Mesra Basikal’ dengan mempromosikan laluan basikal dan gaya hidup sihat kepada orang ramai selain menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan” ujar Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM yang turut menyertai kejohanan. Turut sertai pertandingan ini Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).   Disediakan oleh: Noorumaina Mohamed Yunus Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 71800 Nilai, Negeri Sembilan Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

30,000 pengunjung membanjiri KPTN 2017 Zon Tengah di USIM

NILAI, 25 Mac 2017 – Dijangka 30,000 pengunjung membanjiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN 2017) yang berlangsung selama dua hari di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 25 hingga 26 Mac 2017. Karnival ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej di Malaysia yang bersama-sama menyertai pameran pendidikan. Bagi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 sebanyak 7 zon terlibat di seluruh negara. Pembukaan bermula di Kelantan pada Februari lalu, seterusnya Perlis, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan acara penutup bertempat Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai, Negeri Sembilan yang merupakan Zon Tengah (Zon 7) yang menjadi tumpuan khalayak sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat secara terus program akademik dan peluang pendidikan yang ditawarkan . Para pelajar lepasan SPM berpeluang berhubung terus di kaunter pendidikan Universiti Awam yang terlibat. Sebanyak 150 booth pameran disediakan yang mana antara pengisian utama adalah pameran pendidikan termasuklah kaunter oleh pusat pembiaya pendidikan.  Terdapat juga seminar kemasukan pelajar yang dibuka kepada kaunselor dan guru-guru sekolah untuk mendapat pendedahan maklumat dan informasi berkenaan kursus-kursus ditawarkan bagi menyalurkan maklumat kepada pelajar lain di sekolah tentang bagaimana membuat pemilihan tempat kursus yang tepat dari program-program yang ditawarkan di Universiti Awam. “Penganjuran KPTN amat dinanti saban tahun kerana ia adalah Pusat Sehenti (One Stop Centre) yang bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan [...]

USIM tubuh Pasukan Khas jayakan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

NILAI, 22 Mac 2017- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan secara aktif dalam gerak kerja penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) semenjak diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam kenyataan bersama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, USIM mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu pasukan khas diperingkat Universiti yang diketuai oleh Naib Canselor dan dianggotai oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor USIM dan ahli akademik pakar dari pelbagai fakulti serta pegawai. Diperingkat Kerajaan Malaysia, USIM terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Khas Penubuhan KSCIP yang dipengerusikan YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Haji Dusuki bersama pihak Kementerian Pertahanan dan Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS). Melalui platform Jawatankuasa Khas Penubuhan KSCIP ini, USIM telah terlibat dalam siri mesyuarat bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Haji Dusuki di Parlimen. Selain itu, beberapa siri perbincangan bersama MIDAS turut diadakan bertempat di Kementerian Pertahanan dan USIM untuk melihat aspek pengisian, operasi, infrastruktur dan pentadbiran KSCIP. Dipihak USIM, sumbangan yang telah diberikan dalam penubuhan KSCIP ini memfokuskan kepada memanfaatkan kepakaran ahli akademiknya dalam bidang pengajian Islam, undang-undang antarabangsa, kaunseling dan keselamatan sekuriti yang merentas pelbagai fakulti. Sebagai Universiti yang dikenali dalam bidang pengintegrasian ilmu Naqi dan Aqli, keunikan ini kita terapkan bersama dalam setiap bidang kepakaran yang kita tawarkan supaya hasilnya nanti memberi impak yang lebih relevan dan signifikan. Ini memandangkan dalam usaha untuk membanteras dan menangani ancaman keamanan sejagat akibat dari penyebaran dakyah dan ideologi keganasan oleh golongan ekstremis [...]

Pentadbir Universiti boleh main peranan sebagai pencetus perubahan

NILAI, 14 Mac 2017 – Peranan dan fungsi unversiti yang semakin dinamik dan berkembang dengan pantas kini menjadikan peranan kumpulan pengurusan dan profesional yang berada di dalamnya perlu memainkan tanggungjawab yang lebih besar. Selaku pentadbir di dalam universiti, kumpulan ini tidak boleh lagi berada pada fasa memberi kesedaran mengenai dasar-dasar semasa universiti, tetapi berani mengambil peranan menjadi agen perubah untuk senario baharu tadbir urus universiti yang lebih berkesan. Saranan ini disampaikan oleh Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Haizuan Rozali dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 : Perkongsian Amalan Terbaik dalam Pengurusan Universiti. Seminar yang diadakan selama dua hari bermula pada hari ini di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. “Pada suatu ketika dahulu, universiti sebagai pusat yang menghimpun pelbagai ilmuan memainkan peranannya sebagai institusi yang menjadi pusat rujukan kepada pemimpin dan masyarakat untuk mendapatkan kebenaran. Tuntutan sekeliling, peredaran  zaman dan percambahan universiti menambah fungsinya untuk turut menjadi penggubal dan pelaksana dasar kepada negara. Di sinilah peranan pentadbir universiti itu semakin besar”. “Justeru itu, pentadbir universti kini harus mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk memastikan keputusan yang dibuat tidak lagi bersifat andaian, tetapi berasaskan pertimbangan fakta,kajian dan bukti yang sahih. Pada tahap ini, pentadbir universiti bukan sahaja mampu membuat keputusan terbaik atas kapasitinya tetapi turut mampu menasihati para pembuat keputusan dengan pandangan yang jelas dan mapan” ujarnya. Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 ini adalah anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM dengan objektif menyediakan platform kepada para pegawai universiti untuk membentangkan kertas [...]

Mizan Park USIM pamer Bangunan Teknologi Hijau Masa Hadapan

NILAI, 15 Mac 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam penyelidikan bangunan lestari teknologi hijau untuk masa hadapan dengan siapnya projek Mizan Park yang dibangunkan di dalam kampusnya. Mizan Park USIM menempatkan satu unit rumah kediaman dan dua unit rumah pejabat yang kesemuanya dibina menggunakan teknologi sistem modular dan rekabentuk oleh Fakulti Kejuruteraan dan Senibina (FKAB) USIM. Dua unit rumah pejabat yang dibina ini akan digunakan untuk tujuan penyelidikan inovasi bangunan pejabat berteknologi hijau di masa hadapan. Reka bentuknya berkonsepkan pejabat pelbagai fungsi supaya ia menjadi sebuah ruang pejabat yang cekap tenaga, mampan dan fleksibel sebagai tempat kerja serta pada masa yang sama boleh ditukar menjadi ruang pelbagai fungsi mengikut keperluan. Sebagai sebuah bangunan yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan cekap tenaga, ia adalah sebuah pejabat automasi pintar kerana menggunakan teknologi masa hadapan untuk menjadi sebuah bangunan yang ‘zero energy’. Antara ciri-ciri unik yang dimilikinya adalah tenaga elektrik dijana sepenuhnya melalui tenaga solar, penggunaan teknologi penapisan air dan penuaian air hujan, memiliki keselesaan dalaman yang tinggi serta bercirikan ‘livelihood’. Satu unit rumah pejabat ini akan digunakan khusus untuk penyelidikan dan persiapan oleh pasukan FKAB USIM untuk pertandingan Solar Decathlon Middle East 2018 di Dubai. Selaku wakil tunggal negara, USIM akan mempertaruhkan sebuah model rumah pintar yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar bagi merebut hadiah kemenangan AED 10 juta. Manakala sebuah lagi unit akan digunakan oleh Pusat Inovasi, Jaringan Industri dan Masyarakat USIM untuk tujuan penyelidikan jangka panjang berkaitan pejabat teknologi hijau. Sementara itu, sebuah unit rumah [...]

Go to Top